Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

Kuliah Terbesar

Hari ini jam 3 petang semua pelajar tahun 1 UKM termasuk kampus di Kuala Lumpur dan Cheras telah menghadirkan diri untuk kali pertamanya kuliah terbesar yang kami semua ikuti. Seramai 3000 orang pelajar telah mengukuti kuliah perdana bagi pengenalan kursus terbaru di UKM iaitu CMIE 1012 Asas Keusahawanan Dan Inovasi.



Bagi pelajar di Kampus Kuala Lumpur dan Cheras, mereka menyaksikan kami secara langsung pengenalan ini di DECTAR melalui skrin putih di DK 1 dan Auditorium PMUKM di kampus mereka. Di Dectar sendiri telah di muatkan seramai lebih kurang 2500 orang pelajar.

Memang kelam kabut pada mulanya. Semasa sesi pendaftaran memang sesak. Aku sendiri tak dapat nak daftar awal. Lastly time dia bagi lecture aku pun keluar mendaftarkan diri. Nak daftar ni sebab nak dapatkan roti dengan air kotak yang urusetia bagi.

Kursus Keusahawanan Dan Inovasi ini adalah kursus baru yang di tawarkan di UKM ini di bawah taraf Wajib Universiti. Jadi nak atau tak kena lah amik kursus ni. Pada mulanya agak menjengkelkan jugak lah bagi aku. Sebagai student sains kursus ni macam tak perlu. Tapi bila di fikirkan semula ada baiknya. Disamping dalam aku mempelajari ilmu sains aku tahu juga bidang keusahawanan.

suasana dalam dectar. yang lain klik sini


Bagi aku sungguh beruntung belajar di UKM ini. Aku bukan sekadar didedahkan dengan ilmu dalam kos aku tapi kos lain pun ada walaupun ianya hanya asas tapi dia membantu aku dalam menjalani kehidupan aku pada masa akan datang.

Aku tak merasakan semua ini adalah suatu pembaziran malah ia mendatangkan kebaikan sebab menambahkan ilmu aku yang sedia ada cetek ni. Aku harap semua kursus yang ditawarkan dapat memberi manfaat kepada aku.

Bagi aku yang tak bestnya kursus ini di tawarkan dalam bahasa Inggeris. Aku tak minat sangat tapi aku akan mencuba meminati bahasa inggeris. I want to improve my english. So, I must learn more about this language.

Ada sedikit gambar yang aku nak tunjuk. Tapi aku tak letak dalam blog ni semua. Untuk melihat gambar boleh klik di SINI.

Monday, February 20, 2012

Fiksyen 302

Baru habis semalam setelah aku menbacanya selama seminggu. Sepatutnya sekejap pun boleh habis kan baca buku ni tapi biasalah tak kan aku nak ngadap buku ni 24 jam pplak kan?

Karya Ramlee Awang Murshid memang sangat menarik. Bila aku start baca buku ni, aku dah macam tak nak lepaskan buku ni. Aku nak habis kan pembacaan aku sampai tamat. Novel bergenre thriller ni memang menarik bagi aku. Banyak unsur suspen yang aku sendiri tak sangka akan berlaku pada akhirnya.

Memang tak dapat dinafikan karya Ramlee Awang Murshid banyak watak yang di ketengahkan. Sehingga ada peminat novel tidak minat akan karya beliau. Tetapi, dia dengan gaya penulisan yang berkesan membuatkan pembaca dapat membezakan watak-watak dalam karya beliau.



Sinopsis Fiksyen 302

Cerita ini bermula apabila berlakunya pembunuhan yang dilakukan oleh 4 orang pesakit mental Hospital Permai Johor Bahru. Cara pem,bunuhan yang hampir serupa apabila dahi mangsa di tulis dengan perkataan 302. Apabila pembunuh tersebut ditemui di tempat kejadian, pembunuh tersebut dalam keadaan telanjang bulat. Yang peliknya semua mangsa pernah terlibat dalam pembunuhan Zarina Mustapha 3 tahun yang lepas. Apa kaitan nya?

