Tuesday, January 17, 2012

Fahamilah Dia

Yes!!! Tepat jam 10 pagi 16 Januari 2012 aku sudah merdeka dari exam semester 1 di universiti. Hanya menunggu keputusan yang entah bagaimana rupanya nanti.

Dah abis exam aku berjalan ke Mid Valley sehingga penat. Kali ini bukan aku nak cerita apa yang aku buat di Mid Valley. Pasal semua orang tahu yang aku ke Mid Valley untuk bersuka ria!!!

Tengahari menjelma. Lapar rasanya. Aku mencari makanan apa untuk santapan di tengahari yang indah ini. Huh!!! KFC je rasanya yang sesuai. Beratur tak lama sekejap je. Dalam beratur aku menyaksikan satu kisah yang begini......

Seorang nenek tua ingin membeli makanan di KFC. Pelayan di kaunter tu pun senyum dengan lebarnya. Ye lah customer, kena lah layan molek-molek. Nanti customer lari pula.

"Mak cik nak beli apa"

"Nak ayam macam di atas tu". Nenek tersebut menunjuk lah pada papan menu Set C (Nasi ayam tanpa kuah).

"Mak cik nak nasi ayam?"

"Nasi tak mahu, nak ayam je"

"Kalau nak ayam ambil set D" Sambil tunjuk pada papan iklan yang tertera.

"Tak, saya nak ayam macam tu" Sambil tunjuk set c.

"Nak nasi ayam ke?" Tanya casher tu lagi.

"Nasi tak mahu, nak ayam je" Mak cik tersebut jawab lagi.

"Mak cik, kalau nak ayam ambil set D, bukan Set C" Caher tersebut makin hilang sabar.

Mak cik tersebut pun mengangguk.
Sambil casher tu ambil ayam, dia bertanya lagi kat mak cik tersebut.

"Nak ayam bahagian ini ke?" Ayam bahagian kepak dia tunjuk kepada mak cik tu.

"Tak, mak cik nak ayam yang bahagian tangan" Sambil menunjuk isyarat pada tangan nya.

"Ini lah dia bahagian tangan tu"

"Bukan, saya nak yang macam tu!" Mak cik tersebut tunjuk pada papan menu.

"Itu bukan tangan! Itu DRUMSTIK! BAHAGIAN KAKI!!" Casher tersebut hempas ayam bahagian kepak. Nampak gayanya casher tersebut betul-betul marah melayan karenah Mak cik yang berbangsa cina yang umur dalam 70-an tu.

*****
kira macam ni lah ayam yang mak cik tu nak.



Apa yang aku nak katakan dalam cerita di atas adalah kefahaman kita dalam komunikasi. Dalam cerita ni pun dah jelas yang Mak cik ni meminta pesanan yang lain. Tapi disalah tafsif oleh pelayan KFC tersebut.

Walaupun pelayan ni dalam keadaan yang marah, sepatutnya dia tak boleh lah lepaskan marah dengan tengking mak cik tu. Terkedu mak cik tu aku tengok. Walaupun dia orang tua, kena lah layan dia dengan baik. Lagi pula dia tu pelanggan kau. Nasib baik mak cik tu orang tua. Kalau dia tu muda, da lama muka kau kena pelempang. Customer pun tak nak layan molek-molek. Aku tahu lah kau tu penat. Tapi, buat kerja tu biarlah ada etika yang baik banyak. Baru lah orang hormat kau sebagai pelayan.

Aku sendiri pun pernah juga layan orang yang cerewet waktu aku kerja di resort dulu. Memang sabar je lah jawabnya. Nanti, kalau tengking masuk pula surat khabar "PEKERJA DI RESORT _________ TIDAK MESRA PELANGGAN". Padah dibuatnya.

Aku nak bagi tahu sikit je. Sebagai pelanggan, kana lah paham situasi pelayan tu. Jangan nak nyusahkan pekerja sesuatu tempat dengan hal yang remeh temeh. Memang lah kau dah bayar, tapi agak-agak nak cerewet. Cuba kau ada kat tempat pelayan tu. Agaknya kau boleh sabar tak dengan customer yang sangat cerewet nak mampos!


Kalau pelayan pun sama jugak. Kena lain customer dengan baiknya. Barulah customer suka.

Cuba lah korang fikirkan.... 

8 comments:

  1. dulu aku pernah keje cashier kat petronas..memang jumpe macham2 customer..n aku memang selalu kena marah,maki, herdik ngan customer..tapi memang aku sabar aje time tu..aku faham sgt..btw, nice entry ^_^

    ReplyDelete
  2. customers are always right. kesian mak cik tuh,biaselah org tua, kena ambil more attention.tapi kita pon fhm mungkin pekerja itu pon penat.tapi apepon, kepenatan perlu diatasi dgn sifat profesional dalam bekerja.betol kan?

    ReplyDelete
  3. fuh.. dah tua kan.. consider la sikit..kesian..

    ReplyDelete
  4. astagfirullah, sampai macam tu layan org tua. haih, kena gantung kerja patut nya

    ReplyDelete
  5. Kalau tak ikhlas keja tu bagus berhenti je kan..drpd cerewet nak mampus, nama company jg buruk nanti..

    ReplyDelete
  6. Betul tuh..Dah lah mereka letih bekerja seharian takkan kita tak boleh nak bekerjasama kan?

    ReplyDelete
  7. betul sangat ! kedua belah pihak kene saling memahami :)

    kalau jadi pelayan tuh , sure el panggil orang lain bagi ternag dengan sejels2 nya X)

    ReplyDelete
  8. Biasala tu. penat. Tp orang tua kot. xkn la smpai maki2. Aku dulu kerja pizza ada customer x reti ckp melayu, english pun x tahu. pandai ckp cina je. sabar je la layan satu2. (nsb baik anak dia cun. hehe)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...