Monday, January 2, 2012

Suka & Tak Suka Dalam Blogging

Apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka dalam blogging ni? Sebenarnya ada banyak.


Suka

1. Aku suka blogwalking kat blog orang lain. Aku baca lepas tu aku tinggalkan link post aku yang terbaru kat kotak komen diorang. Dengan harapan diorang blogwalking plak kat blog aku ni. Blog aku ni tak lah bagus sangat. Kalau rasa bagus elok lah. Kalau tak nak macam mana. Kita ni tak boleh nak puaskan hati semua orang. *dah macam gaya artis popular plak.

2. Kalau aku blogwalking kat blog orang ni, aku suka blog yang simple je. Senang nak masuk, senang nak geledah. Senang nak komen. Tak payah loading lama-lama.

3. Aku suka blog yang tak banyak sangat widget. Gune widget yang simple and important it's enough. 

4. Aku suka blog yang cerita dia menarik. Cerita yang menarik bagi aku adalah entry dia pasal melancong ke tempat lain, tips, isu semasa, berita tergempatlah and so on. Kalau aku nak list kan memang tak habis lah entry ni.


Tak Suka

1. Aku tak suka blog yang bila aku nak masuk lambat sangat loadingnya. Aku refresh banyak-banyak kali tapi tetap lambat. Last-last aku tutup. Da lah tajuk memang best. Tapi loading bukan kemain lah lama.

2. Aku tak suka blog yang terlalu banyak widget yang entah apa-apa. Sampai aku tak tahu mana entry mana widget.

3. Kalau bab cerita kat blog masing-masing ni aku tak kisah lah pasal blog korang. Lantak lah nak tulis apa. Dalam ada orang tak suka blog kita, masih ada yang suka. Tapi, apa yang aku nak cakap kan yang tak suka pada entry orang ni, entry dia ni terlalu banyak shortform sampai tak paham apa yang dia tulis. Ada pula tu bahasa pelik-pelik.

Rasanya ini je lah yang aku SUKA dan TAK SUKA bila aku blogwalking blog orang lain. Aku tak lah bagus sangat dalam berblogging ni. Lebih banyak yang perlu aku belajar. Aku bukan apa, cuma nak bagi peringatan. Siapa tak nak blog sendiri cantik tapi bila dah berat payah juga lah orag nak masuk. Last-last tak ada orang nak masuk blog kita.

Orang kata blog aku ni simple and senang nak geledah. Bagi aku itu yang patut sebab aku buat blog ni pun nak suruh orang baca dan senang nak cari apa-apa cerita kat blog aku yang tak seberapa ni. Kalau setakat nak rahsia-rahsia tak payah tulis kat blog tu. Simpan je sorang-sorang.

Lastly nak wish. HAPPY BERBLOGGING DI TAHUN 2012 ni. Semoga dapat lagi ilmu yang bermanfaat dalam berblogging. Peace!!!

9 comments:

  1. bahasa pelik2....kahkahkah...hubby akak paling dia tak suka bila dapat mesej..senang citer bahasa mesej..kata dia ntah ape2 yang dia x paham..akhirnya akak la yang jadi dictionary dia...

    p/s..blogwalking mmg best..tapi kalo banyak sngt widget yang ntah ape2...buat boring teramat bila lambat loading...gggrrr

    ReplyDelete
  2. betul2...xsuke blog yg lambat loading dye !

    ReplyDelete
  3. =D tak suke blog2 yg berat ! nnty loading pon sngtlah LAJU !

    ReplyDelete
  4. wah3..ce masuk blog kite plak..suke x?hik3
    neway,blgo kamu bgus,x srabut..sdp je mata memandang..

    ReplyDelete
  5. susah jugak nak jadi blog yg org lain minat

    ReplyDelete
  6. Original Cik Teddy : Thanks, tuan punye blog ni pn x suka yg serabut2... pening kepala... kita nk berbloging ni pn nk relaks2 je... klu dah serabut makin tak relaks jdnye....

    ReplyDelete
  7. Samalah kita hehe...:) jom blogwalking dgn tenang dan gumbira..

    ReplyDelete
  8. salam kenal..aku menulis apa yg aku rasa,bukan apa yg kau rasa...bukan penulis pujangga yg pandai menyusun ayat, janji faham dan enjoy..jom pegi blog den..hehehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...