Saturday, December 31, 2011

Imbasan 2011

Esok tahun 2012 bakal menjelma. Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2011 ini. Dalam tahun 2011 yang telah aku tempuhi 1001 macam dugaan.



Awal tahun Januari lagi dah ada exam menjengah. Tahun baru masa tu tak bermakna pun. Masa tu aku belajar kat Matrik. Hatrik gila belajar dalam matrik ini. Sana sini buzy. 


February tak ada yang penting. Mungkin aku tak ingat apa yang berlaku. 

March : Tanggal 27 ulang tahun perkahwinan kelahiran aku yang ke _ _ tahun. Dah tua aku rupanya. Tapi, aku tak boleh nak menipu pasal aku ni awet muda. Nampak macam belasan tahun. Start Bloging.

April : Aku tamat belajar di KMNS. 2 tahun aku belajar kat sana. Paling sedih bila berpisah dengan kawan kongsi cerita. Kongsi katil. Kongsi gelak tawa. Semua ada lah.

Mei : Aku mula kerja sambilan. Mula-mula dapat kerja kat pasaraya. Penat woo!!! Macam nak patah pinggang kerja kat pasaraya. Kerja berdiri je. Naik lembih tulang kaki aku ni berdiri je. Lagi pula kena lipat baju yang berlambak. Baju sendiri pun kadang-kadang tak lipat. Seminggu je kerja kat situ. Lepas tu aku dapat kerja kat Kota Tinggi Waterfall Resort. Best jugak. Gaji mahal. 4 bulan tahan kerja kat situ. 




Jun atau Julai : Seingat aku result Matrik aku keluar. Macam tak sangka, result aku sebaik setelah SPM aku teruk gila. Time ni jugak aku start berbloging sampai sekarang. It's just for fun!!!

Ogos : Tawaran masuk U memanggil aku. Tanpa diduga-duga aku dapat masuk UKM bukan pilihan utama tapi masih dalam kos pilihan aku. Aku pilih UPM pilihan pertama. Tapi apakan daya, UPM tak suka aku. Kedua UM, pun sama juga, tak suka aku. UKM je terima aku. Suka tak suka aku masuk juga. Impian aku harus diteruskan. Bioteknology Tumbuhan. Seronok juga bidang ni.

September : Aku mendaftar masuk UKM Bangi. Paling spesifik kat Kolej Keris Mas. Kolej tempat aku tidur hari-hari. Minggu orentasi semua aku rasa. Penat gila.




Oktober : Penutup orentasi. Penutup orentasi ada Perang Dectar. Lebih lanjut klik sini.

November dan Disember aku menjalani kehidupan yang biasa sebagai pelajar u. Agak kelam kabut lah pasal kali pertama belajar kat universiti. Apa yang akan jadi pada result aku nanti lepas exam tengok je lah.

Tak ada yang istimewa sangat berlaku tahun 2011 ni. Tapi kehidupan aku akan diteruskan kerana perjalanan masih panjang sehingga ajal bertemu dengan aku. 

Azam tahun depan??? Tahun depan aku ceritakan.

Friday, December 30, 2011

Hebat Tak Equation Aku!!!

Hari ini aku datang masjid awal sikit. Kalau dah awal ni adalah borak sikit dengan member-member seangkatan yang berjuang di bumi tak pun di kampus yang tenang. *bobbastik plak ayat ni.

Sedang rancak berborak *nada berbisik je sampai lah 1 sms dari geng yang lain. Yang juga seangkatan berjuang di bumi ini. Kalau tak silap nama dia Faiz Yusuf *bukan nama sebenar tapi nama mukabuku.

Apa yang dia bagi adalah 1 EQUATION tak pun PERSAMAAN dalam bahasa melayu. Member rancak borak yang sorang lagi duk sebelah aku tu pun dapat sms yang sama. Nama dia tak perlu mention lah. Tak penting pun!!!



Equation yang di bagi adalah. jeng-jeng-jeng.

