Thursday, August 30, 2012

Adakah Kita Faham Erti Kemerdekaan?

...Assalamualaikum...

31 Ogos 2012, Malaysia akan menyambut sambutan Hari Kemerdekaan ke-55. Sambutan ini serentak diadakan di seluruh pelusuk Malaysia, sama ada di sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, kampung-kampung serta bandar-bandar. Bermacam pertandingan di adakan sempena sambutan kemerdekaan ini.

Tapi, fahamkah kita apakah makna kemerdekaan ini? Apa tujuan pertandingan sempena sambutan kemerdekaan ini? Adakah untuk hadiah semata-mata ataupun menghayati hari kemerdekaan?

Orang yang mengalami susah payah je memahami akan erti kemerdekaan ini. Tapi kita? Adakah kita fahaminya?

Merdeka dari segi umumnya adalah bebas. Dari segi konteks kemerdekaan Malaysia adalah bebas dari di bawah pengaruh penjajah sejak 1511 sampai 1957. Lama juga Malaysia kena jajah kan? Kita Merdeka baru je 55 tahun.

Sepanjang 55 tahun Malaysia merdeka, bermacam kejayaan sudah Malaysia peroleh. Tak dapat nak senaraikan kejayaan yang Malaysia sudah capai. Terlalu dan teramatlah banyak. Kita sendiri pun boleh nampak kejayaan Malaysia ni kan?

Tapi, adakah kita fahami sendiri kenapa kita sambut Merdeka? Untuk apa? Untuk suka-suka ke? Ataupun untuk menghayati kemerdekaan sebenar?

Memang benar lagi sahih kita sendiri telah merdeka dan bebas dari penjajahan. Tapi, adakah kita ni merdeka sepenuhnya? Kita fikirlah sendiri ye.


Kali ni aku nak cerita cara kita sambut hari kemerdekaan ni. Tiap-tiap tahun cara kita menyambut kemerdekaan ini agak ada pembaziran dan kadang-kadang ada melampaunya. Hilang batas-batas kita sebagai manusia yang ada pegangan agama.

Tahun ni malam kemerdekaan jatuh pada hari khamis malam jumaat. Sebahagian tempat di Malaysia mungkin menghormati hari seperti ini. Dimana pada malam ini kebanyakan masjid di Malaysia akan mengadakan majlis keagamaan sempena sambutan kemerdekaan. Ini adalah petanda yang baik kerana kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi selama 55 tahun.

Sambutan kemerdekaan Malaysia tahun 2012 yang ke 55 tahun adalah sambutan yang penuh kontroversi. Sebab apa? Tema, lagu dengan logo merdeka ke 55 ini. Aku sendiri pun keliru. Jadi, bagaimana kita nak fahami erti kemerdekaan ini?

Seperti di tempat aku, sambutan akan bermula pada hari Jumaat dan di sambut secara sederhana ataupun besar-besaran. Aku pun tak tahu bagaimana sambutannya. Kena tunggu sahaja lah. Bagi aku sambutan kemerdekaan ini penting semasa sekarang untuk kita memperingati sejarah Malaysia.

Kita tidak boleh lupa tentang sejarah supaya sejarah tak akan berulang kembali. Kita kena beringat kenapa, bagaimana kita dijajah? Kita kena memahami semangat perjuangan yang telah datuk nenek moyang kita telah lalui. Tanpa usaha dan semangat mereka untuk menuntut kemerdekaan, belum tentu kita akan mengecapi keamanan dan kesenangan hidup secara bebas seperti sekarang.

Cuma, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran aku. Kenapa sambutan kita di sambut dengan letupan mercun mahupun pancaran bunga api? Bukankah ia sesuatu pembaziran? Ada yang lebih teruk tu menganjurkan konsert liar. Adakah ini dinamakan bebas merdeka?

Sama-sama kita fikirkan. Kita makhluk berakal. Mampu berfikir dengan waras.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday : Two In One

...Assalamualaikum...

Hari ini tak ada mood nak menulis. Jadi tataplah gambar ini seadanya. Semoga terhibur. 


Kalau rajin, sumbangkanlah komen dan pendapat anda tentang gambar ini.


...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



Monday, August 27, 2012

Filem SAM Terbaik

...Assalamualaikum...

Filem ni aku tonton di panggung wayang pada 1 Syawal 1433H. Raya pertama beb! Orang sibuk beraya tapi aku sibuk nak tonton wayang. Ini bermakna aku dah habis beraya pada hari pertama bulan Syawal. Haha.

