Monday, July 30, 2012

Visit To Taiping : Zoo Taiping & Night Safari

...Assalamualaikum...

Cerita pasal Visit To Taiping belum tamat lagi. Dah lama aku tinggalkan cerita ni. So, kali ni aku nak story sikit tempat terakhir yang aku lawat kat Taiping tu. Kali ni aku pergi ke Zoo Taiping & Night Safari. Apakejadah bezanya kan antara Zoo Taiping & Night Safari ni?

Sebenarnya dia sama je. Tempat dia sama. Cuma gelaran Zoo Taiping tu di guna pakai waktu siang. Night Safari plak waktu malam. Boleh plak macam tu kan?

Mengikut perancangan asal aku dengan Bad, aku nak masuk dalam Zoo ni pada siang hari. Kalau masuk waktu siang kita boleh bergurau senda dengan binatang dalam tu. Malangnya, kami tiba di sana pada pukul 6 petang dan Zoo telah ditutup dan akan dibuka semula pada pukul 8 malam untuk Night Safari.

Jadi, dengan penuh rasa kesabaran, aku menanti sehingga Night Safari tu dibuka. Start je kaunter tu berbuka terus aku beli tiket. Seronoknya nak masuk zoo. Almaklumlah, dah lama tak masuk zoo. Last masuk zoo semasa sekolah rendah. Bila dah besar rindu pulak nak masuk zoo.


Mula-mula nak masuk zoo je nampak papan tanda ni. Cantik molek je papan tanda ni.


Memandangkan kami tak dapat masuk zoo di sebabkan masa operasi dah tamat, kitorang berposing kat binatang-binatang hitam ni. Kat luar zoo je binatang-binatang ni semua. Comel je mukanya.


Nampak gagah perkasa sikit dapat duduk atas buaya ni.


Harga tiket masuk untuk masuk dalam zoo ni.


Cantik tiket ni. Aku simpan buat kenangan. Limited edition ni.


Naik kereta api ni free. Rasanya waktu malam je kot boleh naik train ni. Memang best. Pak cik driver tu jadi tukang cakap pasal haiwan yang ada dalam zoo ni. Banyak jugak dia terangkan. 


Antara haiwan yang dapat aku ambil. Ada memerang, arnab, gajah dan ikan koi. Memerang paling comel. Gajah plak gagah perkasa.


Antara binatang lain. Pelik-pelik je nama binatang ni. Ada yang tak pernah di dengar nama binatang ni. Ni baru sikit. Ada banyak lagi binatang yang ada dalam zoo ni. Tak terkira.

Datang malam-malam kat zoo ni memang tak best. Sebabnya, banyak binatang buat taik mata. Tak banyak binatang yang segar bugar bijik mata. Lepas tu, nak ambil gambar binatang pun tak dapat. Gelap. Kalau guna flash, terkejut plak binatang tu. Tak pasal-pasal arwah kat situ jugak.

Lepas tu lagi, tak dapat nak menikmati suasana dalam zoo ni. Gelap gelita. Memang tak memuaskan datang waktu malam. Datang siang-siang best.

Bila korang datang zoo ni, tak kisah kalau datang dalam berlapar. Sebab makanan ada dijual kat sini. 

Kalau nak souvenier pun ada. Macam-macam jenis boleh pilih. Tunjuk dan bayar je lah.


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...


Friday, July 27, 2012

Nice Song : Sami Yusof feat Dato' Siti Nurhaliza - You Came To Me

...Assalamualaikum...

Hari ni sungguh panas. Memang menguji tahap ke'puasa'an aku di bulan Ramadhan ini. Kesabaran aku memang teruji. Kalau dah panas-panas ni dengar lagu ni best jugak.

Jom dengar bersama-sama. Sejukkan hati, tenangkan jiwa.


Baru aku tahu sebenarnya lagu ni dah lama. Sejak tahun 2009. Artis Sami Yusuf ni pun dah lama wujud dalam bidang nyanyian ni. Baru sekarang ni aku tahu. Aku tahu pasal Sami Yusof ni pun setelah dia membatalkan konsert kat mana ntah. 

