Saturday, June 30, 2012

Cuti Bermula

...ASSALAMMUALAIKUM...

Dah 3 hari aku sudah berada di rumah. Sepatutnya sudah banyak entry-entry yang aku terbitkan. Ceh! Tapi apakan daya masa tidak mengizinkan. Di awal-awal cuti ni terlalu banyak aktiviti. Nanti aku nak ceritakan sedikit demi sedikit apa aktiviti yang aku buat waktu cuti ni. Semoga cerita aku ni memberi manfaat kepada korang semua.

Kali ini aku nak ceritakan sepanjang perjalanan balik aku dari UKM sehingga ke Kota Tinggi.

Pagi-pagi buta pukul 6.30 pagi aku dah berangkat dari Kolej Keris Mas ke Terminal bersepadu selatan. Aku naik teksi. Tak sanggup nak naik KTM. Sebab barang aku banyak sangat. Boleh gagahaku bawak barang yang banyak lagi berat.

Kena aku belasah dengan pak cik teksi tu RM40. Aku teksi tu ada meter. Aku tengok je meter tu bergerak je. Awal-awal naik dah RM6. Sampai je TBS meter tu berhenti takat RM13.50. Melampau kan? Aku malas je nak bergaduh dengan pak cik tu. Tak kan pagi-pagi dah nak gaduh pulak kan? Lari rezeki.

Sewaktu menanti bas Mara Liner macam-macam aku tengok. Macam-macam aku belajar. Aku belajar erti kesabaran. Aku bersabar sebab bas aku tu delay. Tak pernah-pernah bas yang aku nak naik ni delay. Tetiba hari yang aku nak naik tu delay pulak.

Aku jugak nampak sekelompok keluarga ni. Keluarga ni ada seorang nenek yang sangat tua dan uzur. Tapi, anak-anak dia ni melayan jugak nenek ni. Kalau aku kat tempat nenek tu mahu berjurai-juraian air mata aku. Terharu sebab anak-anak masih melayan aku. :'( Mereka pun satu arah dengan aku. Nak balik Kota Tinggi.

Masa nak naik bas tu nenek tu kena angkat dengan anak-anak dia. Bahagia aku tengok nenek tu. Berbaloi-baloi agaknya dalam hati dia sebab dapat anak yang boleh menjaga dia. Kalau aku pun bahagia. Redha hidup dunia akhirat.

Sepanjang perjalanan aku menghabiskan satu buah novel. Best sangat dapat habiskan pembacaan novel aku tu. Sekarang ni baca lagi novel terbaru Ramlee Awang Murshid - Sunan Musafir.

Monday, June 25, 2012

Esok Hari Terakhir

...ASSALAMUALAIKUM...

Esok last paper aku exam kat UKM ni. Paper Undang-undang Keluarga Islam. Apa kes aku ambil paper undang-undang plak kan? Tak ada kaitan langsung dengan kos aku 'Bioteknologi Tumbuhan'.

Bagi yang tak tahu ini adalah pilihan bebas aku. Pilihan bebas ni penting sebab subjek ni lah yang akan meningkatkan pointer aku.

Memandangkan esok last paper aku, so, entry kali ini adalah permulaan kemunculan aku kembali dalam berblogging. Terpaksa aku abaikan sekejap blog ni sebab exam aku yang sungguh menyeramkan, menakutkan dan boleh membunuh aku! Semua rasa aku dapat!

Nantikanlah cerita-cerita kosong aku selepas ini. Tak ada yang menarik melainkan perkongsian yang menarik.



Tak ada gambar nak letak. Tepek je lah gambar ni.


notaFO : tengah giat membungkus barang sebab hari rabu ni dah nak bertolak balik. Semangat tak?

Sunday, June 10, 2012

How To Get Tittle 'Profesor'?

...ASSALAMMUALAIKUM....

Ake merasakan pengetahuan yang aku dapat ni amat berguna dalam perancangan aku dalam menuntut ilmu sains di dunia ini. Bukan sekadar pangkat atau gelaran yang aku inginkan. Pangkat atau gelaran yang kita mungkin dapat adalah tanggungjawab sebenarnya. Bukan gelaran semata-mata.

Gelaran 'Prof' kepada seseorang individu iti memang amat dikagumi. Dia melambangkan yang dia mempunyai sesuatu bidang ilmu yang sangat luas.

