Monday, August 27, 2012

Filem SAM Terbaik

...Assalamualaikum...

Filem ni aku tonton di panggung wayang pada 1 Syawal 1433H. Raya pertama beb! Orang sibuk beraya tapi aku sibuk nak tonton wayang. Ini bermakna aku dah habis beraya pada hari pertama bulan Syawal. Haha.

Aku menonton filem ni bukanlah di waktu siang hari. Aku menonton di malam hari. Secara tepatnya aku menonton pada jam 12.00 pagi. Gempak tak tengok wayang malam-malam? Filem ni lepas aku tengok filem Seram Sejuk

Memandangkan masih tak puas duduk dalam panggung yang sejuk, itu sebab aku bersama adik, sepupu dan pak cik aku tengok wayang lagi. Pukul 2 pagi baru habis.

Pandangan aku tentang Filem SAM

Bukan senang nak buat Filem ni. Aku respect giler kat pengarah muda Syafiq Yusof ni. Percubaan pertama mengarah filem akan menjadi titik tolak untuk dia terus berjaya dalam bidang ni.

Aku kagum dengan jalan cerita dalam filem SAM ni. Plot yang menarik. Di olah dengan teliti. Sampai aku sendiri pun tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Ternanti-nanti sehingga ke penamat cerita nya. Nak cari kesilapan memang sukar. Ini mungkin penulis skrip filem ni betul-betul membuat kajian untuk filem ni menyebabkan filem ni jadi berkualiti.

Nak senang kata, filem ni betul-betul beri kesan pada penonton. Filem ni aku nampak bukan rekaan tapi hasil kajian. Kes-kes dan fakta memang betul-betul berlaku. Tak percaya boleh buat research sendiri.

Aku sendiri tengok filem ni sampai terjerit-jerit. Ni semua suspen punya pasal. Cerita hantu pun tak seseram macam ni. Tak percaya? Boleh tengok kat wayang. Masih ditanyangkan sehingga sekarang.


Para pelakon? Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Neelofa, Shamsul Yusof dan beberapa orang yang lain lah. Tak ingat pula apa nama mereka ni. Apa yang aku nak cakap memang TERBAIK! Pelakon tak mengecewakan. Aku sendiri terkesan dengan lakonan mereka. Macam betul-betul berlaku depan mata aku.

Genre filem ni aku boleh kelas kan sebagai Cinta Thriller. Bukan Cinta Romantik, Cinta Seram ataupun Cinta Komedi. Memang jarang filem macam ni yang ada kat Malaysia. Seperti aku yang minat dengan kisah-kisah thriller memang menjadi santapan wajib aku nak tengok filem ni.

Watak, tempat, plot dan semuanya terbaik. Aku memang tabik spring kepada mereka yang menjayakan filem ni. Good Job pengarah muda. Aku kagum.

Layan kejap trailer filem ni.


Tengok trailer pun dah gempak. Tengok movie ni lagi gempak. Orang sampai menjerit-jerit tengok filem ni sebab terlalu dan banyak suspen. Tengok wayang pun boleh berdebar-debar jantung dibuatnya.


Aku macam nak tengok berulang kali je. Aku sarankan supaya korang semua pergi panggung dan menonton filem ni. Gerenti puas hati.

Setelah aku menonton filem SAM dari awal sampai habis dapatlah kiranya aku memberi 9/10 bintang. Dah kira cemerlanglah aku bagi bintang sampai 9.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



9 comments:

  1. http://skulluv.blogspot.com/2012/08/101-review-sam-spoiler-alert.html

    aku pun baru review.haha

    ReplyDelete
  2. yakah??
    saya nak cari teman la, nak tgk cta ni.
    eh, tak ngantok ke tgk wayang tgah2 mlm tu..?=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ngantoklah tgok wayang mlm2... best ada lah...

      Delete
  3. ni pujian melambong2 ni

    kene tgk

    kene tgk

    ReplyDelete
  4. cita nie best tapi sayangnya saya dgn kawan masuk lewat 20 minit...huhuhuhu...1st time tengok cita cinta triller..selalu layan novel triller ja,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thu tak pe... selalu layan novel je... bila layan movie thriller best jugak kan...

      Delete
  5. da tengok da citer ni....mmg best..x rugi RM10...huhu...

    jom join contest saya pulak : http://bluepinkiey.blogspot.com/2012/08/contest-menangi-hadiah-berupa-wang-rm60.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak rugi pun... puas hati tgok cerita ni...

      akan terjah segmen tu...

      Delete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...