Tuesday, January 31, 2012

Aku Berkampung

Ikutkan entry pasal ni aku dah ceritakan semalam. Disebabkan kesihatan aku yang tak mengizinkan kenalah aku buat hari ni.

Siang tadi aku baru pergi ke Pusat Kesihatan UKM. Ikutkan aku malas sangat nak pergi. Tapi disebabkan demam aku makin teruk ditambah pula aku ada kerja nak buat terpaksalah aku pergi.

Cek punya cek suhu badan aku 39 darjah. Tinggi juga naik dari suhu yang normal yang hanya 37 darjah. Dapat 5 jenis ubat. Banyak kau ubat yang dia bagi. Telan je lah. Kalau tak sampai bila nak baik.






Perkampungan Aku

Ramai kawan kata yang aku ni terlalu aktif dalam kokurikulum. Aku pun tak pastilah. Aku ni memang minat nak join banyak aktiviti. Di universiti ni lah aku perlu timba banyak pengalaman supaya bila aku dalam bidang pekerjaan nanti aku boleh adapt dengan mudahnya.

Aku berkampung ni dari 30 Januari sampai 12 Februari. Perkampungan ni adalah perkampungan Karnival Waja Diri yang ke 5 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Tahun ni adalah turn UKM jadi tuan rumah bagi pertandingan Seni Silat Cekak peringkat kebangsaan. 

Aku berkampung di Kolej Dato Onn UKM Bangi. Dapat bilik single. Wah seronok! Dapat pula aras 1. Memang best lah.

Aku teruja juga macam mana pertandingan ini akan dilakukan. Untuk pengetahuan pertandingan ini diadakan pada 11 Februari 2012. Semua orang boleh masuk untuk menyaksikan pertandingan silat ini. Huh! Siap promote lagi.

Tugas aku dalam perkampungan ini adalah dibawah AJK Logistik. Tugas aku bermula esok. Aku kena cari tali tag yang jumlahnya hampir 800. Mampos! 

Pada mulanya aku rasa malas nak join. Tapi, aku ni mudah bosan duk di rumah so aku joinlah aktiviti macam ini. Terisi jugak masa kosong aku.

Aku mengharapkan Karnival Waja Diri Ke 5 di UKM ini menjadi acara yang paling diingati oleh semua orang. Aku juga harap yang semua AJK dapat memberi komitmen dalam tugas-tugas mereka.

Kalau nak tahu lagi pasal KWD ni boleh lah ke link KWD ke 5

Monday, January 30, 2012

Hari Terakhir Di Benut

Ini adalah hari yang terakhir aku di Benut untuk program Operasi Khidmat Masyarakat ( OPKIM ) dan Program anak angkat. Pasti kenangan seperti ini aku tak akan lupa sampai akhir hayat aku.

Hari Keempat

Hari ini jam 9 pagi aku dan geng opkim yang lain telah bersiap nak sambut pelajar sekolah rendah dan menengah untuk program kecemerlangan yang di uruskan oleh kami. Program untuk pelajar sekolah rendag telah di adakan di SK Seri Ulum, Parit Marjunit. Pelajar sekolah menengah programnya di Dewan Parit Marjunit.

acara bersama adik-adik sekolah menengah. dengan harapan mereka dapat pilih UKM nanti.



Aku menguruskan pelajar sekolah menengah. Ramai jugak pelajar yang nak ikit program ni. Adalah dalam 61 orang yang join. Mereka semua kena dengar ceramah yang telah disampaikan oleh pensyarah UMT. Lepas tu seorang pelajar Master UKM jurusan Psikology telah memberi motivasi kepada pelajar tersebut.

Lepas tu ada sesi LDK. Aku  and the geng opkim dikehendaki berkongsi pengalaman di UKM ni. Aku pun bercerita lah beriya-iya. Yang penting aku bercerita.


ni group aku masa LDK bersama plajar.


Pukul 12.30 tgh, program ni habis. Lepas tu melantak lah. Lepas zohor balik rumah sampai malam. 

Tapi, petang tu aku dan keluarga angkat bersantai di tepi parit bersama jiran depan rumah mak aku. Seronok jugak bersantai-santai ni. Lebih-lebih lagi ada budak-budak. Bertambah seronok. Sambil berseronok bergambar bersama.

geng santai petang di tepi parit.

ni lah parit yang menjadi tempat santaian petang tu.

siap posing kat pokok ni.. unik kn?

ada nampak pelik tak dengan pokok ni?





Malam lepas isyak ada malam kebudayaan. Malam terakhir kat kampung ni. Macam-macam persembahan aku tengok. Paling menarik ialah persembahan tarian oleh murid Sek Keb Bandar Pontian. Memang gempak. Menurut info murid ni dah mewakili malaysia dalam pertandingan zapin serantau di Hong Kong. Jeles gila aku. Budak kecik ni dah sampai Hong Kong. Aku kat sini lagi.