Aku mengetahui akan gelaran ini adalah melalui pensyarah Matematik aku semasa aku di KMNS. Masa tu aku membuat lawatan 'Jasamu dikenang di KMNS' anjuran sendirian berhad. Dia menceritakan pengalaman dia belajar. Memang menarik dan mengagumkan.

UPSR > PMR > SPM > STPM/Matrikulasi/Asasi > Ijazah > Master > Phd

Phd kita hanya dikurniakan gelaran Doktor. Bila kita akan dikurniakan gelaran 'Prof/ Prof Madya'?


Semasa aku mula-mula masuk kat universiti ni ada macam gelaran kat lecture. Ada yang ada pangkat doktor je. Tak ada prof. Ada pula yang prof dan ada juga yang prof madya. Aku tak tahu apa bezanya. Dan macam mana boleh jadi macam tu aku pun tak tahu.


Sehinggalah suatu hari, aku pergi ke KMNS berjumpa seorang pensyarah dan menceritakan perjalanan untuk dapat gelaran tu semua.

Menurut apa yang diceritakan oleh pensyarah tu, gelaran 'Prof' kita akan dapat jika kita membuat banyak penyelidikan dan penyelidikan kita berjaya. Jadi, pihak universiti akan menganugerahakan gelaran itu. Gelaran 'Prof' boleh kena tarik balik jika kita tidak aktif lagi buat penyelidikan. 

Antara 'Prof' dan 'Prof Madya' gelaran yang paling tinggi adalah 'Prof'. Aku tak tahu kenapa. Kalau ada yang tahu, sila-silalah memberri tahu.

Pensyarah tu pun ada menceritakan yang kita tak boleh ambil Ijazah, Master dan PhD di universiti yang sama. Jika kita ambil Ijazah dan Master di universiti A, maka dengan automatiknya kita PhD di universiti B. Situasi lain, jika kita ambil Ijazah di Universiti A, maka kita boleh ambil Master dan PhD di universiti B.




Nak jadi pensyarah kat Universiti pun bukan sesenang nak apply menjadi guru di sekolah. Dia mempunyai perjalanan yang cukup hebat. Jika kita nak jadi pensyarah di mana-mana Universiti tersebut, kita kena ambil Master dan pada masa yang sama kita apply untuk menjadi tutor di universiti tersebut. Kiranya kita akan mengajar student Ijazah sambil belajar untuk mendapatkan Master.

Jika ada rezeki, pihak universiti akan menawarkan kita untuk menyambungkan pelajaran kita dalam PhD di Universiti tersebut atau universiti lain sama ada dalam atau luar negara. Setelah kita lulus dan berjaya memperoleh gelaran Doktor, barulah kita berkhidmat sebagai pensyarah di universiti terbabit. 

Setelah itu, kita kena buat banyak sumbangan dalam universiti tu. Antaranya dengan penyelidikan. Dan bila kita buat banyak penyelidikan dan penyelidikan kita berjaya, dengan  rasa hormatnya kita akan mendapat gelaran 'Prof/Prof Madya'.

Jadi, kepada mereka yang pensyarah yang sering batal kelas sebab ke luar negara tu jaganlah rasa bosan atau marah pada pensyarah tersebut kerana dia sedang buat presentation tentang penyelidikan yang dia lakukan. Dengan penyelidikan yang dia lakukan itulah menyebabkan ranking universiti tu meningkat.

Ranking UKM setiasa meningkat dari tahun ke tahun. Tahniah kepada mereka yang berjaya membuat ranking UKM sentiasa meningkat. UKM no 2 di Malaysia. Terasa bangga. So, aku kenalah menjadi orang yang boleh dibanggakan oleh pihak UKM. hehe.

Amacam? Bersemangat tak nak sambung sehingga setinggi tu? Kena ada komitmen yang tinggi untuk mencapai semua tu.

Harap dengan ayat aku yang sungguh skema ini dapatlah aku berkongsi ilmu dengan korang semua. Semoga bermanfaat.

Saturday, June 9, 2012

Palestin Kami Datang!!!

...ASSALAMMUALAIKUM...

Tetiba je kan tajuk entry macam tu. Entry yang aku nak bagi tahu ni adalah berkitan buku yang telah aku baca. Kiranya aku nak review buku lah. Buku ni dah lama aku habiskan. Cuma baru kali ni aku nak share apa yang aku dah baca.

