Wednesday, November 23, 2011

Tiba-tiba Rindu KMNS.

Tiba-tiba teringat kat KMNS
Kalau dah teringat mesti lah rindu kn?
Kalau dah rindu mesti nak imbau balik apa yang dibuat masa kat matrik dulu.
Ikuti serba sikit apa yang aku buat kat matrik sampai aku rindu sangat kat KMNS ni.


Ni pagar dan logo KMNS. Logo ni simple tapi bermakna. Di sebalik nama KMNS ni pun ada maknanya : Kita Menjana Nilai dan Skor. Memang menjana lah. Apa taknya 2 tahun aku kat KMNS ni. Mana bole aku lupa. Lagi plak masa kat matrik ni jugak adalah first time aku duk hostel. Maknanya kali pertama berjauhan dari ketiak mak bapak lah.


Minggu pertama masuk kena orentasi. Tapi, aku ni spesial sikit sebab orentasi 2 kali. Ye lah aku kan 2 tahun duk belajar kat matrik. Orang lain dapat setahun tapi aku dapat 2 tahun. Ni lah padah kalau SPM tak bagus. Hahaha.


Ni geng aras aku masa duk kat B3 aras 4 tahun 2009/2010. Masa ni orang cina sambut perayaan tanglung. Kitorang pun nyibuk jugak lah. Sama-sama nak sambut. Padahal kitorang tak ada pun yang cina. Kalau nak tahu lagi, aras kitorang asik kena sound dengan felo pasal aras kitorang adalah aras paling kecoh dan bising sekali. Bak kata macam nak runtuh lah. Kalau nak makan tu, ajak ramai 1 aras serang kafe. Kira macam adik beradik lah. Seronok kalu kenang balik.


Ni geng kelas aku masa aku PDT la. Kelas MH1P3. Kelas ni antara pelajar paling ramai dalam kalangan pelajar PDT yang lain iaitu 25 orang. Kalau kelas lain belas-belas je. Kelas ni plak kelas paling kecoh. Ada je benda nak buat. Memang sporting 1 kelas. Ada yang mula masuk pemalu tp bila dah lama dalam kelas ni semua jd tak malu. Tapi, tak malu dalam konsep ni bukan lah sampai tahap buka baju. Ada mahu kena buang matrik tapi tak tahu malu dalam kel;as ni adalah semua jadi peramah dan kecoh nak mampos. Dalam kelas ni plak aku jadi ketua. Kalau aku ketua paham-paham je lah. Garang!!! hahaha. Dalam kelas ni ada je yang kena marah dengan aku tapi tak semua lah. Apa pun kelas ni memang best lah. Tak tahu lah bila nak jumpa lagi.


Yang ni menang kawad kaki MINI KAKOM KMNS tahun 2009/2010. Walaupun dapat Perak, berbaloi jugak lah sebab malam berlatih sampai 1 pagi. Penat tu!!! Aku memang minat kawad sejak dulu lagi tp kat matrik ni lah baru aku dapat nak masuk dengan benda ni. Sebab tu aku suka sangat kat KMNS ni. Kat sini lah minat aku mula di asah. 


Gambar kat atas ni adalah gambar aku bersama dengan geng PST. Masa ni dah masuk tahun ke 2 aku kat matrik. Tahun ke 2 ni aku dapat budak kelas yang baru. Aku ingat depa semua ni tak best macam budak kelas aku masa PDT. Rupa-rupanya lagi bergalak. Tengok lah kalu ada shooting ni. Berposing bukan kemain. Aku yang dulu segan nak bergambar ni pun da ikut bergalak macam diorang semua ni.



Kat mana-mana saja boleh nak bergambar. Asal dapat posing. Kat tangga, kat padang, kat kafe semua boleh. Entah-entah dalam tandas pun aku tak tahu. Kalau dah bergalak nak berposing, kat mana pun boleh. Kalau nak tahu kat dalam kelas ni lah buat aku banyak gelak je. Bertambah awet muda aku. Walau pun aku tua setahun dari mereka ni. Dalam kelas ni banyak kemengan bersama dalam kerja berkumpulan. Pertama kelas aku dapat juara buat model LIVER dalam pertandingan pemeran biologi. Kedua, tempat ke 5 dari 39 kelas menang pertandingan peta minda biologi bagi tajuk GROWTH. Seronok sangat!!!


masa ni tak sangka aku dapat wakil KMNS sekali lagi bersama Bella & Mar dalam pertandingan melukis poster sempena Hari Statistik di UM. Bertambah tak sangka menang dapat saguhati dalam 70 lukisan poster yang lain. Kiranya lukisan kami ni top 10 la. Seronok masa ni. Kalau ada lagi aku nak join tapi entah lah bidang dah lain. Kalau Mar ni selalu lah jumpa pasal 1 kelas dengan dia. Yang Bella jauh sekali. Belajar pun dah kat UPM.