Persembahan yang lain ialah Nasyid oleh kaum-kaum ibu. Penuh dengan pesanan dan nasihat. Persembahan silat pin ada. Memang gempak malam tu. Persembahan akhir sebelum tutup mata malam itu adalah tarian zapin oleh pelajar UKM.

nasyid kaum ibu.

persembahan silat org kampung.



Malam lepas majlis tu aku balik jalan kaki sampai rumah mak. Seronok berjalan di malam hari di kampung.

Hari Kelima

Hari ini adalah hari kesedihan aku sebab hari ini aku akan pulang ke rumah aku di Kota Tinggi. Aku sedih sebab bersama keluarga angkat memang best. 

dari kiri : radhi, mak, dan aku


Pukul 10 pagi majlis penutupan dan penyerahan anak angkat semula. Bagi aku pertalian yang aku telah bina tak akan aku putuskan. Ada majlis salam bersalaman. Memang leleh air mata. Tapi, aku tak lah. Buat segan je. Tapi dalam hati ni sebak juga lah nak leleh. Tetap cool walaupun hati merintih. Cewah!

ni family angkat aku.


Dalam pukul 2 baru bertolak balik dari Kg Parit Marjunit ke Kota Tinggi. Hari ni jugak aku baru dapat jumpa keluarga kandung aku.


Cerita berkaitan sebelum ini :
Cutiku Bermula
Aku Di Angkat Di Benut


Sunday, January 29, 2012

Sumpahan Kum Kum

Hari ini terasa bosan. So, aku and beberapa geng tengoklah wayang kat Jusco Tebrau. Aku tengok Sumpahan Kum Kum pukul 3.10 petang sampai 4.40 petang. Ceritanya macam ni lah :





Sinopsis

Cerita ini bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat. Malu dengan keadaan rupanya lalu dia berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang larangnya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi kegilaan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Gadis sunti yang pertama yang dibunuhnya ialah Shima, dimana dia adalah anak kepada Mak Tom. Untuk membalas dendam Mak Tom telah membalas dendam dengan membunuh Mila. Dalam keadaan Mila yang nyawa-nyawa ikan dia sempat bersumpah yang dia akan menghapuskan semua keturunan Mak Tom yang sunti. Apa yang berlaku seterusnya? Tontonlah ceriya ini.

Pendapat Aku

1. Thriller : Tengok je memang dah seram dan memang aku nak merancang tengok filem ni kat wayang. Tak rugi tengok. Jalan cerita yang best. Tak perlu banyak teka. Dia akan ceritakan sampai habis.

2. Pelakon : Janagn cakap lah memang terbaik. Paling terbaik ialah pelakon kanak kanak tu. Ada scene kena lanyak dengan bapak dia. Taka sakit ke badan dia tu kena lanyak dengan Fezrul Khan.

3. Lokasi : Memang tepat. Nampak seram. Rasanya kalau aku nampak secara realiti tempat macam tu pun aku rasa seram jugak.

4. Senematografi & CGI : Ok la. Not bad. Make up semua jadi. Hantu tu memang jadilah seram dia. Terkejut-terkejut jugak aku dalam panggung tadi. CGI memang jadi lah. Make up. Ulat-ulat tu memang nampak menggelikan. Hantu mengerikan.

5. Jalan Cerita : Memang terbaik. Cacat cela kurang. Rasanya aku berpuas hati tonton cerita ni kat panggung. Plot cerita ni memang nampak satu persatu walaupun pada mulanya bermacam persoaln yang timbul. Kenapa, bagaimana semua keluar dalam kepala otak aku. Dah nak habis cerita ni semua terjawab. Pengakhiran cerita memang aku tak sangka jadi macam tu. Kemunculan hantu pun tak disangka.

Secara Keseluruhan

Cerita ini kalau di tonton kat wayang memang tak rugi sebab cerita ni memang best. Terpuas jugak hati aku nak tengok cerita hantu yang agak logik dan jalan cerita yang begitu menarik.

Kawan aku yang tengok sekali pun kata filem ni ok. Kalau filem hantu yang lain nampak serba serbi tak logik tapi cerita ni ok dan menarik. 

Aku dapat bagi sehingga 7/10 markah je. Ini pun dah cukup baik aku bagi. 


Saturday, January 28, 2012

Aku Di Angkat Di Benut

Hari Ke-2

Awal pagi buta dalam pukul 8 pagi aku dan Radhi pergi ke Kampung Parit Selangor untuk senaman poco - poco. Aku dengan Radhi kira macam adik beradik lah kat program ni. Aku di hantar oleh kakak angkat aku, Kak Diana ke tempat senaman poco-poco. Aku sebenarnya tak suka poco -poco ni. Dah banyak kali menari pun tak tahulagi step. Tu yang aku tak suka sangat tu.


Ni aku tengah poco-poco.