Buku yang ditulis oleh pasangan suami isteri iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Dr. Farhan Hadi Mohd Taib ini adalah jenis buku yang bercirikan novel. Tapi, novel yang di dalam ini ada sedikit fakta yang di beri untuk tatapan pembaca. Buku ini keluaran Telaga Biru yang mempunyai  132 halaman yang berharga RM17.


Novel ini adalah mengenai kisah benar para relawan seluruh dunia untuk memberi bantuan kemanusiaan di Palestin namun telah dihalang oleh pihak Israel. Israel telah menyerang kapal Mavi Marmara yang di naiki oleh mereka. Banyak detik cemas yang boleh dibaca. Secara jujur, bila aku baca, aku dapat merasakan yang aku berada dalam situasi tersebut. Sungguh menggerunkan.

Pihak Israel menyerang tanpa ada belas kasihan. Mereka melakukan apa yang mereka suka. Sedangkan kapal tersebut tiada lat berperang mahupun niat untuk berperang. Hanya makanan serta ubat-ubatan yang dibawa di dalam kapal tersebut.

Aku memang syorkan agar buku ini dibaca. Banyak manfaat yang boleh kita dapat. Kita juga dapat mengetahui lebih dekat apa yang berlaku disabalik kejadian yang menimpa. Seperti apa yang aku bagi tahu tadi, buku ini bukan setakat cerita semata-mata tapi di selitkan juga beberapa fakta yang menarik sepanjang Detik Cemas Mavi Marmara.

Friday, June 8, 2012

Journey To Kuala Pilah

8 Jun 2012. Aku bersama Alif ( satu-satunya coursemate lelaki aku ) dan Azrul ( UPM student ) pergi ke Kuala Pilah. Perjalanan kami bermula dari Kolej Keris Mas, UKM pada pukul 9.30 pagi. Kami menyewa kereta Kancil berharga RM30. Murahkan? 24 jam punya sewaan. Memang berbaloi-baloi. Journey melalui highway Plus menuju ke Tol Senawang. Kami mengambil masa hampir 1jam setengah untuk sampai ke destinasi pertama.

1. Negeri Sembilan Matriculation College ( KMNS )

Apokobondoni? Orang selalu kata "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain". Nampak tak apa motifnya disitu? Kat sini bukan setakat tempat jatuh ke tempat main bagai. Tapi inilah tempat pertama aku berpisah dari bawah ketiak mak bapak aku sejak tahun 2009. Aku mula berdikari bermula di sini.

Dua tahun aku kat sini. Jatuh bangun lulus gagal. Semua pernah rasa. Kena marah, kena puji pun aku rasa juga. Memarahi dan di benci pun ada jugak. Bak kata memang tempat ni nostalgia lah untuk aku.

KMNS ni tak banyak perubahan semenjak aku keluar pada 20 April 2011. Baru setahun je aku keluar. Nak berubah mana plak kan. Cuma ada dua tiga orang lecture dah naik pangkat. Bangga sekejap. Masih tetap sama. Bangunan yang dikatakan umpama kilang ni lah yang sentiasa aku ingati.

Sebelum aku sampai kat tempat ni, aku terfikir 'adakah cikgu-cikgu kat sini masih mengingati aku?' Kalau difikirkan semula memang agak mustahil cikgu-cikgu nak mengingat pelajarnya kan? Tapi ternyata apa yang aku fikirkan salah! Cikgu masih mengingati aku! Aku dah cukup bahagia. Ada cikgu ingat muka tapi tak ingat nama. Agak kecewa :-( tapi tak kisah sebab mereka masih mengenali aku melalui raut wajahku.

Dari pukul 11 pagi sampai 5.30 petang kitorang duk melepak kat KMNS. Berborak dan bergosip bersama pensyarah. Aku tak nak orang kata aku ni jadi macam 'kacang lupakan kulit', 'habis madu sepah dibuang'. Apa lagi peribahasa boleh letak?

Dulu punyalah takut dengan cikgu yang garang-garang ni. Tapi sekarang ni boleh berborak sambil bertepuk tampar! Dah jadi macam kawan. Tapi, agak lah kan kalau nak bertepuk tampar dengan cikgu. Kang ada pulak penampar or penumbuk dia naik ke muka aku ni. Haha. Hilang terus raut wajah aku ni.