Aku menonton filem ni bukanlah di waktu siang hari. Aku menonton di malam hari. Secara tepatnya aku menonton pada jam 12.00 pagi. Gempak tak tengok wayang malam-malam? Filem ni lepas aku tengok filem Seram Sejuk

Memandangkan masih tak puas duduk dalam panggung yang sejuk, itu sebab aku bersama adik, sepupu dan pak cik aku tengok wayang lagi. Pukul 2 pagi baru habis.

Pandangan aku tentang Filem SAM

Bukan senang nak buat Filem ni. Aku respect giler kat pengarah muda Syafiq Yusof ni. Percubaan pertama mengarah filem akan menjadi titik tolak untuk dia terus berjaya dalam bidang ni.

Aku kagum dengan jalan cerita dalam filem SAM ni. Plot yang menarik. Di olah dengan teliti. Sampai aku sendiri pun tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Ternanti-nanti sehingga ke penamat cerita nya. Nak cari kesilapan memang sukar. Ini mungkin penulis skrip filem ni betul-betul membuat kajian untuk filem ni menyebabkan filem ni jadi berkualiti.

Nak senang kata, filem ni betul-betul beri kesan pada penonton. Filem ni aku nampak bukan rekaan tapi hasil kajian. Kes-kes dan fakta memang betul-betul berlaku. Tak percaya boleh buat research sendiri.

Aku sendiri tengok filem ni sampai terjerit-jerit. Ni semua suspen punya pasal. Cerita hantu pun tak seseram macam ni. Tak percaya? Boleh tengok kat wayang. Masih ditanyangkan sehingga sekarang.


Para pelakon? Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Neelofa, Shamsul Yusof dan beberapa orang yang lain lah. Tak ingat pula apa nama mereka ni. Apa yang aku nak cakap memang TERBAIK! Pelakon tak mengecewakan. Aku sendiri terkesan dengan lakonan mereka. Macam betul-betul berlaku depan mata aku.

Genre filem ni aku boleh kelas kan sebagai Cinta Thriller. Bukan Cinta Romantik, Cinta Seram ataupun Cinta Komedi. Memang jarang filem macam ni yang ada kat Malaysia. Seperti aku yang minat dengan kisah-kisah thriller memang menjadi santapan wajib aku nak tengok filem ni.

Watak, tempat, plot dan semuanya terbaik. Aku memang tabik spring kepada mereka yang menjayakan filem ni. Good Job pengarah muda. Aku kagum.

Layan kejap trailer filem ni.


Tengok trailer pun dah gempak. Tengok movie ni lagi gempak. Orang sampai menjerit-jerit tengok filem ni sebab terlalu dan banyak suspen. Tengok wayang pun boleh berdebar-debar jantung dibuatnya.


Aku macam nak tengok berulang kali je. Aku sarankan supaya korang semua pergi panggung dan menonton filem ni. Gerenti puas hati.

Setelah aku menonton filem SAM dari awal sampai habis dapatlah kiranya aku memberi 9/10 bintang. Dah kira cemerlanglah aku bagi bintang sampai 9.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



Sunday, August 26, 2012

Konvoi Aidilfitri 2012

...Assalamualaikum...

Jumaat, 24 Ogos 2012 peristiwa Konvoi Aidilfirti 2012 berlangsung. Nak dijadikan cerita tiap-tiap tahun aku berkonvoi. Eh, jap! Tahun lepas aku tak dapat nak berkonvoi di sebabkan sibuk untuk persiapan masuk  universiti.

Tahun ni aku membalas dendam untuk berkonvoi. Tahun ni berkonvoi memang ramai. Tak macam tahun-tahun yang lepas. Kalau tahun-tahun yang lepas 5-6 orang je. Tahun ni ambik kau sampai 5-6 kereta. Mahu tak meriah Konvoi Aidilfitri tahun ni.

Konvoi kitorang ni kiranya macam reunion lah. Bila dah berjumpa, macam-macam cerita keluar. Cerita masa form 1 pun boleh terbit balik.

Konvoi bermula di Sungai Ara. Setengah jam perjalanan dari bandar Kota Tinggi. Kat sana 3 buah rumah kitorang beraya. Selepas solat jumaat sambung semula Konvoi Raya. Petang tu, kitorang beraya 5 buah rumah. Petang tu beraya di area bandar Kota Tinggi je.



Time ni beraya kat rumah Aisyah Nur. Di Sungai Ara. Ni rumah ketiga kitorang beraya. Ni sebahagian ahli konvoi. 5 orang tak masuk dalam gambar.