Habis poco - poco ada program gotong royong. Aku kena gotong royong di Kampung Parit Seraya. Aku dengan geng lelaki yang 9 orang kena menyimen. Tak pernah aku menyimen tapi kat sini aku kena buat jugak. Tapi best. Penat memang penat tapi seronok. Ini lah pengalaman aku menyimen. 4 kali kami semua bancuh simen. Macam-macam gaya ada. Peluh yang dah lama tersimpan mencurah-curah umpama paip bocor. Pukul 12 baru siap.


serba kuning. Macam perhimpunan bersih. masa ni pembahagian tugas gotong royong.

hasil menyimen yang aku and the geng buat.

antara geng yang dah penat menyimen. sempat lagi berposing .

Lepas gotong royong kita orang semua melantak nasi ayam yang di masak oleh orang kampung di Kampung Parit Selangor. Sedap bukan kemain. Aku ni dah lah jenis buruk lantak. Sampai 2 kali aku menambah.


dalam hujan sanggup main lagi. seronok sangat lah tu.

Pukul 1 lebih aku baru balik rumah mak. Relak jap. Pukul 3 petang baru pergi Dewan Kampung Parit Marjunit. Ada pertandingan gubahan pengantin dan pertandingan mewarna untuk kanak - kanak. Pertandingan sukan futsal, badminton denagn bola jaring pun ada juga. Aku jadi penonton je. Nak sorak tak boleh. Ni bukan pertandingan sorak. 


sibuk gubah buah ye kak. nak sikit buah tu!

lelaki pun kreatif jugak gubah buah ni. tengok dia orang. gembira  je gubah buah tu.

ni hampir siap gubahan lelaki.

haa... cantik tak gubahan sang lelaki ni? siapa nak jadikan dia orang calon laki.?


Aku lucu bila tengok pertandingan mewarna ni. Apa tak nya bila mak bapak dah duk sama teman anak, mak bapak yang mewarna. Anak tengok je mak bapak dia mewarna. Siapa punya pertandingan pun tak tahu lah. Ada pula tu, budak ni kaler muka kaler purple. Ingat zaman aku dulu-dulu time warna. Semua serbi keluar sifat. 


pertandingan mewarna. seronok mereka.

ni siapa yang masuk tak tahu lah. kanak-kanak ke orang tua?

hasil kanak-kanak yang menang.

Pukul 6 aku bali semula ke rumah mak. Bersiap nak pergi ceramah Isu-isu semasa oleh Biro Tatanegara di Dewan Parit Marjunit. Sampai pukul 11 aku tetak kan telinga aku untuk dengar ceramah tu. Best jugak lah pasal sebut isu samasa. Isu yang paling banyak dia naik kan ialah isu politik. Macam - macam cerita aku dengar. Antara percaya atau tak. Tak berani nak komen lebih nanti masuk paper pulak.




Pukul 12 balik rumah mak. Kepenatan tidur terbongkang.

Hari Ke-3

Awal pagi kena pergi Dewan Parit Seraya. Ada pameran, ceramah dengan pemeriksaan kesihatan. Ceramah tentang kesihatan. Tapi dalam ceramah ni cerita mengenai HIV dan AIDS la. Lepas tu pemerikaan kesihatan. Aku tak lepaskan peluang. Aku ni dah lah jarang pergi cek kesihatan, jadi aku ambilpeluang untuk cek kesihatan aku. Macam biasa tiada masalah dalam kesihatan aku. Alhamdulillah. Paling menggembirakan aku ialah berat badan aku dah bertambah setelah lama aku mahukannya. BMI aku pun dah cecah tahap normal. YES! 


ketua jururawat yg bagi ceramah.


Pukul 12 majlis makan - makan. Asyik makan je kat sini. Lepas makan balik rumah. Sampai Asar duduk kat rumah. Bila dah di rumah, apalagi kalau tak membuta. Buat taik mata lah jawabnya.

Pukul 5 ada acara sukaneka. Aku pun join jugak tapi kalah. Aku masuk game pancing botol. Tapi tak dapat. Botol tu tak makan umpan plak. Atau pun aku yang tak reti nak memancing ni. Last-last yang menang pancing botol budak kecik yang dapat. Budak UKM yang kalah semua. Acara ni memang havok la. Orang kampung memang sporting. Tak kira besar, tak kira kecik. Semua sporting. Acara lain ialah angkut bola dalam sudu, ambil gula-gula dalam tepung, boling kelapa, makan buah gantung dengan baling telur. Pukul 7 baru habis.


handal betul mak cik ni menyudu bola ping pong. sporting sungguh.

tonyoh dik, tonyoh muka tu kat tepung.

nganga luas-luas. cepat habis buah tu.

boling kelapa. baling-baling tak kena.

Menjengah malam ada pertandingan karaoke. Time ni aku jadi penonton lagi. Mak cik pak cik semua nak nyanyi. Aku tak tengok sampai habis pasal dah malam sangat. Jadi, balik lah awal.


nyanyi sedap-sedap tau.





