Monday, October 31, 2011

TRaGeDi 16 oKToBeR

Tragedi ni sepatutnya dah lama di update kan.
Akan tetapi ada beberapa sebab yang tak dapat di elakkan akhirnya dapat juga la di publish.. hehehe.
Semoga enjoy dgn ceritera tragedi ini... hahaha..

Pagi-pagi lagi seawal jam 7.30 pagi ramai umat manusia telah berkumpul di stadium ukm.
Ada budak sekolah rendah, menengah dan budak-bidak U.
Paling ramai budak UKM la.
Lagi ramai budak sekolah.

Datang je pagi-pagi kat stadium tu kena la mendaftarkan diri.
Nak buat perarakan pun kena daftar. Mungkin nak buat statistik.
Lepas daftar pihak penganjur bagi makanan supaya kenayang.
Tak la pengsan masa perarakan nanti.
Pesrta perarakan ni juga telah diberi baju. Dua, tiga helai boleh ambil.

Kami yang wakil Kolej Keris Mas ni berpakat pakai baju warna kuning.
Da macam perhimpunan bersih.
Nak bagi gempak je!!!...

masa nak mula perjalanan


macam perhimpunan bersih kan. serba kuning.



Kami berjalan la sejauh 3.3 km bermula dari stadium dan berakhir jgk kat stadium..
Dalam jalan-jalan ni kami ni takde la senyap je...
Kitorang menjerit dam melaungkan...
DERMA DERMA!!!! ORGAN ORGAN!!!
Dari mula sampai habis.
Group mana yang slogan kreatif dapat la hadiah.

cenderamasta yang diperoleh. hihihi.


maskot. tak pun kitorang panggil ''DOKTOR ORGAN''

Kitorang group pertama yang sampai.
Ye la. Barisan depan memang la sampai dulu.
Sampai je ada la persembahan dari mana ntah. Tak ingat plak.
Tapi persembahan ni ada gendang-gendang la. Ala-ala rentak mexico.

Lepas tu ada la persembahan dari Heliza dgn Hafiz Hamidon.
Nyanyi lagu tema derma organ.
Tak ingat plak apa tajuk lagu dia.
Lagu ala-ala nasyid gitu.

Saat yang paling genting apabila pemenang untuk perbarisan ni di umumkan. 
Sangat mengejutkan apabila KKM menang tempat ke-3 perbarisan lepas tu dapat plak rm500.
Sangat terkejut dan tak sangka.
Tempat ke-2 dgn pertama budak sekolah rendah menang.
Agak malu la tp ok sebab kolej lain pun tak menang.
Gembira jugak la. Tak sangka tu boleh menang.

tanda kemenangan yang tak dijangka

da menang bergalak la bergambar atas pentas. Kalau kalah tak bermakna nak buat semua ni.


Duit kemenangan ni pun da habis buat kenduri jamuan pd 26hb oktober.
Makan la kepsi dgn kek secret recipe.
Berbaloi dan best sangat.
Lain kali ada lagi nak join la.
Lagi ramai lagi best kalau warga KKM ikut.
KKM kan ramai penghuni.

bergambar bersama ''DOKTOR ORGAN''


p/s : KKM (Kolej Keris Mas) adalah Kolej Kebiasaan Menang. hehehehe...

Wednesday, October 26, 2011

Kau dah study ke???

Soalan di atas sering kite dngr sbg pelajar tak kira la sama ada bdk sekolah rendah, menengah mahupun pelajar ipt. Bila soalan tu keluar dari mulut member atau mak bapak macam-macam alasan atau jawapan yang keluar dari bibir manis mereka. Antara alasan atau jawapan ialah:

1.  Soalan : Kau dah study ke?
     Jawapan : Belum lagi. Nak study tak de mood la.
     Keterangan : Agak-agaknye la time bila mood study tu nak datang? Kalau nak ikot kan mood la,         almaklumnya tak study la sampai ke sudah. Jadi, nak study ni tak payah la nak tunggu mood tu sampai ada. Mood nak study ni memang kadang-kadang susah nak datang.

2. Soalan : Kau dah study ke?
    Jawapan : Malas la.
    Keteranagan : Kalau da keluar perkataan malas ni memang susah la. Malas ni macam satu sindrom. Kalau da start sekali malas. Segala benda akan malas nak buat. Jadi, hindarilah dengan berkata malas. Kalau tak dapat buat banyak, buat sikit pun jadilah supaya kita tak la di label dengan pemalas je.

