Ikutkan entry pasal ni aku dah ceritakan semalam. Disebabkan kesihatan aku yang tak mengizinkan kenalah aku buat hari ni.
Siang tadi aku baru pergi ke Pusat Kesihatan UKM. Ikutkan aku malas sangat nak pergi. Tapi disebabkan demam aku makin teruk ditambah pula aku ada kerja nak buat terpaksalah aku pergi.
Cek punya cek suhu badan aku 39 darjah. Tinggi juga naik dari suhu yang normal yang hanya 37 darjah. Dapat 5 jenis ubat. Banyak kau ubat yang dia bagi. Telan je lah. Kalau tak sampai bila nak baik.
Perkampungan Aku
Ramai kawan kata yang aku ni terlalu aktif dalam kokurikulum. Aku pun tak pastilah. Aku ni memang minat nak join banyak aktiviti. Di universiti ni lah aku perlu timba banyak pengalaman supaya bila aku dalam bidang pekerjaan nanti aku boleh adapt dengan mudahnya.
Aku berkampung ni dari 30 Januari sampai 12 Februari. Perkampungan ni adalah perkampungan Karnival Waja Diri yang ke 5 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Tahun ni adalah turn UKM jadi tuan rumah bagi pertandingan Seni Silat Cekak peringkat kebangsaan.
Aku berkampung di Kolej Dato Onn UKM Bangi. Dapat bilik single. Wah seronok! Dapat pula aras 1. Memang best lah.
Aku teruja juga macam mana pertandingan ini akan dilakukan. Untuk pengetahuan pertandingan ini diadakan pada 11 Februari 2012. Semua orang boleh masuk untuk menyaksikan pertandingan silat ini. Huh! Siap promote lagi.
Tugas aku dalam perkampungan ini adalah dibawah AJK Logistik. Tugas aku bermula esok. Aku kena cari tali tag yang jumlahnya hampir 800. Mampos!
Pada mulanya aku rasa malas nak join. Tapi, aku ni mudah bosan duk di rumah so aku joinlah aktiviti macam ini. Terisi jugak masa kosong aku.
Aku mengharapkan Karnival Waja Diri Ke 5 di UKM ini menjadi acara yang paling diingati oleh semua orang. Aku juga harap yang semua AJK dapat memberi komitmen dalam tugas-tugas mereka.
Kalau nak tahu lagi pasal KWD ni boleh lah ke link KWD ke 5
ada jugak dekat ukm ni.ada lalu aras bawah KDO ari tuh.tempat korang stay la kalau tak silap
ReplyDeleteberkampung sakan :)
ReplyDeletekesian nya kawan kita skit xpa pakjoe simpati jgn lupa mkn ubat tau
ReplyDeletehah! demam-deman pun hapedet blog gak ek.
ReplyDelete