Thursday, February 28, 2013

Opkim Permaj 2013 - Felda Sg.Mas #Bahagian 5

...Assalammualaikum...


Ok, ini last part untuk aku menceritakan Opkim aku pada kali ini. Agak lama jugaklah tertangguh entry ni. Hanya entry yang pendek untuk menamatkan cerita program opkim yang aku sertai bulan lepas.

Bahagian 5 ini adalah hari kelima iaitu hari terakhir aku di Felda Sungai Mas ni. Hari terakhir ini adalah majlis penyerahan anak angkat. Ini menunjukkan program ini telah sampai ke penghujungnya. Alhamdulillah.

Majlis penyerahan anak angkat ini telah dirasmikan oleh YB Hamimah ( Kalau tak silap aku lah ). Sebelum majlis penyerahan anak angkat ini telah di adakan majlis penyerahan wang RM100 kepada murid-murid Sekolah LKTP Sungai Mas.

Sebelum aku balik keluarga angkat aku telah memberi cenderamata iaitu buah rambutan serta nasi ambeng. Sesungguhnya Nasi Ambeng yang aku bawak balik itu memang sedap. Aku suka. Makan hari-hari pun aku sanggup. Haha.


Penyerahan keluarga angkat aku kepada pihak Permaj semula. Ada masa dan umur kita jumpa lagi. Bye!


Berposing tak maut sebelum balik. Inilah geng sepanjang Opkim. Ada antara kami baru berkenalan dalam program ni. Bertambah kenalan di UKM.

Pukul 2 petang kami semua telah bertolak balik ke destinasi masing-masing. Memenatkan tapi seronok. Semoga hubungan yang telah terjalin antara kita akan terus berkekalan. Ameen.

Opkim ni memang best. Yang mengajar aku bermacam-macam perkara di samping dapat mengisi masa lapang aku. Aku dapat mengenali lebih ramai kenalan baru mahupun mengeratkan hubungan yang sedia ada telah terjalin. Semoga program seperti ini dapat di teruskan pada masa akan datang. Aku sokong program seperti ini.

...Sekian,Wassalam...

Sunday, February 17, 2013

Rahsia Kejayaan

...Assalammualaikum...

Cerita ni dah lama, cuma baru ni aku teringat semula. Cerita ni kalau tak silap aku berlaku sewaktu aku masih di KMNS lagi di mana aku terdengar perbualan antara seorang senior dan junior.

Junior : Macam mana hidup kat KMNS ni? Best tak?

Senior : Ok lah. Sangat best.

Junior : Belajar kat sini susah tak? Orang cakap susah belajar kat Matrik ni.

Senior : Tak lah susah sangat. Boleh je. Ramai jugak yang cemerlang. Yang dapat 4 flat pun ramai.

Junior : Abang dapat berapa pointer? 4?

Senior : Menghampirilah tapi tak lah dapat 4.

Junior : Hebat jugak abang ni. Apa rahsia kejayaan abang sampai boleh dapat pointer tinggi seperti itu?

Senior : Rahsia? Mana boleh bagi tahu. Kalau bagi tahu dah tak jadi rahsia lah jawabnya. Rahsia dah bocor.

Junior : -_____- ( terkena aku )

*****

Senior tu memang macam tu. Suka mengenakan orang. Tapi, dia tak adalah meninggalkan Junior tu tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan belajar di KMNS. Dia pun bocorkan jugaklah Rahsia Kejayaan tu. 

Antara rahsia kejayaan yang dia ceritakan ialah :

1. Beri perhatian ketika dalam kelas.

2. Bertanya bila tak faham. Tak kisah tanya pada kawan ataupun pensyarah. Yang penting kita faham.

3. Buat soalan tutorial dan latihan yang diberi pensyarah.

4. Ulangkaji semula apa yang di belajar semasa kelas apabila di bilik ataupun di mana sahaja anda berada.

5. Jangan terlalu banyak enjoy seperti main game, berFB, berTWITTER dan sebagainya sehingga mengabaikan pelajaran.

6. Hormat orang sekeliling.

7. Ibadah wajib jangan ditinggalkan disamping melakukan ibadah sunat. Banyakkan berdoa. Senang cerita jangan lupa Allah.


*****

Senang cerita nya kita follow je apa yang ada disekililing kita. Kalau terkeluar landasan cepat-cepatlah kejar balik. Jangan sampai accident. Kalau dah accident peluang tu sukar nak ada semula.