Esok hari ke empat ada lagi program.

Friday, January 27, 2012

Bumi Cinta

Aku baru je habis baca novel Bumi Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Novel ini adalah sebuah novel pembangun jiwa. Sesuai untuk semua golongan. Novel ini adalah bercirikan islamik. Memang boleh membangun jiwa lah baca buku ni.




Sinopsis

Ayyas seorang pelajar Indonesia ingin membuat kajian mengenai islam moden di Russia. Dalam menjalani kajian beliau dia menghadapi bermacam-macam cabaran yang menguji keimanannya sehingga dia hampir terjebak ke kancah maksiat. Semua sedia maklum yang Russia merupakan negara yang mengamalkan kehidupan yang bebas selain pengeluar filem porno terbesar di dunia. 3 orang wanita yang mencabar keimanan dia di Russia. Dia juga hampir di fitnah dengan hebatnya. Adakah dia dapat mengharungi kehidupan dia di sana? Apakah kesudahan kehidupan Ayyas di Russia? Bagaimanakah kesudahan 3 orang wanita cantik yang menguji keimanan Ayyas di Russia?

Jika ingin mengetahui bacalah novel ini. Tak rugi baca novel ini. Malah ada pengetahuan juga akan kita peroleh dalam buku ini.

Spesifikasi

Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Ar - Risalah Product SDN.BHD
Halaman : 722 halaman
Harga : RM25.90

Thursday, January 26, 2012

Cutiku Bermula

Secara rasmi UKM telah memberi cuti kepada studentnya bermula 20 Januari 2012 sehingga 19 Februari 2012. Tapi baru semalam tepat jam 8.30 malam aku baru menjejak kan kaki ke rumah. Sebelum ni selama 5 hari 4 malam aku menyertai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) di Kampung Parit Marjunit, Benut, Pontian, Johor. Program ni anjuran Persatuan Mahasiswa Anak Johor ( PERMAJ ). Jadi, aku akan mencerita kan pengalaman aku dari Hari Pertama sehingga hari kelima.






Hari Pertama. Aku dengan kawan yang menyertai bertolak dari Pusanika UKM pada jam 12.00 pagi. Seramai 106 peserta termasuk AJK dan barisan Exco Permaj sertai program ni. Pukul 8.30 pagi baru sampai di tempat yang di tuju. Baskami lambat ni pun sebab banyak kali berhenti. Memandu malam-malam ni memang bahaya sikit. Last, kami semua berhenti di perhentian Machap. Di situ, kami bersiap dengan pakaian yang sesuai untuk ke kampung tersebut. 

Sampai je di kampung tersebut, aku memang teruja sekali. Kampung yang sungguh aman. Tak ada bangunan yang tinggi-tinggi. Kiranya pokok lebih banyak daripada rumah. Memang nyaman. Kalau malam jangan cakap lah memang sejuk. 




Pukul 10 pagi 21 Januari 2012 baru program tersebut bermula. Bermula dengan Majlis Perasmian Pembukaan dan Penyerahan anak angkat yang dirasmikan oleh YB. Datuk IR Hasni bin Hj. Mohammad (ADUN Benut). Lepas Datuk ni habis cakap berucap dan segala bagainya, kami peserta di umumkan siapa mak bapak angkat kami. Teruja dan tak sabarrasanya masa tu.

Aku mula-mula dapat keluarga angkat dengan orang lain. Nama aku tak ingat pula. Tapi, dia tak nak anak angkat lelaki, dia nak anak angkat perempaun. Akhirnya aku dengan Radhi dapat lah mak angkat yang bernama Waginah. Seronok juga aku ni. Tak pernah-pernah aku dapat keluarga angkat. Dah besar macam ni baru dapat.

Lepas makan tengah hari aku dan Radhi di bawa balik ke rumah keluarga angkat kitorang. Kak Diana yang bawa kitorang balikke rumah. Besar jugak rumah keluarga angkat aku ni. Dah sampai rumah keluarga angkat aku ni, aku solat lepas tu tidur sampai asar. Penat punya pasal tidur bukan kemain lama lagi.

Lepas asar, Kak Diana bawa pergi jalan-jalan di Pekan Benut. Dah nak maghrib baru balik rumah. Lepas tu apa lagi, terkocoh-kocoh siap nak pergi ke masjid. Ada majlis bacaan Yassin dan Tahlil. Selepas solat Isyak, kami semua di jamu makan nasi Ambeng. Kalau tak silap acara makan ni di panggil kendiri Ambeng.




Sedap memang sedap walaupun tak banyak lauk. Apa yak nya aku makan nasi Ambeng tu satu dulang 3 orang. Padahal 1 dulang tu untuk 5 orang. Nasib baik habis. Paling sedap ialah ikan masin dia. Tapi dia bagi sikit plak. Jadi, makan je lah apa yang ada. Memang kekenyanagan lah aku cakap.