2. Bandar Diraja Seri Menanti

Orang kata kalau dah singgah kat Kuala Pilah ni memang rugi kalau tak ke tempat ni. Kenapa yek? Sebabnya kat sinilah ada Istana Seri Menanti. Kira tempat bersejarahlah. Yang menariknya pasal istana ni, pembinaan asal dia tidak menggunakan sebatang paku pun. Itu yang menyebabkan aku terasa teruja nak ke sana. Suasana yang tenang dan agak klasik sungguh mengujakan aku.



Pintu Gerbang menuju ke Bandar Diraja Sri Menanti. Cute kan?


Apa yang aku buat kat sana. Hanya snap gambar banyak-banyak buat simpanan dan tatapan untuk cucu-cucu aku kelak. Tak sangka aku kat Bandar Diraja ni ada Resort Sri Menanti. So, anda semua boleh lah nak bercuti dengan suasana umpama diraja. Ada jugak Istana baru. Nampak termatlah indah dan besar tapi sayang tak boleh masuk. Kalau nak masuk pun kena pakai ikut syarat. Biasalah kat istana kenalah berprotokol. Kepada sesiapa yang tak suka berprotokol, tak payahlah nak nyebok-nyobok nak masuk istana. Cukuplah sekadar masuk Istana Lama ( Sekarang ni dah jadi muzium ).

Nasib baik jugak lah sempat kitorang datang. Apa taknya. Kat luar gate dah terpampang yang waktu melawat dari jam 9 sampai 6 petang. Kitorang plak masuk lagi 5 minit pukul 6. Memang kelas! 

Kalau tak, tak berbaloi. Ni lah tempat bersejarah yang wajib orang lawat di Kuala Pilah ni. Kalau tak macam tak lengkap journey ke Kuala Pilah.



Istana Sri Menanti yang lama telah dijadikan Muzium Sri Menanti. Kat sini ada penerangannya. Kalau nak baca silalah jojolkan bijik mata anda.


Yang Dipertuan Besar punya Julang. Kuning kau. Nasib baik benda ni berpagar. Kalau tak dah aku duduk atas tu. Itupun geng-geng aku dah sibuk nak panjat. Ingat ini tempat bapak awak yang punya???

Atas : Peti besi. Tempat simpan barang-barang kemas agaknya. Lepas tu duit-duit. Dalam tu dah kosong agaknya. Kalau tak, tak kan sesesang dia letak peti besi kat luar muzium. Lagi pun besi tu berat dan besar. Tak sanggup orang nak pikul peti besi tu.

Bawah : Mesin Fotokopi. Tak sangka mesin fotokopi ni dah pernah digunakan di istana. Aku ingat mesin fotokopi ni baru zaman baru ni je. Dari dulu lagi orang dah guna. Tapi, I don't no how it's work.



Pandangan sisi Muzium Istana Sri Menanti. Nampak tak kejakonan mereka. Teruja sangat. Masa aku cadangkan nak pergi sini semua lah kata 'aku tak minat sejarah'. Sekali dapat masuk, dia plak yang lebih-lebih dari aku.


Panjang, besar dan tinggi istana lama ni. Sebatang paku pun tak nampak. Ye ke? Tak aku belek plak struktur Istana ni. 


Pandangan hadapan. Besar sungguh. Teringin aku nak buat rumah macam ni. Walaupun papan tapi dia betul-betul nampak menarik.


Tak sangka aku siap ada resort kat sini. Tak sempat nak survey. Amik gambar pintu masuk je. Tak tahu apa yang ada kat dalam tu.

3. Lain-lain Tempat

Ada banyak sebenarnya tempat yang menarik kat Kuala Pilah ni. Yang setakat aku tahu ada Air Terjun Ulu bendul. Sesuai rekreasi seisi keluarga dan bersama rakan taulan. Tak susah nak cari sebab tempat dia adalah laluan antara Seremban ke Kuala Pilah.

Semasa aku melalui tempat tu, tempat tu sekarang dalam proses penambahbaikan. Kiranya akan datang akan lebih menarik lah. Banyak kemudahan.