Study = tak fail ......... (1)
Tak study = fail..........(2)

(1) + (2)

study + tak study = tak fail + fail

faktorkan atau pun factorise

study ( 1 + tak ) = fail ( 1 + tak )

maka,

study = fail


Pesanan sms tersebut : so, tak payah study... wuahaha!! Hebat tak equation aku???!!! *diambil sebijik-sebijik dalam sms tersebut

Korang yang faham equation ni macam mane??? Apa pendapat??? Boleh share...

Thursday, December 29, 2011

Kegilaan Zaman Dulu Kala

Malam ni entry pasal mengimbau kenangan lalu. Apa kenangan yang mengimbau sangat ni kan. Zaman dulu kala, tak silap aku masa budak-budak lah ini adalah perkara wajib. Kalau tak, terasa rugi dan tak leng kap hidup. Wahahahaha.

Apa benda yang kegilaan sangat ni kan. Buat suspen je.

Suspen KE???

*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jeng-jeng-jeng.

Ni lah benda ni.





Kartun ni???!!!*nada terkejut


Apa yang aku nak cerita pengalaman pasal kartun ni adalah masa aku kecik dengan budak-budak kampung yang lain la. Masa tu kartun ni memang kegilaan sangat la. Tiap sabtu ahad dari pukul 9 sampai 10 cerita sailormoon dengan Dragon Ball. Sabtu pulak Doraemon pukul 7.30 petang. Maghrib masa tu.

Lepas cerita tu, kita plak sambung cerita tu. Macam kuasa ada. Pernah dulu aku dengan member budak-budak kecik berlakon macam dalam kartun ni. Buat la Dragon Ball. Lepas tu, sorok. Lepas sorok cari. Hahaha. Kelakar bila ingat balik. Pengaruh kuat kartun tu. Imaginasi tinggi plak nak tiru-tiru aksi kartun tu.

Kalau yang sailor moon pun nak tiru jugak. Kuasa ANGIN, API, AIR, RIBUT, TAUFAN, SALJI, TANAH. Semua ada lah. Siap menambah plak bila time main waktu petang-petang. Ye lah, Sailor Moon tu ada 5 je. Tapi, budak-budak kampung nak main ramai. Tu yang menambah ntah pape. Semua nak jd baik. Yang jahat tak ada. Hahahaha. Lucu bila ingat balik.

Korang pun mesti ada juga nostalgia pasal kartun ni. Apa lagi share la skit!!!

Cute kan. Teringat kat kawan  aku yang mak gelar dia MON.
Sebab minat sangat kucing robot biru ni.
hehehe.

Wednesday, December 28, 2011

Segmen - 5 Blog Paling Di Minati by Nizam Ijam



Blog Pertama

'

Blog kedua



Blog ketiga


Blog keempat


Blog kelima


Blog keenam


Terlebih sudah blog yang minat.
Taram je lah yang penting aku minat.
Nak tahu sebab apa minat bleh klik je kat gambar-gambar kat atas.


Nak Tag


*kalau nak join tekan kat gambar paling atas sekali...

Sunday, December 25, 2011

Kenapa Aku Suka Kucing?

Jawapannya ialah kucing ni memang comel. Bulu yang lembut. Suara yang manja. Memang tergoda lah dengan kucing ni. Aku dah lame tak belai-belai kucing ni. Rasa rindu plak.

ni kucing yang ada kat dalam umah aku.



Kat UKM ni tak banyak lah kucing. Ada jumpa kucing tapi takut plak kat aku ni. Dia ingat aku nak tangkap dia kasi buli. Mana ada. Dia tak nampak ke yang muka aku ni muka penyayang. Lebih-lebih lagi pada kucing yang comel.



Untuk pengetahuan korang kucing adalah haiwan kesayangan Rasullullah SAW. Pernah dulu ustaz ke ustazah aku ada cerita : semasa Rasulullah solat ada kucing ni tidur atas sejadah tempat baginda solat. Lepas solat biasanya kita akan lipat semula sejadah ni. Akan tetapi, penyayang dan kasihnya Rasullullah ni dia tak lipat pun sejadah tersebut. Dia biarkan kucing tersebut tidur di atas sejadah.