Semua rumah yang kitorang datang tu semuanya makan makanan yang berat-berat. Naik buncit perut. Bila rumah terakhir je dah tak larat. Satu pinggan mee kongsi 3 orang. Nampak sangat kekenyanagannya tu.

Ingat kan nak sambung sampai malam, tapi apakan daya perutnya masing-masing sudah kenyang. 

Rumah yang kitorang serang adalah rumah kengkawan lama dengan rumah cikgu cikgu sekolah menengah. Dah 4 tahun tinggalkan zaman sekolah. Masing-masing dah besar. Ada yang dah jadi tunang orang pun.

Dah banyak celoteh. Sini aku bagi lagi gambar. Kredit to Qaseh Zurafik.

Gadis-gadis konvoi. Cun tak? Ramai antara diorang ni dah berpunya. Yang dah bertunang pun ada. 

Jejaka konvoi. Kami pemalu sikit. Tu yang macam nyanyi lagu negaraku je.

Sopan para gadis ni. Duduk bersimpuh. Ni lah gadis Melayu idaman Malaya. Pilihlah mana yang berkenan.
Itu pun kalau dapat.

Jejaka konvoi ni bergelak sakan. Apa ntah yang lucu sangat. Gelak memanjang.

Di rumah Cikgu Hafizah. Kat rumah cikgu ni kitorang makan spagetti. Sedap pulak tu.

Sebenarnya banyak lagi rumah nak dilawati. Tapi tak sempat. Tahun depan nak berkunjung 3 hari berturut-turut. Baru meriah dan berpuas hati. Kalau boleh naik bas sekali.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



notaFO: Tengah merancang untuk ke Walimatulurus Cik Siti. Rakan sekelas aku masa form 4 dengan form 5.

Saturday, August 25, 2012

Perkara Yang Memalukan Seorang Lelaki

...Assalammualaikum...

Lelaki. Sering dikenali seorang yang keras, gagah dan perkara. Tidak lembik. Berjiwa kental. Betul tak? Namun, lelaki juga tidak lari dari perasaan malu. Malu sebab apa?

Di sini aku akan listkan perkara yang boleh membuat lelaki berasa malu.



1. Menangis kerana movie
Walau cerita sedih macam mana pun cerita tu, lelaki tetap cool. Tak menangis teresak-esak. Lebih-lebih lagi menangis di depan kawan lelaki yang lain. Bagi lelaki memang memalukanlah menangis sebab tengok movie. Lebih-lebih lagi tengok filem sedih romantik macam Ombak Rindu. Malu weh!

2. Tak boleh memandu/menunggang
Memang tersangatlah malu jika lelaki tui sendiri tak pandai memandu/menunggang. Kalau tak boleh mereka akan tetap cari alasan untuk mengelak dari memandu/menunggang. Mungkin ada alasan kenapa lelaki tak boleh nak memandu/menunggang. Tapi, memang melalukanlah bagi lelaki bila tak boleh memandu/menunggang sebabnya perempuan pun boleh buat semua tu.

3. Dimarahi didepan orang ramai
Sanggat memalukan bagi lelaki bila ada orang yang memarahi dia di depan orang ramai. Lagi-lagi kalau orang yang marah lelaki tu menjerit-jerit. Bila lelaki di marahi di depan orang ramai, dia akan buat muka tak tahu. Itu tandanya dia tengah dilanda perasaan yang begitu malu.

Ini sahaja perkara yang memalukan lelaki yang aku tahu. Jadi, janganlah buat lelaki jadi malu. Untuk mengelak dari menjadi malu, lelaki akan cari alasan supaya dia tidak menjadi malu.

Rasanya betul tak apa yang aku sampaikan seperti di atas. Pendapat dan komen anda amat diperlukan supaya bertambah lagi ilmu dan sharing info between us.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



Thursday, August 23, 2012

Manusia & Binatang Lebih Kurang je.

...Assalamualaikum...

Ini ada lagi cerita yang aku rasa menarik untuk aku kongsi bersama. Cerita ni berlaku kat rumah aku sendiri. Masa ni Mak Teh aku datang ke rumah.

Mak Teh : Comelnya kucing ni. Dapat kat mana ni?

Abah : Den jumpo kek Kg. Semangar.

Mak Teh : Kocik laie ni. Buleh pulak nak bolo kucing ni.

Abah : Kucing ni mak dio buang. Tu yang den amik tu.

Aku : Aik? Kucing pun boleh buang anak ke? Selalu tak pun!

