Monday, December 31, 2012

Popular Tahun 2012

...Assalammualaikum...

Hari ini adalah hari terakhir kita berada dalam tahun 2012. Dan esok tahun 2013 akan bertandang dalam hidup kita ni.

Tahun 2012 banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang baru buat aku. Segala kesilapan dan kesalahan harap dapat diperbaiki. Dan tahun 2012 aku tinggalkan dengan 1001 kenangan sama ada pahit mahupun manis.

Tahun 2013? Aku akan capai yang terbaik untuk aku sama ada untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah. Yang penting cuba yang terbaik untuk tahun yang baru ini.

Jadi, kali ini tahun 2012 adalah tahun ke dua aku dalam dunia berblogging ni. Banyak entry yang telah aku 'publish'kan dalam blog aku ini. Sebanyak 10 entry telah diisytiharkan popular pada tahun 2012 ni.

10. Ramai Yang Tak Balik Kampung. Entry ini telah di 'publish' pada 7 Ogos 2012. Entry ini adalah berkitan cerita aku satu keluarga ketika bersahur pada bulan Ramadhan. Cerita yang telah menceriakan pagi sahur keluarga aku masa tu.

9. Journey To Kuala Pilah. Telah di 'publish' pada 8 Jun 2012. Tercetusnya entry ini adalah kerana lawatan aku ke KMNS. Sambil melawat matrik kesayangan aku, pergilah jugak melawat tempat menarik di Kuala Pilah.

8. Hantu Tindih. Di 'publish' pada 8 Januari 2012. Menceritakan pengalaman aku sendiri ditindih semasa tidur. Siapa yang tindih? Dan ada cara bagaimana untuk mengelakkan dari kena tindih oleh Hantu Tindih.

7. Perkara Yang Memalukan Seorang Lelaki. Entry ini telah di 'publish' pada 25 Ogos 2012. Idea tercetus bila melihat salah satu rancangan di TV. Sebagai seorang lelaki, aku tahu memang apa yang dikatakan dalam rancangan tersebut berkitan lelaki adalah benar.

6. Tips Ke Matrikulasi Di 'publish' pada 29 April 2012. Semua orang kata yang hidup di matrik ni susah. Jadi, sebagai orang yang berpengalaman yang pernah duduk di Matrikulasi aku kongsikanlah tips yang telah aku buat semasa di alam Matrikulasi.

5. Tandas. Pandangan aku mengenai tandas. Tak kisahlah tandas di mana pun. Setiap tandas mesti berbeza keadaannya. Idea ini telah dikeluarkan dalam blog ini pada 28 Mei 2012.

4. Beza Lelaki & Perempuan : Bila menonton TV.(11 Ogos 2012) Apa yang aku ceritakan semua berdasarkan pemerhatian aku semata-mata. Tapi, apa yang aku perhatikan ini berlaku pada kebanyakan orang. 

3. Beza Lelaki & Perempuan : Bila Di Mesin ATM ( 16 Ogos 2012) Pemerhatian aku antara lelaki dan perempuan apabila di mesin ATM. Ada kelakuan yang membezakan antara mereka apabila lelaki dan perempuan apabila berada di mesin ATM.

2. Perkahwinan Termuda (25 Julai 2012). Perkahwinan yang mencetuskan kontroversi pada masa itu kerana video perkahwinanya telah diupload di laman youtube. Pasangan yang berumur 16 dan 14 tahun berkahwin. Memang mencetuskan kontroversi. Dari segi islam tidak salah. Tapi, darp segi pandangan masyarakat di Malaysia membuatkan ianya menjadi kontroversi.

1. Hukum Bulu Kucing Di Pakaian Solat. (4 Ogos 2012) Kekeliruan aku mengenai bulu kucing di pakaian solat telah membuatkan aku mencari rujukan dan maklumat sama ada di internet mahupun merujuk pada ustaz. Bukan setakat aku yang keliru akan hal ini. Msih ramai lagi yang keliru akan hal berkitan bulu kucing di pakaian  solat.