Ada lagi satu. Rasanya korang pernah tak, kalau kita nak solat tapi kalau ada bulu kucing melekat kat baju, solat kita tak sah. Sebenarnya kenyataan itu tak betul. Aku pernah terbaca cerita bahawa Rasullullah ternampak Abu Hurairah membawa anak kucing di dalam saku jubahnya ketika mahu menunaikan solat. Akan tetapi Rasullullah tak menegur pun akan kelakuan yang di lakukan oleh Abu Hurairah tersebut.



Lagi satu. Tahu tak kenapa Abu Hurairah mendapat gelaran tersebut? Sebenarnya Abu Hurairah mendapat gelaran tersebut kerana beliau amat suka akan anak kucing di mana Hurairah bermakna anak kucing. Di sebabkan beliau suka membawa anak kuciong kemana sahaja, maka beliau di gelar Abu Hurairah.



Itu sebab lah aku ni suka sangat dengan kucing. Bukan setakat comel semata-mata. Malah ia adalah salah satu sunah Rasullullah. Aku tak faham kenapa ramai juga orang tak suka kucing. Agak-agaknya kenapa ek?

Saturday, December 24, 2011

Gentleman atau Kuli

Siti : Ali, kau tolong aku buatkan assignment yang bahagian aku ni. Aku tak tahu la. Tolong eh?
Ali : Kerja tu kan bahagian kau yang buat.
Siti : Aku dah cuba cari. Tapi tak dapat lah. Susah.
Ali : Aku dapat je cari. Tak de! Tak de! Kau buat juga. Aku tak nak buat. Itu kau punya bahagian.
Siti : Kau ni tak Gentleman la.
Ali : Ada aku kisah! Kerja kau, Kau lah yang buat.



Apa yang korang telah baca dialog di atas ni adalah situasi yang pernah berlaku pada aku. Seorang perempuan menyatakan yang aku ni tak Gentleman gara-gara tak tolong dia buat kerja. Aku tak kisah apa dia nak kata. Kerja dah bahagi-bahagi, tak kan kerja dia pun aku nak buat kan. Bila kita minta tolong sikit tak nak pula dia tolong. Kalau dah tolong lebih-lebih da jadi macam kuli dah aku ni jadinya. Turut je kata orang.

Aku ada jugalah tahu ada lelaki ni terlalu turut telunjuk perempuan. Apa yang perempuan suruh, dia ikut je. Kononnya nak jadi Gentleman lah. Nak jagi Gentleman pun agak-agak lah. Ni aku tengok dah macam kuli batak. Nak tolong perempuan ni boleh lah. Tapi janganlah lelaki ni di jadikan macam kuli. Perempuan ini sukalah lelaki yang turut kata dia. Senang dipergunakan.

Perkara macam ini tak semua perempuan yang buat cuma segelintir je lah. Yang segelintir ini lah yang buat orang tunjuk semua perempuan terlibat sama. Bak kata pepatah "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". Pasal yang segelintir ini lah buat aku geram sangat. Tak nafikan juga masih ramai perempuan yang baik dan solehah. ececeh!!!


Bagi aku Gentleman seorang lelaki ini cukup lah sekadar dia menjaga pandangan mata terhadap perempuan. Kiranya menjaga kehormatan seorang perempuan. Selain itu, jangan lah sakiti hati perempuan dengan kata-kata kesat. Tak pun kata yang boleh sakiti hati perempuan sebab hati perempuan ni lembut dan mudah tersentuh. 

Perempuan ni kalau nak tolong ni boleh lah. Kalau setakat minta tolong angkat barang berat tu boleh la. Kudrat perempuan mana boleh angkat barang berat. Jangan pula lah lelaki ni tengok je perempuan angkat barang berat dengan payahnya. Itu namanya PEMALAS!!! Yang tu baru namanya tak Gentleman. Hehehe.

Sunday, December 18, 2011

Kuatnya Mereka

Hari ini aku nak ajak korang merenung sikit pasal cerita di Palestin. Rata-rata antara kita tahu macam mana nasib masyarakat islam di sana. Mereka di perangi oleh orang Yahudi Laknat Israel. Tapi, apa yang mengagumkan aku melalui pembacaan Mastika Keluaran Januari 2012 ni ialah mereka tak gentar pun melawan pihak Israel yang mempunyai senjata yang canggih-canggih sedangkan pihak Palestin hanya melawan mereka dengan senjata tradisional macam batu dan bom je.