Rahsia yang 'cliche'. Tapi, inilah yang orang susah nak buat. Termasuklah aku. Kadang-kadang memang tergelincir dari landasan sebenar. Bila dah tergelincir ni cepat-cepatlah kejar. Jangan biarkan diri kita ni dibiarkan jauh-jauh.

Jadi, jadilah Rahsia Kejayaan yang 'cliche' ini sebagai peringatan anda semua. Ingat mengingati tak salah kan? Semoga berjaya!

...Sekian, Wassalam...

Thursday, February 14, 2013

Opkim Permaj 2013 - Felda Sg.Mas #Bahagian 4

...Assalammualaikum...


Dah lama tertunda nak bercerita tentang Opkim ni. Entry kali ini aku nak bercerita tentang aktiviti Opkim ni untuk hari ke-4. Hari ke-4 adalah pada 22 Januari 2013 bersamaan dengan Hari Selasa. Hari ini tiga lagi aktiviti yang telah di jalankan.

Bengkel Motivasi di Sekolah Kebangsaan LKTP Sg.Mas

Aku di bahagikan ke tempat ini untuk menjadi fasilitator untuk adik-adik yang bakal menduduki UPSR tahun 2013 ini. Ada lagi 2 sekolah iaitu Tadika Kemas LKTP Sg.Mas dan Sekolah Kebangsaan LKTP Semenchu.

Pukul 10 baru kami semua tiba di sekolah tersebut. Ramai mata-mata kanak-kanak memandang. Seronok lah tu dapat berjumpa kami semua ni.

Murid tahun 6 yang ada di dalam dewan tu hanya 83 orang. Lebih kurang masa aku tahun 6 semasa tahun 2003 dahulu kala. Realiti sekolah kampung memang banyak seperti sahaja pelajarnya bagi setiap tahun.

Acara bersama pelajar ini dimulakan dengan ceramah motivasi oleh wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Hampir 2 jam lebih ceramah ini berlangsung. Habis ceramah sahaja, kami dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk beramah mesra bersama murid-murid tersebut.


Bermain game dengan pelajar. Gamenya adalah mencari  perkataan lain dari perkataan KEMERDEKAAN. Yang bagi jawapan bukannya pelajar tapi fesi yang bagi jawapan.




Mana satu pelajar, mana satu fesi pun tak tahu lah. Sama besar je. Mereka yang terlalu besar ke atau kami yang terlalu kecik. Yang penting enjoy. Budak yang peramah. Sampai aku sendiri tak reti nak melayan.


Lebih kurang satu jam sahaja masa untuk beramah mesra bersama pelajar. Tak dapat nak bermesra lebih-lebih. Tak puas rasanya. Tak cukup mesra lagi ni. Tak apa lah, lain kali kita jumpa lagi.


Inilah kesemua calon UPSR 2013 untuk sekolah ni. Ramai kan? Good luck for UPSR examination. Nanti boleh masuk UKM.

Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor

Selepas Zohor kami semua pergi ke Pantai Tanjung Balau. Ingatkan nak mandi. Tapi, apakan daya cuaca tidak baik menyebabkan angin kuat serta ombak besar bergulung-gulung tapi bukan tsunami.

Datang sana hanya berposing bersama batu di tepi pantai dan ombak bergulung-gulung. Nak mandi memang tak dapat lah.


Berposing di tepian pantai yang bergulung-gulung. Sebenarnya kami ni tak kenal antara satu sama lain. Dalam program ni baru kenal.



Alangkah kerdilnya aku dikelompok ini. Memang tak kelihatan rupa wajah aku ni.


Berhampiran pantai ini ada sebuah Muzium Nelayan. Kami pergi tempat ni lah. Tak mahal pun hanya RM1 untuk pelajar seperti kami dan  kanak-kanak. Untuk dewasa pula RM2 sekali masuk.

Dalam muzium ni macam-macam ada. Nak bercerita lebih-lebih takut panjang pulak entry ni. Tapi, biasalah muzium ada maklumat dan pameran barang-barang lama. Ini kali pertama aku masuk ke muzium ni walaupun  sejak lahir aku menetap di Kota Tinggi ni. Memang tak sangka yang muzium ni memang menarik.


Benda alah yang ada di dalam muzium.


Tempat-tempat kami berposing. Semua ni ada kat dalam muzium.


Suasana perkampungan nelayan. Ini pun ada kat dalam muzium tu.