Sepatutnya dalam konsert tu dia akan berduat dengan Siti Nurhaliza. Aku rasa lagu dalam video ni kot. Lepas tu dia buat rakaman semula lagu ni. Memang bertambah best.


Baru aku perasaan yang lagu ni ada di guna dalam tema Jejak Rasul Khas tahun 2012. Baru terdengar tadi. Patut lah best.

Lepas aku dengar lagu Sami Yusof ni, sedap jugak suara dia ni. Lagu ni pun best jugak. Macam lagu-lagu Maher Zain. Memang jadi Halwa telingalah dengar lagu macam ni. Jiwa pun boleh tenang jugak.

Tak aku teragak-agak untuk aku mencari lagu-lagu Sami Yusof ni.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...




Thursday, July 26, 2012

Sentap Ramadhan : Aurat

...Assalammualaikum...

Sejak bulan Ramadhan ni banyak pulak lah rancangan berkisarkan keagamaan. Baguslah tu. Bagi aku rancangan seperti perlu dibuat secara istiqamah supaya kita ni sentiasa beringat. Tak kan tunggu bulan Ramadhan baru nak keluarkan ilmu keagamaan seperti ini.

So, tadi aku tonton lah rancangan Kias Ramadhan. Memang bagus cerita ni. Bagi sindiran yang sinis kepada penonton. Harap memberi kesan lah kepada penonton. Jangan pulak jadi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Part yang paling menarik ialah bab Aurat.

*****

Kisah bermula......

Lisa menunggu tunangnya di perhentian bas untuk bertemu rakannya di pusat membeli belah. Setelah masuk ke dalam kereta tunangnya, Lisa di tegus kerana pakaiannya yang cukup terdedah sehingga menampakkan bulu ketiak dan buli kaki. Sungguh seksi!

Then, Lisa pun cakap "Salah ke I pakai macam ni?"

"Lisa, bulan Ramadhan ni bukan setakat kita menahan lapar dan dahaga. Amal yang lain pun kita kena buat jugak" Terang tunangnya.

Lisa buat muka tak tahu je. Maka, bergeraklah kereta tunangnya bersama Lisa menuju ke Pusat Membeli Belah.

Sesampainya di sana, dua orang rakannya telah menunggu. Maya dan Sarah. Setelah meraka berjumpa, teruslah mereka menuju ke butik pakaian. Sambil memilih pakaian, mereka berborak sama mereka.

Maya : Kenapa you pakai baju macam tu?

Sarah : A'ah. Kan sekarang ni bulan Ramadhan. Tak eloklah pakai baju macam tu.

Lisa : Hello, tak kanlah bulan puasa pun tak boleh pakai macam ni? Yang puasa makan je. Tapi, pakaian tak okey?

Setelah berjam-jam mereka di butik tu akhirnya mereka membeli juga kain yang digunakan untuk membuat baju raya. Tapi, bajunya belum siap. Hanya kain semata. Maka, mereka ni pun pergilah menuju ke rumah tukang jahit.

Setibanya di rumah tukang jahit....

Lisa : Wei! Kenapa you all bawa I kat sini? Tak de kelas lah. Tengok rumah pun dah tahu. Cari lah yang kelas sikit.

Maya : Yang nak menjahit orangnya bukan rumah ni nak menjahit baju kau. Lagi pun tukang jahit ni baguslah. Aku dah try.

Setibanya di muka pintu rumah tukang jahit...

Lisa : Assalammualaikum..

Anak Tukang Jahit : Waalaikummussalam..

Lisa : Mak ada?

Anak Tukang Jahit : Ada. Sekejap ye. Mak! Mak! Ada orang datang!

Tukang Jahit pun menjelmalah dimuka pintu. Terkesima Lisa melihat Si Tukang Jahit tu sebab muka dia bertutup litup. Hanya nampak 2 biji mata je.

Tukang Jahit : Jemput masuk. Maaflah, rumah bersepah sikit ni.