Ini sahaja yang dapat aku coretkan pada akhir tahun 2012 ini. Esok dah tahun 2013. Mengharapkan pada tahun 2013 ini aku dapat mencoretkan yang lebih baik di dalam blog aku ini supaya dapat memberi manfaat pada mereka yang membaca.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Saturday, December 22, 2012

Wish Study Week!

...Assalammualaikum...

Minggu ni dah pun masuk fasa study week. Namun, aku masih tetap setia menemani blog. Tak nak blog ni di abaikan. Memandangkan study week telahpun bermula. Jadi, aku pun nak wish lah kat mereka yang  sama-sama ber'study week' dengan aku. Tak kira lah dari universiti mana pun.

Wish ini bukan ciptaan aku. Terimalah wish ini yang di petik dari http://huriyyatulbahri.blogspot.com/

Study Week,
No more classes,
No more lectures,
Study week is what we have got,
So, no wonder library has became a hot spot..

Study week oh study week,
No more movies,
No more games,
Juz study n read the books and lecture notes..

Final exam is juz around the corner,
study hard, study smart,
Dean List, Dean List.

Aim higher!
Dream in Color!
Stand a little taller!

Harap dapatlah peransang daripada wish ni. Dalam ber'study' ni jangan lupakan ALLAH. Lepas tu berusaha, berdoa dan bertawakkal. 

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Thursday, December 20, 2012

Exam Aku Datang!!!

...Assalammualaikum...

Tak tahu nak letak tajuk macam mana. Semuanya terkenan dengan tajuk Istanbul Aku Datang. Tapi, aku hanya mampu berkata Exam Aku Datang. 

Sebenarnya aku tak nak pun datang kat exam ni. Exam ni je bersemangat nak jumpa aku. Nak atau tak kena jugak lah menghadap exam ni. Dah niat aku berubah, study sebab nak exam. Tak boleh niat macam tu sebab ilmu yang kita dapat tu nanti tak kekal lama. Lepas exam je terus lupa. Kena ubah niat tu. Niatnya belajar kerana ALLAH.

Sebab tu lah aku tak suka exam. Siapa suka exam silalah angkat tangan! Aku pasti ramai yang tak suka exam. Di sebabkan exam ni lah hidup menjadi huru hara. Tidur tak cukup. Mata jadi macam mata panda. Stress! Sampai senyum pun dah tak mampu. Ye lah, takut ilmu ni keluar lah pulak kan?

Semester ni aku kena menghadap exam ni sebanyak 7 paper yang bersamaan 7 subjek aku ambil. Dah macam PMR atau SPM pulak. Memang exam ni suka menghadap aku banyak banyak kali. Aku pun suka jugak. *mata diatas, tangan dibahu sambil lidah dijelirkan.

Berikut adalah paper bertuah yang bakal aku temui di hari exam nanti :

2 Januari 2012 - Fisiologi Tumbuhan 
8 Januari 2012 - Pengenalan Mikrokomputer dan Teknologi Maklumat
10 Januari 2012 - Genetik Mikrob dan TITAS ( Tamadun Islam dan Tamadun Asia )
15 Januari 2012 - Pengekspresan Gene dan Pendekatan Molekul dalam Pemuliharaan
17 Januari 2012 - Anatomi Tumbuhan

Memang seronok dapat jumpa mereka ni. Lebih-lebih lagi exam kat bangunan yang baru yang bernama perpustakaan lingkaran 2. Ada 3 subjek yang aku kena menghadap kat sana. Dah tak payah duduk dalam Dectar yang sejuk macam duduk dalam peti ais tu. Duduk bangunan baru yang aku rasakan aircond nya bertambah sejuk sebab air cond juga adalah baru. 


