Thursday, January 31, 2013

Karipap atau Epok-Epok

...Assalammualaikum...

Aku dan Alif baru sahaja turun dari bas 6K6Z dari UKM menuju ke stesen KTM. Pagi tu sudah pukul 10 pagi. Belum sarapan. Masih kelaparan.

Dalam perjalanan dari tempat 'parking' bas tersebut menuju ke stesen KTM terdapat gerai menjual kuih muih. Aku singgah untuk beli untuk mengalas perut supaya tidak kosong.

Aku lihat mak cik gerai jual kuih muih tu sibuk menggoreng epok-epok. Kemudia, aku terus minta apa yang aku nak.

Aku : Mak cik, kuih ni macam mana kira?

Mak Cik : 1 biji 40sen.

Aku : ( Mahalnya kiuh ni ) Bagi saya donut satu dengan epok-epok satu.

Mak Cik : Epok-epok?

Aku : Yang ni lah epok-epok. ( Sambil menunjuk ke arah longgokan epok-epok tersebut )

Mak Cik : Ooooouuuuhhhh. Ini karipap.

Aku : -______-

Aduh, mak cik ni. Epok-epok dengan karipap kan sama. Kemudian, kawan aku beritahu yang epok-epok hanya di kenali di Johor sahaja. Tempat lain semua kata Karipap. So, barulah aku faham.

*****

Johor memang tak ada loghat tapi ada istilah biasa yang sering digunakan di Johor tapi tidak di tempat lain. Seperti Epok-epok dan karipap ni. Ada banyak lagi istilah yang hanya digunapakai di Johor.

...Sekian, Wassalam...

Wednesday, January 30, 2013

Opkim Permaj 2013 - Felda Sg.Mas #Bahagian 3

...Assalammualaikum...

Hari ke-3 ( 21 Januari 2013 - Isnin ) diteruskan dengan aktiviti yang lebih menarik dalam aktiviti Opkim ini. Seawal 8 pagi aku dan adik berandik angkat yang diangkat pergi ke Dewan untuk program seterusnya. Sebelum acara bermula, senaman J-robik dilakukan selama 37 minit dengan diketuai oleh Mak Cik Mak Cik Felda.

Apa yang aku dapat katankan tentang Mak Cik Mak Cik tu ialah mak cik tu terlalu hebat ber'J-robik'. Memang penat memang letih. Lepas J-robik disambung pulak dengan poco-poco. Fuh! Berjuraian air peluh ni.

Dah berpeluh-peluh barulah program yang sebenar ni dilakukan.

Seminar Motivasi, Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK )

Tak sah kalau program seperti ini ada ceramah. Ceramah kesihatan, AADK dan ceramah dari pegawai Polis. Ceramah dari 9 pagi sampai 1 petang. Sebenarnya, misi ceramah ni adalah untuk penduduk kampung sekali. Tapi, malangnya hanya peserta dan AJK opkim je yang ada. Nak atau tak kenalah juga dengar ceramah ni.

Bukan setakat ceramah. Pameran pun ada. Pameran pelbagai jenis Dadah dan juga maklumat tentang polis. Tak tertarik pun nak tengok sebab dah tahu. 


Canggih jugak alat-alat dadah ni. Dadah pun berwarna warni. Comel. Ada bentuk mickey mouse pun ada. Tapi, itulah semua tak boleh pakai. Bawak maut semuanya.


Orang lain sibuk tengok pameran. Budak berdua ni sibuk nak ambil gambar kat atas moto abang polos ni. Dapat bergambar pun jadilah walaupun tak dapat nak bawak. Selama ni dapat tengok moto ni kat atas jalan raya je.


Paling aku suka ialah pemeriksaan kesihatan percuma. Ye la, nak pergi klinik semata-mata nak cek kesihatan memang tak lah kalau tak sakit. Jadi, ada peluang seperti ni lah aku guna sebaik-baiknya. Alhamdulillah, kesihatan aku baik.