Berdekatan dengan Air terjun tu ada jugak Taman Ular. So, para peminat ular yang tegar boleh lah ke sana. Menjenguk ular-ular. Aku tak sempat nak buat lawatan kat Taman Ular ni sebabnya tak cukup masa. Dah terlalu petang. Takut para ular sudah tidur. Mungkin lain kali lah dapat pergi masuk.

Gunung Angsi. Memang tinggi. Tak pernah daki. Boleh buat expidisi. Sesiapa yang minat sangat masuk hutan atau mencabar diri boleh sangat naik gunung angsi ni. Memang gagah korang kalau dapat naik ke puncak. Menuju puncak......

4. Menarik di Kuala Pilah

Apa yang aku nak bagi tahu ini adalah pandangan di mata kasar aku ini. Tiada kaitan antara mana-mana artikel atau mana-mana penyelidikan.

  • Kuala Pilah adalah tempat paling panas di Malaysia. Kuala Pilah menerima taburan hujan paling sedikit dalam setahun.
  • Loghat Negeri Sembilan amatlah pekat sekali di Kuala Pilah. Tempat lain mungkin dah kurang kot. Boleh buek den tergolak berguling-guling bilo donga pakcik makcik cakap nogori.
  • Kebanyakkan rumah di Kuala Pilah ni beratapkan bercirikan minang kabau. Goram den bilo tengok rumah yang lawa-lawa ni.
  • Biri-biri di Kuala Pilah berwarna hitam! Yang bebas bergerak di tepi jalan raya. Pelik kan? Tapi itulah realiti.
  • Di Kuala Pilah termatlah banyak aktiviti pertanian. Saujana mata memandang kehijauan di Kuala Pilah. Sawah padi, pokok pisang, buah naga, kelapa sawit pokok getah semuanya ada. Kalau nak photoshoot ke shooting ke memang best lah tempat ni.

Perjalanan anda dari Seremban ke Kuala Pilah adalah pemandangan Bukit Putus yang terkenal dengan 'kerasnya'. Tapi, siang akan menyejikan 'saujana mata memandang'.


Selalu biri-biri putih. Tak pun hitam. Tapi kat pilah ni macam biri-biri ni kena celop dengan lumpur. Coklat dan kekuningan gitu. Nak peluk pun seram!



Sungguhlah seronok berjalan satu hari. Pukul 12 malam aku baru masuk dalam bilik. Orang study week ber'study'. Tapi aku ber'holiday'. Tak pe nak release tension yang terbuku di kepala otak ni.

Monday, June 4, 2012

Presentation

Hidup belajar kat Universiti ni memang tak pernah lekang dengan presentation. Dalam tempoh 2 minggu yang lepas aku telah menghadapi 4 presentation. Memang menggerunkan. Kalau tak cukup persiapan memang susah nak menghadapi presentation tu. Jadi, aku nak cerita serba sedikit tentang pengalaman aku sebelum, semasa dan selepas presentation.

1. Talk Show : Rumah Tangga Taman Ibadah

Presentation ni paling aku nervous sekali. Semasa aku presentation tu jantung ni berdegunp macam nak terkeluar. Dupdapdupdap. Nak tahu sebab apa? Ok. Dalam talk show tu aku di beri peranan sebagai seorang suami yang sudah 10 tahun berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Kiranya aku kena cerita macam mana aku boleh membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan mempunyai ilmu agama yang tinggi. Pada masa yang sama aku ni adalah seorang doktor yang sangat berjaya.

Wah!!! Begitu perfect dan beratnya peranan aku masa tu. Aku kena cerita pengalaman aku tu. Macam mana aku nak cerita sedangkan sepatah haram aku tak pernah mengalaminya. Aku cakap sikit-sikit lepas tu ada orang yang sambung apa yang aku nak cuba sampaikan. Pada presentation aku tu aku sendiri boleh bagi 5/10 markah.

2. Business Presentation

Aku sebagai CEO. Aku kena present pasal company aku ni. Kira macam jualan dalam tempoh tertentu. Ada untung ke tak. Presentation ni tak pulak dupdapdupdap jantung aku. Rileks je. Komen dan soalan dari penilai pun tak ada. Kira ok lah tu.

