Sejarah Aku Bersama Blog

...Assalammualaikum...

Pada awalnya aku tidak mengetahui akan kewujudan laman blogger ini sehingga aku memasuki ke tingkatan 6 Rendah Di SMK Tun Habab Kota Tinggi. Di sana, aku telah mengambil subjek Teknologi Maklumat. Maka, setiap pelajar di wajibkan memiliki blog sendiri. Maka, aku pun wujudkanlah laman blog ini.

Sudah banyak blog aku cipta namun tidak menjadi. Tidak kena pada hati aku. Aku pernah menggunakan alamat blog http://faizullife.blogspot.com. Namun alamat blog ini tidak tetap. Aku telah menukar kepada http://mohdfaizulosman.blogspot.com. Dan alamat blog ini tetap sehingga sekarang.

Blog Tidak Aktif

Setelah aku membuka akaun blog ini sejak di tingkatan 6 sehingga aku menjejakkan kaki ke KMNS, aku tidak lagi menulis entry di blog. Bagi aku itu semua tidak penting dan aku sendiri tak tahu apa faedahnya aku mempunyai blog. Sehinggalah.....

Kembali Aktif Menulis Blog

Aku berkerja di Kota Tinggi Waterfall Resort. Di sana, aku kebosanan. Tak tahu nak buat apa. Dalam melakukan pekerjaan aku sebagai Casher aku di benarkan untuk memunggunakan laptop. Jadi, aku telah bertanya pada seorang rakan aku apa yang aku boleh buat ketika bosan. Maka dia mencadangkan aku membaca blog orang yang terkenal.

Di situ, tercetuslah idea aku untuk kembali menulis blog kembali.

Pada masa itu, aku tidak tahu apa yang perlu aku tulis. Apa yang aku tulis ialah mengenai sejarah hidup aku, sedikit ilmu agama. Bagi aku seperti tidak ada originaliti jika kita meniru apa yang kita baca dan di terbitkan kembali dalam sebuah blog. 

Maka, aku mendapat idea apa yang patut aku tulis dalam blog aku. Aku menulis berkaitan apa yang berlaku pada diri aku seperti aktiviti yang aku sertai disamping aku menulis pendapat aku tentang isu-isu semasa. Kadang kala aku menulis juga berkaitan motivasi untuk diri aku dan juga orang yang sudi membaca blog aku.

Header Blog

Tahun 2013 adalah tahun ke empat aku bersama blog aku. Jadi, bermacam-macam header dan template aku guna supaya aku tidak bosan ketika berbloging.


Header ini telah di gunakan sehingga 06 Julai 2012. Header sebelum ini dah banyak aku guna. Cuma dah tak ingat.



Header ini telah di gunakan dari 06 Julai 2012 sehingga 03 Mac 2013.


Header ini telah digunakan sejak 03 Mac 2013 sehingga sekarang.

Perubahan header adalah perlu bagi aku untuk memberi nafas yang baru. Bermacam-macam idea yang aku dapat. Akhirnya ini juga yang terluah.

Kejayaan Blog
Aku belum pernah lagi memdapat apa-apa kejayaan. Bagi aku, aku jadikan blog aku ini sebagai hobi aku di masa waktu-waktu lapang. Tidak terlintas untuk mendapat apa-apa anugerah mahupun gelaran.

Biarlah 'Follower' aku yang menentukan kejayaan blog ini.

...Sekian, Wassalam...

Faizulosman
Last updated 03 March 2013

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...