Menjelang 2 petang, program ni pun habis dengan jamuan ringan yang tak sudah-sudah. Lepas dah kenyang balik lah ke rumah keluarga angkat untuk makan tengahari, solat dan tidur sampai pukul 3 petang.

Perlawanan Sukan Persahabatan Bersama Belia dan Masyarakat Kampung

Yang ni best. Aku tengok gelagat yang aku boleh gelak puas-puas. Macam-macam gaya aku tengok cara mereka semua ni bersukan.

Aku? Of course lah tak masuk apa-apa. Hanya menjadi tukang gelak dan kelab penyokong untuk Permaj UKM di tepi gelanggang. 

Acara sukan yang dipertandingkan ialah Futsal Lelaki dan Perempuan, Bola Tampar Lelaki dan Perempuan, Sepak Takraw, Bola Sepak dan Tarik tali.

Apa yang aku dapat lihat adalah bagi Permaj UKM hanya memenangi Tarik Tali lelaki dan Futsal lelaki. Yang lain kalah. Semua orang kampung yang ambil. Saje je sebenarnya bagi peluang. Bukan selalu.


Tarik tali perempuan antara Mak Cik Mak Cik dan student Permaj UKM. Keputusan dimenangi oleh Mak Cik Mak Cik dengan mata 2-0. Gagah betul Mak Cik - Mak Cik ni.


Main tarik tali antara abang-abang Felda dan jejaka UKM. Kemenangan berpihak kepada Jejaka Gagah UKM dengan 2-0.


Bersukan sampai penat sehingga pukul 7. Lepas tu balik ke rumah keluarga angkat untuk makan, solat dan tidur.

Beramah Mesra Bersama Keluarga Angkat

Sepatutnya pada malam ni Kak Izzah ( memerangkap mak angkat ) nak bawak pergi mengeteh. Malangnya suaminya tiada di rumah, jadi mengeteh je di rumah sendiri sambil makan keropk serta menonton Sarjan Hassan.

Memandangkan kami semua terlalu aktif di siang harinya, maka kami semua tidur awal. Sebelum 12 dah mengantuk.

Hari ke-4 ada program yang lebih menarik lagi. Yang memberikan kenangan dan mencipta sejarah buat diri aku. Ye ke sejarah?

...Sekian, Wassalam...

Wordless Wednesday : Kewujudan Labu Labi

...Assalammualaikum...


...Sekian,Wassalam...

Monday, January 28, 2013

Luahan Hati Seorang Budak Le*b*b

...Assalammualaikum...

Semalam Hari Thaipusam. Oleh itu, hari cuti umum pada hari semalam dan juga hari ni. Dengan itu, ramailah saudara mara aku datang ke rumah. Dari atuk, mak cik, pak cik dan juga sepupu sepapat. Memang riuhlah rumah aku yang kecil molek ni.

Saudara mara bila dah berjumpa memang bermacam-macam cerita akan keluar.

Cerita ni bagi aku terkesan pada diri aku. Aku tak tahu lah pada orang lain. Ini adalah luahan seorang budak yang kurang pandai. Tak tahu nak letak tajuk apa. Itu je yang sesuai. Tak ada niat nak menjatuhkan air muka sesiapa pun.

*****

Menurut apa yang diceritakan ibunya. Masa ni anaknya (sepupu aku) sedang membuat kerja sekolahnya. Tiba-tiba anaknya berkata,

Anak : Ibu, kita ni selalu pergi sekolah. Hari-hari buat kerja sekolah sampai siap. Tapi ibu, kenapa kita ni tak pandai-pandai?

Aku tak ingat apa yang ibunya katakan. Tapi, apa yang anaknya rintihkan sungguh membuatkan aku terasa sedih.

