Sunday, May 18, 2014

#FoodReview : Pizza San Francisco, Bangi

...Assalammualaikum...

Tarikh : 13 Mei 2014
Masa  : Dinner time (8.30 - 9.45pm)
Tempat : No. 1 & 3, Jalan 8/1 Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Ubah selera! Selalunya makan makanan melayu, nasi, nasi dan nasi. Maka pada malam 13 Mei tu aku dan seorang kawan yang selalu makan sesama pergi try satu restoran fast food ala-ala dominos dengan pizza hut iaitu Pizza San Francisco. Dia ada banyak cawangan. Yang kami pergi ni cawangan di Bangi. Alamat seperti di atas. Untuk cawangan lain boleh rujuk kat web site Pizza San Francisco.

Menu kat sini agak banyak tetapi hidangan dia dalam bentuk ala carte. Tiada set. Sangat tak best sebenarnya menu yang tiada set ni. Ada set dia lebih jimat. Nak atau tak kami pun memesan beberapa menu untuk santapan pada malam itu.

1. Pizzaido, sejenis pizza. Pada asalnya kami nak pesan Seafood. Tapi, malangnya pizza tu out of order. Menyampah! Apa yang ada dalam pizza ini adalah mozarella cheese, chilli, mushroom, minced chicken and onion. Kami pilih pizza large. Makan berdua tapi nak besar-besar. Tengah kebulur. Harga large RM28++. Kalau harga regular RM 21++. Tak ingat harga sebenar. Lebih kurang macam ni lah harganya. 

 


Mesti nak tahu kan macam mana rasanya. Bagi aku rasanya nice. Tak lah teruk dan tak lah terlalu sedap. Tapi boleh lah untuk dimakan ketika lapar. Aku boleh bagi markah 5/10 je unuk pizza ni.

2. Mushroom Bruschetta yang merupakan golden brown wholemeal bread with sauteed mushroom. Yang ni ade 2 keping je bread. Padan lah untuk makan dua orang. Harga RM 5++.


Yang ni rasanya sedap. Kawan aku kata tak sedap. Tengok lidah la. Lidah aku kata sedap. Aku boleh bagi 8/10 markah. Kena try ni.

3. Cheesy bread (Baked baguette with cheese and tomato puree). Ada 6 keping. Harganya lebih kurang RM 8++.



Rasanya sangat sedap dengan cheese yang meleleh-leleh. Kawan aku kata yang ni kena dengan citarasa dia. Dia beri 8/10 markah. Aku pun kata yang cheese bread ni sedap. Orang yang dah kenyang pun boleh makan lagi kalau dihidangkan cheese bread ni depan mata.

4. Minuman aku ambil Cappuccino/Latte. Yang panas punya. Harganya RM 4 - 6. Tak ingt harga yg tepat. Kawan aku minum cold chocolate. Harganya RM 4 -6.



Memandangkan aku ni seorang yang caffein lover, makanya aku rasa yang air ni memang sedap. Kwan aku yang minum cold chocolate tu kata yang air dia rasa biasa-biasa je. Ye, sekadar boleh diminum je.


Secara keseluruhannya, makanan di PSF ni biasa-biasa je. Tak ade yang special sangat. Menu pun ala carte. Kalau ada set lagi best sebenarnya. Semasa aku datang pada malam tu, pelanggan memang tak ramai. Boleh dikira dengan jari. Tak tahu lah mungkin sebab aku datang semasa weekdays. Restoran sangat bersih, kemas dan menarik. Layanan yang diberikan agak baik cuma order agak lambat sampai. Lebih kurang setengah jam jugak lah order nak sampai.

Bila bil sampai memang agak terkejut bila tax yang dikenakan sangatlah tinggi. Ada service tax dan government tax. Jumlah kedua-dua taxs je dah cecah RM8++. Boleh order lagi satu menu kalau tax macam tu punya tinggi. Rasanya inilah kali pertama dan kali terakhir aku nak datang kat PSF ni. Secara overall tentang PSF ni aku boleh bagi 5/10 markah la. Orang kata, tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tahu. Kalau nak tahu kena lah cuba. Cuba menu lain. Aku tak dapat nak cuba banyak-banyak menu.

