Monday, August 20, 2012

'Seram Sejuk' di Hari Raya

...Assalamualaikum...

Bila dah penat ziarah menziarahi rumah sanak saudara di siang hari, kini tibalah masa aku bersama saudara mara aku menghabiskan masa yang tersisa di panggung wayang. Tapi, tak lah sampai datuk, nenek, mak cik, pakcik, sepupu sepapat, anak saudara semua pergi. Kalau semuanya pergi almaklumlah wayang tu akan jadi rumah kami. Riuh Rendah!

Aku berlima je ke panggung wayang. Bersama Pak cik, sepupu dan adik-adik aku. Filem yang kitorang tengok ialah Filem Seram Sejuk. Filem ni Pak Cik aku belanja. Atas cadangan sepupu aku nak tengok cerita ni, kitorang pun bersepakat nak tengok cerita ni.

Masuk je tengok kitorang berlima je. Tak ramai yang tengok. Macam kelakar pulak tengok wayang tapi tak ramai orang. Apa makna tu!? Kami je lah yang menyokong cerita Melayu.

Sekarang ni aku nak bagi pandangan peribadi aku pasal cerita ni. Kita mula sekarang!

Cerita ini bertemakan Komedi Seram. Komedi ada sampai tahap 6/10 tapi seram kurang hanya tahap 2/10. Sikit pun tak seram. Kitorang hanya bergelak ketawa. Melihat hantu yang sesungguhnya tak seram. Seram tak, Sejuk je aku duduk dalam panggung wayang tu. Haha.



Jalan cerita biasa. Tak ada yang menarik. Lebih kurang macam filem-filem terbitan Metrowealth yang sebelum-sebelum ni. Nothing Special! Tak ada apa yang nak dibanggakan.

Cukuplah sekadar aku cakap yang filem ni hanya membolehkan kita untuk menonton sebagai mengisi masa lapang bukan untuk kepuasan.

Kalau nak detail pasal filem ni boleh lah google sendiri. Siapa pelakon ke, sinopsis ke, pengarah ke atau sesiapa je lah, cari je lah kat google.

Aku hanya bagi korang tengok Trailer je. Biar Trailer ni je yang menceritakan segalanya.




Dah tengok kan? Apa pandangan korang?

Setelah aku tengok filem ni dari awal sampai habis, dari A sampai Z, aku hanya beri 4/10 je. Segan nak bagi banyak-banyak.

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


6 comments:

  1. ceh ingatkan apa dah td... ingatkan jumpa hantu raya ka, hantu ketupat ka... cerita seram sejuk rupanya... untungla tgok wayang ngan family...(^_^)

    ReplyDelete
  2. singgah balas dari segmen phat. maaf lambat.

    sempat lagi eh tgk wayang hari raya ni. hehe.

    #selamar hari raya :)

    ReplyDelete
  3. Salam Lebaran. Wah, meriahnya tgk wayang ngn family... Bila nk belanja Abe tgk wayang skali? hehehhehe

    ReplyDelete
  4. sempat lg tgk wyg kn..yg kta ni sibuk di dpur,huh...

    ReplyDelete
  5. hehehe.. rasa macam takut pulak nak pergi tgk.. bukan takut apa. takut rugi beli tiket.hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...