Kenapa aku sedih? Ye lah, sepupu aku tu rajin pergi sekolah, buat kerja sekolah pun rajin tapi dia sendiri merintih yang dia tu tak pandai-pandai seperti kakaknya yang sentiasa mendapat straight A'a dalam UPSR dan PMR. Tahun ini sepupu aku tu akan menduduki peperiksaan UPSR.

Memang kesian dengan sepupu aku tu. Darjah 5 baru dia pandai membaca. 

Bagi aku, mungkin ini kekurangannya tapi nasihat aku yang mempunyai situasi sebegini Jangan jadikan kelemahan itu untuk kita terus menjadi gagal

Jadi, mungkin ada hikmah kenapa Allah menjadikan dia tak pandai dari segi pembelajaran tapi mungkin kita hebat dari segi lain yang kita sendiri tak tahu apa kehebatan kita. Yang penting kita kena rajin berusaha untuk mengubah nasib diri kita sendiri. Cuba untuk tidak bergantung pada orang lain.

Berusaha sendiri sehingga berjaya akan memberikan nikmat yang begitu manis buat diri kita dalam hidup. Jadi, kita tak perlu mengeluh atau merungut jika kita tidak memiliki keistimewaan yang orang lain ada. Mesti ada sisi keistimewaan yang Allah beri kepada kita yang orang lain tak ada. Bersabarlah dan berdoalah.

Insyaallah, Allah akan membantu hambanya. Kerana ALLAH MAHA ADIL. Dia tak akan sia-siakan hambanya yang sentiasa Berusaha dan Berdoa.

...Sekian, Wassalam...

Sunday, January 27, 2013

Opkim Permaj 2013 - Felda Sg.Mas #Bahagian 2

...Assalammualaikum...

Hari kedua, 20 Januari 2013.

Ada gotong royong bersama masyarakat setempat. Tetapi, hujan turun mencurah-curah membasahi tanah bumi. Oh, sungguh mencabar aktiviti gotong royong tu.

Sebelum gotong royong, ada senaman J-robik dgn e-robik. Atas permintaan mak cik mak cik yang ada disitu, poco-poco pun di adakan jugak. J-robik ni hanya terdapat di Johor je. Menggabungkan seni tarian zapin, lepas tu tarian cina dan india. Memang susah step dia dan jugak memenatkan. Selama 1 jam buat senaman tu. Berjuraian air peluh ni.

Yang hebatnya mak cik tu tak reti penat. Nak bersenam 1 hari pun larat.

Selepas letih bersenam, semua peserta serta ajk opkim di bahagikan kepada 7 bahagian untuk bergotong royong di 7 tempat yang berbeza. Aku sendiri memilih surau.

Fuh! Surau tu nampak je kecil sekali dibersihkan mahu keletihan juga. Dalam sibuk mengemas datang lah seorang mak cik memantau kerja kami ni. Kata dia, 'memang sungguh budak-budak ni membersih. Memang bersih surau ni'. Terbangga sekejap.

Dengan itu, mak cik tu menjemput makan nasi kenduri kahwin. Wah! Rezeki jangan ditolak. Lebih-lebih lagi makan nasi kenduri kahwin. Amik berkat lah katakan. Kami semua adalah tetamu pertama dengan berpakain yang selekeh selepas gotong royong surau tu. 

Masa makan memang riuh lah jadinya. Macam rumah sendiri.

Dah kenyang je, salam dengan tuan rumah lepas tu balik. Dah kenyang, macam tu lah jadinya. Dah habis gotong royong tu balik ke dewan. Ada majlis perasmian gotong royong yang telah dirasmikan oleh Datuk Zulkarnain Kamisan, Ketua Pemuda UMNO Johor.

Dah habis semua tu, aku bersama adik beradik angkat yang lain balik ke rumah keluarga angkat kami. Tidur sekejap sampailah pukul 3.