...Sekian, Wassalam...

Sunday, May 4, 2014

Aura Prof. Dr. Muhaya Mohamad

...Assalammualaikum...

Tarikh : 27 April 2014
Masa : 3.00 pm - 6.00 pm
Tempat : Kampus UKM Bangi

Aku di ajak kawan aku untuk sama-sama menghadiri satu ceramah motivasi. Nak kata ceramah, tak lah ceramah sangat cuma aku rasa ia lebih kepada kelas ataupun bengkel. Rasanya si tukang cakap terlalu dekat dengan jiwa pendengar kat dalam Dectar tu sebab tu aku tak rasa dia sebagai ceramah.

Jujur aku katakan, aku tak pernah berminat sebelum ini untuk membaca buku tulisan beliau mahupun mengikuti nasihat ataupun kata-kata positif beliau di FB, Twitter mahupun di kaca-kaca TV. Tapi, pada hari itu, aku terasa nak pergi mendengar kata-kata yang bakal keluar dari mulutnya. Tak pulak aku kata 'tak nak pegi' atau beri apa-apa alasan untuk tidak pergi ke majlis yang penuh dengan keilmuan tu. Aku tahu dia popular. Ramai yang menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi selain Rasulullah S.A.W.

Aku melangkah masuk ke dalam Dectar. Aku lihat ramai pelajar-pelajar sekolah menjadi tetamu ataupun pendengar kata-kata positif Prof. Dr. Muhaya. Pelajar UKM? Mestilah ada cuma taklah seramai mana pun. Aku duduk. Aku dengar apa yang dikatakan. Segala apa yang terkeluar dari mulutnya semuanya benar. Tak ada salahnya. Aku tak berganjak langsung sejak mula aku masuk ke dalam dewan sehinggalah celoteh beliau tamat. Ada sampai satu tahap tu, bicaranya membuatkan hati aku betul-betul tersentuh sehingga air mata nak gugur. Aku tahan. Cuba untuk tidak menggugurkan air mata. Malu lah pulak kalau air mata aku jatuh depan-depan tu. Nanti orang kata cengeng pulak.

Sebenarnya apa yang dikatakan memang selalu aku dengar. Tapi, auranya yang dikeluarkan membuatkan ramai yang suka akan bicaranya, katanya. Mungkin jiwa aku ni telah lama tidak di tabur dengan motivasi, peringatan atau majlis-majlis ilmu seperti ini. Aku rasa apa yang dikatakan semuanya betul sehingga jiwa aku tersentuh.

Di bawah ni aku kongsikan bicara Prof. Dr. Muhaya Mohamad:

Sifat Yang Perlu Ada Pada Setiap Manusia
1. Hormat pada semua orang
2. Buat sesuatu tanpa niat selain niat kerana ALLAH.
3. Lemah lembut
4. Sentiasa bertanya pada diri, apa yang perlu diberi pada orang lain

5 Perkara yang perlu dilakukan oleh setiap manusia
1. Kasih sayang tanpa syarat
2. Sentiasa memaafkan semua orang
3. Mesti perlu pemurah dengan ilmu, kata-kata dan nasihat.
4. Bergantung pada Allah bukan manusia
5. Sentiasa tenang

Tugas utama Manusia di Dunia
Sebagai seorang khalifah, hamba ALLAH dan pendakwah

Ini apa yang aku dapat catat dalan bicara beliau yang bertajuk Celik Mata Minda. Jika ada lagi bicara seperti ini, aku akan datang. Nak bagi hati ni subur dengan ilmu dan aura positif. 

...Sekian...

notaFO : Aku ingat Prof Dr Muhaya ni Dr dari bidang falsafah, rupanya dia ni memang betul-betul seorang Doktor perubatan. Yang lebih hebat dia adalah Dr pakar mata!

Sunday, March 30, 2014

Idea

...Assalammualaikum...

Dah lama tak update blog dan terasa rindu nak update blog dan mencoretkan sesuatu kenangan, pengalaman dan jugak idea. Inilah medium bagi aku untuk meluahkan segala yang terbuku di dalam otak, hati serta akal fikiran yang waras. Kadang-kala, wujud jugak pemikiran yang tidak waras.

