Thursday, January 31, 2013

Karipap atau Epok-Epok

...Assalammualaikum...

Aku dan Alif baru sahaja turun dari bas 6K6Z dari UKM menuju ke stesen KTM. Pagi tu sudah pukul 10 pagi. Belum sarapan. Masih kelaparan.

Dalam perjalanan dari tempat 'parking' bas tersebut menuju ke stesen KTM terdapat gerai menjual kuih muih. Aku singgah untuk beli untuk mengalas perut supaya tidak kosong.

Aku lihat mak cik gerai jual kuih muih tu sibuk menggoreng epok-epok. Kemudia, aku terus minta apa yang aku nak.

Aku : Mak cik, kuih ni macam mana kira?

Mak Cik : 1 biji 40sen.

Aku : ( Mahalnya kiuh ni ) Bagi saya donut satu dengan epok-epok satu.

Mak Cik : Epok-epok?

Aku : Yang ni lah epok-epok. ( Sambil menunjuk ke arah longgokan epok-epok tersebut )

Mak Cik : Ooooouuuuhhhh. Ini karipap.

Aku : -______-

Aduh, mak cik ni. Epok-epok dengan karipap kan sama. Kemudian, kawan aku beritahu yang epok-epok hanya di kenali di Johor sahaja. Tempat lain semua kata Karipap. So, barulah aku faham.

*****

Johor memang tak ada loghat tapi ada istilah biasa yang sering digunakan di Johor tapi tidak di tempat lain. Seperti Epok-epok dan karipap ni. Ada banyak lagi istilah yang hanya digunapakai di Johor.

...Sekian, Wassalam...

6 comments:

  1. hana ingat epok2 tu etok.hehe karipap rupanya

    ReplyDelete
  2. btul2,org johor je yg pggil karipap mcm tu ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak international pun boleh.. org singapore pun panggil epok2..

      Delete
  3. abe baru tahu perkataan ni, hehehhehe

    http://www.queachmad.com/2013/01/sahabat-yang-dilarang-itu-juga.html

    http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya ramai jgklah yg tak tahu perkataan epok2 ni...

      Delete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...