Ini adalah bangunan exam yang akan digunakan oleh warga Prasiswazah UKM. 
Sekali meja exam duduk kat aras atas sekali. Fuh, mahu gagh jugak nak mendaki sampai tingkat atas demi exam ni.
Sumber gambar dari facebook Bahagian Pengurusan Akademik UKM.


Belum pun habis bertemu dengan encik exam ni aku telah di kalutkan dengan kursus yang aku kena ambil sem depan. Kira punya kira semester depan aku kena ambil 8 kursus! Sebijik macam PMR! Cuba susun jadual semester depan, macam ni jadinya :


Kalut aku semester depan. Kalu rupa inilah jadualnya.

Oh! Betapa huru haranya aku semester depan! Semakin jauh aku belajar semakin sibuk rasanya hidup ni. Tapi, aku rasa dengan sibuk ni lah kita dapat matangkan diri kita. Kita kena pandai bahagi masa untuk buat semua perkara yang penting. Tak gitu?

Ok lah, minggu depan dah mula study week. Tahun baru je aku di sambut dgn exam. Tak ada bunga-bunga api semua tu. Fokus untuk exam. Tahun baru bukan sekali. Berkali-kali. *Jika umur panjang. 

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : Hari ni aku bersama 5 orang coursemate aku pergi pergi BBW kat mines. Buku International murah giler. Harga antara RM3-10, mostly la. Masih berkesempatan sehingga 23/12/2012. Aku dapat sambar tiga dengan harga RM28.

Sunday, December 16, 2012

TG2KM Bermula - Pelancaran Logo

...Assalammualaikum...

12 Disember 2012 tepat jam 9 malam, majlis perasmian pelancaran logo TG2KM diadakan. Apa TG2KM ni? TG2KM adalah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas. Program ni adalah acara tahunan bagi kolej aku iaitu Kolej Keris Mas. 



Tahun ini adalah penganjuran kali ke 12 setelah 13 tahun kolej ini ditubuhkan. TG2KM ni sama lah macam Jom Heboh. Cuma ini adalah versi kolej aku. Penganjuran ni ada jualan, pameran, games, pertandingan , konsert dan lain-lain. Kalau aku nak listkan satu-satu memang panjanglah entry aku ni.

Majlis seperti biasalah ada dimulakan dengan ucapan pengetua. Lepas tu pengetua merasmikan majlis pelancaran logo ni.

Majlis ni memang tak lari dari gimik. Gimik dia adalah dimulakan dengan adegan orang bergaduh, kemudian secara tiba-tiba keluar lagu. Tajuk apa entah lagu tu, aku tak tahu. Lepas tu datang sorang-sorang menari dikeliling kawasan majlis tu. Sehinggalah lagu tamat. Pengakiran lagu tu telah menyaksikan banner logo baru TG2KM dibentangkan. Cantik dan menarik! Dengan bertemakan Citra Budaya Warna Perpaduan.


Inilah logo TG2KM untuk penganjuran kali ke 12 yang bertemakan Citra Budaya Warna Perpaduan. Colourful!


Tahun ini aku terlibat buat kali ke duanya dalam penganjuran TG2KM ni. Kali ini aku menjadi AJK Pemeran dan Jualan. Mencari penggerai yang nak membuka gerai atau pameran kat tapak TG2KM ni. Tahun lepas aku memegang jawatan Timbalan Eksekutif Unit Khas dan Penerbitan. Kali ini aku tukar tugas dan aku menurunkan pangkat aku sendiri.

Aku berharap agar penganjuran TG2KM tahun ni lebih meriah dan berjaya berbanding tahun-tahun yang lepas.

Gambar di majlis perasmian logo tu aku tak dapat nak ambil sebab tak bawak kamera.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



notaFO ; kalau ada sesiapa yang sudi nak membuka gerai mahupun pamera di tapak TG2KM bolehlah email aku kat mfo91_faizulosman@yahoo.com.my ataupun di fb aku https://www.facebook.com/mohdfaizulosman

Saturday, December 15, 2012

Pesta Juadah Antarabangsa 4 di UKM

...Assalammualaikum...

