Semalam, aku
berjalan seorang diri di Jusco Ulu Tebrau Johor. Membawa diri ini dengan hala
tuju untuk menghilangkan rasa kebosanan yang melanda diri ini sejak cuti yang
berbaki hanya 3 hari.
Aku
menjelajahlah di kedai buku. Harris Book Store namanya. Dengan alasan saje
untuk mencuci mata. Aku ni kalau tak pergi kedai buku memang tak sah. Walaupun
aku tak beli buku di kedai tu. Asal puas tengok buku sudah lah.
Dari rak ke
rak aku tengok buku apa yang best. Dari buku english, agama, novel melayu,
kesihatan, buku masak-masak dan macam-macam lagi lah. Cuma buku berbahasa cina
je yang aku tak sentuh.
Tengok punya
tengok buku apa yang best, aku berkenan lah kat satu buku ni. Novel english.
Nampak menarik. A THOUSAND SPLENDID SUNS. Itulah tajuk novel ni. Aku
tertarik-tarik untuk beli novel english ni sebab kat cover buku tu ada tulis
yang novel ni best seller. Penulis ni pula bukan orang putih tapi orang
Afganistan. KHALED HOSSEINI nama dia.
Tengok harga
RM35.50. Mahalnya!!! Ah! Tak kisah lah. Yang penting aku nak beli. Dah berkenan
beli je lah. Nak guna voucer tak bawa pula. Gunalah duit hasil korekan di ATM.
Memang aku berani mati betul beli novel english ni. Dah lah mahal. Apa
taknya sebelum ni aku hanya beli novel Melayu je. Yang harga baru RM20. Novel
international ni mahal memanjang. Terbuntang luas mata aku tengok harga ni.
Lagi satu,
aku ni bukan lah minat sangat nak baca buku english ni. So, memang aku berani mati lah beli buku ni. Selalunya buku english ni mana
pernah aku baca sampai habis. Novel literature masa sekolah menengah dulu mana
pernah aku baca. Nak harap orang cerita je.
Ini pula
novel english yang 500 muka surat. Entah baca ke tidak. Tapi, aku nekad nak
habis kan baca buku ni. Walau apa pun yang terjadi buku ini mesti aku akan
habis kan. Padahal aku tak paham sangat apa yang aku baca tu. Yang penting aku
cuba berusaha untuk baca buku english ni.
Sebenarnya
aku nak tingkatkan penguasaan english aku. Dah sampai belajar kat universiti
kalau english tak ok lagi agak memalukan bagi diri aku. Sebab tu aku berani mati beli buku ni.
Dengan
harapan akan datang aku akan beli lebih banyak buku english agar aku hebat in
english.
salam singgah, sy puji sikap dan berani mati anda itu...semoga berjaya.
ReplyDeletebetul-betul..aku pun nak tingkatkan english jugak..nak bace paper je..
ReplyDeleteSuka gak singah harris jj tebrau rasa tenteram her tgok ramei org melepak baca book there.. :)
ReplyDeletelangkah yang baik! nak polish bahasa Inggeris. tapi saya prefer bacaan ringan sebagai permulaan daridapa novel, takut 'pancit'. (baca tak habis)
ReplyDeletebuku english!! saya pun sekarang dalam proses baca buku bhsa inggeris je sebab saya nk improve kan english skill sy . hehe . semoga berjaya utk habiskan buku tu yeA!
ReplyDeletehahaha... mcm2 la ko faizul
ReplyDeleteBeli2 jgn x baca. huhu
ReplyDelete