Pada 3 November 2011. Satu lagi peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Aku dikhabarkan ada majlis pengijazahan. Belum pun satu sem di UKM ni pun da ada pengijazahan.
Majlis ni mula jam 9.15malam. Penat jugak la menunggu si Guru Utama Silat Cekak ni. Tapi, nak buat macam mana kena lah juga tunggu untuk peroleh keberkatan dalam menuntut ilmu ni.
...Masa ni tagah nervous tahap gaban ni... ...Hampir gagap... |
Lepas dia bagi ucapan yang sungguh panjang lebar, majlis ni bermula. Memang serious aku dengan kawan-kawan seangkatan aku tak tahu macam mana majlis ni. Apa yang aku bayangkan ialah majlis penyampaian sijil. Nampak macam kelakar kan apa yang apa aku bayangkan. Tapi, nak buat macam mana, aku ni kan budak baru belajar. Banyak lagi yang tak tahu.
Majlis ni pun bermula. Macam orang nak akad nikah. Nervous pun ada juga. Tak tahu kenapa nervous. Padahal dia bukan buat apa-apa pun. Hanya akad perjanjian je. Tapi, nervous tahap gaban. Time aku akad perjanjian tu, nervous yang melanda bukan lagi kemain. Nasib baik tak gagap. Padahal ikut je cakap dia. Hampir-hampir aku terlupa nak ikut apa yang dia suruh ucap tu. Tak lama pun akad ni. Ada lah dalam 2 minit je. Majlis lama siap sebab ada 42 orang yang akad ni.
...Antara kawan seangkatan yang sama-sama berakad... |
Aku rasa macam ni lah orang nervous dan takut semasa nak akad nikah. Jadi, dalam majlis ni aku dapat la rasa macam mana sebenarnya perasaan orang nak nikah ni walaupun aku tak tahu bila aku akan menikah. Hahaha. (baru setahun jagung hidup sibuk nak berumah tangga).
Lepas majlis ni adalah jamuan. Makan nasi goreng ayam. Memang tahap kebulur lah aku dengan geng-geng yang ada. 5 minit je makan da habis. Hehehehe. Tahap kebulur la.
...Nampak gembira kan mereka???... |
Sekali tengok jam dah pukul 1 pagi. Lama juga majlis ni. Lepas makan balik lah aku bersama Idris, Lutfi dengan Nazreen. Jalan kaki sampai kolej. Memang macam tu la yang kitorang buat tiap kali ada latihan silat.
serious kecut perut! :)
ReplyDeleteBukan setakat perot je yg kecot... yg lain2 pun turut kecot bersame... hehehe...
ReplyDeletehai.....macam mana nak buat promosi kat blog ku....awak p ke web ini and daftar..... http://abcdead.com
ReplyDeleteC' Ayob-Ilmu Asas Hidup
ReplyDeletethanks... nti cube..