Orang Palestin memang berani. Kita di Malaysia sepatutnya mencontohi keberanian mereka yang sanggup berperang keatas musuh-musuh Islam. Tak payah berlembut sangat bila musuh Islam dah mula pijak kepala. Orang kafir ni takut pada orang Islam jika kita ni bersatu. Disebab kan bersatunya orang Palestin lah, orang Israel susah nak tawan Palestin walaupun mereka dah cuba berpuluh-puluh tahun dan di lengkapi dengan senjata moden dan canggih.

Aku rasa ramai lagi yang tak baca mastika dan mungkin tak berkesempatan nak baca mastika yang baru ni. Jadi, aku nak share lah keajaiban berlaku di pada orang Palestin menyebabkan orang Israel banyak kali undur dari peperangan :

1. Tentera 'berbaju putih' bingungkan Israel

Di katakan ada pasukan ghaib membantu para mujahidin Palestin dan turut di akui oleh pasukan Israel. Pada Januari 2009, askar Israel menerobos masuk ke sebuah rumah keluarga Palestin di Gaza. Anak lelaki keluarga itu di tahan. Askar Israel bertanyakan tentang ciri pakaian para pejuang al-Qassam, salah satu kumpulan mujahiddin di Palestin.

Lelaki itu menjawab jujur bahawa pejuang al-Qassam mengenakan pakaian serba hitam. Jawapannya itu membuatkan tentera Israel marah dan menuduhnya penipu, lalu dipukul bertalu-talu hingga pengsan.

Selama 3 hari berturut-turut lelaki itu akan ditanya soalan yang sama, dan lelaki itu tetap jujur memberi jawapan yang sama. Dan setiap kali itulah dia akan dipukul. Sehinggalah akhirnya tentera Israel mengalah dengan lelaki itu dan menjerit memberitahu : "kau penipu! Mereka itu berpakaian serba putih!" (merujuk kepada mujahidin al-Qassam yang dilihat tentera Israel) 

Siapakah mereka yang berbaju putih yang dilihat tentera Israel tersebut? Pandai-pandai lah anda sendiri memikirkannya. Dalam cerita yang aku baca ni orang yang memakai baju putih ni dikatakan membantu orang palestin memerangi tentera Israel wal hal orang Palestin sendiri tidak tahu siapa mereka ini.

Ada banyak lagi kisah pasal tentera baju putih yang mengelirukan tentera Israel tapi ini sahaja yang dapat dikongsikan.



2. Jasad pejuang syahid berbau harum

Jenazah seorang mujahidin bernama Musa Hasan yang syahid kerana serangan udara Israel. Sepotong kain yang terkena darah mujahidin itu masih berbau harum walaupun telah di cuci berulang kali. 
Subhanallah!!!

3. 4,000 nyawa baru diganti Allah

Antara bulan Disember 2008 hingga Januari 2009, Israel melakukan pelbagai serangan yang menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak dengan tujuan akan berkurangnya generasi Palestin di masa akan datang. Dalam tempoh itu, hampir 1,500 nyawa terkorban. Ajaibnya, mengikut takrif yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza, 3,700 bayi lahir dalam tempoh tersebut. Ibaratnya, 2000 nyawa yang dikorbankan Israel, Allah memberi 4000 nyawa baru sebagai gantinya.

Dalam artikel lain yang aku baca ada menyatakan yang wanita di sana tidak akan berhenti melahirkan anak kerana mereka ingin melahirkan lebih ramai mujahidin. Statistik menyatakan rata-rata wanita di sana mempunyai 8 orang anak. Jika anak mereka meninggal dunia kerana perangi Israel mereka tidak akan kesal malah berbangga dengan anak mereka kerana anak meraka menjadi SYAHID. Tapi, ia berbeza bagi kita di sini.