Pukul 10 lebih aku dengan Radhi balik lah ke rumah mak angkat. Rehat-rehat tengok tv lepas tu tidur. Esok hari ke-2 ada aktiviti yang lebih menarik lagi. Nanti aku cerita kan dalam entry yang lain.

Thursday, January 19, 2012

Lelaki Dan Novel

Dahulu Novel selalu di kaitkan dengan wanita. Hal ini kerana novel dulu banyak yang berkaitan dengan kisah cinta yang romantik dan ada nilai sentimental. Tapi, sekarang novel telah diterima oleh semua golongan sama ada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Semua boleh terima kemunculan novel.

Terus terang aku cakap novel sekarang banyak genre. Tak macam dulu yang novel banyak tentang cinta atau pun "love story". Aku pun tak baca sangat novel yang berkaitan LOVE ni.

Kisah Aku Dan Novel

Aku mula berjinak dengan pembacaan novel ni sejak di Matrikulasi lagi. Sebelum  ni terus terang aku cakap, aku tak minat dengan baca novel. Aku kata novel ni tebal, bosan nak baca sampai habis. Sebab dulu, novel sastera komsas Melayu dengan English pun aku tak baca masa di sekolah. Lagi pula novel yang tebal. Lagi lah aku tak baca.

Aku minat pada novel ni pun selepas kawan aku, Sadam yang perkenalkan novel UNGU KARMILA karya Ramlee Awang Murshid masa pergi kedai buku POPULAR Terminal 1 Seremban. Aku percaya and then aku beli lah. Sampai je bilik aku baca. Tak sampai seminggu habis aku baca buku tu. Selepas tu aku terus beli dan cari novel karya RAM.

Sampai sekarang aku baca novel. Sekarang aku nak cuba baca buku karya penulis lain. Baru aneka bacaan.

Gambar hiasan yang aku dapat dari Pak Google.


Lelaki dan Novel

Aku ingat novel ni aku sorang je yang fanatik. Roomate aku masa di matrik pun baca juga. Lagi Fanatik dari aku. Novel yang jiwang punya. Aku minat yang thriller dengan islamik novel je. Tak tahu lah kalau akan datang macam mana kn?

Bila aku pergi kedai buku, ramai juga lelaki melekat di ruangan novel nak cari novel yang best. So, aku tak lah segan mana sebab ramai lelaki yang dah baca novel sekarang ni. Novel sekarang ni tak streotype macam dulu. Sekarang dah banyak genre. Sesuai untuk semua.

Pandangan Wanita Terhadap Lelaki Baca Novel

Pernah juga kawan perempuan kata kat aku yang dia terkejut tengok aku beli novel. Dia ingat lelaki tak baca novel ke. Sekarang dah banyak lah lelaki baca novel. Ingat perempuan je ke yang boleh baca novel? Lelaki pun boleh juga lah.

Ada juga perempuan yang tak sangka lelaki pun minat baca novel. Apa taknya dulu kan novel sononim dengan perempuan. Tapi sekarang tak ye. Semua golongan baca novel.

Kesimpulan

Sesungguhnya pembacaan novel adalah bermanfaat. Nak tahu sebab apa? Dalam novel kita boleh dapat bermacam ilmu. Bukan setakat cerita kosong yang kita dapat. Ilmu pengetahuan yang kita tak tahu pun kita jadi tahu dengan baca novel. Penulis novel ni pun bukan tulis novel dengan angan-angan semata-mata. Dia buat banyak rujukan sehingga terhasillah sebuah novel yang menarik.

Sebenarnya tak rugi kalau baca novel. Tapi, lagi rugi kalau tak baca novel. Banyak yang kita boleh belajar melaluinya. Jadi, bagi yang tak minat novel cuba lah untuk berjinak. Mesti jatuh cinta punya!

p/s : selepas ni nak cuba baca novel english. Nak mantapkan english aku yang tak mantap ni.

Wednesday, January 18, 2012

Keramat

Hari ini aku rasa boring duduk dalam bilik seorang diri. Jadi, aku dan kawan aku yang tinggal berhampiran UKM iaitu di Bangi telah pergi ke The Mines untuk menonton wayang. Tak rancang nak tengok apa sebenarnya. Masing-masing bosan duduk seorang diri di bilik.

Di depan panggung wayang aku berbincang dengan kawan aku, Faiz. Cerita apa agaknya yang best yang nak di tonton supaya hilang rasa bosan. Tengok Underworld lah! Ah, tak best sebab dia 3D. Tak ada kepuasan pasal masing-masing rabun. Akhir kata tengok lah Filem Keramat. Macam tak best. Tapi tengok jugak lah.

Masuk panggung. Orang tak ramai. Baru perasan hari ini hari Rabu. Hari orang pergi kerja. Patut tak ramai orang. Peduli apa. Tengok je lah. Hilang juga bosan aku ni. 






Sinopsis Filem Keramat.


“Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?
Pendapat aku tentang Filem Keramat.
1 . Thriller : Masa aku tengok thriller di tv memang nampak seram dan terasa nak tengok. Lebih lagi dengar tagline dia "apabila keramat dibuka, nyawa galang gantinya". Bertambah-tambah semangat nak tengok. Walaupun sebelum ni tak merancang pun nak tengok.
2. Pelakon : Pelakon dalam cerita ni memang terbaik. Cara pembawakan watak yang berkesan. Kira memang kurang cela lah pembawakan watak. Lebih-lebih lagi yang bawa watak Mun dengan Zura, memang best. Bersemangat gitu.
3. Lokasi : Tempat yang digunakan untuk pengambaran memang best. Aku suka! Kehijauan alam. Sesuai denagn cerita ini. Agak mencabar kru penagmbaran ni sebab salah satu lokasi ialah diladang tebu. Gatal-gatal agaknya kru pengambaran dengan pelakon Keramat ni.
4. Jalan cerita : Jalan cerita dalam cerita ni agak keliru sikit lah. Dia banyak kita berfikir dan main teka teki. Kiranya pengarah dalam cerita ni tak nak bagi straight forward mengenai  penghujung cerita ni macam mana. Sampai penghujung aku masih kurang faham macam mana penghujung dia jadi macam tu.
5. CGI / Sinematografi : Kurang best lah. Banyak sangat cahaya yang pelik aku tengok dalam filem ni. Yang tak patut pun ada dalam filem ni.
6. Ending : Memang tak di sangka, ending dia macam tu. Kalau nak tahu apa ending dia, kena lah tengok filem ni. Kalau aku bagi tahu tak suprise plak.
Keseluruhan pendapat aku tentang Filem Keramat
Elemen seram dalam cerita ni memang nampak. Tak sampai 10 minit hantu dah muncul. Suspen pun ada. Terkejut-kejut aku tengok filem ni. Nasihat aku bagi yang tengah mengandung ataupun ada sakit lemah jantung janganlah tengok cerita ni. Ada tak bernyawa plak nanti kat dalam panggung tu. 
Lagi satu, dalam adegan seram ni pun ada scene yang buat aku rasa pelik dan lucu. Tak percaya? Cuba lah tengok cerita ni. Pengajaran dan mesej dalam filem ni pun aku tak  seberapa nak nampak. Aku hanya nampak sikit je iaitu kasih sayang antara ahli keluarga. Yang lain tak jelas.
Apa-apa pun aku hanya dapat bagi 5/10 markah je. Tak sanggup nak bagi banyak-banyak. Kalau bagi sikit kejam pula. Yang pasti aku keluar panggung, aku gelak-gelak. Tak rasa takut pun. Nampak kejam betul aku. Macam orang tak ada perasaan.
p/s : aku nak tunggu filem 8 jam dan Adnan Semp-it 2. Nampak menarik untuk ditonton. Aku akan tunggu kemuncilannya.

Tuesday, January 17, 2012

Fahamilah Dia

Yes!!! Tepat jam 10 pagi 16 Januari 2012 aku sudah merdeka dari exam semester 1 di universiti. Hanya menunggu keputusan yang entah bagaimana rupanya nanti.

Dah abis exam aku berjalan ke Mid Valley sehingga penat. Kali ini bukan aku nak cerita apa yang aku buat di Mid Valley. Pasal semua orang tahu yang aku ke Mid Valley untuk bersuka ria!!!

Tengahari menjelma. Lapar rasanya. Aku mencari makanan apa untuk santapan di tengahari yang indah ini. Huh!!! KFC je rasanya yang sesuai. Beratur tak lama sekejap je. Dalam beratur aku menyaksikan satu kisah yang begini......

Seorang nenek tua ingin membeli makanan di KFC. Pelayan di kaunter tu pun senyum dengan lebarnya. Ye lah customer, kena lah layan molek-molek. Nanti customer lari pula.

"Mak cik nak beli apa"

"Nak ayam macam di atas tu". Nenek tersebut menunjuk lah pada papan menu Set C (Nasi ayam tanpa kuah).

"Mak cik nak nasi ayam?"

"Nasi tak mahu, nak ayam je"

"Kalau nak ayam ambil set D" Sambil tunjuk pada papan iklan yang tertera.

"Tak, saya nak ayam macam tu" Sambil tunjuk set c.

"Nak nasi ayam ke?" Tanya casher tu lagi.

"Nasi tak mahu, nak ayam je" Mak cik tersebut jawab lagi.

"Mak cik, kalau nak ayam ambil set D, bukan Set C" Caher tersebut makin hilang sabar.

Mak cik tersebut pun mengangguk.
Sambil casher tu ambil ayam, dia bertanya lagi kat mak cik tersebut.

"Nak ayam bahagian ini ke?" Ayam bahagian kepak dia tunjuk kepada mak cik tu.

"Tak, mak cik nak ayam yang bahagian tangan" Sambil menunjuk isyarat pada tangan nya.