Lisa : Tak pe, maaf kak. Boleh tanya sikit? Kenapa mata akak? Sakit ke?

Tukang Jahit : Tak lah, biasalah banyak tempahan. Tu yang kurang tidur tu.

Sarah : Banyak tempahan ye?

Tukang Jahit : Alhamdulillah lah. Rezeki nak raya. Ok lah, siapa nak ukur ni.

Secara serentaknya, Maya dan Sarah menunjukkan jari telunjuknya ke arah Lisa. Kemudian Lisa pun berdiri. Tukang Jahit pun mengukurlah bermula dari bahu ke bahu. Kemudian dari pinggang ke kaki. Lisa rasa tidak selesa kerana bulu kakinya terkelihatan oleh si Tukang Jahit.

Lisa : Maaflah kak. Kaki ni ternampak pulak.

Tukang Jahit : Tak pe lah.

Anak Si Tukang Jahit ni memerhatilah akan situasi tu. Dia memandang atas ke bawah, bawah ke atas, kiri ke kanan, kanan ke kiri. Nak di jadikan cerita, dia pandanglah dengan muka kesian terhadap keadaan Lisa. Lalu, berlari anaklah anak Tukang Jahit tu ke dalam bilik.

Keluarnya, anak Tukang Jahit membawa sehelai kain dan memberi kepada Lisa. "Nah kak. Ini kain. Kakak malukan. Kasi tutup kaki kakak tu."

Maka tersentap sambil terkedulah Lisa dan tergelak malulah Maya dan Sarah terkenangkan nasib rakannya itu.

******

Kalau aku lah memang dah malu gila babeng. Dah lah kena perli. Dosa lagi. Memang malu lah. Kalau aku tak keluar rumahlah 40 hari 40 malam sebab teramatlah malu.

Harap kisah ni dapat diambil pengajaran. Semua nama watak adalah rekaan. Cuma jalan cerita adalah sama seperti dalam rancangan itu. Mungkin ada lari sikit jalan cerita tapi masih berguna.


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



Wednesday, July 25, 2012

Perkahwinan Termuda ( 16 Tahun & 14 Tahun )

...Assalamualaikum...

Memang hebatlah aku cakapkan. Aku pun tak terfikir nak berkahwin seawal umur macam tu walaupun dah teringin. 

Banyak perkara yang kita kena ukur kalau berkahwin pada umur seawal macam tu. Tapi, bagi Syafiq dan Yana dapat mengharungi cabaran tu. Parents diorang mesti sporting kan? Kalau tak, tak kan lah parent diorang ni setuju.



Kalau aku lah, baru je cakap nak kahwin mesti dah kena bebel berbakul-bakul. Ada je yang tak betul.

Ok lah, layan je lah video ni. Perkahwinan Syafiq ( 16 tahun ) dan Yana ( 14 Tahun ). Seeewwweeeettttt je aku tengok diorang ni.



Tahniah lah aku ucapkan pada mereka ni. Berani sahut cabaran dalam usia muda. Semoga pernikahan yang terbina kekal hingga ke syurga. Amin.

Tercabar aku ni. Dah 20++ pun masih mencari-cari. Tapi, adik-adik ni dah pun tamatkan zaman bujang. Jeles ni sentiasa ada dalam diri ni. Jodoh belum sampai. Tunggu je lah. 

Bak kata penceramah yang aku dengar pasal jodoh ni "Kita ni janganlah gopoh mencari jodoh", kenalah berhati-hati. Yang penting kita dah bersedia dari sudut mental dan fizikal. Almaklumlah, kahwin ni bukan nak guna untuk sementara waktu kan. Semestinya kita nak pasangan kita tu kekal sehingga ke Syurga. Barulah Sweet!

Kepada mereka yang masih bujang berdoalah supaya kita beroleh jodoh yang boleh dibawa sehingga ke Syurga. Amin.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Petua Dato' Aziz Satar

...Assalammualaikum...