Pelbagai peristiwa yang berlaku selepas itu sehingga terbongkarnya dalang yang membuat semua perkara tersebut. Siapakah dalang dalam pembunuhan ini? Apakah pengakhiran cerita dalam novel ini?

Novel yang telah berlambak di pasaran sehingga telah mencatatkan jualan terbanyak sepanjang 3 bulan pengeluaran. Rugi bagi mereka yang tidak membaca karya beliau. Sesungguhnya karya beliau adalah lain dari yang lain.

Setelah aku membaca novel ini aku dapat memberikan sebanyak 9/10 markah kerana novel ni memang menarik dan penyusunan plot yang kemas. Huraian watak yang jelas. Tak perlau banyak tanda soal yang bermain dalam pemikiran pembaca setelah menamatkan pembacaan novel ini.

p/s : aku menunggu karya beliau yang terakhir tentang laksamana sunan yang bertajuk SUNAN MUSAFIR.

Friday, February 17, 2012

Berani Mati


Semalam, aku berjalan seorang diri di Jusco Ulu Tebrau Johor. Membawa diri ini dengan hala tuju untuk menghilangkan rasa kebosanan yang melanda diri ini sejak cuti yang berbaki hanya 3 hari.

Aku menjelajahlah di kedai buku. Harris Book Store namanya. Dengan alasan saje untuk mencuci mata. Aku ni kalau tak pergi kedai buku memang tak sah. Walaupun aku tak beli buku di kedai tu. Asal puas tengok buku sudah lah.

Dari rak ke rak aku tengok buku apa yang best. Dari buku english, agama, novel melayu, kesihatan, buku masak-masak dan macam-macam lagi lah. Cuma buku berbahasa cina je yang aku tak sentuh.

Tengok punya tengok buku apa yang best, aku berkenan lah kat satu buku ni. Novel english. Nampak menarik. A THOUSAND SPLENDID SUNS. Itulah tajuk novel ni. Aku tertarik-tarik untuk beli novel english ni sebab kat cover buku tu ada tulis yang novel ni best seller. Penulis ni pula bukan orang putih tapi orang Afganistan. KHALED HOSSEINI nama dia.


inilah buku yang aku katakan tu. tapi, cover buku  ni ada banyak.
cuba google lah nanti.

Tengok harga RM35.50. Mahalnya!!! Ah! Tak kisah lah. Yang penting aku nak beli. Dah berkenan beli je lah. Nak guna voucer tak bawa pula. Gunalah duit hasil korekan di ATM.

Memang aku berani mati betul beli novel english ni. Dah lah mahal. Apa taknya sebelum ni aku hanya beli novel Melayu je. Yang harga baru RM20. Novel international ni mahal memanjang. Terbuntang luas mata aku tengok harga ni.

Lagi satu, aku ni bukan lah minat sangat nak baca buku english ni. So, memang aku berani mati lah beli buku ni. Selalunya buku english ni mana pernah aku baca sampai habis. Novel literature masa sekolah menengah dulu mana pernah aku baca. Nak harap orang cerita je.

Ini pula novel english yang 500 muka surat. Entah baca ke tidak. Tapi, aku nekad nak habis kan baca buku ni. Walau apa pun yang terjadi buku ini mesti aku akan habis kan. Padahal aku tak paham sangat apa yang aku baca tu. Yang penting aku cuba berusaha untuk baca buku english ni.

Sebenarnya aku nak tingkatkan penguasaan english aku. Dah sampai belajar kat universiti kalau english tak ok lagi agak memalukan bagi diri aku. Sebab tu aku berani mati beli buku ni.

Dengan harapan akan datang aku akan beli lebih banyak buku english agar aku hebat in english.

Thursday, February 16, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap

Hari ini aku membawa diri untuk menonton wayang. Seorang diri. Membawa hati yang berduka lara. Hari ini aku menonton wayang di Jusco Ulu Tebrau, Johor.