3. Soalan : Kau dah study ke?
    Jawapan : Tak sempat la. Aku busy. Tak ada masa nak study.
    Keterangan : Yang ni lagi la tak munasabah. Ada ke nak study tak ada masa. Allah da bagi kat semua makhluk dibumi ni sama rata masa iaitu 24 jam. Tak ada orang dapat lebih pn masa tu. Cuma cara kita mengurus masa je tentukan masa kita ni cukup atau tak.

pernah tak jadi macam ni?
4. Soalan : Kau dah study ke?
    Jawapan : Belum lagi. Nanti aku study la.
    Keterangan : Kalau ikutkan nanti tu tak tahu la bila. Dengar nak exam baru la nak study. Bile tak sempat mula la kate ''menyesal aku tak study dari awal''. Kalau macam ni susah la nk berjaya dengan cemerlangnya. Jadi, sebagai pelajar ni kenalah buat kerja segera jangan nak bertangguh.

5. Soalan : Kau dah study ke?
    Jawapan : Dah. Dah nak ulang banyak kali da.
    Keterangan : Rasanya orang yang bagi jawapan ni ramai tak. Nak dapat sorang dalam seibu pun payah. Tapi, orang macam ni la bagus. Berusaha untu dapat kejayaan.

Jadi, dah tahu kan bermacam-macam alasan dan jawapan yang kita selalu dengar tak pun selalu ucap bila tanya ''Kau dah study ke???''. Korang sendiri pun tahu apa jawapan yang korang bagi jika di tanya soalan macam ni. Agak-agak nya yang mana satu jawapan yang korang selalu bagi? Atau pun ada jawapan lain. Kalau ada bole la share sekali.

p/s : Entry ini adalah untuk peringatan kita bersama. hehe..

Friday, October 21, 2011

10 SuRaH DaPaT MeNGHaLaNG DaRiPaDa 10 uJiaN BeSaR

...ASSALAMMUALAIKUM...
Entry kali ini adalah mengenai kelebihan surah yang terdapat dalam AL-QURAN.
Surah dalam Al-Quran ini juga boleh di jadikan ubat untuk kita di dunia dan akhirat.
Jadi, di sini ada 10 surah yang dapat menghalang daripada 10 ujian besar ALLAH.
Antara surahnya ialah:


1. Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah.
2. Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat.
3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab didalam kubur.
6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Jadi, setelah mengetahui surah-surah yang dapat menghalang ujian besar ALLAH, maka kita perlulah mengamalkannya sentiasa.
Itu sahaja entry kali ini.
Semoga bermanfaat untuk semua.

Sunday, October 16, 2011

'GeLaBaH' Di LaB

Hari ini aku nak story skit pasal kelas pertama aku keje kat lab.
Dalam Bahasa Melayu dipanggil makmal.
Dalam seminggu tersebut aku & kawan2 ada 2 amali.

1.AMALI KEPELBAGAIAN TUMBUHAN (BIODIVERSITY)

ni la pokok yg kena dilukis tu
Apa yg akau nak cerita dalam amali ini ialah.......
inilah kelas amali yg palaing ramai yang penah aku sertai iaitu lbih kurang 90 orang.
Tugasan yang diberikan ialah melukis gambar pokok yang tersedia di dpn mata.
Dalam hati aku, ''Alamak, kene melukis? Da la bnyk pokok nak kene lukis. Lukisan aku pulak tak lawa.''.
Nk atau x kene la buat. Memang leceh la, nak kene lukis ni.
Kejap-kejap padam. Kejap-kejap padam.
Ye la, aku bukannye pelukis profesional pn.
Kalau pelukis profesional, tak de makne nak gune pemadam.
Siap buang je pemadam tu.

ni pun same gak kena lukis walaupn aku bukan pelukis profesional
2 jam lebih jugaklah aku melukis 17 batang pokok.
Pokok ni pulak bukan kemain unik lg.
Mane dgn daunnye, buahnye lg. Sampai spora die pn nak kene lukis.
Ni la nsib aku amik kos BIOTEKNOLOGY TUMBUHAN.
Kalau 3 tahun melukis ni, boleh jd profesional la aku mcm ni.
Practise make perfect!!!

ni la hasil lukisan aq.. amacam??? cantik x??
Bile tgok hasil lukisan ni ''lawa jgk lukisan aku ni. Tak de la teruk sangat''.
org lain ada lg tak lawa dr aku. hehehe.
Takde la membangga sangat.
Membangga diri pun tak boleh juga, sebab akan menimbulkan sifat riak.

