Penconteng Blog


...Assalamualaikum...

Pemilik blog ini bernama Mohd Faizul bin Osman. Di lahirkan pada 27 Mac 1991 di Hospital Daerah Kota Tinggi. 

Keluarga

Abah aku yang bernama Osman bin Buyong adalah seorang lelaki. Dilahirkan pada 22 Oktober 1959 di Kampung Bukit Lintang Kota Tinggi. Abah berkerja sendiri. Sebelum ni abah banyak buat bermacam-macam jenis kerja. Apa yang dilakukan itu adalah untuk keluarga. Kerja Abah tak menentu, selalunya dia akan ke kebun getah untuk mendapatkan hasil getah. Kadang-kadang Abah akan masuk ke hutan. Mencari hasil hutan seperti petai. Abah aku sungguh gagah buat semua tu. Aku sendiri tak mampu nak buat semua tu.

Emak aku pula bernama Nor Asikin binti Ab. Rahim. Mak dilahirkan pada 11 Mei 1967 di Kampung Teluk Nyireh, Kuala Sedili Kota Tinggi. Sekarang ini mak berkerja sebagai pekerja kilang. Apa yang dilakukan mak adalah untuk membantu abah mencari rezeki untuk anak-anak.

Abah dan Emak telah di ijabkabulkan pada 12 Mei 1990 di Ladang Koko Mawai, Kota Tinggi. Setelah 22 hidup bersama Abah dan Emak dikurniakan 4 orang anak.

Aku adalah yang sulong. Faryana dan Faryani adalah adik kembar aku yang dilahirkan pada 13 November 1994. 8 tahun selepas itu aku dikurniakan lagi seorang adik perempuan yang di beri nama Farhana Nadia yang dilahirkan pada 14 November 2002.

Pendidikan

Januari 1997 pertama kali aku mengenal huruf ABC dan 123 di Tabika Kemas Murni Kampung Lukut, Kota Tinggi.

Kemudian aku teruskan pengajian di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Kota Tinggi dari tahun 1998 sehingga tahun 2003. Di sini aku telah menduduki 2 peperiksaan besar iaitu Penilaian Tahap Satu (PTS) & Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ). PTS aku duduki pada tahun 2000 dan aku gagal dalam peperiksaan tersebut. UPSR aku duduki pada tahun 2003 dan aku memperoleh 3A2B.

Seterusnya, aku melanjutkan pelajaran ke SMK Bandar Kota Tinggi dari tahun 2004 sehingga tahun 2008. Di sekolah ini juga aku mengambil 2 peperiksaan  besar iaitu Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ). PMR aku duduki pada tahun 2006 dan aku memperoleh 4A3B1C. SPM aku ambil pada tahun 2008 dan aku memperoleh 3A2B4C1D.

Dengan semangat yang waja, aku teruskan pengajian aku ke peringkat Matrikulasi. Pengajian aku diteruskan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Selama 2 tahun aku menuntut ilmu di sana bermula pada Jun 2009 sehingga Mac 2011 dalam bidang Sains Hayat ( Biology, Kimia, dan Math ). Pada akhir pengajian aku memperoleh keputusan 3.60.

Dengan keputusan yang tak seberapa, aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian ( Bioteknologi Tumbuhan). Selama 3 tahun aku akan tamatkan pengajian ini. Dari September 2011 sehingga sekarang.

Pengalaman Berkerja

Setelah aku menamatkan pelajaran dalam tingkatan 5 aku berkerja sebagai Casher di Kota Tinggi Waterfall Resort bermula 25 Disember 2008 sehingga Mei 2009.

Sepanjang bulan April 2010 aku berkerja sebagai pengawal keselamatan di Kilang Flairis Kota Tinggi.

Aku berkerja semula sebagai casher di Kota Tinggi Waterfall Resort pada April 2011 sehingga Ogos 2011.

Last Update : 2 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...