Sebut je pasal makan free memang menyinga je rasanya jiwa ni. Lagi-lagi Pesta Juadah Antarabangsa macam ni. Memang tak lah aku nak lepas kan.

Pesta juadah ni adalah salah satu acara julung-julung kali diadakan di UKM. Tahun ini adalah tahun ke-4 pesta juadah ini diadakan pada 13 Disember 2013. Orang kata 'rezeki jangan ditolak'. Aku memang susah nak tolak pesta macam ni. Memang kena pergi.


Ada lebih kurang 20 buah negara ambil bahagian dalam pesta ni termasuklah Malaysia, Indonesia, China, India, Iran, Iraq, Bangladesh, Libya, Arab Saudi. Paling menarik sekali penjaga gerai memakai pakaian tradisional negara mereka sendiri. Ada juga yang cuba mempromosi tempat pelancongan negara mereka. Tapi, tujuan aku masa tu hanya satu iaitu makan sehingga kenyang!

Lepas kelas pukul 11 tanpa lengah aku pergi ke Dewan Gemilang. Sesampai je di pintu masuk, bermacam-macam aroma makanan aku terhidu. Membangkitkan selera betullah. Tetiba masuk je kena beratur lepas tu kena bayar RM2 sebagai tiket masuk. Ceh! Ingatkan free 100%. Tapi, pembayaran tu berbaloi sebab dapat air mineral sebotol, pinggan mangkuk sudu garfu yang setelah dipakai boleh buang.

Masuk je, aku kagum! Terlalu banyak gerai-gerai juadah yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Tapi, malangnya aku tak dapat terus mengisi perut. Hanya mampu melihat juadah umpama lihat pameran. Sebabnya pameran ni ada pertandingan. Masa aku sampai tu penilaian belum lagi habis dibuat. Terpaksalah menunggu sehingga penilaian habis dibuat.

Aku pun jadilah penilaian persendirian. Aku menilaikan dari satu gerai ke satu gerai. Hiasan menarik, aroma membangkitkan selera, rupa makanan pun nampak sedap. Cuma rasa je tak berpeluang lagi.


Antara makanan yang aku teringin nak rasa pada hari tersebut tapi, apakan daya impian tak kesampaian. Nampak sedap tapi rasa tak diketahui sehingga sekarang. Dari negara mana pula, aku dah tak ingat.


Kalau yang ini tak perlulah aku terangkan sangat. Dah sah-sah makanan Malaysia. Kalau orang Malaysia sendiri tak tahu, memang kena campak ke Laut China Selatan la. Makanan ni je yang masuk tekak aku. Ikut selera aku sejak aku baby lagi.


Ini gerai makanan dari negara China. Apa yang aku nampak, makanan mereka ni berasakan herba-herba dan ulam-ulaman. Memang sihatlah makanan dia ni. Ada dihidangkan Teh Herba dengan Timun. Itu je yang aku tahu. Yang lain tak tahu apa nama makanannya.


Kalau aku tak silap ini makanan dari Arab. Makanan yang bercitarasakan rempah ratus. Nampak sedap, nak rasa tapi tak berpeluang. Gerai ni bagus sikit sebab ada tulis nama makanan.


Ini makanan dari negara India rasanya. Yang ni lagilah siap tulis bahan apa yang di masukkan dalam makanan tu. Ni semua tak memastikan orang tak meragui menu yang dihidangkan. Tengok tu, siap periuk lagi. Fresh baru diangkat dari dapur. Haha.


Gerai Arab Saudi dan Oman bersebelahan je. Sharing is Caring. Memperkenalkan makanan negara sendiri bersama pakaian tradisi negara mereka. Menarik! Banyak jugak makanan diorang ni. Patutlah badan besar-besar je. kihkih!