Mak Teh : Alah! Orang pun boleh buang anak, inikan kucing.

Aku : 'Betul jugak tu'.????

*****
Selepas perbualan tu baru aku perasan. Betul jugak apa yang Mak Teh aku ni cakap. Zaman sekarang ni Manusia dan Binatang sama je. Tak ada beza. Malah sifat dan sikap manusia ni lebih teruk dari haiwan.


Inilah kucing yang di buang Mak. Sekarang kucing yang comel lagi nakal ni di bawah jagaan aku. Inilah tempat kegemaran dia. Di atas laptop aku.


Sanggup buang dan bunuh anak. Ada pulak tu yang baling anak dari tingkat atas ke bawah, baling ke sungali lah. Yang kesian tu anak yang dia buang sampai mati kena gigit semuat. Aku pun tak tahu mana perginya sifat kemanusiaan mereka ni.

Aku nampak bagus lagi haiwan. Menyayangi. Lagi ada hati perikemanusiaan dalam diri haiwan. Ada yang betul-betul jaga anak. Melindungi anak.

Apa pandangan korang? Apakah apa yang korang nampak tu sama atau lain apa yang aku coretkan.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Wednesday, August 22, 2012

Dibuang Anak Kandung, Diambil Anak Tiri

...Assalamualaikum...

Bila dah berhari raya, memang tak sah kalau tak menziarahi rumah orang. Lebih-lebih lagi rumah saudara mara kan?

Jadi, bila dah berjumpa dengan saudara mara ni macam-macam lah cerita yang kita boleh dengar. Ni ada satu cerita yang aku dengar untuk sajikan kepada pembaca blog aku.

Aku nak cerita ni bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Aku nak cerita ni hanya untuk tauladan buat kita.

Mula cerita ni dah lama. Dan kisah ni berlanjutan sampai sekarang. Dan mungkin akan datang. Dan aku tak tahu lah apa kesudahan cerita ni. Cukuplah watak utama dalam cerita aku ni, aku gelar sebagai mak cik. Supaya tak mengaibkan sesiapa.

*****

Mak Cik ni dah menjanda lama. Kalau tak silap sejak tahun 2006. Suami dia meninggal sebab serangan jantung secara mengejut ketika menangkap ikan di laut. Mak Cik ni ada 6 orang anak. 4 lelaki dan 2 perempuan. Setelah suami mak cik ni meninggal dunia hidup dia agak susah sebabnya anak dia tak membantu, malah anak dia hanya meminta duit kat Mak Cik ni.

Mak Cik ni terlalu sayang kat anak dia. Jadi, apa anak dia mintak dia bagi je. She never say 'no!'. She always say 'Yes'. Anak Mak Cik ni pun rasa terbela lah. 

Sejak Mak Cik ni jadi janda, hidup dia memang tak senang. Apa yang dia buat semua anak dia nak kawal. Mak Cik aku ni pun mula buat kuih. Untuk jual. Semuanya untu anak dia. Tapi, anak dia sikit pun tak menghargai. Apa yang anak Mak Cik ni tahu ialah hanya meminta dan terus meminta. Padahal anak dia semua dah berkerja.

Akhir tahun 2011, mak cik ni ambil keputusan nak mendirikan rumah tangga dengan orang lain. Tapi, anak dia semua tak bersetuju. Semua tak suka. Alasan dia cuma satu je iaitu takut orang rampas harta arwah ayah dia. Lepas tu, dia fitnah yang orang yang nak mak dia tu guna ubat guna-guna untuk dapatkan mak dia.

Mak Cik ni tak kisah. Dia kahwin jugak. Adik-beradik mak cik ni semua setuju supaya mak cik ni berkahwin. Paling kurang pun hidup dia terbela. Terjamin. Tak lah hidup di bawah terlunjuk anak je.

Tapi, anak Mak Cik ni memang tak suka jadi anak-anak Mak Cik ni siap cakap "Kalau Mak kahwin dengan orang tua tu, aku tak kan jenguk mak lagi. Mak jangan tinggal kat rumah ni. Keluar dari rumah ni". Kiranya macam tu lah anak dia kata. Segala geran tanah dan harta benda mak cik ni semuanya anak dia ambil. Buat hak.

Mak Cik ni tak kisah pun anak-anak dia ambil harta tu.

Selepas Mak Cik ni berkahwin, hidup dia bahagia sangat. Dah boleh bergaya. Walaupun tak kaya tapi hidup dia terpelihara. Tapi, dalam sudut hati seorang ibu mestilah nak kan anak sentiasa berada di sisi. Suami baru Mak Cik ni baik je. Tak jahat pun. Sentiasa tolong Mak Cik ni. Memahami isi hati Mak Cik ni.

