Tuesday, August 14, 2012

Segmen Dimana Aku Beraya Tahun ini Bersama "Phat Corner"

...Assalamualaikum...

Aku ni payah sikit nak join segmen. Kali ni tergerak hati nak join segmen di sebabkan segmen ni ringkas dan menarik. Tak salah kalau nak join. Jom! Ramai-ramailah join sekaki dua.

Nak join klik je kat Banner yang cantik ni.

Straight to the ponit aku pun nak bercerita Dimana Aku Beraya Tahun Ini? Tahun ni sama je aku beraya sejak dari aku kecil lagi. Sebab apa? Sebabnya mak dengan abah duduk dalam satu daerah di Kota Tinggi. Cuma Kampung ja lain-lain. Jarak antara kampung mak dengan kampung abah lebih kurang 30 hingga 45 minit perjalanan. Tak jauh pun. Tak payah nak gaduh-gaduh nak balik kampung mana.

Kampung abah di Kampung Lukut. Dan aku menetap di kampung kelahiran abah aku sendiri. Tiap-tiap tahun, hari raya pertama memang raya kat sini dulu. Dalam pukul 10 je bertolak ke kampung emak pulak. Kampung Mak di Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Kat sini ramai saudara-mara mak. Meriah sikit. Dari pagi sampai ke malam ziarah menziarahi rumah saudara mara. Kampung ni area persisiran pantai. Memang best lah. 

Kalau dah namanya kampung memang meriah. Sama ada kat kampung abah ataupun mak. Kedua-duanya best. Tapi, aku lebih suka beraya kat Tanjung Sedili. Sebab kat sini ramai saudara mara. Lepas tu jarang pulak nak berjumpa. Bila berjumpa, bersembang sampai tak ingat dunia.

Dah 21 tahun. Memang macam ni lah aku beraya tiap-tiap tahun. Mungkin "dimana aku beraya tahun ni" akan berubah bila aku dah beristeri. Tunggu je lah. Macam mana lah raya aku nanti bila dah ada isteri. Haha.

Lupa pulak nak tagging. Aku nak tagging :

Dah penat tagging ni. Harap mereka ni dapatlah join.

Kita juga boleh Beramal Guna Handphone. Jom!

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

4 comments:

  1. bila ko tag aku je, mmg kuar notification. haha

    ReplyDelete
  2. baiklah faizul! ayu joingggg! jap gi~

    ReplyDelete
  3. Tq join segmen aku bro..orang kota tinggi ye...aku dah lama tak ke sana..dulu masa sekolah rendah selalu la ke kota tinggi sebab ada sedara dok taman kota jaya tu...anyway selamat berpuasa & selamat menyambut hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. alahai org kota tinggi eh

    21 bru umurnye??? hehe

    hai adik =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...