Sinopsis Hantu Dalam Botol Kicap

Aminah dan suaminya Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya. Nek Temah merupakan seorang dukun di kampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka di beritahu pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah. Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang di ikat selampang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi tehalang oleh Nek Temah yang berdiri di belakangnya.

Pada suatu haru Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, menyembelih dan mencabut bulu ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap. Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dari dalam botol tersebut.

Apa yang berlaku selepas itu. Sila lah tonton wayang sekarang. Masih ditayangkan lagi.

Pandangan Aku Tentang Filem Ini

Filem yang bergenre komedi seram ini lebih banyak komedi berbanding seram. Aku rasa lebih banyak ketawa dari terkejut.

Lakonan yang biasa tapi berkesan. Pelakon yang sesuai dengan wataknya.

Cerita ni simple je. Tiada yang kelainan sangat. Yang kelainan ialah hantu yang minat pada kicap.

Latar cerita ni memang nampak seram tapi tak seram jadinya sebab plot ceritanya yang komedi. Sarat denagn gelak tawa.

Seriusly aku cakap tengok cerita ni tak tension. Malah boleh release tension.

Markah atau bintang yang aku dapat bagi untuk filem ini ialah 6/10 je. Aku bagi sikit sebab cerita ni biasa sahaja. Tiada yang unik.

p/s : sejak kebelakangan ini aku asik tengok cerita seram je. Tak tahu lah kenapa. Aku minat kot.

Wednesday, February 15, 2012

Segmen Anda Bijak | Uji Tahap Geografi

Hari ini aku nak join segmen PCB. Saje je nak menguji minda tentang geografi. Sebagai pelajar sains, perkara macam ni dah lama aku tinggalkan. Kalau nak join klik kat banner di bawah.


PCB suruh jawab 3 soalan berikut. So, kat bawah ni aku dah bagi jawapan. Bukan setakat 2 tapi 3 aku bagi setiap 1 soalan. 

3 Soalan yang aku jawab ialah

a) Berikan 2 tempat di Malaysia yang ada perkataan buah.

  • Tanjung Rambutan, Perak
  • Bukit Rambai, Melaka
  • Pulau Pisang, Johor
b) Berikan 2 tempat di Malaysia yang ada perkataan haiwan laut.
  • Sungai Udang, Melaka Bandaraya Bersejarah
  • Tanjung Kupang, Johor.
  • Sungai Siput Perak.
c) Berikan 2 tempat di Malaysia yang ada perkataan warna.
  • Semerah, Johor
  • Ayer Kuning, Negeri Sembilan
  • Bukit Merah, Perak

Slogan yang PCB paksa suruh buat. Kalau tak buat tak cukup syarat.

Saya suka baca blog Pak Cek Biola kerana dia adalah student UKM disamping blog yang menarik dan mudah di fahami.

p/s : penat menggoggle nak cari nama tempat ni. Jangan ada yang meriru dah la ye.


Rasa Mahu Berhenti

Aku tahu keputusan exam yang di terima, aku perlu redha. Tapi, di lubuk kecil hati aku ini aku sukar untuk terima. Aku seperti putus asa. Aku rasa yang aku telah gagal.




Aku terfikir banyak kali, mampukah aku untuk terus hidup di alam universiti. Terlalu banyak rintangan yang harus aku tempuhi.

Aku cemburu melihat rakan-rakan seperjuangan aku menerima kejayaan yang pertama di alam universiti ini. Tapi ia tidak pada aku. Aku terlebih dahulu menerima kegagalan.

Aku tak mampu untuk luahkan perkara seperti ini kepada sesiapa. Bahkan kepada kedua ibubapaku. Aku hanya mampu luahkan pada blog ini. Aku takut mereka tidak boleh menerima result aku ini. Aku tidak mahau melihat dia kecewa terhadap aku menegenai result exam pertama aku ini.

Setelah aku bermuhasabah diri, baru aku tersedar bahawa aku terlalu banyak kesilapan yang perlu aku perbaiki di semester 2 ini. Di semester 2 ini lebih banyak cabaran yang perlu aku tempuhi. Bukan setakat di dalam pelajaran, tetapi aktiviti sosial juga perlu aku tempuhi.

