...ASSALAMMUALAIKUM...
Entry kali ini adalah mengenai kelebihan surah yang terdapat dalam AL-QURAN.
Surah dalam Al-Quran ini juga boleh di jadikan ubat untuk kita di dunia dan akhirat.
Jadi, di sini ada 10 surah yang dapat menghalang daripada 10 ujian besar ALLAH.
Antara surahnya ialah:
1. Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah.
2. Surah Yassin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat.
3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab didalam kubur.
6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Jadi, setelah mengetahui surah-surah yang dapat menghalang ujian besar ALLAH, maka kita perlulah mengamalkannya sentiasa.
Itu sahaja entry kali ini.
Semoga bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.