Aku bukan lupa tentang satu-satunya blog aku ini tapi kekangan masa. Kadang-kala idea tak ada. Apabila sebut tentang idea, ia akan memberi satu masalah buat aku. Nak tahu kenapa?

Idea ni datang tak kira masa dan tempat. Jika Allah nak bagi ilham/idea kat mana-mana pun dia boleh bagi. Ketika solat, dalam tandas, ketika belajar dalam kelas dan etc. Selalunya, apabila idea tu muncul aku ingin menyampaikannya melalui blog ini. Tapi, apabila aku start je bukak laman blogger, idea tu dengan segera terhapus. Hilang! Ada masanya menjadi samar-samar dan kadang-kala menjadi kaku bila berhadapan di depan laptop.

Masalah idea ni bukan sekadar untuk blog tapi bila nak menulis tesis pun idea boleh datang dan pergi. Bila dia pergi tu, bermulalah fasa termenung untuk mengembalikan semula idea yang telah pergi entah ke mana.

Sepatutnya, untuk menghindar dari idea tu terus menghilang, cara yang patut dilakukan adalah dengan mencatat idea tu sejurus idea tu muncul dalam benak pemikiran ni. Tapi, aku ni kadang kala tak sempat nak mencatat apa yang telah aku fikirkan dan terfikir. Lepas tu, mulalah rasa menyesal.

...Sekian, Wassalam...

Friday, January 10, 2014

2014 is coming!

...Assalammualaikum...

2013 aku tak banyak update entry disebabkan busy yang sangat melampau-lampau sejak bergelar student tahun akhir. Aik! Dah nak habis aku belajar kat UKM ni. Macam tak sangka tapi itulah realiti.

Sebenarnya banyak cerita 2013 aku nak ceritakan tapi kekangan masa yang membatasi segalanya. Cewah! Malas untuk memandang belakang, aku akan teruskan dunia alam maya dengan cerita-cerita yang akan mewarnai tahun 2014. 2013 banyak mengajar aku erti kehidupan. Susah, senang, suka, duka semuanya ada. Dan semestinya 2014 menjadi hidup aku lebih adventure.

Tahun baru aku disambut dengan menjawab soalan exam. Enam paper kesemuanya. 13 Januari ni habis. Dah 3 tahun macam ni. Asal tahun baru je exam. Asal exam je mesti masa tahun baru. Pui! Inilah nasib selagi menjadi student U. Selepas aku habis exam ni, program OPKIM yang aku handle pun akan berlangsung pada 17 sehingga 22 Januari 2014 di Kg Temenin Baru. Aku lah jadi Ketua Pengarah. Serius aku cakap, bukan mudah nak mengarah orang, dan bukan senang nak handle satu-satu program ni. So, aku salute sama orang yang super pandai handle program ni.

Selepas tu aku bercuti sehingga 16 Februari. Cuti pun umpama tak cuti sebab aku sendiri dah dapat 4 undangan walimatulurus. Tapi, aku dapat penuhi 2 je. Yang 1 tu jauh, yang lagi 1 tu bertindan dengan majlis yang lain. Cuti aku ni pun berkemungkinan besar akan dipenuhi bengkel ke 2 dan 3 projek blue ocean aka Duta Jauhar di UTHM. Macam aku tak dapat cuti je.

Secara kasarnya, tahun 2014 tahun akhir aku bergelar student degree. Jadinya, tahun akhir ni lah, aku kena buat tesis, latihan ilmiah (praktikal) dan akhirnya aku akan GRAD! Tak sabar aku nak menanti hari yang paling bersejarah dalam hidup aku sepanjang 18 aku bergelar seorang pelajar!

Aku juga akan melangkah ke dunia pekerjaan iaitu dunia sebenar! Itupun kalau aku tak dapat tawaran untuk sambung Master. Sumpah aku cakap, tahun 2014 ni sangat mencabar. Dan aku akan mengharunginya selagi aku mampu bergerak dan bernafas.

...Sekian, Wassalam...

notaFO : bila dah lama tak menulis, agak terasa lembab ayat di kepala ni nak menyusun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...