Baru-baru ni time raya, seorang anak dia tak datang jenguk Mak Cik ni. Hidup Mak Cik ni hanya menumpang kasih anak tiri je. Anak tiri Mak Cik ni kaya, baik pulak tu. Time raya ni Mak Cik ni naik kereta Honda tau. Kelas kau naik kereta Honda. Anak kandung dia sendiri pun tak ada kereta macam tu.

Baru-baru ni Mak Cik ni di pelawa oleh anak tiri untuk melancong. Semuanya anak tiri nak taja. Anak kandung? Ada ke nak buat macam tu? Tak ada kan?

Tapi, dalam sudut hati kecil Mak Cik ni sungguh terasa lah. Beraya tanpa anak kandung di sisi. Ibu mana yang tak sayang anak. Walau anak tu jahat sangat mak mesti sayang anak.

*****

Setakat ini je lah aku nak bercerita. Harap dapat faham. Aku ni tak pandai nak mengarang cerita sampai terkeluar air mata. Harap cerita macam ni dapat memberi pengajaran buat semua orang. Hargailah ibu anda. Ibu tiada galang gantinya. Hanya satu je ibu anda di dunia ini. Tiada Ibu tiadalah kita.

Selepas aku tahu kisah Mak Cik ni, seba sedikit menjadi tauladan buat aku. Aku menjadi lebih menghargai Mak aku.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...




Monday, August 20, 2012

'Seram Sejuk' di Hari Raya

...Assalamualaikum...

Bila dah penat ziarah menziarahi rumah sanak saudara di siang hari, kini tibalah masa aku bersama saudara mara aku menghabiskan masa yang tersisa di panggung wayang. Tapi, tak lah sampai datuk, nenek, mak cik, pakcik, sepupu sepapat, anak saudara semua pergi. Kalau semuanya pergi almaklumlah wayang tu akan jadi rumah kami. Riuh Rendah!

Aku berlima je ke panggung wayang. Bersama Pak cik, sepupu dan adik-adik aku. Filem yang kitorang tengok ialah Filem Seram Sejuk. Filem ni Pak Cik aku belanja. Atas cadangan sepupu aku nak tengok cerita ni, kitorang pun bersepakat nak tengok cerita ni.

Masuk je tengok kitorang berlima je. Tak ramai yang tengok. Macam kelakar pulak tengok wayang tapi tak ramai orang. Apa makna tu!? Kami je lah yang menyokong cerita Melayu.

Sekarang ni aku nak bagi pandangan peribadi aku pasal cerita ni. Kita mula sekarang!

Cerita ini bertemakan Komedi Seram. Komedi ada sampai tahap 6/10 tapi seram kurang hanya tahap 2/10. Sikit pun tak seram. Kitorang hanya bergelak ketawa. Melihat hantu yang sesungguhnya tak seram. Seram tak, Sejuk je aku duduk dalam panggung wayang tu. Haha.



Jalan cerita biasa. Tak ada yang menarik. Lebih kurang macam filem-filem terbitan Metrowealth yang sebelum-sebelum ni. Nothing Special! Tak ada apa yang nak dibanggakan.

Cukuplah sekadar aku cakap yang filem ni hanya membolehkan kita untuk menonton sebagai mengisi masa lapang bukan untuk kepuasan.

Kalau nak detail pasal filem ni boleh lah google sendiri. Siapa pelakon ke, sinopsis ke, pengarah ke atau sesiapa je lah, cari je lah kat google.

Aku hanya bagi korang tengok Trailer je. Biar Trailer ni je yang menceritakan segalanya.




Dah tengok kan? Apa pandangan korang?

Setelah aku tengok filem ni dari awal sampai habis, dari A sampai Z, aku hanya beri 4/10 je. Segan nak bagi banyak-banyak.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Saturday, August 18, 2012

Salam Perantauan Aidilfitri 1433H

...Assalamualaikum...

Kali ini aku nak buat Salam Perantauan sempena Aidilfitri tahun ini. Nak bajet duk kat oversea sekejap.