Setelah result exam aku ni di umumkan, aku banyak terfikir. Adakah lagi ruang untuk aku berjaya di alam universiti ini?

Aku sedar banyak silap yang telah aku lakukan selama ini. Pertama, aku tak pandai nak urus masa. Kedua, aku terlalu ambil mudah dalam pelajaran sehingga aku tak faham pun aku mengabaikannya. Ketiga, aku terlalu menangguh dalam pelbagai segi walaupun perkara tersebut penting.

Kini, aku sedar yang aku perlu berubah. Aku tak perlu berada dalam situasi yang sama lagi.

Biarkan lah result ini menjadi rahsia diri aku. Bila aku cerita pada orang lain tentunya mereka tidak percaya akan result aku ini.




Aku juga nak ucapkan kepada rakan seperjuangan setinggi-tinggi tahniah kerana telah berjaya dalam exam yang ditempuhi. Mungkin kejayaan aku datang lambat.

Mengharapkan aku dapat tingkatkan usaha aku ini. aku sedar aku terlalu banyak melakukan kesilapan. Kegagalan di masa ini membuat aku lebih matang dalam kehidupan. Membuat kan aku tersedar akan kelemahan aku ini.

Tuesday, February 14, 2012

32 Rahsia Mengenai Israel Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Rasanya semua orang tahu yang orang Yahudi Israel adalah orang yang sangat bijak tetapi kejam di dunia. Terdapat banyak perkara dan rahsia yang kita sendiri tak tahu mengenai Israel.



Jadi, di sini aku nak share sikit lagi info yang aku peroleh dari sumber yang boleh di percayai :

1. Tahukah anda bahawa selain dari orang Yahudi, di larang membeli dan menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus di usir ke luar Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yuhudi.

4. Tahukah anda bahawa Jurusalem bahagian Timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang di jajah Israel dan bukan merupakan bahagian daripada Israel.

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh warga Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Pelestin di daerah itu.

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel.

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di Benua Afrika.

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri daripada pesawat tempur F 16. Apache dan Blackhawk. Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear. Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya.

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear.

12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967. Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran. Bayangkan kalau serangan itu dilakukan negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB. Jumlah resolusi yang di abaikan Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu.

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai 'tidak bersalah' dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua.

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter. Tahu pula kah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel.

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan : "kerja kosong hanya untuk orang Yahudi", "Seorang karyawan di cari, dengan syarat perlu warga Yahudi".

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya. Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel.

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel.

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas ( parti ketiga terbesar di Israel ) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin. Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang laludalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel : "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka makhluk yang jahat dan terkutuk".

23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia.

24. Tahukah anda bahawa penduduk kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah Yahudi.

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet ( Badan Perisikan Israel ) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya.

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang di terbitkan pada tanggal 10 Disember 1948. Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang di tandatangani pakatan OSLO.

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia menyatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri.

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak di endahkan lagi oleh tentera Israel. Salah satu contohnya adalah ketika dia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan.

Setakat ini sahaja info dan ilmu yang dapat aku kongsikan kepada korang semua. Mengharapkan agar ia memberi manfaat buat korang.

Apa yang dapat aku katakan ialah orang Yahudi Israel terlalu amatlah kejam. Tiada sekelumit dalam diri mereka perasaan belas kasihan terhadap orang lain.

Kenali Penyakit Mental

Hari ini aku akan share lagi satu info kesihatan yang telah aku perolehi kepada anda semua. Info kesihatan yang aku ingin share ialah mengenai Penyakit Mental.