Macam ni lah rasanya nak merebut makanan. Ini adalah gerai terakhir sekali dinilai. Gerai makanan Indonesia. Ramai puak diorang kat sini. Aku pun menyibuk jugak.


Hebat! Banyak jugak makanan Indonesia ni yang aku sendiri tak pernah nampak pun kat Malaysia. Aku hanya dapat makan 2 jenis juadah je dari gerai ni. Tak dapat nak amik banyak-banyak. Orang ramai sangat.



Setelah penilaian dari TNC di buat je. Habis gerai tu kena serang. Tak sampai 10 minit gerai pertama telah habis makanan. Gerai pertama merupakan gerai bagi makanan Iran. Aku tak berpeluang nak makan makanan Iran ni.

Aku hanya berpeluang makan makanan Malaysia iaitu nasi impit bersama serunding, bahulu. Apa lah aku ni, orang datang sini nak makan makanan antarabangsa tapi makanan Malaysia jugak menjadi pilihan aku. Selain tu, aku dapat rasa makanan Indonesia. Makanan negara lain aku dapat rasa jugak tapi tekak aku ni tak boleh nak masuk dengan makanan negara lain tu. Tak tahu lah kenapa. Dah species tekak telan belacan memang macam ni lah gayanya. Tekak aku bukan tekak rempah ratus.

Apa pun, aku puas dapat datang dan melantak free dalam pesta ni. Save sikit duit untuk lunch. Tahun depan kalau ada lagi memang aku tak akan lepas kan peluang. Makan free siapa tak nak kan?

...Wassalam, Sekian...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...




Thursday, December 13, 2012

Award Untuk Blogger

...Assalammualaikum...

Sekarang ni dah macam-macam award ada. Untuk lagu, penyanyi, pelakon, filem, drama, award pelajar cemerlang dan sebagainya. Tapi, anugerah untuk blogger juga yang tak ada. Tapi, itu dulu lah. Sekarang ni blogger pun dah berhak untuk mendapat award dan penghargaan dalam penulisan mereka. Nak menghasilkan penulisan ni mudah tapi nak yang berkualiti dan bermutu ni agak sukar.

Sekarang ni blogger tidak lagi dipinggirkan kerana ada anugerah untuk blogger-blogger yang bergiat aktif dalam penulisan alam maya. Award ini adalah julung-julung kali di adakan tiap-tiap tahun. Jadi, ambillah kesempatan ini untuk mencalonkan diri sendiri ataupun mencalonkan blog lain. 

Nak menyertai ni ada caranya :

Pertama : 
Masuk ke http://www.socialmediaweek.com.my. Tekan Enter Site > Events > World Blogger and Media Social Award. Akhirnya terkeluarlah seperti ini.



Kedua :
Selepas tu boleh lah mencalonkan blog anda ataupun blog orang lain. Caranya pergi ke Nominations > jika dah ada akaun ni boleh terus tekan login dan nominate now, jika belum kenalah daftar dengan menekan signup dan follow seperti biasa. Selepas dah pengesahan semua tu bolehlah mencalonkan blog yang anda suka tapi utamakan blog sendiri. Tapi kena ingat blog yang di calonkan mestilah mengikut kategori yang bersesuaian.

*****

Sebanyak 20 kategori yang di tawarkan untuk dalam Media Secial Award ni. Boleh pilih mengikut kesesuaian blog anda. Kalau salah kategori secara automatik akan ditendang dengan sesuka hati penganjur.

Macam mana nak dapatkan award ni? Penjurian untuk mendapatkan award ini adalah berdasarkan 80% undian orang ramai ( kena rajin promote suruh undi supaya boleh menang), 20% lagi adalah dari pihak penganjur ( 10% pengisian, 5% design dan layout dan 5% lagi adalah etika dan keberkesanan)

Tempoh pencalonan bermula dari 2 November 2012 sehingga 31 Disember 2012. Lagi 2 minggu je lagi. Masih sempat untuk mencalonkan blog yang anda suka.