Tak sangka pulak aku boleh lekat depan tv nak tonton rancangan Akustika Ramadhan. Banyak jugak ilmu yang aku dapat dalam rancangan selain dari berhibur. Bagus rancangan macam ni. Kalau boleh diperbanyakkan lagi. Janganlah nak buat time bulan ramadhan semata-mata. Al-maklumlah manusia ni kan sentiasa pelupa. Kalau buat selalu barulah kita beringat.

Dalam rancangan yang disiarkan pada 24 Julai 2012 selama satu jam dari pukul 11 hingga 12 malam ni, aku tertarik akan slot bersama Aziz Satar.




Nak tahu kenapa? Sebabnya dia adalah orang yang sudah lama hidup. Bila dah lama hidup, dah tentunya banyak asam garam yang dia telah lalui. Memang minat dengar cerita dari mereka yang dah lama hidup seperti Dato' Aziz Satar yang dah hidup 86 tahun. Lama kot dia hidup. Nak tahu apa rahsia dia?

Rahsia Dato' Aziz Satar adalah dia tidak tidur sama sekali pada waktu siang!

Peh! Memang tabik springgg lah kat Dato' ni. Kalau aku ni tidur je memanjang. Lagi-lagi bila cuti panjang macam ni. Perkara tidur tu dah jadi macam hobi. Bukan setakat macam, tapi jadi hobi dah.

Memang betul pun tips dia tu. Tak elok tidur waktu siang. Fitrah yang ALLAH beri pada kita ialah Siang waktu Bekerja dan Malam waktu berehat. Tapi, bila kita tak ikut perjalanan fitrah kita tu, tu yang terjadinya bermacam-macam penyakit. Betul tak?

Nampak macam mudah tapi perkara ni cukuplah penting. Semuanya berlaku atas kehendak dan usaha kita.

Patutlah muka dia nampak muda je. Tak nampak macam 86 tahun. Nampak macam 50++ je. Sentiasa sihat dan murah dengan senyum.

Aku nak lah berubah. Supaya aku bertambah jadi macam awet muda. Hahak! Boleh ke buat???


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : Entry panjang tapi petua dia satu je. Kihkih!

Tuesday, July 24, 2012

Visit To Taiping : Taman Tasik Taiping

...Assalammualaikum...

Entry Ke-4 tentang Visit Taiping. Bersemangat aku nak bercerita tentang lawatan aku ke Taiping ni. Petang selepas pergi dari Kampung Sungai Siputih, aku bersama Bad merancang pergi ke Zoo Taiping. Tak jauh pun dari Hotel Flemington yang kami bermalam. 500 meter dari hotel tu.

Pada mulanya kami merancang selepas asar untuk ke sana. Bermakna pukul 5 petang kami akan keluar dari hotel untuk ke zoo tu. Malangnya hujan turun dengan bersungguh-sungguh lebatnya. Ingatkan tak jadi terus. Pukul 6 hujan berhenti. 

Dengan berbekalkan dengan semangat waja kami nak melihat binatang-binatang tu, kami pun berjalan dengan gigihnya. Malangnya, zoo telah tutup! Menjadikan penyesalan buat aku. Kata pak guard kat zoo tu. Pukul 8 baru buka balik. Pukul 8 akan jadi Night Safari.

Tanpa membuang masa yang dah terbuang banyak sangat ni aku pun berjalan-jalan sekitar Taman Tasik Taiping.

Apa yang aku dapat katakan tentang taman ni adalah, besar, cantik, indah. Complete semuanya. Aku hanya mampu berjalan sekitar 10% dari Taman Tasik Taiping ni. Sebabnya taman ni memang luas yang teramat.

Taman ni bukan sebarang taman. Taman ni adalah taman rekreasi. Bermacam-macam kemudahan rekrasi yang ada kat taman ni. Antara yang aku nampak dengan mata kasar aku ni adalah bangku yang mengadap tasik, taman permainan, laluan pejalan kaki.

Ramai jugak orang berekrasi kat taman ni. Ada yang berdating. Tapi, paling ramai yang berjoging. Aku? Hanya berjalan-jalan sambil menghirup udara yang segar. 

