Tuesday, April 23, 2013

Siapakah Kerajaan Yang Sebenarnya?


…Assalammualaikum…

Penamaan calon pun dah dilakukan pada 20 April 2013. 222 kerusi parlimen bakal menjadi perebutan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan Malaysia. Siapa yang bakal menjadi kerajaan dan pemerintahan Malaysia. Semuanya akan terjawab pada hari pengundian pada 5 Mei nanti.

Tapi, tahu tak siapakah kerajaan yang sebenarnya? Kerajaan sebenarnya adalah pengundi itu sendiri. Seramai 13 juta pengundi berdaftar di Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas. Salah satunya adalah aku!

Kenapa aku kata yang pengundi itu adalah kerajaan Malaysia? Sebabnya, pengundi itu sendiri yang menentukan yang mana bakal menjadi kerajaan di Malaysia. Kalau tiada pengundi, tiadalah kerajaan di Malaysia.

Jadi, pada sesiapa yang mengundi pada 5 Mei nanti perlu membuat pilihan yang bijak. Bagi yang dah pasti pilihannya, mesti tiada masalah untuk memangkah calon mana yang menjadi pilihan. Tetapi, yang masih menjadi atas pagar mesti menghadapi kesukaran yang mana patut dipilih. Barisan Nasional ke atau Pakatan Rakyat? Pening!

Khatib pada Khutbah Jumaat di Masjid UKM pada 19 April ada memberitahu jika kita tidak pasti akan pilihan kita, maka tunaikanlah Solat Sunat Istikharah. InsyaAllah, akan mendapat petunjuk dari Allah yang mana satu patut kita pilih. Nak percaya pada berita-berita di media ni tak boleh jugak. Tak kisahlah di Facebook ke ataupun akhbar-akhbar. Hanya Allah sahaja yang tahu yang mana lebih layak dan terbaik buat Malaysia.

Mengundi adalah Penting

Jangan kita memandang rinagn akan kewajiban mengundi ini. Mengundi ini perlu dan wajib. Sebab inilah tangungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Bila dah kata tangungjawab, mestilah kena buat. Tak boleh kata ‘TAK’ dalam hal seperti ini.

Lagi pun, setiap undi kita ni bernilai untuk memilih siapa kerajaan kita dan siapa pemimpin kita. Jadi, pilihan kita itu perlu baik. Memang betul manusia seperti kita ni ada kekurangan dan ada kelebihan. Antara dua tu mesti ada yang lebih baik. Maka, pilihlah yang terbaik itu.
Jangan kata yang mengundi tak penting. Rugi kita kalau tak pergi mengundi. Kelak jangan nak salah kan orang lain kalau ada perkara buruk berlaku. Pandang diri kita semula dan bermonolong ‘apa yang kita dah buat pada Negara, jangan fikir apa Negara yang bagi pada kita’.
…Sekian, Wassalam…

FikiranFO : Aku masih atas pagar. Nak jatuh kanan atau kiri. Tak tahu. Dan tak pasti. Berat jugak peranan sebagai pengundi ni kan? Baru aku tahu rasanya. Lagi satu pasal bekalan air, hebahan menyatakan masalah bekalan air ni tak pasti bila pulihnya. Nampak gayanya aku dah terjebak dengan keadaan krisis air. hhhrrrrmmm...

Sunday, April 21, 2013

Tak Rugi Beradab



…Assalammualaikum…

Hari ini (20 April 2013 ) pagi-pagi lagi dah buat hidup aku huru hara. Apa ketidaknya, mula-mula bekalan elektrik tak  ada. Fahamlah, sebab hebahan dah keluar. Lepas tu aku nak mandi, dengan harapan bekalan air masih ada sebab aku bangun pukul 6 bekalan air paip masih ada lagi. Tup-tup aku nak mandi pukul 8 tu, bekalan air terus tak ada. Kesabaran AKu diuji lagi.

Jadi, dengan tekat dan semangat yang waja, aku turun ke aras satu dari aras enam untuk mandi. Sebab bekalan air kat aras 1 ada walaupun tak laju. Keluar je dari pintu bilik aku ni, Mak Cik Cleaner yang selalu bersihkan blok ni pun bising-bising sebab air taka da.

Dia bising lagi sebab orang mandi guna air pili bomba. Maka, berlingkarlah pili bomba itu menuju ke bilik air.Hati aku semakin panas, sepanas keadaan sekeliling sebab Mak Cik tu marah-marah aku. Katanya seperti ini “ Boleh tak kalau guna benda ni, gulong balik seperti biasa? Buat susah je lah?”dengan nada geram tapi masih mengawal kemarahan hati ni ni aku berkata,” Saya tak guna pun benda tu” Kemuadian dia berkata dalam keadaan marah dia berkata lagi, “Tapi tolonglah gulung balik. Jangan susahkan kerja saya” 

Inilah Pili Bomba yang Mak Cik tu bising-bisingkan. (Sempat lagi aku snap)

Aku malas nak layan. Aku buat muka bodoh je. Nak lawan lagi orang tua. Aku diamkan je lah. Kalau aku melawan kurang ajar pulak jadinya.

Aku taka da masalah nak tolong tapi cakaplah elok-elok. Ini tidak, nak marah-marah, nak tengking-tengking.. Bila dah macam tu memang beratlah tulang aku nak tolong. Kalau cakap elok-elok InsyaAllah aku boleh tolong.