2.AMALI MICROBIOLOGY.

kalau amali ni terkenal dgn perkataan 'gelabah'.
Pasal ada sorg ahli group aku ni minat sangat ucap perkataan gelabah.
Memang gelabah la jdnye.

ni la hasil experiment tp blm dpt result lg. kene tgunext week result die.
Time amali ni mmg banyk gune microsope la.
Almaklumlah, nk tgok makhlik halus lg berseni la kate kan.
Naik berair2 mate aku nak tgok makhluk tersebut under thu light microscope.
Ada amali ni aku kene buat pure culture utk bacteria dgn fungi.
Jd, kene pindahkan lah makhluk tersebut dr tempat lame ke tempat baru.
So, bile time pindahkan tu naik hancur agar tmpt baru makhluk tersebut.

Takpe la....
Yang penting aku tahu cara nak buat semua tu.
Blaja la dulu skit2, bru jd pro nanti..
dlm ni la fungi yg aq telah ternak selame seminggu

BEZA AMALI DI SEKOLAH, MATRIK DGN DI UKM.
1. Kalau di sekolah : 1 kerja amali 4-5orang
    Kalau di matrik : 1 kerja amali 2-3 org
    Kalau di UKM : 1 kerja amali, buat sorg.


2. Kalau di sekolah dgn matrik : kelas amali ada 20-30 pelajar
    Kalau di UKM : kelas amali sampai 90 org dlm 1 kelas.
    Kalau da ramai mcm ni naik riuh rendah la makmal ni. Da jd mcm pasar mlm.

3. Kalau di sekolah dgn matrik : setiap amali kene wat report sorg2 pas 2 hanta minggu dpn.
    Kalau di UKM : report amali buat berkumpulan pas tu kalau lec mintak baru hantar.
    Kalau mcm ni kene sedia je la report tu siap2. Kalau tak kene marah. Malu, da beso2 kene marah.


Sebagai penutup, amali yg aku tempuhi dlm minggu pertama ni mmg carca merba. Bnyk bende buat tak betul. So, in future, hopely amali aku akan bertambah ok. Almaklumlah, kerjay aku akan datang ni kerje die duk kat lab dr pg sampai petang.

Thursday, October 13, 2011

13 aLaSaN BiaSa WaNiTa eNGGaN MeNuTuP auRaT

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu.
Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.??





1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
  
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”



Tuesday, October 11, 2011

PeNJaGaaN MaTa


Mata adalah anugerah paling penting dalam menjalani kehidupan kita.
Jadi, mata perlu dijaga kerana dia adalah organ terpenting utk diri kita.
Sesungguhnya, mata amat bernilai kepada kita.

Pernah tak anda semua rasa letih selepas bangun tidur?
Letih ini semua kerana mata.
Mata kita perlu rehat supaya kerja seharian yang kita lakukan akan sempurna.
Untuk tahu lebih lanjut cara penjagaan mata bole lah baca smpai habis.