Apa Itu Penyakit Mental

Penyakit mental adalah biasa dan boleh melibatkan sesiapa sahaja. Kita perlu memahami apa itu penyakit mental. Penyakit mental adalah :

  • Sejenis penyakit yang menyebabkan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran, perasaan dan tingkah laku.
  • Gangguan - gangguan ini menyebabkan seseorang tidak mampu untuk menghadapi cabaran dan kehidupan seharian.
Tanda - tanda Awal Penyakit Mental
  • Perubahan tingkah laku yang ketara.
  • Cepat marah dan bertindak ganas.
  • Ketidakupayaan untuk menangani masalah dan melakukan aktiviti seharian.
  • Mempunyai idea-idea yang pelik.
  • Keresahan yang teruk.
  • Kemurungan yang berpanjangan.
  • Perubahan ketara dalam tabiat pemakanan dan tidur.
  • Memikir atau bercakap tentang bunuh diri.
  • Perasaan berubah-ubah dengan ketara.
  • Penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Punca Penyakit Mental
  • Pelbagai faktor seperti baka, biokimia dan faktor persekitaran boleh memainkan peranan.
Fakta Lain Tentang Penyakit Mental
  • Pesakit-pesakit mental menderita dari gejala - gejala penyakit dan tidak mampu berfungsi secara normal.
  • Pesakit mental didiskriminasi dan disingkir oleh masyarakat yang mana ianya mempunyai kesan yang buruk kepada proses pemulihan mereka.
  • Penyakit mental boleh dirawat secara berkesan.
  • Penyakit mental boleh bersifat sementara.
p/s : Rasa-rasanya anda semua pernah tak mengidap penyakit mental ni?

Monday, February 13, 2012

Kemuncak Karnival Waja Diri ke 5

11 Februari 2012 berlangsungnya Karnival Waja Diri (KWD) Persatuan Saeni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) di Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ). Karnival ini telah berlangsung selama 1 hari dari jam 10 pagi sehingga jam 8 malam.

Karnival in i telah berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR ). Sebanyak 37 IPT telah menyertai karnival ini dengan 56 pasukan.

perasmian yang penuh adat istiadat.

Jujur aku kata kan pada mulanya aku tak faham apa dan bagaimana pertandingan ini dijalankan. Setelah aku melihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri baru aku faham yang pertandingan ini hanya sekadar demonstrasi Seni Silat Cekak. Ada juga kawan aku dari silat lain mempersoalkan kenapa silat cekak ni ada pertandingan lawan-lawan. Bukan kah silat cekak ni silat yang membunuh? Masa tu aku tak tahu nak jawab apa. Tapi sekarang aku dapat jawab macam mana pertandingan ini dijalankan.

ini lah guru utama persatuan kami.

Bila aku dapat lihat sendiri pertandingan ini, aku rasa aku nak masuk pertandingan dalam Karnival Waja Diri ke 6 tahun depan yang akan di adakan di UiTM Melaka.

Karnival ini telah dirasmikan sendiri oleh YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. Manakala perasmian penutup pula dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Majlis ni kalau nak tahu penuh adat istiadat umpama kita berada di dalam zaman kesultanan melayu lama. Disamping bergemanya lagu Semerah Padi nyanyian M.Nasir.

peserta ipt yang m,enyertai karnival ini.


Pertandingan ini di pertandingkan dengan 4 kategori untuk putera dan 4 kategori untuk lelaki. Apa nama setiap kategori tak tahu pula aku. Lupa. Yang aku ingat ialah Juara keseluruhan bagi Putera yang membawa piala pusingan ialah Universiti Teknologi Petronas. Yang Puteri pula ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

UKM hanya menang pingat gangsa kategori 1 puteri dan Anugerah Khas Juri untuk kategori Puteri. Walaupun tak banyak tapi boleh lah dari tak bawa balik langsung.

pandangan lambakan peserta dari tingkat atas dewan.


Aku pun belum cerita apa peranan aku dalam Karnival ini. Sebenarnya petanan aku dalam karnival ini adalah sebagai Urusetia dibawah Jawatankuasa Logistik dan Teknikal. 