"Ini lah dia bahagian tangan tu"

"Bukan, saya nak yang macam tu!" Mak cik tersebut tunjuk pada papan menu.

"Itu bukan tangan! Itu DRUMSTIK! BAHAGIAN KAKI!!" Casher tersebut hempas ayam bahagian kepak. Nampak gayanya casher tersebut betul-betul marah melayan karenah Mak cik yang berbangsa cina yang umur dalam 70-an tu.

*****
kira macam ni lah ayam yang mak cik tu nak.



Apa yang aku nak katakan dalam cerita di atas adalah kefahaman kita dalam komunikasi. Dalam cerita ni pun dah jelas yang Mak cik ni meminta pesanan yang lain. Tapi disalah tafsif oleh pelayan KFC tersebut.

Walaupun pelayan ni dalam keadaan yang marah, sepatutnya dia tak boleh lah lepaskan marah dengan tengking mak cik tu. Terkedu mak cik tu aku tengok. Walaupun dia orang tua, kena lah layan dia dengan baik. Lagi pula dia tu pelanggan kau. Nasib baik mak cik tu orang tua. Kalau dia tu muda, da lama muka kau kena pelempang. Customer pun tak nak layan molek-molek. Aku tahu lah kau tu penat. Tapi, buat kerja tu biarlah ada etika yang baik banyak. Baru lah orang hormat kau sebagai pelayan.

Aku sendiri pun pernah juga layan orang yang cerewet waktu aku kerja di resort dulu. Memang sabar je lah jawabnya. Nanti, kalau tengking masuk pula surat khabar "PEKERJA DI RESORT _________ TIDAK MESRA PELANGGAN". Padah dibuatnya.

Aku nak bagi tahu sikit je. Sebagai pelanggan, kana lah paham situasi pelayan tu. Jangan nak nyusahkan pekerja sesuatu tempat dengan hal yang remeh temeh. Memang lah kau dah bayar, tapi agak-agak nak cerewet. Cuba kau ada kat tempat pelayan tu. Agaknya kau boleh sabar tak dengan customer yang sangat cerewet nak mampos!


Kalau pelayan pun sama jugak. Kena lain customer dengan baiknya. Barulah customer suka.

Cuba lah korang fikirkan.... 

Sunday, January 15, 2012

Tolonglah Tepati Masa!

Bila sebut pasal masa ramai yang menyatakan masa ibarat emas, masa umpama pedang dan apa -apa lagi lah. Tapi, berapa ramai yang boleh hargai masa? Maksud aku tepati masa? Fokus aku mengenai masa ini adalah berkenaan tepati masa.

Pepatah melayu selalu ada cakap yang masa ini ibarat emas. Pepatah ni pun dah menunjuk kan yang masa begitu berharga dan patut kita hargai dan hormati masa. Lebih-lebih lagi apabila seseorang tersebut telah berjanji untuk berjumpa dengan seseorang yang lain dalam sekian-sekian waktu. Tak ramai yang boleh tepati masa. Aku pernah alami dengan orang yang tak reti nak tepati masa.

**************

Situasi

Tut tut. Sony aku berbunyi. Pukul 2 petang ni kita akan buat perbincangan tentang reproduction di kafe . Tolong datang awal. Jangan lambat. Si A lagi SMS kat aku. Dalam hati aku, ok lah tak boleh lambat ni, kalau lambat nanti lambat plak kerja ni siap. Lepas tu nanti diorang marah aku.

Lagi 5 minit pukul 2 petang, aku dah terpacak kat kafe sorang-sorang. Pukul 2 petang, aku nampak si B dah datang. Tunggu punya tunggu, sampai lah setengah jam. Geram plak aku dengan si A ni. Tak datang-datang. Bila sms dia kata on the way. Ok lah alasan boleh terima. 

10 minit kemudian...

Hati dah macam di rasuk setan ni. Kemarahan dah sampai ke tahap maksima ni! Tak kan lah on the way sejak tadi tak sampai-sampai. Way mana yang dia ikut ni? Umpama singa dah aku time tu.
Nampak lah si A bersama C dan E datang. Belum diorang duduk aku marah dia bukan kemain. Lepas tuh boleh bagi alasan "JANJI MELAYU MEMANG LAH LAMBAT" . Bertambah aku geram macam tu punya alasan bodoh dia bagi. Alasan budak sekolah pun cerdik lah tak macam kau.

*************

Jam dah cantik macam ni pun tak pandai nak tengok jam.
Kalau tak pandai biar aku ajarkan.

Ok lah, kalau tak dapat datang awal, aku boleh terima,tapi bagilah tahu. Apa guna teknologi kalau tak pandai nak guna. Dapat juga aku tahu yang kau tak boleh datang awal. Ini tak main senyap sepi je. Dia ingat kita yang menunggu ni tak ada perasaan ke. 