Pukul 3.30 ada sukaneka bersama penduduk felda. Malangnya aku tak dapat menyertainya disebabkan kepala aku sakit umpama ditekan-tekan. Memang rugi tak pergi sukaneka tu sebab aku nak tengok gelagat orang yang melucukan.

Apakan daya, badan tak larat, Jadinya aku tidur sampailah pukul 6 petang. Galak betul aku tidur. Bangun tidur kepala pun sihat.

Malam tu selepas isyak aku bersama adik beradik angkat pergi ke masjis sebab ada ceramah perdana yang telah disampaikan oleh  Ustaz Khairil Khuzairi Bin Omar yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UKM. Banyak input dan ilmu dalam ceramah tu.

Selepas itu, ada majlis penyerahan sumbagan kepada golongan asnaf.

Selepas itu, ada jamuan ringan makan kuih donat dan epok-epok serta minum air soya. Kenyang perut. Dah kenyang dan dah kepenatan semua tu, kami semua pun balik. Seterusnya, membuat tahi mata.

...Bersambung di bahagian 3...

...Sekian,Wassalam...

Saturday, January 26, 2013

Tak Sedap Tapi Habis Jugak

...Assalammualikum...

Sekadar cerita santai dan kosong menghiasi blog ini. Nak gelak, boleh gelak. Nak sengih pun boleh sengih.

*****

Malam tadi, adik aku membeli apam balik di pasar malam. Dia beli 2 jenis apam balik untuk menyuruh mak, abah, aku dengan adik-adik yang lain makan. Pertama, apam balik kacang. Kedua, apam balik coklat.

Tiba-tiba, terdengar suara mak dari arah dapur.

Mak : Yang hitam ni apam balik apa? Kacang merah ke?

Aku : Tak lah, apam balik coklat. Kenapa?

Mak : Tak sedaplah apam baliknya.

Aku : Mana dia? Biar along makan.

Mak : Dah habis dah mak makan.

Aku : -_____-

Hish! Mak ni. Kata tak sedap, tapi habis jugak apam balik tu. Selalunya kalau benda tak sedap tak habis makan. Ini tak semua dia makan. Bagus.

...Sekian, Wassalam...

Friday, January 25, 2013

Opkim Permaj 2013 - Felda Sg.Mas #Bahagian 1

....Assalammualaikum...

Cuti aku di UKM telah pun bermula. Bila bercuti ni aku tak terus untuk balik ke rumah. Aku nak cari apa-apa program ataupun aktiviti untuk aku isi di waktu cuti aku. Bila aku balik rumah awal pun, aku terasa bosan sebab kat rumah aku seorang diri juga.

Jadi, aku menyertailah program Opkim ni. Opkim - Operasi Khidmat Masyarakat. Ini adalah kali ke-2 aku menyertai Opkim di bawah Permaj. Tahun lepas di Benut, Pontian. Tahun ni di Kota Tinggi. Di kampung halaman aku sendiri.

Program selama 5 hari 4 malam memberi 1001 kenangan yang aku tak dapat cari di dalam kampus. Program berlangsung dari 19 Januari dan berakhir pada 23 Januari 2013.

*****

Perjalanan bermula pada jam 11 malam 18 Januari 2013 dengan 4 buah bas. Dari awal perjalanan sehingga tiba di Felda Sungai Mas di iringi dengan hujan yang lebat. Dalam bas, tersangatlah sejuk. Lena buat taik mata. 

Aku dengan kawan-kawan perjuangan yang lain tiba di felda tu pada pukul 10 pagi. Fuh! Lama jugak perjalanan ni sampai 11 jam. Padahal perjalanan dari Bangi sampai ke Kota Tinggi tu ambil masa dalam 5 jam je. Apa ke tidaknya berhenti di 3 perhentian sampai 1 jam lebih setiap perhentian.

Bila sampai ke Dewan Felda Sg.Mas tu hujan betul-betul mencurah-curah ke tanah bumi. 

Sesampai je di sana, upacara perasmian pun bermula. 