3. Kajian Kahwin Muda

Satu semester aku dan 9 lagi kawan aku buat kajian pasal Kahwin Muda. Projek Pembangunan Diri II. Dalam projek ni jugak aku berperanan sebagai Ketua Projek. Susah jugak nak handle semuanya ni. Kena banyak komitmen yang kena tanggung.

Presentation ni di buat kat dalam bilik prof je. Presentation ni simple dan samtai tapi aku tetap dupdapdupdap. Takut komen yang tak patut pulak yang kami semua dapat.

Selesai presentation Prof pun kata "Kajian ni bagus. Untuk pertama kali bagus kajian kamu semua. Saya terima.". Wah! Bangga nya jangan nak cakap lah. Lebar sampai ke telinga punya senyum. Puas hati jugak dengan kajian yang kami semua lakukan.

4. Talk Show : Student who work and do not work while Studying

Satu-satunya presentation dalam bahasa inggeris. Agak lemah aku ni berbahasa Inggeris. Dalam presentation ni aku di bagi watak sebagai pengacara. Tapi, aku gagap. Dupdap lebih sangat.

Tapi, nasib baik ahli panel yang lain membantu. Kawan aku jawab spontan je. Memang cemerlang lah. Aku ni asyik tengok teks. Sikit agaknya markah aku. Madam pun suka presentation ni. Dia cakap "Good! Very imformative presentation" Lega rasanya.

Alhamdulillah segala presentation dan pembelajaran aku sepanjang semester 2 tahun 1 di UKM di sampai penghujung. Sekarang ni minggu study week. 15 Jun paper aku bermula. Persiapan sedang giat dilakukan. Semoga result yang keluar nanti lebih bagus dari semester lepas.

Link Terbaik!!!

Sunday, June 3, 2012

Kutemu Cinta-Nya

Aku baru sahaja menamatkan pembacaan novel. Novel yang bertajuk Kutemu Cinta-Nya. Tanpa membuang masa aku nak cerita sedikit sinopsis dari novel tersebut.

Sinopsis

Farid mendapat tahu yang dia mengalami sakit yang pelik. Penyakit yang di alami di anggap pelik kerana pemeriksaan kali pertama di hospital tidak memberi kesan tentang penyakit apa yang dia alami. Jadi, dia telah berjumpa dengan bomoh untuk mengatasi masalah tersebut.

Pada waktu yang sama dia juga mengalami dilema dalam meneruskan perhubungan cinta bersama kekasihnya,Shasha. Shasha sering meminta yang bukan-bukan dan umpama gadis pisau cukur. Farid tidak sanggup untuk melepaskan Shasha kerana rupa parasnya yang cantik.

Jadi, bermacam konflik yang berlaku dalam Novel Kutemu Cinta-Nya. Apa yang berlaku pada Farid? Apa penyakit Farid sebenarnya? Bagaimana pula dengan Shasha? Adakah Farid akan bersatu dengan Shasha? Bermacam-macam persoalan akan terjawab dengan membaca novel ini.

Komen Aku

Novel yang digarap dengan penulisan yang mudah difahami. Novel islamik amat sesuai untuk dibaca pada semua golongan umur. Tidak kira tua mahupun muda. Sedikit hadith dan ayat al-Quran juga diselitakan dalam novel ini. Jadi, pembaca akan lebih yakin akan jalan cerita yang cuba disampaikan. Banyak ilmu yang kita boleh dapat melalui pembacaan novel ini. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil melalui novel ini.

Spesifikasi Novel


Tajuk : Kutemu Cinta-Nya
Penulis : Dr. Farhan Hadi Mohd Taib ( Suami kepada Ustazah Fatimah Syarhah )
Halaman : 296 Halaman
Terbitan : Telaga Biru
Tahun Terbitan : Januari 2012

Jadi, apa tunggu lagi!!!! Beli dan bacalah novel ini. Tarbiahkan diri anda dengan membaca novel ini. Memang tak rugi!!!

notaFO : Sekarang cuba untuk menghabiskan membaca novel Palestin Kami Datang!


Friday, June 1, 2012

Hari Keusahawanan dan Inovasi UKM

Dari 28 hingga 30 Mei 2012, julung-julung kalinya UKM telah menganjurkan Karnival Keusahawanan dan Inovasi. Karnival ini adalah penganjuran kali pertama setelah 42 tahun penubuahan UKM sejak 26 Mei 1970.

