Monday, November 7, 2011

Perjalanan Pertama

Dah 2 bulan aku belajar kat UKM ni. Tapi, tak pernah jugak blik rumah. Time ni la aku dapat pulang ke rumah. Ni pun pasal cuti mid sem dengan cuti raya seminggu. Kalau tak dek cuti seminggu, tak bermakna aku nak balik. Ye lah, perjalanan jauh-jauh ni kadang-kadang membazir kalau cuti sekejap. Tak berbaloi. Bazir duit, bazir waktu. Buat penat badan pun ada gak sebab duk lama dalam bas.

Mukadimah aku ni panjang sangat gayanya. So, aku straight to the point abaout the title.

Ni lah tiket yang aku guna nak naik bas

Perjalanan aku ni bermula dari Kolej Keris Mas. Apa yang aku buat ni ialah tunggu bas. Pukul 11 pg lagi aku tunggu bas. Hampir sejam gak lah aku tunggu bas ni. 11.45 pg baru bas sampai. Bosan gak tunggu lama-lama ni. Lepas naik bas tadi, dia bawak pulak aku dengan rakan seangkatan ke KTM(Keretapi Tanah Melayu). Selama ni pun aku tak tahu kat mana stesen KTM ni. Alangkah terkejutnya aku yang stesen ni sungguh dekat dengan UKM. Jalan kaki pun boleh.

Dah sampai di stesen KTM UKM. Aku terus beli tiket ke BTS (Bandar Tasik Selatan). Tak mahal pun. Cuma RM2.40 je. Yang ni pun kene tunggu juga. Pukul 12.40 tgh baru keretapi sampai.Bila time nak masuk ni, kene berebut dan cepat sikit la sebab keretapi ni tak berhenti lama. 5 minit je. Lepas tu pintu akan di tutup. Siapa yang tak dapat masuk kene lah tunggu kereta api yang seterusnya. Sekali aku masuk memang ramai lah. Tak dapat nak duduk. Berdiri sepanjang perjalanan sampai ke BTS selama 50 minit. Di BTS ni la ada TBS (Terminal Bersepadu Selatan).

Suasana dalam TBS besar kan. Orang kata da macam airport.
Besar juga tempat ni. Keluar KTM je aku mencari di mana TBS ni. Hampir-hampir jugalah tak tahu. Aku ringan kan lah mulut bertanya pekerja kedai kat situ. Jauh juga aku ni tersalah tempat. Sesampai je di TBS aku terus cari gate 2 di mana di gate tersebut bas akan menunggu kepulanganku. Lama juga aku kena tunggu pasal aku sampai di TBS jam 1.30 ptg padahal bas aku bertolak jam 4 petang. Hehehehe.

Tengah tunggu, terjumpa lah ex-matrik mate. Kitorang pun berbual la. Dia punya bas jam 2. Lepas jam 2 aku cari surau. Sebelum tu aku cari loker nak simpan barang aku yg banyak. Tak sanggup nak bawa barang yang banyak bertambah pula dengan berat yang bukan kemain lagi.

RM3 kena duit sewa loker. Loker yang aku guna ni agak canggih la. Sebab kena guna no pin. Nak ambil barang balik pun kena guna nombor pin. Lepas tu, aku cari surau untuk solat jamak takdim. Ye la, kan aku nak berjalan jauh. Kena lah guna rukhsah solat. Rugi kalau nak menggunakan kemudahan yang ALLAH da bagi.

Ni la gate yang bas aku tunggu aku.
Lepas solat je, aku berbual dengan kawan aku Syahmi di surau. Dia ni nak balik batu pahat ke pontian. Tak ingat pulak. Tengah berbual baru aku perasan yang dompet aku hilang. Naik kelam kabot aku. Ye la ni first time aku kehilangan dompet macam ni. Gelabah siot aku. Aku mencari macam anjing pengesan. Sampai satu tahap aku nak bukak loker aku balik. Mana lah tahu ada kat dalam tu.

Masa tengah nak bukak tetiba nama aku kene sebut kat kaunter TBS. Terkejut aku!!!!... Aku pun pergi lah kat kaunter tu. Memang benar yang dompet aku ada orang da jumpa. Nasib baik ada orang baik hati yang pulangkan semula dompet aku ni. Kalau tak mampos aku nak turun naik pejabat nak buat semula ic dgn kad-kad bank yang tak banyak duit tu.

Tiba masa jam 4, aku pun naik bas la. Bertolak dari TBS menuju ke KOTA TINGGI. 5 jam perjalanan baru sampai kota tinggi. Kat dalam bas ni bosan aku tunggu lama-lama. Nak tidur kejap-kejap bangun. Aku ni mana lah boleh duk lama-lama. Naik sakit kaki. Apa yang boleh buat ialah aku baca buku. Tapi, kejep-kejap la. Tak la tegar sangat membaca buku.

Jam 8.45 aku sampai jua di SANGGAR KOTA, KOTA TINGGI. Di sini abah da menunggu untuk mengambil aku pulang ke rumah. Jam 9, aku sampai jua di rumah yang selalu aku termimpi-mimpi masa di UKM. Seronok beraya da bercuti di rumah ni.

KENAPA PERJALAN AKU INI PERJALANAN PERTAMA??? Perjalanan yang jauh ni mengajar aku banyak pengajaran. First sekali jangan cuai. Pasal cuai la dompet aku boleh hilang. Kali pertama dompet aku hilang. Secondly, aku belajar untuk berdikari. Selama ni aku nak berjalan kemana-mana mesti ada kawan yang teman aku sekali. Tapi, masa ni aku seorang diri menenpuhi perjalanan yang pertama kali aku tempuhi. Nasib baik tak sesat sangat. Kira ok lah aku berjalan seorang diri. Hehehehe.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...