Di sini aku nak ucapkan Salam Lebaran kepada :
Keluarga saya yang berada nun jauh di Johor. Khasnya di Kota Tinggi, Mersing dan Johor Bahru.
Tidak lupa juga kepada sahabat handai yang pernah berjuang bersama saya di Tabika Kemas Murni Kg Lukut (1997), SK Bukit Lintang, Kota Tinggi (1998-2003), SMK Bandar, Kota Tinggi (2004-2008) dan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2009-2011).
Nak ucapkan juga Salam Aidilfitri kepada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia yang sama-sama berjuang dalam menuntut ilmu dari Yang Maha Esa ini.

Di kesempatan ini juga aku nak menyusun 10 jari tangan dan 10 jari kaki memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kanan dan kaki kiri.

Aku nak mintaklah halalkan makan, minum, tersalah kata, tersilap cakap, tersilap tulis, tersilap kutuk harap di maafkanlah. Kita Kosong-Kosong.

Oh lupa pulak, kepada rakan alam maya, tak kira di dunia blogger, facebook dan twitter, Selamat Hari Raya.

Berhari Rayalah dengan adanya. Mensyukuri nikmatNya. Eratkanlah ikatan yang jauh. Jumpalah dengan orang tersayang dengan selamat.

Gambar di curi dari Lyssa Faizureen


...Sekian, Wassalam...

dari aku & keluarga jauh di perantauan

Baju Raya Family Tahun 2012M-1433H

...Assalammualaikum...

Ingat tak yang aku suruh teka baju raya dalam Entry ini. Tak tahu apa silapnya, tak ada sesiapa pun yang dapat menjawab berapa pasang baju dengan betul. Yang bab warna tema tu betul. Tapi, ada juga yang jawab salah. 

Berikut adalah Baju Raya Family aku :


Baju Pertama

Ini adalah baju raya untuk Abah. Baju Melayu Teluk Belanga. Kiranya Baju Melayu Johor lah. Kain jenis licin, berkilat. Dah lama sebenarnya abah tak tukar baju raya, tahun ni baru dapat. 

Baju Kedua

Ini pulak baju raya mak. Baju corak ala-ala batik. Baju Kurung biasa je.

Baju Ketiga

Ini baju raya aku. Baju Melayu Cekak Musang. Aku pakai dengan samping. Samping pulak ala-ala sulam songket.

Baju Keempat

Ini baju raya adik kembar aku yang pertama. Baju kurung apa, tak tahu pulak. Dekat lengan dengan kat leher baju tu banyak manik-manik.


Baju Kelima

Ini baju adik kembar aku yang kedua. Ni pun tak tahu baju kurung apa namanya. Baju ni pun ada manik-manik kat lengan dengan leher dia. Bling-bling-bling.


Baju Keenam

Ini baju adik bongsu aku. Baju Kurung Biasa. Ni pun nampak corak batik.

Sebenarnya baru tahun ini family aku dengan julung-julung kalinya membuat baju raya secara bertema. Tema baju raya tahun ini adalah KELABU. Dengar cerita adik mak aku punya family ni pun tema baju raya warna Kelabu. Nampaknya berkelabulah bijik mata atok aku bila kitorang datang rumah dia.

Tunggu je lah macam mana gayanya kitorang semua pakai baju ni semua.

*****
Jawapan untuk Teka Baju Raya ialah 6 Pasang baju seperti diatas dan tema baju raya tahun ini adalah Kelabu. Kalau nak tengok jawapan mereka yang jawab boleh tengok kat entry tu.

Apa yang telah aku janjikan dalam entry tu akan aku kotakan. Bagi sesiapa yang ikut janjilah.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Thursday, August 16, 2012

Agenda di Aidilfitri 2012

...Assalamualaikum...

Idea tengah kering nak tulis apa kat blog ni. So, aku blogwalking. Then ternampaklah segmen yang menarik ni. Dapat jugak sharing story menjelang raya. Aku nak cerita pasal agenda di Aidilfitri 2012. Aidilfitri tahun ni.
Nak join tekan je kat banner yg unik tu.
Antara agenda aku di Aidilfitri 2012 ini adalah:

1 Syawal. Aku beraya di rumah. Rumah mak dan abah di Kampung Lukut. Lepas Solat Sunat Aidilfitri, akan menjadi perkara wajib untuk melawat kubur arwah nenek. Selepas itu, kami sekeluarga akan bnergerak secara berjemaah ke Sedili. Di sana ramai keluarga dan sanak saudara. Akan buat lawatan secara santai dari pagi sampai malam. Beraya habis lah 1 Syawal ni. Ini adalah menjadi rutin tiap-tiap tahun.

2 Syawal. Aku bersama rakan taulan sekolah rendah akan berkonvoi satu kampung. Bila kawan nakal bersama akan bertemu semula, apalah akan jadi. Kiranya kami akan buat reunion.