Kanak-kanak disana juga mengerti akan apa yang telah berlaku pada mereka sekarang. Apa yang mengagumkan melalui pembacaan aku adalah kanak-kanak seawal usia 4 tahun akan berebut ke masjid sekiranya terdengar azan berkumandang. Jarang sekali mereka akan terdengar suara kanak-kanak ketika mereka sedang bersolat. Ia juga berbeza di sini. Bukan sekadar kanak-kanak malah orang yang da mampu berfikir pun tidak melakukan hal tersebut seperti yang di lakukan oleh kanak-kanak di Palestin.

Oleh itu apa yang dapat aku simpulkan ialah sekiranya kita menghadapi masalah seperti meraka hadapilah dengan cara kebenaran. Allah akan sentiasa berada di pihak yang benar. Lagi satu, mereka semua tak perlukan duit dan air mata kita di sini. Apa yang mereka perlu ialah doa. Doa agar Al-Aqsa selamat dari di ceroboh tentera Israel.

Friday, December 16, 2011

Sebongkah Batu di Kuala Berang

Hari ni aku nak share satu lagi buku yang aku da baca. Buku tu macam tajuk entry ni lah. SEBONGKAH BATU DI KUALA BERANG. Buku ini adalah sebuah novel karya Faizal Tehrani yang mempunyai 180 halaman bercetak yang tak termasuk kulit. Buku ini keluaran PTS LITERA UTAMA.

Inilah wajah buku yang aku katakan ni.
Buku ini bertemakan nilai-nilai moral islam. Sedikit sinopsis pasal cerita ini ialah sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir mereka. Merka perlu membuat satu filem. Filem yang mereka buat adalah berkisarkan kedatangan awal islam di Tanah Melayu. Dalam pembikinan filem yang mereka lakukan ada bermacam masalah yang mereka hadapi sama ada dengan pelakon mahupun kru yang bermasalah. Akan tetapi dalam novel ini ada kesudahan yang tak disangka yang membawa kebaikan kepada semua pihak yang terlubat walaupun bermacam masalah yang mereka hadapi.

Novel ini memang bermanfaat kerana ia bukan sekadar hiburan untuk bahan bacaan semata-mata. Malah ia memberi banyak ilmu mengenai serba sedikit ilmu sejarah terutama kedatangan islam ke Tanah Melayu. Selain itu, dalam novel ini ada sedikit huraian mengenai Wali Songo. Paling utama ialah mengenai Batu Bersurat dimana ia adalah bukti kedatangan islam ke Tanah Melayu ini.

Buku ini memang bermanfaat. Tidak rugi jika membacanya. Novel ini boleh didapati dengan harga RM16.50 di semenanjung tapi RM18.50 di Sabah dan Sarawak.

Enjoy with this book.

Sunday, December 11, 2011

Inilah sunnah Baginda Rasulullah SAW ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.


Assalammualaikum... Hari ini kita di gemparkan dengan gerhana bulan. Namun. dalam kita menghadapinya kita kena tahu ada amalan sunat yang boleh dilakukan ketika gerhana ini.




Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita SAW kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tinggalkanlah sunnah ahli bidaah kerana inilah jalan yang membawa kecelakaan di dunia dan akhirat.


Bacaan ketika solat gerhana matahari ialah secara perlahan sebagaimana solat Zohor manakala untuk gerhana bulan pula ialah secara kuat sebagaimana Maghrib

Kita diminta supaya memperbanyakkan menyebut istighfar memohon keampunan Allah



اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

اَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِى وَلِوَالِدَيَّ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الاَحْياَءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَات



Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :



للّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ

الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ



Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

Solat dan berdoa. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”.



Berzikir dan beristighfar.

Abu Musa berkata: “Telah berlaku gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW berdiri dalam keadaan cemas kerana bimbang akan berlaku Kiamat. Lalu Baginda SAW tergesa-gesa pergi ke masjid dan solat dengan berdiri yang terlalu panjang serta rukuk dan sujud yang panjang, yang tidak pernah aku lihat Baginda SAW melakukan seperti itu.



Berlindung daripada azab kubur.

Diriwayatkan oleh Aisyah ra: “Setelah Nabi SAW selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda SAW memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”



Bersedekah.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”



Memerdekakan hamba.