Tempoh mengundi secara online akan bermula dari 1 Januari 2013 sehingga 8 Februari 2013. Time ni promote lah blog tu untuk meraih undi supaya blog tu berpeluang untuk mendapat award tersebut.

Tak susahkan untuk menjadi calon tapi agak sengit untuk menjadi pemenang.

Aku? Dah tentunyalah mencalonkan blog aku ni. Mesti orang cakap 'mengharap sangat nak award sampai perasan lebih mencalonkan blog sendiri'. Aku tak kisah pun, tak mengharapkan apa-apa kemenangan cuma untuk menyokong dan menghargai penganjur. Bukan senang penganjur nak buat event macam ni. Kalau tak kita ni sebagai blogger yang menyertainya, siapa lagi yang akan sertai? Betul tak?

Peringatan : aku mencalonkan blog ini di dalam kategori Favourite Lifestyle Blog. Kategori yang paling ramai calon dan tentunya akan menjadi sengit.

Jadi, calonkan lah blog anda ataupun blog orang lain pun. Yang penting kita sokong usaha pihak penganjur untuk membuat event untuk menghargai blogger.

Kena ingat jugak, award-award yang ada kat Malaysia seperti AJL, ABPBH, FFM, AIM semuanya mencalonkan diri sendiri. Tak ada orang luar nak calonkan diri kita ni kalau bukan diri kita sendiri. Kan kan kan?

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Sunday, December 9, 2012

Perlu Ke Ada Peluang Kedua???

...Assalammualaikum...

Entry kedua untuk bulan disember. Kali ini aku nak ajak korang memahami tentang peluang kedua. Ini adalah dari sisi sudut pandangan aku sendiri. Tiada kaitan antara yang lain-lain. Jika berlaku pada sesiapa mungkin ini secara kebetulan semata-mata.

Perlu ke peluang kedua? Selalunya peluang kedua sering diminta dalam perhubungan percintaan antara pasangan yang belum berkahwin dan juga sudah berkahwin. Selain itu juga peluang kedua sering diminta dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, adakah kita menggunakan peluang kita dengan sebaiknya?

Bagi aku peluang kedua itu perlu kerana dengan memberi peluang kedua kita akan dapat membetulkan kesalahan kita. Kita juga akan meningkatkan segala kualiti dalam kehidupan kita. Jadi, bila kita sudah mendapat peluang kedua, gunakanlah peluang itu sebaiknya. Sebabnya, belum tentu kita akan dapat peluang buat kali ketiga.


Iklan sebentar, cuba teka apakah ini?

*****

Bila dah dapat peluang kedua tu, usahalah sehabis baik. Tapi, bila kita dah usaha tetapi gagal juga bermakna ada hikmah kenapa Allah tidak mengizinkan kita dalam mencapai apa yang kita mahukan. Bagi aku, yang penting dalam hidup ni kena usaha terlebih dahulu.

Dalam hidup aku ni sudah terlalu banyak peluang yang aku dapat. Ada peluang tu aku gunakan sebaiknya. Ada juga peluang yang tidak dapat aku capai matlamatnya.

Ada juga orang bila dah dapat peluang sebanyak mungkin, tapi tetap juga melakukan kesalahan yang sama malah ada yang lebih teruk. Orang yang macam ni memang tidak pandai menggunakan peluang yang dia dapat.

Bila kita tak menggunakan peluang yang kita dapat dengan sebaiknya, jangan haraplah orang akan mempercayai kita lagi. Sebab apa? Sebabnya dia tak nak kecewa lagi dengan sikap kita yang tak pandai guna peluang yang diberi.

Apa pun satu je yang aku nak ingatkan kepada aku dan anda semua Jika anda dapat peluang kedua ataupun seterusnya, gunakanlah peluang itu sebaiknya sebab belum tentu kita akan dapat peluang yang lain pada masa akan datang.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Monday, December 3, 2012

Alahai Filem Melayu!!!