Karnival ini diadakan sempena tahun pertama juga kursus wajib universiti iaitu Asas Keusahawanan dan Inovasi yang di ambil oleh pelajar tahun satu di UKM. Kursus ini juga dikenali sebagai CESMED. Kursus ini mendapat kerjasama dengan institut STEVEN. Tak tahu lah mana datang nya Steven ni. Luar negara punya program lah ni.


Banner karnival Cesmed ni. Macam-macam pertandinagan ada. Aku je yang tak nak join.

Kalau sebut pasal hari keusahawanan ni dah semestinya ada jual dan beli. Memang seronok. Lain dari yang lain. Apa yang lainnya. Yang lainnya adalah pelajar yang menjual dan pelajar jugak yang membeli.

Penganjuran karnival ini telah melibatkan seramai lebih kurang 3000 lebih orang pelajar yang dibahagikan kepada 72 Set ( Set = Kelas ). Pelajar UKM dari kampus Cheras dan Kuala Lumpur pun turut datang memeriahkan karnival ini.

Menariknya lagi pelajar telah diberi sebanyak RM10 kupon untuk membeli dan belah selain T-shirt karnival secara percuma. Memang kaya penganjur kita ni.

Aku mewakili set 20. Aku dan geng set aku membuka gerai. Gerai kecil je. Just for fun. Aku pun seronok berjual dan membeli. Lepas membeli, kita blah! Gerai aku jual Nasi Komok, Murtabak Maggi, Buah-buahan dan Kek Coklat. Tak banyak yang kami dapat jual. Tapi keuntungan yang kami dapat agak mengejutkan. Adalah lebih kurang RM700+++ selama 3 hari berjual.


Banner gerai kami. Set 20. Tak banyak yang dijual. Setakat suka-suka.


Suasana gerai kami. Barang tak penuh tapi hasil jualan membanggakan.

Bermacam aktiviti dan pertandingan diadakan dalam karnival ini. Hadiah cukuplah lumayan. Hadiah semua berupa wang tunai. Mahu tak ramai orang nak masuk. Cabutan bertuah. Ada jugak. Hadiah utama Galaxy Tabs. Memang bertuah. Orang yang bertuah menang adalah yang memegang no 5585. Aku? Dapat jugak cabutan bertuah. Aku dapat dua hari berturut-turut. Bertuah kan. Apa aku dapat? Aku dapat hanya Chikedes je. Boleh memcekik tapi jangan sampai tercekik! Haha.

Hari ketiga. Kemuncak segala aktiviti. Part yang ni yang aku nak cerita sikit.

Hari ke-3 ni semua pelajar yang ambil kursus CESMED ni ada pertandingan Mogul Simulation. Main game business namanya. Main secara team. Dan ada sebanyak 613 team. Sungguh ramai dan banyaknya. 17 team yang terbaik dapat hadiah bluetooth yang berharga RM400++ seorang. Group aku? Dah semestinya kalah!


Di dalam Dectar. Melalui pandangan di Merak Kayangan ( Tingkat Atas ). Semasa ni bersama usahawan berjaya. Siapa entah nama dia. Tak ingat pulak.


Saat permainan ini dimulakan ada masalah besar yang timbul. Kami semua tak dapat internet connection. Sebabnya terlalu ramai yang nak guna. So, internet jadi limited access. Jadi bertebaran lah para pelajar mencari internet connection sehingga ke jalan raya. Team aku tak susah sebab aku ada bawak broadband. Thanks Celcom Broadband! Siap awal pun tetap tak menang. Tak ada rezeki. Rata-rata mereka yang menang tu semua dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Semasa Game Business. Masih mencari connection internet. 

Sebagai pelajar sains, aku hanya mampu tersenyum. Ye lah sebab kalah!

Sesungguhpun karnival ini telah tamat. Banyak komen-komen sama ada baik dan buruk telah diterima. Penganjuran kali pertama memang banyak masalah. Harap tahun depan penganjuran dapat berjalan dengan lancar. Setinggi tahniah aku nak ucapkan kepada mereka yang terlibat.

notaFO : minggu depan dah study week. Aku banyak lagi yang belum study. Ada 6 paper aku kena ambil.


Share Your Love With Julie's... Tak Rugi!!!


Birthday Giveaway


Festival Sabah & Sarawak!!! Gerenti Best!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...