Asma’ ra berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. “Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan.”

Sunday, December 4, 2011

Ombak Rindu

Orang asik cakap yang Ombak Rindu ni best. Betul ke best. Ada yang sampai nagis-nagis lagi masa tengok filem ni kat wayang. Jadi, terdetik lah hati ini nak tegok filem yang dikatakan hebat itu.



Kisahnya bermula disini. Aku bersama 3 orang kawan yang lain pergi lah ke Berjaya Times Square untuk tonton filem tersebut. Semuanya lelaki lah. 3 orang Malaysia. Sorang lagi kawan orang Thailand. Mula-mula kawan aku yang 2 orang tak nak tengok filem tu. Kata dia bosan. So, aku cakap lah "Tak pe kalau korang tak nak tengok, biar akui dengan Syahmi yang tengok filem tu". Agaknye diorang tak tahu nak buat apa, terpaksa mengalah jualah untuk tengok filem tersebut. Kalau yang Ali ( Thailand ), dia memang tak pernah tengok wayang. Dia pun tak nak tapi nak buat cam ne, tengok jgk la.



Bila da abis tengok serius aq cakap aku sampai nak leleh air mata. Tapi tak tumpah lah. Hati aku lembut kot cerita sedih-sedih ni. Aku ingat, aku sorang je lelaki nak nanges tengok cerita ni. Rupanya kawan aku yang Syahmi pun kata macam nak nangis juga. So, tahu lah penangan cerita ni macam mana. Sampai nak nangis aku dibuatnya. 

Yang paling aku kagum masa dalam pawagam tu. Aku duk depan sekali. Sampai mendongak kepala ni. Perasan aku lah, agaknya ada orang lain kata "Mak ai mamat 4 orang ni, Excited giler tengok wayang depan-depan plak tu". Ikut kan  hati tak nak pun duk depan. Sakit kepala. Rasa sampai sekarang ni. Lagi satu yang aku kagum ialah ada abang-abang maktab tentera ke polis ke tak tahu lah pun tengok juga filem ni. Sekeras-keras, segagah-gagah dia p[un nak juga tengok cerita ni. Agak kagum aku di situ.



Apa yang aku nak bagi tahu cerita ni best ialah plot dan cerita sungguh menarik dan teratur. Senang untuk difahami. Tak payah lah penonton nak main teka teki. Lagi pun ramai dah tahu apa jadi kesudahan filem ni. Tapi macam aku tak tahu pun sebab tak baca novel.

Pelakon? Memang terbaik! Kombinasi pelakon memang mantap! Maya Karin memang pandai buat sampai aku sedih. Aaron Aziz pun menangis dalam filem tu. Lisa Surihani? Lakonan yang berbeza sekali dengan lakonan dia yang lain. Bront, sama-sama buat aku simpati dalam cerita ni. Azizah Mahzan, buat aku menyampah. Lakonan dia buat aku macam nak penampar je muka dia.




Da lepas habis memang aku cakap filem ni memang best! Aku macam nak tengok 2 kali. Tapi, kawan aku cakap "Ko jangan nak mengada-ngada sangat. Nak tengok sampai 2 kali". Yang Ali pun cakap best lah cerita Malaysia ni. Dia pun kata kat aku "Nanti, ko download cerita ni, aku nak simpan. Nak bagi kawan dengan family aku kat Thailand nak tengok. Lagi satu, lagu dalam filem tu best". Sampai macam tui sekali budak Thailand ni minat. Kalau dah sampai orang Thailand kata filem Malaysia best! Apa pula kata orang Malaysia?

So, aku nak bagi 4/5 bintang untuk OMBAK RINDU!!!

p/s : gambar yang ditunjuk ialah antara scene yang ada dalam filem tersebut.

Saturday, December 3, 2011

Segment | Santai Blogger 3

...Assalamualaikum...
...Hari ni tak de benda menarik nak tulis kat blog ni...
...apa yang dapat buat ialah join segment...
...asal blog ni diisi jadilah..



...Segment yang aku join ialah segment Abah...
...kalau nak join tekan lah banner kat atas tu...
...kalau tak boleh, boleh tekan kat Sini...