...Assalammualaikum...

Dah lama aku tak mencoretkan sesuatu di blog aku ni. Almaklumlah hidup sebagai student memang selalunya masalah kekangan masa. Idea ada, tapi nak menghadap blog ni tak lah pulak berselera bila teringat akan assignment, lab report, kelas lagi dan yang terbaru ni exam bakal menjelang tiba. Fuh! panjang introduction aku yang entah pape ni.

Ok, aku teruskan dengan berkaitan tajuk yang terpampang kat atas tu.

Aku ni memang menggemari filem-filem tempatan ataupun filem Melayu. Sebab apa? Entahlah. Dah memang minat aku pada filem Melayu. Cakap je siapa berlakon, bila tayangan, semua aku tahu. Tengok! Betapa obsesnya aku dengan filem Melayu ni. Semuanya aku dapat tahu kat Finas.


Filem yang teringin untuk aku tengok. Sampai sekarang masih tak berpeluang.

Tapi, masalahnya filem Melayu sekarang ni dah banyak yang merepek. Hanya sebahagian filem je yang sangat menarik untuk di tonton beramai-ramai. Yang lain kebanyakkannya merepek tak sudah. Ada filem tu, aku mampu bertahan tengok 10 minit je. Lepas tu tutup.

Filem di Malaysia ni terlalu banyak memaparkan pasal gaduh dan gaduh. Dari awal sampailah habis cerita. Motif gaduh? Lepas tu hantu yang buat kelakar. Katanya nak buat kelainan tapi tak menarik.

Bagi aku, filem yang menarik ialah jalan cerita yang ada mesej, pengajaran, pembawaan watak yang berkesan. Bukan setakat buat filem tangkap muat je. Dengan lambakan filem yang berjeniskan 'tangkap muat'  ni berlambak lah menyebabkan filem yang ada kualiti tenggelam. 

Nak buat sesuatu cerita yang mudah orang ingat sampai bila-bila ni memang agak payah. Tapi tak mustahil seperti filem Bujang Lapok. Sampai sekarang orang masih menonton walaupun dah berjuta kali tayangan kat TV. 

Sekarang ni nak buat sesuatu perkara mesti kena research. Dengan research ni kita dapat tahu yang mana baik atau tak. Yang mana bagus atau tak. Kalau setakat main tangkap muat memang teruklah jadi filem tu. Sebab tu kalau filem hollywood akan orang anggap sentiasa bagus. Walhal cerita tu tak logik pun orang kata bagus sebabnya aku nampak yang pembikinan cerita tu ada buat penyelidikan.


Antara filem yang bagus tapi kurang mendapat sambutan.

Seperti Filem yang baru aku tengok ni Zaiton Ceritaku. Banyak pengajaran, ada mesej yang nak disampaikan. Sampai boleh nak menitiskan air mata. Tapi, sayangnya Filem ni kurang mendapat sambutan dan tenggelam disebabkan oleh lambakan filem 'tangkap muat' ni yang membuatkan orang tak nak ke wayang sebab takut kecewa bila filem tu tak best.

Adalah lebih baik jika cerita nak di masukkan pawagam ni ditapis dahulu. Ada kriteria tertentu. Tak lah semua cerita merepek yang penonton duk hadap dan bila keluar wayang je semua duk maki pasal cerita tu.

Aku rasa dah macam pegkritik filem pulak. Bukan apa, kita masuk wayang tu guna duit kita, bukan free. Kita bayar untuk tengok filem tu. Jadi, aku dan mereka yang lain sebagai penonton tu mestilah nak sesuatu yang boleh memuaskan hati, bukan yang menambah panas hati bila keluar dari wayang. Betul tak? 

Korang rasa macam mana? Pendapat tentang filem melayu ni?

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO: sebenarnya sekarang ni tunggu masa yang extra untuk tengok LBS2. Kalau dapat bagos, kalau tak tunggu download je. hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...