Mengapa penjagaan mata amat penting kepada anda?
Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. Faktor-faktor ini boleh menyebabkan mata anda berisiko untuk mendapat:
  • Jangkitan
  • Alahan
  • Kecederaan
  • Kelesuan mata
Bagaimanakah anda perlu menjaga mata anda?
Menonton TV:
  • Dengan jarak lebih daripada 2 meter
  • Jika anda mendapati diri anda menonton TV terlalu dekat dengan skrin, anda perlu menjalani ujian penglihatan
  • Jangan menonton TV secara berbaring
too close
Semasa membaca:
  • Memegang bahan yang dibaca pada jarak 33cm hingga 40cm
  • Jangan membaca sambil berbaring
Semasa menggunakan komputer:
  • Ambil masa untuk rehatkan mata anda. Alihkan pandangan dari skrin dan pandanglah objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit
  • Lakukan pertukaran posisi bekerja. Lakukan pergerakan di kawasan sekeliling sekurang-kurangnya 2 jam selepas menggunakan komputer. Ia dapat merehatkan mata dan badan anda
  • Kelipkan mata anda! Kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi melincirkan mata, yang mana menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Anda digalakkan untuk menggunakan ubat titis air mata tiruan sekiranya anda menggunakan komputer dalam jangka masa yang lama
  • Lakukan aktiviti regangan dan meluruskan badan. Kedudukan yang baik membantu menghalang kesakitan di bahagian otot leher dan belakang badan
  • Ubah kedudukan monitor komputer anda. Monitor perlu berada di kedudukan 20 hingga 30 inci daripada mata anda, lebih kurang ½ depa
  • Ubah kedudukan papan kekunci (keyboard). Letakkan papan kekunci di hadapan monitor
  • Jika perlu, pakai cermin mata yang bersesuaian. Jika anda memakai cermin mata atau kanta lekap pastikan cahaya mencukupi bagi membantu anda menggunakan komputer
Pastikan anda mendapat cahaya yang mencukupi semasa membaca:
  • Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal
  • Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang
Gunakan alat pelindung mata semasa menyertai aktiviti sukan.
Lebihkan makanan yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah, bayam, betik dan tomato.
Jangan memandang dengan tepat ke arah matahari:
  • Cara yang paling berkesan untuk melindungi mata daripada cahaya matahari ialah memakai cermin mata gelap yang direka khas untuk menghalang radiasi ultra ungu
  • Jangan memandang tepat ke arah matahari walaupun menggunakan cermin mata gelap
Elakkan penggunaan sebarang ubat mata tanpa arahan.
Dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai masalah berikut:
  • Mata merah
  • Kesakitan yang teruk pada mata
  • Penglihatan kabur
  • Benda asing di dalam mata
  • Kecederaan pada mata
Jadi, bagaimana?
Anda semua sudah dapatkan cara untuk menjaga mata.
Jadi praktikkan lah supayta mata anda sentiasa sihat.
WALLAHUALAM... 

Sunday, October 9, 2011

aRTiS BeRTauBaT???

Hari ini rasa boring...
Aku print nota tiba - tiba 'ink' habis...
Baru semangat nak baca nota...

So, aku apa lagi buat benda lain la...
Apa yang aku buat ialah membaca berita online...
Macam - macam berita aku baca...

Tapi ada 1 berita yang betul-betul tarik perhatian aku sehingga nak tulis pasal ni...
nak tahu pasal apa???
Pasal artis wanita bertudung...

Yang terbaru ni ialah Diana Amir. Korang semua mesti kenal kan siapa Diana Amir ni. Dia ni la pelakon yang berlakon dalam filem 3,2,1 cinta. Dalam filem tu seksikan si Diana Amir ni. ALHAMDULILLAH la. Sampai jugak seru dia untuk dia berubah ke jalan ALLAH. Lepas sorang ke sorang artis muda di Malaysia ni nak menutup aurat. Bermula dari zaman Wardina Saffiyah, Catriona Ross, Noraniza Idris. Itu dari segi artis yang lama. Kalau artis muda ni Irma Hasmie, Raja Farah, Farah AF2. Kira bagus lah jika mereka semua ni dah sedar akan kepentigan menutup aurat.

Inilah wajah terbaru Diana Amir dengan Jilbabnya
Jangan nak kejar glammer je tapi dosa bertambah. Apa guna kalau glammer di pentas dunia tapi hilang glammer di pandangan ALLAH. Suka pada kenyataan Diana Amir yang dia membayangkan azab yang dia terima jika tidak menutup aurat. Lagi satu, dia juga tidak sanggup melihat bapa dia menanggung dosa kerana ke khilafan dia.

Dalam kenyataan dia juga dia menyatakan dia tidak takut kalau tawaran berlakon akan berkurang kerana dia mengetahui yang rezeki itu datang dari ALLAH. Dia juga menyatakan akan berhati-hati dalam menerima apa sahaja tawaran lakonan selepas ini untuk mencerminkan sebagai wanita muslimah. Kita juga mengetahui yang ALLAH tidak akan berlaku kejam terhadap hambanya.

Perubahan artis wanita seperti ini sedikit sebanyak akan memberi perubahan kepada golongan remaja di Malaysia untuk mengikut jejak langkah artis kita dengan menutup aurat. Remaja di Malaysia mudah terpengaruh dengan fesyen yang dikenakan oleh artis. Jadi, apa salahnyea jika artis Malaysia menampilkan fesyen muslimah yang boleh menjadi ikutan remaja Malaysia. Jika aurat terjaga INSYAALLAH maksiat juga kita dapat jauhi.

