Wednesday, February 15, 2012

Rasa Mahu Berhenti

Aku tahu keputusan exam yang di terima, aku perlu redha. Tapi, di lubuk kecil hati aku ini aku sukar untuk terima. Aku seperti putus asa. Aku rasa yang aku telah gagal.




Aku terfikir banyak kali, mampukah aku untuk terus hidup di alam universiti. Terlalu banyak rintangan yang harus aku tempuhi.

Aku cemburu melihat rakan-rakan seperjuangan aku menerima kejayaan yang pertama di alam universiti ini. Tapi ia tidak pada aku. Aku terlebih dahulu menerima kegagalan.

Aku tak mampu untuk luahkan perkara seperti ini kepada sesiapa. Bahkan kepada kedua ibubapaku. Aku hanya mampu luahkan pada blog ini. Aku takut mereka tidak boleh menerima result aku ini. Aku tidak mahau melihat dia kecewa terhadap aku menegenai result exam pertama aku ini.

Setelah aku bermuhasabah diri, baru aku tersedar bahawa aku terlalu banyak kesilapan yang perlu aku perbaiki di semester 2 ini. Di semester 2 ini lebih banyak cabaran yang perlu aku tempuhi. Bukan setakat di dalam pelajaran, tetapi aktiviti sosial juga perlu aku tempuhi.

Setelah result exam aku ni di umumkan, aku banyak terfikir. Adakah lagi ruang untuk aku berjaya di alam universiti ini?

Aku sedar banyak silap yang telah aku lakukan selama ini. Pertama, aku tak pandai nak urus masa. Kedua, aku terlalu ambil mudah dalam pelajaran sehingga aku tak faham pun aku mengabaikannya. Ketiga, aku terlalu menangguh dalam pelbagai segi walaupun perkara tersebut penting.

Kini, aku sedar yang aku perlu berubah. Aku tak perlu berada dalam situasi yang sama lagi.

Biarkan lah result ini menjadi rahsia diri aku. Bila aku cerita pada orang lain tentunya mereka tidak percaya akan result aku ini.




Aku juga nak ucapkan kepada rakan seperjuangan setinggi-tinggi tahniah kerana telah berjaya dalam exam yang ditempuhi. Mungkin kejayaan aku datang lambat.

Mengharapkan aku dapat tingkatkan usaha aku ini. aku sedar aku terlalu banyak melakukan kesilapan. Kegagalan di masa ini membuat aku lebih matang dalam kehidupan. Membuat kan aku tersedar akan kelemahan aku ini.

8 comments:

  1. Rezeki manusia tak sama. ADa kawan2 aku lebih berjaya di uni daripada di sekolah dulu. Aku pulak di uni terumbang-ambing, tapi Alhamdulillah masih bertahan lagi. Moga terus diberi kekuatan

    ReplyDelete
  2. takpala.. next time u still can do ur very best! all the best ya.. sesungguhnya kegagalan itu mengajar kita untuk bangun dari kealpaan dan berjuang dlm hidup :)

    ReplyDelete
  3. Allah masih lagi beri peringatan kepad kamu .... ALLAH sayang kamu lagi dan alhamdulilah kamu sedar ... yakinlah bahwa kegalgaln ini adalah peringtn untuk kamu ...bayangkan saye pelajr poli nie yang selalu di pandg rendah dan bru nk msk u sekrng ..tapi sgt susah nk dpt msk u .... so kamu sungguh beruntung sebnrnya

    ReplyDelete
  4. Buat faizul,

    Pelangi takkan muncul tanpa kedatangan hujan.
    Anak burung mmg akn jatuh dlm cubaan pertamanya utk terbang.
    Mentol takkan tercipta kalau Thomas Edison give up utk cuba kali ke-100!

    hehe.kesimpulannya, jgn putus asa. Setiap yg berlaku pasti ada hikmah yg ALLAH dah tetapkan.. ;) usaha lg yg trbaik..ALLAH ITU MAHA ADIL terhadap hamba2-NYA..

    ReplyDelete
  5. x pe la faizul, next sem cube lg..kalah sekali x semestinya kalah tuk selama-lamanya, rezeki n dugaan untuk setiap org berbeza-beza..tabahlah!!..kak jiha suke ayat last, berubah..dan peluang tuk berjaya alam universiti sangat luas termasuk kite..chaiyokk!!

    ReplyDelete
  6. terima kasih kerana memberi kata2 semangat kat aku... akn aku ingt kata2 anda semua...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...