3 Syawal. Aku dan keluarga aku akan ke Tenggaroh, Mersing. Sepupu bertunang. Sambil beraya boleh tengok orang bertunang.

4/5/6 Syawal. Aku bersama rakan sekolah menengah akan menjelajah pulak satu bandar Kota Tinggi. Menjelajah ke rumah kawan dan bekas guru sekolah menengah. Harap-harap dapat duit raya.

*****

Rasanya buat masa ni, ini je lah agenda raya. Paling merisaukan aku adalah aku berkemungkinan besar tak dapat collect duit raya banyak-banyak. Aku harap dapat lah collect duit raya. Haha.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Beza Lelaki & Perempuan : Bila Di Mesin ATM

...Assalamualaikum...

Setelah aku tulis dua entry pasal beza lelaki dan perempuan iaitu Bila Tonton TV dan Bila Menangis. Kali ini aku nak tulis lagi Beza Lelaki & Perempuan bila di Mesin ATM.

Aku buat ni atas pemerhatian aku yang sekian lama. Lebih-lebih lagi time dah nak Raya dan Sambut Merdeka, banyak lah duit Raya digunakan. Semuanya digunakan untuk pergi Bercuti Sakan.

Let's check what that I saw before!

Lelaki

Apa yang aku boleh katakan tentang lelaki bila di Mesin ATM ialah cepat dan pantas. Ambil duit tak sampai 1 minit. Ini tandanya lelaki dah buat perancangan sebaiknya berapa banyak duit yang akan di keluarkan. Tak payah berdiri lama-lama kat Mesin ATM tu. Buang masa.

Perempuan

Lama dan lambat. Aku pun confius dengan perempuan ni bila kat Mesin ATM. Entah pape lah yang lama sangat buat kat Mesin ATM tu. Ada sampai 5 minit. Pernah aku nampak tu keluar masuk kad sampai 10 kali. Duit tak keluar jugak.

Aku tak tahu lah nak cakap yang perempuan ni buat perancangan teliti atau tak. Yang penting, kat situ jugak baru dia nak fikir berapa banyak duit yang patut dia keluarkan. Kan dah buang masa di situ. Kesian kat orang belakang.

Tu belum lagi yang bawak geng. Siap berbincang lag. Ada pulak sibuk berborak pasal Style K-Pop. Siap berbincang fesyen apa nak pakai time raya ni.



*****
Rasanya korang ada tak mengalami atau nampak peristiwa macam ni? Ada beza tak antara lelaki dan perempuan yang korang nampak kat Mesin ATM?

Perbezaan yang aku katakan ini adalah atas dasar pemerhatian aku semata-mata yang sekian lama. Tiada uji kaji mahupun penyelidikan yang dilakukan.

Jadi, aku nasihatkan pada mereka yang nak ambil Duit Raya kat ATM tu. Janganlah tunggu lama-lama. Rancangnya berapa banyak duit yang anda nak keluarkan.

Bagi yang bersetuju atau pun nak membangkang, silalah beri komen. Pandangan anda amat di alu-alukan.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Wednesday, August 15, 2012

Teka Baju Raya

...Assalamualaikum...

Hari ni aku nak main teka teki dengan korang semua. Tak payah buat entry. Hanya letak komen je. Tak susah. Ini adalah contest pertama dari blog ini. 

Tetapi, bagi sesiapa yang nak buat entry pasal ni di alu-alu kan. Lepas tu link kat sini. Sebagai ganjaran blog anda akan di list secara kekal dalam blog ini. Tak kiralah jawapan dia  betul atau salah. Tiada paksaan dalam buat entry pasal Teka Baju Raya ini.

Peneka yang berjaya menjawab soalan dengan tepat akan aku letakkan blognya di dalam bloglist aku secara kekal. Secara tak langsung aku akan sentiasa berkunjung ke blog tersebut.

Tak terfikir nak bagi hadiah apa. Itu sahaja yang mampu. Semoga terhibur.


Soalan : Apa yang perlu korang buat ialah Cuba Teka berapa pasang baju raya yang terdapat dalam gambar ni serta berikan warna tema baju raya tersebut.

Semoga berjaya. Cuba Teka ini adalah untuk suka ria sahaja sebelum kita menyambut Hari Raya ini.

Oh ya. Tarikh tutup adalah sehari sebelum raya iaitu hari Jumaat 17 Ogos 2012 - 11.59 malam. Hari sabtu, jawapan dan baju-baju tersebut akan dikeluarkan.