Berdasarkan kesinambungan kawad aku yang tahun lepas, aku terjebak pula dalam KAKOM di KMJ. Atas sebab minat aku sanggup berpanas berhujan berembun datang latihan kawad ni. Alhamdulillah, menang pinagat GANGSA. Dapat sumbang pingat buat KMNS. Bangga masa ni. Bertengkar, bergaduh, menangis semua ada masa latihan kawad ni. Akhirnya dia membuahkan hasil apabila menang di padang kawad KMJ. Walau pun tak juara, tapi tetap bagi kepuasan buat kitorang. Masa latihan kitorang dah macam adik beradik. Semua kongsi bersama.



Yang ni 1 lagi. Aku masuk koir KMNS mewakili blok. Masa tu nyanyi lagu 1 Malaysia dengan lagu warisan. Menang jugak. Dapat tempat ke 3 dari 5 group. Tuah aku lah kot. Asal masuk asik menang je. Time sekolah trak pulak menang. Actually, time ni adalah first time aku masuk koir. Sebelum ni tak pernah pun. Ni pun aku minat jugak. Tapi, kalau nayanyi sorang-sorang memang tak sedap lah suara aku ni. Nyanyi ramai-ramai baru best.


Yang rambut lebat semacam tu kawan baik aku kat KMNS ni lah. Kalau pape cerita mesti nak cerita kat dia dulu. Problem pun sharing. Tapi, sekarang dah susah sikit pasal dia belajar jauh kat oversea. Kat UMS.
Yang wanita ala-ala melayu terakhir ni pun kawan aku jugak. Kawan sekampung aku. Dulu tadika sesama. Pengalaman yang aku tak dapat aku dangan dia lupa ialah aku tarik kerusi masa dia nak duduk sampai dia jatuh terduduk kat lantai. Nasib baik dia tak nangis. Sampai sekarang aku dengan dia ingat lagi peristiwa yang berlaku masa aku tadika tahun 1997. Lupa nak bagi tahu yang lelaki rambut lebat tu sadam aka adam. Yang wanita melayu terakhir tu Shaza aka L.





Semangat kitorang keluar outing. Kat Kuala Pilah pun jadi lah. Tak ada shoping compleks pun. Tapi pekan ni klasik. Dah penat berjalan makan cendol. Cendol paling popular kat Kuala Pilah.


Wajah-wajah ceria yang beriya-iya ni adalah antara cikgu-cikgu yang pernah hadir dalam hidup aku kat matrik. Ada banyak lagi tapi aku tak ada gambar mereka ini. Mereka ni lah yang bagi tunjuk ajar dan nasihat sehingga aku dapat jugak masuk UKM yang tak pernah tercapai dek akal fikiran aku ini. Kalau tak ada mereka semua tak tahu la apa jadi dengan hidup aku.

Sesungguhnya hidup aku kat matrik ni mengajar dan memberi aku pengalaman yang cukup berharga yang membuatkan aku sentiasa rindu akan segala-galanya di KMNS. Betul apa yang cikgu-cikgu di KMNS katakan yang kehidupan di KMNS ni akan aku kenang dan rindui sepanjang hidup.

I VERY LOVE KMNS!!!

Kalau dah baca mintak tolong untuk 'LIKE'... Thanks...

7 comments:

  1. time kasih mention aku dlm post kau.
    ehehe. aku pom rindu kmns.
    sobsobsob.. apis mane ??
    ahaha.
    *siap ko nnti aku tarik kusi ko plak. ahaha

    ReplyDelete
  2. BULAN : HAHAHA... kenangan kot... hari ni besday haffiz... boleh ke ko tarik kusi aq??? kenangan di kusi sampai aq tukar nama aq kerusi... hahaha...

    ReplyDelete
  3. salam singgah, ouh. baca post ni buat aku rasa tua plak..
    cam cikgu tudung putih nama apetah tapi hebat giler math bg formula senang hapal, cikgu fazli baju kuning tu kan...

    hidup kmns! n welcome to ukm :)

    ReplyDelete
  4. tumpang lalu...

    pehh!!!bdk matrik tuh.guwa poli je.ahah :)

    ReplyDelete
  5. aku tak de pengalaman masuk matrik..btw ru kawad krs ek?aku dulu pengakap laut

    ReplyDelete
  6. wah.. rindu na makan cendol tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...