...Assalammualaikum...
Sem 1 tahun 2, baru je bermula. Semangat di awal sem memang berkobar-kobar. Harap terus istiqomah sampai ke tahun akhir. Insya Allah.
Kisah bermula pukul 12 pagi buta 9 September 2012. Aku naik bas dari Kota Tinggi menuju ke TBS. Pukul 4 pagi dah sampai TBS. Tunggu sampai pukul 6.50 baru dapat naik KTM menuju ke UKM. Sampai kat stesen KTM UKM terus naik bas ke KKM. Sampai kat kolej pukul 7.40 pagi. Tak boleh masuk bilik lagi, sebab kunci tak ada. Kena tunggu lagi sampai pukul 9 pagi. Pukul 9.30 baru dapat masuk bilik. Aktiviti pagi tu hanya menunggu dan terus menunggu. Siapa yang tak tahan sabar memang pecah lah kepala.
Dapat kunci terus je masuk ke Blok 8-6**. Bilik aras 6. Paling atas sekali. Kawan aku cakap bilik ni ekskusif macam panhouse. Memang best pun bilik ni. Terasa keamanannya.
Inilah bilik baru aku. Bilik single. No more room mate! Situasi ni sejurus aku masuk ke dalam bilik. Tu nampak hodoh. Belum berkemas lagi.
Kali ni aku duduk single. No roomate tapi bilik ni sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak datang. Buat masa sekarang ni memang ramai lah buat lawatan ke bilik aku. Al-maklumlah masih dalam mood raya.
Ok. Stop cerita pasal bilik.
Pengalaman sebagai senior. Memang tak tergambar perasaan ni saat para junior panggil aku 'abang'. Sebenarnya aku tak nak orang panggil dengan title tu. Panggil nama je dah cukup. Lebih mesra. Like a friend. Kalau ada title ni rasa macam ada barrier plak. Macam nampak tua je yang panggil aku 'abang'. Haha.
Bila tengok junior ni teringat plak zaman dulu kala. Aku pun macam tu jugak. Pakai smart. Tengok kedai semua penuh. Fakulti aku yang sunyi sepi pun jadi ramai plak umat manusia. Apa nak buat? Terima je lah.
Azam tahun ni. Setelah setahun berada di alam universiti rasanya aku dah dapat adapt dengan persekitaran. Cara belajar dah dapat tangkap. Setelah aku agak kecundang dalan dua sem yang lepas, tak bermakna aku akan kalah. Masih berbaki 4 semester. So, kenalah teruskan perjuangan. Tak kan nak kalah je memanjang. Tak toleh belakang. Aku akan terus buat yang terbaik. Itu janji aku pada diri aku sendiri. *Wah! berkobar-kobar jiwa ni!
Belajarlah kerana ingin mencari Redha-Nya. Bukan kerana kerja dan gaji yang mahal. Ikhlaskan hati untuk buat kerana ALLAH. Insya Allah, dia yang memberi rezeki kepada kita. Tak kisah lah apa bidang kita pun. Yang penting kita kena berusaha.
Status blog aku? Entah lah. Tak dapat nak cakap. Tak dapat di duga. Mungkin aku akan mengalami waktu-waktu busy tahun ni. Tapi, bila ada masa dan idea, blog ni tak akan sepi. Tengok je lah nanti.
notaFO : Semangat punya pasal, sekarang ni tengah download nota. Then baca sikit-sikit. Harap berhasil. Kahkah.
...Sekian, Wassalam...
...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...
wah, tahniah ye dah masuk sem baru..^_^
ReplyDeletedipanggil abang tak bermaksud tua, itu menunjukkan mereka menghormati kita..=)
bestnya sorang-sorang dalam bilik ek..
lebih bebas!^^
terasa lain je bila ade yg panggil abang...
Deletememang bebas je... siapa kita nak ajak pun senang... tak payah nak jaga hati roo mate... sbnya tak de roomate..
slmt teruskan pjuangan...
ReplyDeleteperghhh duduk sorg2, berani yew?? huhuhu.. kalau ena dapat bilik seorang, sanggup duduk rumah sewa..btw keep moving forward!
ReplyDeletemestilah berani... kalau tak, tak kan lah boleh duduk sorg2... rumah sewa mahal.. lebih2 lagi area KL dgn selangor... lg pun memang mintak pun bilik kat sini... so, duduk sini memang dgn rela hati lah... bukan kena paksa semata2...
Deletehi as-salam..n
ReplyDeleteselamat berkenalan..
cheida dr sagmen blogger 3: battle royal..
(blurrr x tahu nak taip apa hihih )good luck for ur new sem!! :)
dah dtg sini pun dah cukup suka dah...
DeleteSelamat berjuang ya...
ReplyDeleteseronoknye takde rumet
ReplyDeletesunyi skit
ehh sok akk nk dtg ukm heee