Selamat menjawab dan bersuka ria.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Tuesday, August 14, 2012

Menu Idaman di Bulan Ramadhan #3

...Assalamualaikum...

Setelah Menu Idaman di Bulan Ramadhan dan Menu Idaman di Bulan Ramadhan #2 kini aku keluarkan lagi untuk Menu Idaman di Bulan Ramadhan #3. Kali ni aku cerita pasal minuman. Menu yang lepas aku cerita pasal makanan je.

Bila masuk bulan Ramadhan je, tekak yang haus setelah seharian berpuasa mesti di basahi dengan air idaman kita. Kalau pergi bazaar Ramadhan je kecur air liur tengok air yang berwarna-warni ni. Nasib baik tak meleleh-leleh air liur ni.

Tanpa berlengah, aku nak share air yang aku betul-betul minat.

1. Air Katira



Baru aku tahu yang air katira ni hanya terdapat di Johor. Patutlah bila aku tanya kawan-kawan yang luar Johor tak tahu menahu pun pasal air ni. Air ni banyak campuran. Aku sendiri apa yang dia campur. Yang pastinya air ni memang sedap.

2. Air Tebu



Memang jadi kegemaran aku minum air tebu masa buka puasa. Lagi-lagi air tebu yang baru di perah. Memang segar je tekak ni. 

Masa aku kat matrik memang hari-hari aku balun minum air tebu ni. Orang cakap air tebu ni tajam. Parut akan sakit bila kita minum air tebu dalam keadaan perut yang kosong. Tapi, aku lantak je minum. Yang penting perut aku tak sakit. 

3. Air Kelapa



Tekak tengah haus serta kering kontang memang best kalau dapat minum air kelapa. Dengan isi kelapa yang berlemak manis. Air yang sejuk serta segar. Memang menjadi idaman aku untuk minum bila buka puasa.

*****

Ni je lah air idaman aku di bulan Ramadhan. Tapi, Ramadhan tahun ni aku belum merasa lagi semua air-air tersebut. Aku minum air buatan mak aku je. Kalau dah sekali sekala balik rumah ni, melantak lah buatan dari air tangan mak aku. Bila dah duduk berjauhan susah pulak nak merasa masakan dari air tangan mak. 

Tak gitu?

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : Semua gambar adalah hasil curian dari Pak Cik Google.

Segmen Dimana Aku Beraya Tahun ini Bersama "Phat Corner"

...Assalamualaikum...

Aku ni payah sikit nak join segmen. Kali ni tergerak hati nak join segmen di sebabkan segmen ni ringkas dan menarik. Tak salah kalau nak join. Jom! Ramai-ramailah join sekaki dua.

Nak join klik je kat Banner yang cantik ni.

Straight to the ponit aku pun nak bercerita Dimana Aku Beraya Tahun Ini? Tahun ni sama je aku beraya sejak dari aku kecil lagi. Sebab apa? Sebabnya mak dengan abah duduk dalam satu daerah di Kota Tinggi. Cuma Kampung ja lain-lain. Jarak antara kampung mak dengan kampung abah lebih kurang 30 hingga 45 minit perjalanan. Tak jauh pun. Tak payah nak gaduh-gaduh nak balik kampung mana.

Kampung abah di Kampung Lukut. Dan aku menetap di kampung kelahiran abah aku sendiri. Tiap-tiap tahun, hari raya pertama memang raya kat sini dulu. Dalam pukul 10 je bertolak ke kampung emak pulak. Kampung Mak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Kat sini ramai saudara-mara mak. Meriah sikit. Dari pagi sampai ke malam ziarah menziarahi rumah saudara mara. Kampung ni area persisiran pantai. Memang best lah. 

Kalau dah namanya kampung memang meriah. Sama ada kat kampung abah ataupun mak. Kedua-duanya best. Tapi, aku lebih suka beraya kat Tanjung Sedili. Sebab kat sini ramai saudara mara. Lepas tu jarang pulak nak berjumpa. Bila berjumpa, bersembang sampai tak ingat dunia.

Dah 21 tahun. Memang macam ni lah aku beraya tiap-tiap tahun. Mungkin "dimana aku beraya tahun ni" akan berubah bila aku dah beristeri. Tunggu je lah. Macam mana lah raya aku nanti bila dah ada isteri. Haha.

Lupa pulak nak tagging. Aku nak tagging :

Dah penat tagging ni. Harap mereka ni dapatlah join.

Kita juga boleh Beramal Guna Handphone. Jom!

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...