Sunday, June 9, 2013

Adik Kembar Aku Nak Di Beli!

...Assalammualaikum...

Cerita yang nak aku tulis ini adalah cerita yang telah abah dan mak aku ceritakan pada aku dan adik-adik.

Setahun selepas adik kembar aku dilahirkan. Mak abah serta anak-anaknya berpindah ke rumah yang baru. Rumah ini adalah rumah bantuan yang telah diberi oleh kerajaan pada tahun 1995. Keluarga aku bukanlah keluarga yang senang. Tapi, makan tak pernah putus. Cuma kemewahan tu memang susah untuk diperolehi. Tapi, itu tak menjadi masalah sebab orang sekeliling pun macam tu jugak.

Menurut cerita abah, semasa abah ingin meminang mak dan berhasrat untuk berkahwin, ramai orang tak percaya akan kebolehan abah untuk berumah tangga. Abah memang susah masa tu. Kerja tak tetap. Tapi, mak aku terima dengan wang hantaran RM2000 serta maskahwin sebanyak RM22.50. Cakap-cakap orang bila abah berumah tangga tu memang susah nak kawal. Tapi, abah memang keras hati. Hati yang cekal. Sampai sekarang macam tu. Keras hati dalam segala hal tetap ada.

Alhamdulillah. Abah mak serta aku adik beradik hidup cukup makan. Tak pernah dalam sehari aku sekeluarga tak pernah makan. Kalau tengok 'Bersamamu' yang orang makan nasi dengan air garam serta makan ikan kering tu, keluarga aku lebih mewah daripada itu. Setakat makan 3 kali sehari tu memang cukup. Tak pernah putus makan.

Suatu hati, datang sepasang suami isteri ke rumah aku sekeluarga. Kalu tak silap kejadian ni dalam tahun 1995/1996. Abah jemput dia masuk. Dia tak nak. Tak sudi nak masuk rumah aku sekeluarga. Okey, abah tak paksa dan abah paham kenapa orang tak nak masuk. Masa tu rumah aku tak ada sofa ataupun bantal kusyen. Hanya duduk berlantaikan simen yang di alas tikar getah.

Sepasang suami isteri itu datang memang ada hasrat. Kalau tak ada hasrat memang dia tak nak datang ke rumah abah walaupun dijemput. Dengan tiba-tiba dia berkata "Den datang sini nak amik anak kau. Biar den yang jago. Den ni tak ado anak. Den tengok kau ni, entah boleh entah tidak bagi anak kau makan. Kau tu kojo pun nak tontu. Den bagi RM5000. Kau bagi anak kau yang sorang tu. Den nak yang itu". 

Abah terkejut! Tak pernah abah aku berniat nak bagi anak-anak dia pada orang lain. Kemuadian abah berkata. "Biar den tak cukup makan, jangan harap anak den ni den bagi kat kau. Den susah pun, den tak ponah mintak duit orang lain. Den usoho sendiri. Sampai bilo-bilo pun den tak kan bagi anak den kat kau. Kalau anak den ni mati, biarlah dio mati dopan den".

Dengan kata-kata abah tu, sepasang suami isteri itu terus melangkah balik ke rumah. Ada hikmah kenapa abah tak nak bagi anak-anak dia pada orang lain. Abah berani menjaga haknya supaya tak jatuh pada tangan orang lain. Kata abah, kalau abah nak bagi dah lama abah buat macam tu. Sejak dari aku dah ramai orang mintak nak bela. Siap letak duit untuk beli aku dengan adik-adik. Orang menganggap abah aku tak mampu nak besarkan anak-anak dia. Tapi, abah tak nak. Sebab abah aku tahu pertalian ni akan terputus serta merta jika abah bagi anak-anak dia pada orang lain.

*****

Bila aku balik bercuti ke rumah, abah asyik kata "Tak sangka abah dapat besarkan anak abah. Sihat! Tak ada sakit yang teruk-teruk. Alhamdulillah. Dulu orang asyik kata yang abah tak dapat besarkan anak. Anak abah tak dapat sekolah lah. Tapi, sekarang ni besar dah pun. Dah masuk U pun."

Walaupun macam mana keluarga aku. Dia tetap menjadi keluarga aku sampai bila-bila. 'Air dicincang tak akan putus!' Aku nak jadi seperti abah yang sentiasa kuat semangat dalam kehidupan. Kalau abah mudah putus asa, tak tahu kemana aku sekarang ni.

...Sekian, Wassalam...

7 comments:

  1. perasaan bercambur2 pula baca baca entri ni... tabahnya seoranga abah membesarkan anak2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mencuba utk menjadi seperti abah yg tabah dalam membesarkan anak-anak walaupun serba kekurangan...

      Delete
  2. alhamdulilah ...ayah yang tabah dan kuat semangat ,semoga Ayah kamu di rahmati Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaALLAH.. tanpa abah, belum tentu berjaya seperti sekarang...

      Delete
  3. bagus2. hargai jasa abah. belajar rajin2

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah... sedang berusaha supaya mak dan abah bangga dgn anak yang dia lahirkan dan besarkan...

      Delete
  4. waa faizul.. u really got a story.. sebak pula baca.. semoga satu hari nanti kau dpt memberi kebahagiaan kat famili kau mcm mana pengorbanan yg abah kau lakukan! insyaAllah.. all the best kawan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...