Kalau tak ada akumesti karnival ni tak jalan. Sebab sebahagian besar barang dalam program ni di usahakan oleh jawatankuasa aku untuk mendapatkannya. Turun naik pejabat dah biasa bagi aku sepanjang perkampungan untuk karnival ni. Dah banyk pengalaman dan pelajaran yang aku peroleh dalam menyertai program seperti ini.




empat gambar diatas adalah sebahagian dari persembahan pertandingan.


Sebagai AJK program karnival ini aku bersyukur kerana program yang dikendalikan oleh PSSCM UKM ni berjalan dengan lancarnya. Rasa sebak melanda sebab program ini dapat membuka kepercayaan pihak lain yang UKM pun mampu buat event seperti ini. 

Alhamdulillah program ini tak memdapat kritikan yang buruk malah dipuji sebab kecekapan AJK karnival dalam mengendalikan program seperti ini.

antara ajk urusetia yang menjayakan program ni.

gimik yang dilakukan oleh pihak kami.

muka keceriaan setelah membawa balik pingat.

ajk yang sentiasa buzy dengan penginapan.
*actually bnyk lagi gambar tapinanti panjang pula entry ni.

p/s ; tak sabar nak tamatkan silat cekak ni sebab tahun depan nak cuba rampas piala pusinan yang UKM tak pernah dapat pun.

Saturday, February 11, 2012

What Men and Women Must Know

Hari ini aku telah mendapat info yang agak menarik dan patut juga aku share dengan korang semua. Harap dia dapat memberi manfaat kepada korang semua.

Perempuan Kena Tahu

Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun.




Lelaki Kena Tahu

Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan marah kat anda untuk banyak perkara, tetapi masih terima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya.

Tuesday, February 7, 2012

Fakta Menarik Tentang Catur

Hari ini aku akan berkongsi mengenai fakta yang telah aku perolehi melalui pembacaan aku. Rasanya tak salah jika aku berkongsi maklumat seperti ini. Fakta yang aku ingin kongsikan adalah Fakta Menarik Tentang Catur.



Fakta tersebut ialah :


1. Catur merupakan permainan paling popular di dunia yang di mainkan oleh lebih dari 700 juta orang.

2. Perlawanan antara Ivan Nakolik dan Goran Arsovic di Belgrade pada tahun 1989 adalah rekod permainan paling lama iaitu selama 20 jam 15 minit dengan 269 gerakan seri.

3. Pada tahun 1999, seorang kanak-kanak berumur lapan tahun bernama David Wei Howell dari East Sussex, England pernah mengalahkan pemain catur profesional iaitu Grandmaster John Nun sekali gus memecah rekod pemain catur paling muda mengalahkan seorang pro!

4. Hanya dua orang sahaja peserta catur kategori wanita yang menyertai kejohanan catur dunia pada 2010. Perlawanan pertama, perlawanan final!

5. Nisbah kemenangan buah putih ialah 38.4 peratus manakala buah hitam 31.9 peratus. Manakala peratusan seri untuk kedua-duanya buah ialah 38.4 peratus.

6. Permainan catur adalah salah satu kurikulum sekolah rendah yang di ajar di hampir 30 buah negara di seluruh dunia antaranya Venezuela, Iceland dan Rusia.

7. Kajian orang Belanda pula mendapati kanak-kanak lelaki yang bermain catur adalah 8 peratus lebih bijak manakala kanak-kanak perempuan 12 peratus. 


Aku Dan Catur

Sekarang catur dah ada bermacam-macam bentuk dan rupa. Dulu buah catur aku hanya tengok dalam keadaan plastik. Tapi sekarang kayu dan kaca pun ada. Ada pula catur ni orang buat perhiasan je. Tak buat permainan pun.

Akan tetapi aku ni memang tak pandai main catur. Dulu pernah nak belajar main catur. Tapi, aku tak practise selalu. So, aku tak dapat lah nak ingat step dia. Step dia kan lain bagi setiap buah yang ada.

Sampai sekarang aku tak pandai nak main catur. Nak belajar memang tak sempat. Paham-paham je lah kalau dah nama pun student IPT serba sibuk.