Keadaan pentas di dalam dewan. Sangat besar dewan ni. Agaknya boleh muat dalam 400++ orang. Kami semua di sambut dengan paluan kompang. Sungguh klasik. Suka-suka-suka.


Upacara ni ada ucapan bermacam-macam orang. Naik lenguh telinga ni mendengar. Lepas tu acara yang di nanti-nantikan ialah majlis penyerahan anak angkat.

Dengan itu, aku bersama 4 orang kawan-kawan berkongsi keluarga angkat yang sama. 

Dengan itu bermula lah program kami. Kisah bermula dari malam kejadian. Di malam kejadian kami semua berjemaah di Masjid Felda Sg.Mas. Berjemaah Solat Maghrib, Solat Hajat, Tahlil, Bacaan Yassin dan Solat Isyak.

Selepas tu, ada jamuan ringan. Kuih muih yang sungguh sedap. Habis program di Masjid terus balik rumah keluarga angkat. 

Di rumah keluarga angkat, kami 4 orang anak angkatnya beramah mesra. Kiranya ice breaking lah. Dah penat-penat berborak. TIDUR sampai esok pagi.

*****

Kisah bersambung pada entry akan datang dengan hari ke dua aku di sana.

...Sekian, Wassalam...

notaFO : Hari pertama ni tak dapat ambil banyak gambar. Al-maklumlah terlalu teruja dengan keluarga angkat.

Tuesday, January 8, 2013

Bukan Untuk Kau Pun

...Assalammualaikum...

Masih dalam mood exam, tapi dah teringatkan rumah. I'hve another 5 more paper for exam. Banyak lagi. Dalam teringat rumah tetiba teringat peristiwa ni. Kira agak lucu jugak lah. Bagi aku. Tak tahu lah orang lain rasa macam mana.

*****

Aku, emak, adik bongsu (Nadia) aku yang berumur 10 tahun masa tu dan adik aku yang nombor 2 (Yana) yang berumur 18 tahun. Adik aku tu semua perempuan. Kisah bermula.

Di ruang tamu rumah aku. Nadia menggaru kepala.

Mak : Kau ni kenapa tergaru-garu kepala kau.

Nadia : Entah lah mak. Asyik gatal je. Adik rasa, adik tak boleh pakai syampoo PANTENE tu. Adik kalah dengan syampoo tu.

Yana : Siapa kata tu untuk kau. Dah tahu orang beli untuk orang sendiri. Yang kau pakai siapa suruh.

Nadia : Alah... -________-

Aku dengan mak tergelak-gelak. Sampai sekarang aku tergelak-gelak bila ingat cerita ni. Adik aku yang kecik sekali tu memang pandai buat orang tergelak secara spontan.

*****

Ini je yang dapat aku tulis untuk blog aku kali ni. Al-maklumlah masih dalam mood exam. Tak boleh tulis panjang. Cukup sekadar cerita ringan lagi santai.

...Sekian, Wassalam...

Tuesday, January 1, 2013

2012 > 2013

...Assalammualaikum...

Aku suka dengan gambar ni. Jadi, aku abadikan dalam blog ini sebagai entry pertama aku di tahun 2013 ini. Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 buat anda semua. Semoga di tahun 2013 ini menjadikan diri ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas disamping dapat tingkatkan amal dan iman kepada Allah.


Gambar dikreditkan ke Aktivis Palestin

2012 menjadi sejarah dan kenangan yang tak akan berulang buat kita... Biarpun pahit ataupun manis ia tetap menjadi sejarah.

Tapi, di tahun 2013 kita akan mencipta sejarah yang boleh dikenang sepanjang hayat dan jika ada kesempatan di tahun 2013 ini kita perbetulkanlah segala kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan pada tahun 2012... 

Jangan ulangi kesilapan yang sama... Sebab belum tentu 2014 akan bertemu kita.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...