Penulis berharap agar penghijrahan ini akan berterusan hingga keakhir hayat. Penulis juga berharap agar lebih ramai artis sedia beruabah kerana berubah ke jalan ALLAH amat dituntut. Tidak perlu penangguhan kerana kita sebagai manusia tidak tahu ajal maut kita.

Untuk mengetahui apa lagi luahan DIANA AMIR tentang penghijrahan ini bile klik SINI

Friday, October 7, 2011

SeBuLaN Di KeRiS MaS

Diam tak diam la sebulan masuk UKM ni...
tapi rasa mcm da lame sangat duk kat ukm ni...
apa taknye busy memanjang je...
sampai malam ada program, meeting, kelas lg...
memang sibuk la duk study kat ukm ni...
sebelum ni tak pernah aku lalui hari-hari seperti ni...

kali ini aq nak 'story' tentang kolej...
kolej yg aku maksudkan ialah tmpat tinggal aku kat universiti ni...
knp aku nak cerita tentang ni???
sebab inilah tmpat pertama yang aku kenal kat dlm ukm ni...
lg satu kolej aku ni is the best kolej in ukm...
nak tahu apa yang best baca lah sampai habis...
hakhak..

Mula - mula nak masuk keris mas ni nampak la ucapan selamat datang ni.
bertambah semangat nak masuk.
First sekali time dpt tawaran upu ni...
dpt ukm pas dpt duk pulak kat kolej keris mas...
best nye, x sabar nak masuk u...

antara bangunan pentadbiran kolej yg terbesar di UKM ni.
Seminggu kemudian surat tawaran pun sampai kat rumah aku. Aku excited terus bukak surat tu. Macam-macam aku belek. Masa belek-belek tu aku nampak la nama senarai kolej kat UKM ni. Agak pelik nama kolej aku ni. Knp kolej aku ni Keris Mas. Kolej lain semua nama orang. Nama tokoh yang terkenal macam Dato' Onn, Tun Hussien Onn dan lain-lain lah. Siapa Keris Mas sebenarnya ni. Aku pun biarkan la. Tk penting pun. Yang penting aku dapat balajar kat UKM ni.

KERIS EMAS yg terpacak kat depan bangunan pentadbiran KKM ni
Bukan setakat surat tawaran je aku dapat. Kat facebook pun aku dapat invitation group dr UKM. Aku tak tahu la macam mana orang tahu yang aku ni akan belajar kat UKM ni. Dpat la join 1 group ni nama die sumber maklumat. Kt dalam group ni amcam-macam la boleh tahu pasal UKM ni. Aku pernah 'post' kat group tersebut dan bertanya mengenai kolej yang bakal aku menginap. Ada senior komen yang KKM best tapi jauh dari fakulti. kiranya duk paling hujung UKM la. aku dapat tahu jugak yang UKM ni sewaan yang paling mahal sekali. Lebih mahal dari kolej lain. Dalam hati aku, nanti aku nak tukar lah kolej lain. Duk kat kolej lain sama je.

7 September 2011...
Betapa excitednya aku datang untuk mendaftar sebelum pukul 7 pg lagi. Kaunter pendaftaran pun belum bukak. Kenalah tunggu sejam lebih untuk kaunter bukak. Letih jugak menunggu ni. Baru menunggu. Time pengurusan pendafataran pulak 1 hal. Banyak kali kena turun naik jumpa parent sebab maklumat tak lengkap. Akhirnya pukul 10 baru dapat kunci masuk bilik. Duk jela kat bilik ni sebab kawan pun tak de lagi. Apa yang aku harap masa tu ialah aku dapat kawan yang betul-betul baik. Alhamdulillah aku perolehinya.

Berbalik semula pasal KKM ni. Sebulan kat sini. Sungguh seronok. Bilik best. Tak sangka dapat bilik aras 1. Nama je aras 1 tapi kene gak tangga. Sebab kat KKM ni asrama ni banyak bawah bukit. Lebih kurang Duk kat dalam 'underground' la. Tapi best.

