Friday, November 11, 2011

Betul Ke Aku Diasah???(Part 2)

Kali ni tiba masa part 2. Part 2 meliputi aktiviti hari sabtu. Kalau lepas bangun pagi biasalah mandi, solat subuh, bersenam dan sarapan.

Aktiviti utama yang di tunggu-tunggu ialah junggle treking. Memang dah lama aku tak masuk hutan ni. Kali ni spesial sikit sebab nak masuk Hutan Simpan Gunung Ledang. ( Harapan nak jumpa PGL tp itu adalah perkara yang annoying yang akan barlaku. Tak payah nak pasang angan2 ). Kalau tak silap kitorang mula aktiviti ni jam 8 pagi. Kitorang diperkenalkan dengan pak cik untuk jadi leader kita dalam hutan. Bukan setakat leader dengan penerangan dalam hutan sekali.

pemandangan dari tapak perkhemahan


Macam-macam dia terangkan. Aku pun da tak ingat sangat. Kalau ingat tak mampu nak tulis kat sini. Kalau tulis sangat panjang pun belum tentu ada yang nak membaca. Banyak sebenarnya yang pak cik tersebut terangkan. Antaranya ialah tapak Ikhtiar Hidup. Kat tapak ni pak cik ni ada cakap yang tempat ni adalah perlindungan ketika kita darurat ke masa 1 hari nanti. Kalau da Malaysia ni darurat kena lah duk dalam hutan. Lagi 1 pasal cari makanan. Ada macam-macam jerat. Jerat untuk tikus la ular la ayam la monyet la. Apa yang dapat itulah yang kene makan. eeeeeeee. Sungguh geli.

penerangan dr pakcik mengenai ikhtiar hidup



ni la perengkap utk menangkap binatang pape yg masuk utk makan...
euwww...




Lepas tu kita terus kan perjalanan menuju dan merentas hutan. Misi kami diberitahu di penghujung perjalanan ada air terjun. Perjalanan sejauh 10 km yang penuh berbukit bukau serta tanah yang licin membuatkan kekuatan fizikal dan mental tercabar. Sungguh menyeronokkan. Akhirnya jam 12.30 tgh sampai di air terjun. SUNGGUH!!! Airnya sejuk yang amat. Walaupun mandi sekadar 15 minit. Badan ni da menggigil-gigil.

penerangan dr pakcik sebelum masuk hutan




Lepas mandi manda kitorang pulang ke tapak perkhemahan. Tapi, lalu jalan lain la. Lagi mudah dan cepat. Kalu lalu jalan yang sama tadi mahu terputus urat kali. Tak lah jauh sangat sebenarnya. Tak sampai setengah jam dah sampai kat tapak perkhemahan.

Aktiviti tengahari biasa lah, mandi, makan tengahari dan solat. Lepas tu ada pengenalan about Permaj. Macam macam boleh kenal pasal Johor ni. Petang pula ada sukaneka. Antara acara ialah cari benang dalam tepung, belon kangkang, isi air dalam botol dan baling belon isi air. Masa ni macam perang belon lah. Nasib lah siapa yang kena. Gerenti basah.

Aktiviti malam pula ada kebudayaan. Ada 5 tema. Lain group lain tema. Group aku dapat tema mat rempit. Perah kepala otak macam mana nak buat pasal mat rempit ni. Idea keluar macam-macam nak bikin filem. Last-last yang simple juga yang keluar. Yang penting buat. Tema yang lain : Bollywood, kisah cinta, realiti tv dan madu 3. Malam tu yang menang ialah kisah cinta. Memang best, memang bikin pecah perut.

Lepas berhibur pula ada aktiviti bersama alumni. Ada la sedikit game dan bual bicara. Lebih kurang pukul 12 lebih jugak la habis. Lepas tu dapat hadiah duku di malam hari dari alumni. Apa lagi, sebelum tidur melantak lah buah duku tersebut hingga habis. Lepas melantak pula berborak sampai mengantuk. Bila da ngantok tidur la. Esok ada aktiviti lagi.

Kita tunggu pula apa aktiviti pada hari ahad dalam Part 3.

p/s : actually ada lg gambar nak masukkn tp line kat sini lembab terpaksa la tangguh dulu...

2 comments:

  1. seronoknye g gunung ledang... hihihihi
    walaupon dekat gan bp,aq xsempat lagi nak pergi time cuti mid sem nie.. walaupon aq ad niat nak pi sana..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. rase x pegi gunung pun... tgok signboard hanye duk jalan dlm hutan simpan gunung ledang je...
    mmg best pun... klu ada lg kem mcm ni kompem xnk lepaskn... free plak 2...

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...