Dah banyak sangat bebelan yang dibebel ni. Jadi, aku sajikan serba sedikit gambar yang sempat aku snap di sekitar Taman Tasik Taiping tu.



Kat papan ni serba sedikit cerita tentang macam mana Taman Tasik Taiping ni boleh wujud. Yang aku peliknya macam mana lah papan ni boleh sopak macam ni. Ada je yang dengki dengan papan ni. Kalau nak lepas perasaan geram jangan lah lepas kan kat papan yang tak berdosa dan tak tahu pape ni.


Salah satu sudut keadaan tasik. Memang cun lah tasik ni. Terpikat aku. Kalau rumah aku kat tepi tasik ni, memang hari-hari termenung kat tasik ni.


Ingatkan kat taman ni ada air tasik yang kosong semata-mata. Rupa-rupanya lautan tasik teratai pun ada. Cuma yang banyak kat sini daun je. Bunga tak de. Kalau bunga banyak memang aku terjun dan petik bunga tu bawak balik rumah.


Dalam berjalan di sekitar lautan daun teratai ni terjumpalah bunga teratai yang tersipu malu ni. Tak kembang setasik pun. Malu lah tu aku datang tengok dan snap satu gambar dia. Kalas kau teratai!


Di tengah-tengah lautan daun teratai ni ada lah pulah jambatan. Aku pun lalu lah. Bajet macho lalu kat atas tu. Zig-zag kau jambatan ni.


Ruang ni pun best jugak tau. Kalau lalu kat sini bajet macam lalu nak ke istana. Memang cun lah. Lepas tu perasan lebih ada permaisuri yang kejar aku dari sana dan aku berlari-lari anak pergi menghampiri permaisuri tu. Wah! memang kelas lah punya angan-angan.


Aku ingat rumah hantu. Best jugak ada rumah hantu kat taman tasik ni. Lepas ku mendekati rumah tu, rupa-rupanya lambakan pokok kaktus duduk molek dalam rumah tu. Memang cute lah kaktus tu.


On the way balik ke hotel nampak lah signboard ni. Tak jauh rupanya tempat ni. Ingat nak mendaki. Tapi, apakan daya tak da masa plak nak mendakai Bukit Larut ni. Terkempunan seketika.

Sebenarnya yang aku jalan-jalan sekitar tasik ni hanya suku je. Silap-silap suku pun tak sampai. Banyak lagi ruang-ruang yang menarik. Cuma aku cari tempat yang tulis TAMAN TASIK TAIPING ni tak jumpa-jumpa. Nak jalan jauh-jauh dah malam. So, tak dapat lah nak pergi ke sana. Terkempunan lagi.

Apa-apa pun aku dan Bad enjoy beriadah kat taman tasik ni. Kat Kota Tinggi tak ada Taman Tasik ni. Yang ada tanam tepi sungai je.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Sunday, July 22, 2012

Nice Song : Najwa Latif - Adamu

...Assalamualaikum...

Seperti biasa aku akan mengadap laptop. Kalau tak mengadap laptop satu hari memang tak sah. Sedang aku menggodeh-godeh blog, facebook, twitter dan youtube, tetiba aku nampak satu lagu baru ni. Khas dari Najwa Latif.

Single terbaru dia yang bertajuk Adamu memang terlalu dalam maknanya. Seriously aku memang minat lagu ni. Melodi, lirik semuanya best. Tenteram je jiwa bila dengar lagu ni. Lagu ni nak kata nasyid sangat pun tak. 




Lagu ni mengajak kita sentiasa mengingat Allah. Tuhan kita yang Maha Esa. Walau di mana kita dan bagaimana keadaan kita, Allah tetap ada bersama kita. Itulah yang cuba di sampaikan dalam lagu ini.

Ok lah tanpa membebel dengan lebih panjang, marilah kita bersama-sama menghayati lagu baru ini yang merupakan single terbaru dari Najwa Latif.



