Thursday, November 17, 2011

Malaysia lawan Indonesia di KKM

Hari ini Malaysia menentang Indonesia dalam bola sepak sukan sea di Palembang. Rasanya semua dah tahu yang Malaysia menang 1-0. Dan bakal ke separuh akhir bertemu Myanmar. Tak tahu plak bila, lupa plak.

Tapi, bukan ulasan bole ni nak diceritakan sangat tapi kemeriahan yang ada kat kafe Kolej Keris Mas ni. Memang meriah pasal penyokong yang duk kat kafe ni ada orang Malaysia dengan orang Indonesia. Memang gempak lah. Bersorak sorai. Untung lah kafe KKM tak runtuh.

Ni ada lah 4 keping gambar yang tak lawa memandangkan masa snap gambar ni tangan tak betul. Tapi masih boleh tengok untuk tengok betapa semangat nya mereka nak tengok Malaysia menang. Baik lelaki, baik pempuan.

Akak ni semangat nak tengok bola. Sampai hentak-hentak meja.

nampak tak skrin kecik tu. Skrin ni lah yang menjadi rebutan nak guna tengok bola.

abang-abang kat belakang tu ramai lagi. yang sebelah sana plak penyokong indonesia. 

Time ni Malaysia dah isytihar menang. Apa lagi balik lah.

Sebenarnya MFO ni tak minat sangat dengan bole tapi boleh lagi lah nak tengok. Nak tengok pun kene tahu sapa lawan sapa. Tapi, mostly tengok yang Malaysia main la. Baru rasa dekat dengan hati. Kalau yang international macam arsenal ke liverpool ke MU ke, tak tengok sangat. Tak tahu la kenapa. Kalau Malaysia main baru tengok.

Masa MFO tengok bola ni pun, main tengok je. Tak sorak pun sebab masa tu tengak makan nasi goreng ikan masin bersama otak-otak. Sedap sampai tak terkata apa-apa.

Apa pun TAHNIAH la kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya melayakkan diri ke separuh akhir. Teruskan lagi perjuangan sehingga menggenggam emas sukan sea ke 26.

6 comments:

  1. ok lah dapat tgk bola.aku ni x de org invite pon kn tgk bola.grr.by the way,ko free x weekend ni.aku nk ajak ko join gathering blogger

    ReplyDelete
  2. gathering blogger?? mcm mane tu?? tak paham... bole terangkan...

    ReplyDelete
  3. owh macam ni.gathering blogger tuh,macam kita buat sesi ramah mesra dengan blogger2.kita pergilah maan2 tempat.shopping complex ke apa.kita berkenalan dengan blogger lain.sambil buat aktiviti.plan nye ari ahad ni.ada FB x? add wan dekat Rozuan Ismail

    ReplyDelete
  4. Aku tengok kat kedai makan layar besar. Lepas ni Myanmar pula. Harimau malaya vs Harimau myanmar

    ReplyDelete
  5. Rozuan Ismail : ahad ni x bole la pasal bz sngt... nak midsem ari isnin tu 2 paper... lepas tu, ad xtiviti kolej...

    ReplyDelete
  6. Alif Yusof : untung lah kamooo dpt tgok kat layar besar... aq tgok kat skrin kecik je... bile ek malaysia lawan myanmar???

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...