Kemudahan dalam bilik yg sngt best.
Maapla bilik bersepah.
Gambar diambil 5 minit selepas masuk bilik selepas pendaftaran.
Ni nak share sikit la pasal KKM yang tak ada kat kolej lain. Untuk pengetahuan kolej ni baru je 11 tahun penubuhan. Kolej ni merupakan kolej paling baru di antara kolej-kolej di UKM bangi ni. Kolej ni jugak kolej terbesar. Kalau da terbesar penghuni pun ramai la. Kalau cerita pasal kafe pulak. Makanan dia sedap tapi ada sedikit mahal. Puas hati jugak lah. Nak cerita pasal prasarana ni memang tak habis la. KKM ni ada dewan besar, dewan banquet, bilik seminar, bilik konvensyen. Sampai dewan kuliah pun ada. Memang syok la. Ikutkan total jumlah blok kediaman KKM ni ad la 15 blok. 1 blok 6 aras. 1 aras ada 32 bilik. Dapat bayangkan tak betapa ramainya penghuni KKM ni.

Rasa dah jatuh cinta tinggal di KKM ni. Da tak nak tukar kolej lain da. Kolej ni susah nak dapat pasal kolej ni memang special. Kemudahan kat kolej ni cukup la. Kolej lain pun tak ada kemudahan seperti ni. Memang best la.

Salah 1 blok yg ada di KKM ni.


Ni la keadaan dalam DECTAR semasa aku janji.
Sebagai penutup bicara, aku berharap dan bercadang akan tinggal di KOLEJ KERIS MAS sampai aku graduate. Walaupun yuran bilik mahal & jauh dari fakulti, aku selesa tinggal di sini. Aku sayang KERIS MAS!!!...







Sunday, October 2, 2011

7 PeRKaRa PeLiK TaPi BeNaR


...Santapan Rohani kali ini akan membicarakan perkara pelik tapi benar... 
...Apa yang pelik sebenarnya??? 
...Perkara ni sering berlaku di sekeliling kita... 
...Cuma kita sebagai manusia sering terlupa... 
...Jadi adalah menjadi tanggugjawab sebagai hamba ALLAH untuk saling mengingati... 
...Nak tahu apa yang pelik tapi benar silalah baca entry ini sehingga habis...


7 PERKARA PELIK TAPI BENAR :


1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.



Usman Ibn Affan r.a

PeRaNG DeCTaR

...1 OKTOBER ni kita semua berperang!!!!!...
...Kita berperang di DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak)!!!...


inilah DECTAR yg dimaksudkan
Mesti korg trtanye2 ap yg dimaksudkan PERANG DECTAR ni... Sebenarnye kitorg pelajar baru ukm ni ada majlis penutupan orentasi iaitu Bulan Mesra Pelajar (BMP) kat UKM ni... PERANG DECTAR yg dimaksudkan ialah CHEERS yg akn dilakukan oleh pelajar baru bg setiap kolej... Lihat kolej mane paling hebat & kuat... KOLEJ MANA DUK LAME DLM DECTAR TU DIALAH JUARA!!!!

Inilah kata-kata yang terluah dibibir para pelajar tahun 1 sempena meraikan berakhirnya Bulan Mesra Pelajar (BMP) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu Majlis Penutupan rasmi BMP. Bukan setakat Perang Dectar sahaja yang di pertaruhkan tetapi tema Malam Seni Berputik juga dipertaruhkan dimana pelajar tahun 1 yang berbakat dalam Teater Muzikal, menyerlahkan bakat mereka yang terpendam.

Sebanyak 12 buah kolej yang menyertai PERANG DECTAR ini iaitu:
  1. Kolej Dato' Onn (KDO)
  2. Kolej Aminuddin Baki (KAB)
  3. Kolej Ungku Omar (KUO)
  4. Kolej Burhanuddin Helmi (KBH)
  5. Kolej Ibrahim Yaakob (KIY)
  6. Kolej Rahim Kajai (KRK)
  7. Kolej Antarabangsa Ibu Zain (IZISH)
  8. Kolej Keris Mas (KKM)
  9. Kolej Pendeta Za'ba (KPZ)
  10. Kolej Tun Hussien Onn (KTHO)
  11. Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) - Kampus Kuala Lumpur
  12. Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) - Kampus Cheras
ni la rakan2 dr keris mas

ni pulak rakan dr KTSN yang memberi sokongan terhadap kkm
***
Aku sendiri mewakili KKM. KKM sendiri merupakan kolej terbesar di UKM ni. Kalau da terbesar mesti la paling ramai. Ramainya adalah dalam 400 - 450 orang. Ramai tu. kolej lain pn adalah dlm 200 org. Tapi berbeza dgn KTSN dgn KPZ. Diorg pn ramai gak tp tak la seramai KKM.