Lagi satu pasal alasan JANJI MELAYU. Aku betul-betul tak setuju. Janganlah terlalu terikat dengan perkataan macam tu. Cuba lah ubah kata tersebut kearah yang lebih baik. Kalau orang Melayu sendiri tak megubah siapa lagi nak ubah cara tersebut. Betul tak?

Aku bukan nak kata yang aku ni bagus sangat dalam tepati masa. Aku sendiri pun pernah terlambat. Kalau aku dah terlambat aku akan bagi tahu yang aku ni datang lambat atas sebab apa dan aku akan bagi tahu yang aku akan datang dalam sekian waktu. Aku buat macam ni supaya orang yang menunggu aku tu tak lah marah pada aku nanti. Tak ada salah faham. Jangan lah senyap senyi je.

Aku rasa korang pun pernah hadapi orang suka tak tepati masa tak pun korang sendiri yang tak tepati masa.  Benda ni normal tapi kalau perkara macam ni berterusan sampai bila lah kita ni nak maju. Betul tak? 

Friday, January 13, 2012

Masihkah Ada Sinar

Peh!!! Tajuk dah macam putus harapan. Tapi nak ikutkan lebih kurang macam tu lah. Kenapa aku kata macam tu? Aku kata macam tu sebab aku ni dah macam mencipta satu kemautan dan kegagalan kat dunia Universiti ni. 

Apa ke tidaknya, semua paper exam aku tak dapat jawab dengan jayanya. Mula-mula dulu bersemangat nak dekan lah apa lah. Tapi, bila jawab exam entah apa-apa yang jadi. Semua tak boleh. Siapa kata belajar kat universiti senang? Aku tak rasa perkara ni senang. Semuanya kita kena usaha. Lagipun, korang sendiri fikir. Ingat senang-senang ke orang nak bagi kita semua ni Ijazah dengan tanpa usaha. Ini lah namanya susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.

Sepatutnya aku jadi macam ni yang bersemangat utk berusaha sampai berjaya.


Banyak silap aku sebenarnya dalam menempuhi semester 1 di universiti ni. Jadi, kali ini aku nak buat satu perkongsian kat korang tak kira lah siapa. Kalau boleh nak suruh mereka yang bakal masuk universiti ni tahu cara belajar di universiti ni supaya tak jadi carca marba macam aku sekarang ni.

Belajar di universiti ni tak sama dengan kat sekolah ataupun di matrikulasi. It's totally different! Kalau di  sekolah ataupun matrikulasi, cikgu akan bimbing dan cari kita untuk ajar kita kalau tak faham. Kita bagai di tatang umpama minyak yang penuh. Tapi, bila di universiti semua kita kena buat sendiri. Kita yang kena cari pensyarah untuk dapat ilmu. Pensyarah tak akan datang terhegeh-hegeh cari kita. Dia hanya muncul saat kuliah menjelma. Selepas kuliah dia hilang entah kemana.

Silap aku di belajar di universiti ni ialah:

1. Tak buat preparation nak masuk kelas. Maksudnya masuk kelas dengan tak tahu apa-apa tentang tajuk apa yang akan pensyarah tu ajar.

2. Dah lah tak buat preparation, masa kuliah berangan. Tak bagi perhatian. Mana lah ilmu nak dapat.

3. Bila ilmu tak dapat tak pula tanya kat pensyarah sebab tak faham.

4. Dah lah tak faham. Tak buat rivision pasal tajuk yang pensyarah ajar. Buat tak kisah je. Pensyarah keluar, aku pun keluar. 

5. Bila study week baru lah nak study. Masa tu baru lah nak sedar diri. Study last minute. Apa je lah yang dapat. Kalau yang study last minute tu paham tak apa juga. Ni sepatah haram tak dapat.

6. Last-last tak dapat nak jawab dengan jayanya. Time tu nak nagis pun tak guna. Masa tak akan berulang kembali.

Jadi inilah silap aku yang tak patut korang semua tiru sebab ia adalah cara yang merbahaya. Ni lah namanya dah terhantuh baru terngadah. Kalau dah terhantuk tapi tak sedar-sedar diri tak tahu lah nak kata apa. 

Macam ni l;ah keadaan aku semasa study week. Serabut kepala otak.


Apa aku nak cakap. Study di universiti ni memerlukan ketabahan mental dan fizikal. Kekuatan Jasmani dan rohani. Bukan senang kita nak berjaya tapi ia tak mustahil. Rajin adalah kunci kejayaan. Kalau dah usaha tu jangan lupa berdoa agar usaha kita ada keberkatan. Bila ada keberkatan semua akan menjadi baik.

Aku harap semasa aku di semester 2 ni dapat lah aku berubah. Aku tak mahu gagal lagi. Tak mahu lihat keluarga terutama emak dan abah kecewa di sebabkan kegagalan aku ni. Masihkah ada sinar buat aku lagi?

p/s : aku kena jadi mat skema yang berkawan dengan buku tebal dan berkampung di library selalu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...