Nak main catur ni pula kena ada masa yang cukup lama. Kena termenun g dan menunggu. Memang aku tak suka nak tunggu dan termenung macam ni. Tapi, selalunya orang yang main catur ni memang seorang yang IQ tinggi dan sungguh lah bijak.

Betul tak apa yang aku cakap?

Monday, February 6, 2012

Sambutan Maulidurrasul

Hari ini baru aku dapat update blog aku. Dah lame juga tak update blog. Pertama kali nak bagi tahu yang aku tak dapat update blog sebab aku dilanda penyakit yang agak teruk sehingga aku menjadi pendiam sedikit sejak 30/01 sampai 03/02. Sekarang, Alhamdulillah dah sihat. Bila dah sihat bahagia rasanya.

Sebelum mula kerja, posing sikit.


Semalam, 05 Februari 2012 aku dan ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UKM telah ke UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur telah pergi ke sambutan Maulidurrasul yang dianjurkan sendiri oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ( PSSCM ).

lap-lap sampai hilang habuk, jgn aladdin yg kuar plak.


Akan tetapi kehadiran kami ke sana adalah untuk melancarkan majlis di bahagian makanan. Kami semua kena sediakan makanan VIP, buat air minuman dan basuh pinggan. Seronok jugak buat benda ni ramai-ramai. Macam rewang kenduri kahwin. Gamak riuhnya bukan kemain. Kalau yang basuh pinggan tu, siap main-main siram air. Dah macam budak kecik aku tengok.

Siapa yang basuh pinggan kalau tak basah memang tak sah. Paling benstnya semua yang datang pakai baju Melayu, Baju Kurung. Pakai vogue vogue, kena basuh pinggan. Memang kelakar.

aktiviti mencuci, cantik sungguh pakaian org mencuci ni kan?


ni kakak-kakak tuang air.

meh sini tengok, kain aku basah basuh pinggan td ( dalam loghat klate )

ni tukang buat air. Kalau tak ada mereka, kehausan aku ni..

ni kakak nasi. Yang abang nasi tu terliur je. nasib b aik tak leleh.

Akak yang baju biru tu potong limau. Yang baju pink tu plak tukang makan je.


Pengisian Maulidurrasul memang tak dapat banyak sebab kami semua duk di luar dewan. Semua stand by untuk makanan yang mereka di dalam dewan. Yang sempat hanya selawat je. Pagi sebelum makanan sampai. Petang yang masa ceramah tak dengar pun. Buat ceramah sendiri kat luar dewan.

Walaupun kami tak dapat dengat ceramah walaupun sebenarnya tak nak dengar ceramah tapi kami dapat satu makna dalam kerjasama antara kami iaitu kami dapat mengeratkan lagi hubungan kami dalam bersama membuat kerja. Ini penting bagi kami untuk kami kerana kerjasama antara kami boleh dilaksanakan menjelang Karnival Waja Diri ( KWD ) ke 5.

ni kat dataran UTM.

Huh! Pemandangan yang sangat cantik. Nampak KLCC UTM kat sini.

proses memilih sampah.

basuh pinggan sambil posing. Nampak glamour skit.

Makan sampai habis. Manis limau ni. TU yang asik makan je kejenya.

Ni aku gelar kakak kambing sebab dia ni yang sibuk nak ceduk lauk kambing ni.

pakai gah-gah kena basuh pinggan. huhu.

muka ceria walaupun penat.

macam pasukan koir da aku tengok posing ni.

dah selesai semua amik gambar. tapi aku tak ada, tak adil btl.



Pukul 8 malam baru habis kerja kami semua. Kami adalah AJK terakhir yang balik dari majlis tu.

seronok ye main suap-suap.

bahagia bersama domino.

kebahagiaan memang terserlah.

Kasi siat pizza tu. Biar semua dapat.

Bahagianya walaupun penat seharian kerja.



Balik-balik je, aku diberitahu tang kami semua akan kenduri Domino's Pizza. Memang bertambah havoc jadinya kami semua ni.

Balik-balik kekenyangan tak sudah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...