Saturday, August 18, 2012

Baju Raya Family Tahun 2012M-1433H

...Assalammualaikum...

Ingat tak yang aku suruh teka baju raya dalam Entry ini. Tak tahu apa silapnya, tak ada sesiapa pun yang dapat menjawab berapa pasang baju dengan betul. Yang bab warna tema tu betul. Tapi, ada juga yang jawab salah. 

Berikut adalah Baju Raya Family aku :


Baju Pertama

Ini adalah baju raya untuk Abah. Baju Melayu Teluk Belanga. Kiranya Baju Melayu Johor lah. Kain jenis licin, berkilat. Dah lama sebenarnya abah tak tukar baju raya, tahun ni baru dapat. 

Baju Kedua

Ini pulak baju raya mak. Baju corak ala-ala batik. Baju Kurung biasa je.

Baju Ketiga

Ini baju raya aku. Baju Melayu Cekak Musang. Aku pakai dengan samping. Samping pulak ala-ala sulam songket.

Baju Keempat

Ini baju raya adik kembar aku yang pertama. Baju kurung apa, tak tahu pulak. Dekat lengan dengan kat leher baju tu banyak manik-manik.


Baju Kelima

Ini baju adik kembar aku yang kedua. Ni pun tak tahu baju kurung apa namanya. Baju ni pun ada manik-manik kat lengan dengan leher dia. Bling-bling-bling.


Baju Keenam

Ini baju adik bongsu aku. Baju Kurung Biasa. Ni pun nampak corak batik.

Sebenarnya baru tahun ini family aku dengan julung-julung kalinya membuat baju raya secara bertema. Tema baju raya tahun ini adalah KELABU. Dengar cerita adik mak aku punya family ni pun tema baju raya warna Kelabu. Nampaknya berkelabulah bijik mata atok aku bila kitorang datang rumah dia.

Tunggu je lah macam mana gayanya kitorang semua pakai baju ni semua.

*****
Jawapan untuk Teka Baju Raya ialah 6 Pasang baju seperti diatas dan tema baju raya tahun ini adalah Kelabu. Kalau nak tengok jawapan mereka yang jawab boleh tengok kat entry tu.

Apa yang telah aku janjikan dalam entry tu akan aku kotakan. Bagi sesiapa yang ikut janjilah.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


4 comments:

  1. Subhanallah,cantiknya color baju2 tu :D

    ReplyDelete
  2. best bila pakai baju ikut tema warna. nmpak sedondon nnt.hihiih

    selamat hari raya ! ^^

    ReplyDelete
  3. nampaknya saya terlepas...T__T
    kelalalalalabu...
    ku menyanyi suka, namun hati duka....
    oooo....
    lagu adibah noor...
    hahahaha!!
    selanat hari raya ye..=)

    ReplyDelete
  4. hye..faizol
    ala ciksu teka 5 je..tak tahu pla u ada adik kembaq..huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...