Sepatutnya orang masuk muzium untuk mencari maklumat dan mendapatkan ilmu. Tapi tak, kita orang berposing bersama-sama model yang ada kat dalam tu.

Menjelang asar barulah balik ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Malam Kebudayaan

Program seperti ini memang tak sah kalau tak ada Persembahan Malam Kebudayaan.

Lepas Isyak majlis ni bermula. Ada macam-macam persembahan tapi yang melambangkan kebudayaan negeri Johor lah seperti Zapin dan Kuda Kepang. Tarian satu Malaysia pun ada. Selain itu ada persembahan akustik dan jugak koir.


Abang yang comel ni nyanyi lagu yang berentak akustik. 3 buah lagu dia nyanyi. Apa tajuknya entah lah, aku lupa pulak. Memang power suara abang ni.


Ini pulak kumpilan koir felda ni. Terdiri dari kanak-kanak dan juga belia remaja. Menyanyi lagu Satu Malaysia Satu Bahtera tu. Ada suara budak perempuan yang pakai tudung hitam berbaju kelabu memang lunak je suara dia. Mesti dah biasa buat persembahan


Persembahan zapin dari student UKM ( gambar atas ) dan penduduk kampung ( gambar bawah )


Ini pulak tarian satu malaysia. Melayu, Cina dan India. Meriah je tarian ni. Ini persembahan dari UKM sendiri.


Ini pula tarian kuda kepang. Penduduk kampung yang persembahkan tarian ni. Dengan iringan muzik gamelan.




Persembahan ini disembahkan oleh pelajar UKM sendiri dan juga penduduk Felda Sg.Mas sendiri.


Sebelum balik, sempatlah bergambar dengan pentas ni. Untung pentas ni pentas batu, kalau tak mesti roboh.

Esoknya pula ada majlis penutup. Itu akan aku cerita pada bahagian 5.

...Sekian, Wassalam...

Tuesday, February 12, 2013

Pernikahan Rakan Seperjuangan UKM

...Assalammualaikum...

Bila cuti sahaja memang akan meriahlah dengan mana-mana undangan walimah dari jiran, orang kampung mahupun sahabat handai.

Jadi, cuti semester selama sebulan ni sebanyak dua undangan walimah yang telah aku dapat dan ke dua-duanya adalah dari rakan seperjuangan aku di UKM. Malangnya, aku tak dapat menghadirkan diri pada kedua-dua majlis tersebut. Memang rugi tak dapat datang ke sana sebab ada masalah tertentu yang tak dapat aku elakkan.

Pasangan pertama : Idris Hasyin dan Raihanah Zakaria

Pernikahan mereka ini agak mencetuskan kejutan aku dan kawan-kawan yang rapat dengan Idris. Apa ke tidaknya seorang yang pendiam dan tidak kepoh seperti aku telah bernikah. 

Mengejutkannya lagi, seminggu sebelum pernikahan mereka, mereka baru menjemput rakan-rakan dan menghebahkan berita tentang pernikahan mereka. Ada yang sudah menjangkakan dan ada juga yang tak sangka seperti aku.

Selama ini, perbualan mengenai nikah ketika muda dan masih belajar sering menjadi perbualan antara kami, tapi tidak aku menyangka yang apa yang dibualkan menjadi kenyataan Idris.

Apa pun, aku cukup rasa bahagia bila kawan aku bahagia. Aku turut gembira bila kawan aku gembira.


Nampak Romantik sangat invitation ni. Tak sangka kawan aku si Idris ni jiwang jugak.

Majlis pernikahan dan Jamuan Ikhwah Akhwat mereka telah di jalankan pada 9 Februari 2013 pada jam 9.30 malam di Sentul manakala pada 10 Februari 2013 Majlis Kenduri Kesyukuran telah diadakan di Masjid Al-Islahiayah di Kuang.

Jadi, aku nak mengucapkan kepada kawan aku Idris Hasyin dengan pasangannya Raihanah Zakaria, semoga majlis yang kalian bina ini kekal hingga ke akhir hayat seterusnya kasih kalian membawa ke Syurga. Buat Idris, bila dah bergelar seorang suami ni jangan pulak lupakan kita ni sebagai kawan-kawan kau di UKM ni. Buat Idris jugak, jadilah seorang suami yang soleh dan mithali. Sama jugak buat Isterinya, jadilah seorang yang boleh membahagiakan Idris. Ameen.