...Apa yang dia mintak ialah untuk cerita pasal hobi aku...
...Hobi aku ialah :
...suka beli buku. pelik kan? Buat masa sekarang ni memang aku beli buku banyak-banyak. Pantang nampak jualan buku mesti beli. Terutama novel. Nanti bila dah ada masa baru lah baca. Bila dah dapat baca memang lama la mengadap buku tersebut...

...itu je lah yang dapat aku cerita...
...Nanti kalau ada cerita best lg aku update lah kat blog ni...
...buat masa sekarang ni aku buzy dengan study, pasal dah nak final sem ni...
...kena rush skit. Lagi plak ni first sem kat U...
...mesti nak buat yg terbaik...

...ok lah..
...bye... 

Thursday, December 1, 2011

Cabaran Kerja Berkumpulan




"Hari ni saya akan bagi assignment kat kamu semua. Tapi kerja yang kena kamu semua buat ni adalah dalam kumpulan. Hantar minggu depan di bilik saya". Ini lah kata-kata pensyarah yang selalu kita dengar setiap kali dia bagi assignment.

"Yes!!! Nasib baik dalam kumpulan. Dah la banyak. Kalau tak mampos aku buat sorang-sorang". Ni plak yang selalu pelajar-pelajar kata.




Memang tak dapat di akui kerja berkumpulan ni memang kadang kala memudahkan. Yelah... kan kerja beramai-ramai. Tapi banyak cabaran yang perlu kita hadapi dalam kerja berkumpulan ni. Lebih-lebih lagi dalam kumpulan yang besar. Antara cabaran ialah :


  1. Ahli tak berkerjasama : Rasanya semua paham kan kalau tak berkerjasama ni macam mana. Memang geram la kalau ada ahli macam ni. Buat kerja tak nak sama-sama tapi markah nak lebih. Paling geram bila time perbentangan ahli yang tak berkerjasama ni kata ni.."apa yang telah saya buat ini ..." paling lah tak boleh blah. Tak sedar diri orang macam ni. Tak buat keje pun ngaku-ngaku yang dia buat kerja.
  2. Cadangan dan idea yang bercanggah : nak dapat kesepakatan dalam kerja kumpulan ni memang susah lah. Cadangan ke idea ke asik bertentangan je. Kadang-kadang boleh sampai gaduh. Bila dah gaduh keje semua lah tak boleh buat.
  3. Kekangan masa : Masa pun boleh jadi masalah. Dalam ahli kumpulan ni bukan semua masa antara ahli adalah sama. Bila orang tu free, orang lain plak ada keje lain. So, bila nak buat kerja ni pun boleh susah sebab masa tak sehaluan. *masa pun ada nak sehaluan ke?

Cabaran ni memang boleh menimbulkan masalah dalam membuat satu kerja yang berkualiti. Tapi, dalam masalah yang mungkin atau kita hadapi ni mesti boleh di selesaikan. Perkara yang boleh kita lakukan supaya cabaran dan masalah dalam kumpulan tak menjadi lebih besar ialah :    

  • Kita mestilah bertolak ansur dalam perbincangan : janganlah nak orang ikut cadangan kita je. Cadangan orang lain pun kena terima juga.
  • Ambil bahagian dalam setiap gerak kerja dalam kumpulan : jangan jadi seperti parasit yang mengambil hasil dari orang lain semata-mata.
  • Berkongsi maklumat antara ahli kumpulan : jangan lah nak simpan ilmu sorang-sorang. Simpan sorang-sorang pun tak guna. Tak boleh buat apa-apa.


Berdasarkan pengalaman aku dalam berkerja kumpulan ni memang tak dapat dinafikan la ada je yang tak sedap kat hati ni. Ada je yang tak puas hati. Tapi, jenis aku ni, aku tak suka lah nak luahkan tapi bila dah tak tahan aku akn marah je sapa-sapa dalam kumpulan aku tu.



Kalau korang lah ada masalah dalam kerja berkumpulan ni apa agaknya korang akan buat?

Kalau suka "LIKE" entry ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...