Beradablah

Walaupun siapa diri kita, beradablah. Orang tua kena beradab dengan orang muda, orang muda perlu beradab dengan orang tua. Ketua kena beradap dengan kuli dan semestinya kuli kena beradab dengan ketua. 

Tak kisahlah dimana dan siapa diri kita beradab itu penting. Barulah orang akan respect pada kita. Kalau kita tidak mempunyai adab rasanya ada orang tak nak respect pada kita?
Penting ke adab ni? Memanglah penting. Adab seseorang ini mencerminkan keperibadian dia tersendiri. Kalau baik adabnya, maka baiklah dia. Begitulah sebaliknya.

Tak perlulah nak ego sangat pada orang lain. Manusia disisi Allah sama sahaja. Kita semua ni hambanya. Tak perlu nak berlagak, nak ego. Bukan dapat apa-apa pun malah dapat kebencian manusia ada lah. Maka, berbaik, beradablah pada semua orang. Tak rugi pun, malah dapat manfaat ada lah.
…Sekian,Wassalam…

NotaFO : Hebahan bekalan air dan elektrik taka da semua dibagitahu. So, tak adalah nak marah sangat. Cuma, bekalan air ni sahaja tak bagi kata putus bila dia aka nada balik. Hopely, semua yang berlaku ni bukan agenda politik. Jangan disebabkan politik, rakyat jadi mangsanya.

Thursday, April 18, 2013

Lihatlah Yang Berjaya, Bukan Yang Gagal


...Assalammualaikum...

Dalam hidup kita sebagai manusia, kita mestilah nak terbaik. Bohong lah jika manusia tersebut pilih nak hidup susah dan sengsara. Semakin lama kita hidup semakin banyak cabaran yang harus kita tempuh. Setiap cabaran yang kita tempuhi tu akan mematangkan pemikiran kita dan memberi 1001 kenangan dalam hidup kita.

Ini berlaku pada sepupu aku. Sepupu aku baru sahaja lepas dapat keputusan SPM. Tetapi, keputusanya tidak memuaskan hatinya sebab tidak mencapai apa yang di targetkan. Tetapi, keputusan SPM dia lebih bagus daripada aku. 

Apa yang merisukan dia ialah dia tidak tahu kemana dia akn sambung belajar selepas SPM nanti. Aku cadangkan ke Matrik tetapi dia takut. Katanya takut gagal sebab ada jirannya kena tendang dari matrik sebab keputusan peperiksaan teruk.

Memandangkan aku ni adalah produk matrik, maka aku berceritalah mengenai matrik dari A sampai Z. Aku pun berkatalah dalam setiap matrik ada 300++ dapat 4 flat dan hanya 20++ yang kena tendang keluar. Kenapa nak lihat yang gagal? Kenapa tak lihat orang yang mendapat kejayaan? Kenapa? Kenapa? Sila jawab!

Jangan Takut Untuk Mencuba Perkara Yang Baru
Setiap langkah kita menuju kehadapan mesti ada cabaran. Semakin lama hidup semakin berliku perjalanan kita. Begitu juga dari segi menuntut ilmu. Semakin tinggi semakin sukar pemahaman ilmu yang kita tuntut. Apa bidang pun mesti ada cabarannya tersendiri. Tak ada yang mudah seperti ABC. Sedangkan budak baru belajar mengenal ABC dan 123 pun menyatakan yang ianya susah.

Apa yang penting ialah kita jangan takut untuk menempuh cabaran yang baru. Kena berani. Tak kan lah kita nak duduk di takuk yang lama. Tak kan kita nak perkara yang mudah sahaja. Hakikatnya setiap langkah yang kita pilih itu ada cabaran dan dugaan tersendiri. Walaupun kita anggap itu mudah sebelum ini.

Lihatlah Yang Berjaya, Bukan Yang Gagal
Dalam kita nak menempuh langkah yang baru, kita mesti selidik tentang siapa yang berjaya dan gagal dalam bidang tersebut. Hasil apa yang kita selidik tu mesti ada yang berjaya dan ada yang gagal. Makanya lihatlah yang berjaya. Selidik apa yang menyebabkan mereka yang berjaya dan contohilah mereka.

Yang gagal atau tidak berjaya dalam bidang tersebut pun kita lihat untuk menjadi teladan buat kita agar kita tidak meniru penyebab yang membuat individu tersebut gagal. Jangan kita contohi sikap mereka yang gagal suapaya kita tidak gagal dalam bidang tersebut.

Rajin Berusaha, Berdoa, Berserah
Seperti biasa, apa-apa yang kita lakukan mestilah kena rajin berusaha. Kerana rajin adalah kunci setiap kejayaan. Orang yang rajin berusaha semestinya akan mendapat kejayaan. Orang yang malas berusaha belum tentu dia mendapat kejayaan. Pergilah mana-mana pun, kalau rajin, dah tentu kita akan berjaya.

Setelah berusaha, kenalah berdoa dan berserah. Jika dengan Izin-Nya InsyaAllah apa yang kita usahakan akan mendapat hasilnya. Apapun hasilnya mesti ada hikmahnya.

...Sekian, Wassalam...

notaFO : Dah lama tak update blog. Semuanya sebab kekangan masa. Idea ada tapi masa yang tak mengizinkan untuk aku menulis. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...