Pasangan Kedua : Syazwani Hasnan dan Hariz Hashim

Pernikahan mereka ni memang telah di ketahui sejak awal semester lagi. Jadi tiadalah kejutan. Pernikahan mereka telah di adakan pada 11 Februari 2011 di Kuala Terengganu, Terengganu.


Nampak comel je kad ni.

Buat kawanku Syazwani Hasnan dan pasangannya Hariz Hashim, Selamat Pengantin Baru. Semoga pernikahan yang di bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat seterusnya membawa ke Syurga. 

Petang tadi, aku buka facebook, then ternampaklah gambar-gambar sekitar majlis pernikahan mereka. Apa yang aku dapat katakan tentang mereka ialah WOW! Memang padan. Sama Cantik Sama Padan. Bagai Pinang Dibelah Dua. Feeeewwwwiiittt!


Sumber gambar dari https://www.facebook.com/syafiq.izhar.5. Harap tak marah lah aku ambil gambar ini. Hehe. Nampak tak kegembiraan pada wajah-wajah pengantin ni. Nampak sangat bahagianya.

*****
Antara fakta menarik yang aku dapat mengetahui dari mereka ialah kawan aku Idris dan Syazwani ni bertemu jodoh dengan bakal doktor dan menuntut di USM Kubang Kerian. Selain itu, kawan-kawan aku ni jugak adalah dari Jurusan yang sama iaitu Mikrobiologi UKM. Macam kebetulan je kan? Qada' dan Qadar namanya ni.

*****

Bila aku bagi ucapan di facebook ataupun twitter ade je komen yang kata 'Selepas ni kau pulak'. InsyaAllah, aku ambil komen-komen tersebut sebagai doa. Bukan setakat di komen-komen itu je. Bila jumpa saudara-mara, semua kata 'lepas belajar ni sibuk nak kahwin pulak'. Aisey! Semua cerita suruh kahwin. 

Ye lah, bila umur dah menjengah ke 20-an memang itulah isu yang timbul. Tak kiralah antara kawan mahupun saudara mara mahupun mak dan abah. 

Semua itu bergantung pada jodoh. Bila dah sampai seruan, memang tak akan lengah lagi lah. Perkara baik tak perlulah di lambatkan. Tak elok.

Akhir sekali, buat ke empat-empat mereka aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kalian semua menjadi insan yang terbaik di samping pasangan masing-masing. Ingat, pernikahan ini bukan pengakhiran dari kisah cinta kalian tapi ia adalah permulaan kehidupan kalian. Sesungguhnya, banyak lagi ujian yang akan kalian hadapi selepas pernikahan ini. Harap kalian menghadapinya dengan penuh kesabaran.

Aku gembira bila lihat kawan-kawan aku bahagia. Harap aku pun akan menemui kebahagian seperti itu juga. 

Aku tahu lepas ni ada lagi kawan-kawan aku yang akan bernikah. Tahniahlah buat mereka semua. Yang penting, jangan lupa jemput aku!

Penuhilah kehidupan anda dengan kata-kata Allah dan Sunnah Rasulullah. InsyaAllah.

...Sekian,Wassalam...

notaFO : Selepas ini sepupu aku berderet-deret bernikah. Macam perlumbaan pernikahan pun ada. Buat masa sekarang ni aku hanya mampu melihat dan meraikan kegembiraan mereka.

Sunday, February 3, 2013

Tanda Hitam Di Dahi

...Assalammualaikum...

Selepas aku menunaikan solat Isyak tetiba adik aku berkata pada diri aku.

Adik : Eh, along kat dahi kau dah ada tanda hitam kan? Ada dua. Satu kat kanan dan satu lagi kat kiri.

Aku : Hitam yang ni ke?

Adik : Ye lah. Mana lagi dahi kau kalau bukan kat situ. Kau ada dahi kat tempat lain ke?

Aku : Ceh! Yang hitam kat dahi aku ni kesan jerawat setepek besar. Kau ingat apa?

Adik : ( Gelak sampai puas sehingga mengeluarkan air mata )

Gelak lah puas-puas. Dia ingat aku solat sampai jadi hitam dahi aku ni. Apalah budak ni. Habis satu rumah gelakkan aku sebab bekas jerawat setepek besar kat dahi aku ni.

Jerawat ni bermaharajalela masa study week+minggu exam bulan Januari lepas. Sekarang ni kesan je lah yang tinggal. Tak pasal-pasal boleh jadi bahan gelak.

...Sekian, Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...