Lepas maghrib je pelajar KKM beramai2 naik bas ke DECTAR. Bersesak sesak. Tp, seronok.

Sampi je kat sana acara pun bermula selepas isyak. ala. Acare mlm seni berputik tu. Mcm yg aku bg thu td sebnyk 12 group berentap. akhirnya diputuskan bahawa KPZ juara. Aku sbg warga KKM hanya berada di naib johan je. Still ok sb perfomance dr KKM paling best... tak bosan... I like it!!!...

Lepas tu kitorg ape lg berPERANG DECTAR la gamaknye. Tp, keseronokan terhenti sb kami semua di pujuk rayu oleh HEPA utk keluar dewan... kolej lain da keluar... KKM je yg lmbt kuar... ye la adat PERANG DECTAR sape paling last keluar adalah juara tp KKM keluar kedua last sb da di pujuk rayu oleh HEPA utk keluar... Jadi yg keluar last ialah KRK... KRK lmbt dipujuk rayu sb duk kat merak kayangan... HEPA pn lmbt la nk naik atas sane... untungla KRK thn ni... but still ok, thn ni perang di kata kan tak sehebat thn lepas... thn lepas sampai lmpu & aircond pn kene tutup skali.. ada baling2 barang... thn ni agak terkawalla.. nk di jdkn crite sebenarnye PERANG DECTAR diharamkan di ukm ni di sebabkan beberapa faktor. ntah, thn2 hadapan da xde perang ni... maklumlah pengambilan ukm makin kurang... thn lepas DECTAR penuh but thn ni bnyk btl tmpt kosong...

perjalanan balik setelah di minta keluar oleh HEPA
Walaupn, apa yg dirancangkn mlm sebelum kejadian ni x seberapa menjadi tp KKM ttp hebat... nk thu sb apa??? walaupn KKM keluar awal sedikit, tp KKM mdpt sokongan dr KTSN, KUO utk kalahkan KPZ...(kalahkn cheers je) itu sb pengaruh KKM ni kuat... Best jgk la cheers ni... pernah jgk la pelajar international tnye...''mcm ni ke lawan cheers??? best jgk la"... ini menampakn mcm kat malaysia je ada lwn2 cheers ni kn??hehehe...

Lain tu, sukan BMP KKM menang 2 emas... rasenye kolej lain xde menang mcm KKM menang sb acara yg di pertandingkan pn hanye 6 je... ALHAMDULILLAH la... papepn KERIS MAS mmg hebat...
berkumpul utk berjalan kaki blik ke KKM tercinta!!!

HEBAT GILER!!! HEBAT GILER!!!
KERIS MAS MEMAMG POWER!!!


kenangan di bulan mesra pelajar memberi kenangan terindah di awal kehidupan aku di ukm ni...
rakan - rakan yg membaca entry ni doakan lah aku berjaya dalam menenpuhi kehidupan du ukm ni ye...

berkumpul di kafe utk majlis penutupan kolej...
da pukul 2.30 pg ni...
time ni la PC nk mintak maaf kat kitorg...
ye la suh kite wat mcm2..
hahahaha..
jgn marah PC....
sayang korg...





Saturday, October 1, 2011

Contest Best Photo of Me by Mayalisa

..Assalammualaikum...
...First time nak join contest...
...Da lame terniat nak join cume malu je...


...Lagi pun Maya Lisa ni kawan aku masa kat matrik...
...Untuk menghargai kawan ni join la jugak contest ni...
...Sebenarnye malu jugak nak expose gambar sendiri ni...
...Tak menarik mana pun...
...Saje je nak banyak kan penyertaan ni...
...Hehehe...
.
...Kalau nak join bole la klik kat link SINI...
.
.
.
.
.
.
.
...Terimalah gambar ini seadanya...
.
.
.
.
.
.
Gambar di ambil di kedai bundle di kota tinggi
hahaha... siap bergaya dgn baju bundle
.
.
.
.
.

yang ni pulak baru lepas mandi kat waterfal
lokasi di Kota Tinggi Waterfall Resort

.
.
.
.
.
...Tak tahu sebenarnya nak tag sape...
...rasanye nak tag blogger popular la...

p/s:tak harap menag pun, saje je nak join



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...