Nampak gayanya Najwa Latif dah semakin matang dalam bidang nyanyian ni. Walaupun ramai yang tak minat dia tapi aku akan jadi peminat dia di sebabkan lagu-lagu dia tak pernah mengecewakan aku.

To Najwa Latif : Good Luck for your SPM this year. *Macam dia baca je kan blog aku ni.


notaFO: Sekarang ni pun aku dengar lagu ni. Dah berkali-kali.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Countdown

...Assalamualaikum...

Countdown ni sungguh mendebarkan aku. Aku rasa bukan setakat aku je yang berdebar-debar pasal countdown ni. Korang sendiri pun mesti berdebar-debar jugak kan?

Kita countdown sesuatu perkara ni sebab perkara tu penting dan bakal mengubah kehidupan kita yang akan mendatang. Tak terkecuali jugak berlaku pada aku. Perkara yang aku countdown ni serba sedikit bakal mengubah hidup aku.

1. Result Exam
1 Ogos 2012. Satu perkara yang akan mengubah perasaan, emosi, jiwa dan semangat aku. Paling menggerunkan aku. Aku tak tahu apa yang akan berlaku terhadap result exam aku. Ni adalah result exam untuk semester 2 aku belajar kat UKM ni. Result semester 1 teramatlah teruk dan tak membanggakan langsung.

2. Lesen Memandu
Countdown apa plak ni kan? Sebenarnya aku menunggu Lesen L aku. Dah seminggu tunggu tak keluar-keluar Lesen L aku tu. Tak tahu lah apa masalahnya. Tak pasal-pasal terkandas latihan aku untuk memandu. Belajar memandu buat kali pertama memang banyak masalah. Masalah utama aku adalah bukit!

3. Semester 1 Tahun 2
9 September 2012. Aku akan meneruskan lagi pembelajaran aku. Semestinya semakin lama kita belajar semakin sukar. Dan dia memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Wah! Kelas ayat kau! Siapa kata belajar tu senang? Kalau kita tak berusaha belum tentu kejayaan milik kita. Betul tak? Dengan berusaha bermati-matian barulah kejayaan itu milik kita. Insyaallah.

4. Hari Raya
Baru 2 hari puasa dah countdown raya. Haha. Hari Raya kali ini mungkin agak berbeza. Sebabnya kemungkinan besar aku tak dapat duit raya itu adalah tinggi. Sedihnya kalau tak dapat lagi duit raya. Apataknya aku belum kerja lagi.

Rasanya dalam waktu terdekat ni korang semua ada countdown tak? Sharelah sikit. Banyak pun boleh.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Saturday, July 21, 2012

Visit To Taiping : Kampung Sungai Siputeh, Selama

...Assalammualaikum...

Haaaa!! Kali ni aku nak story mory sikit pasal agenda utama aku menghadiri ke Perak ni. Semasa Mak Usu aku tawarkan untuk ke Perak ni, aku tak tahu pun atas tujuan apa ke Perak ni. Katanya Lawatan sambil belajar.

So, tanpa berfikir panjang mahu pun pendek aku terus setuju dengan serta merta. Tak tertanya tempat apa yang bakal aku lawati. Aku cuba bayangkan tempat yang aku pergi tu menarik ala-ala dalam rancangan Jom Terokai Perak yang Maria Tengku Sabri duk promote kat TV3. Nampak kelas sikit.

Bila dah sampai sana baru tahu yang utamanya aku pergi pelancaran program RTC di Selama Perak. Kenalah mengadap Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama geng yang lain termasuk Menteri Besar Perak.

Hampir 2 jam perjalanan dari Hotel Flemington menuju ke Majlis tu. Apakan daya, itulah agenda utama ke sana. Terpaksa jualah aku pergi. Tapi, bila dapat pergi majlis macam ni manarik juga. Yang menariknya acara dalam majlis tu. Dapat tengok gelagat orang. Itu yang aku tak dapat kat mana-mana tu.

Jadi, tanpa membuang masa dengan bebelan ini, aku sajikan sekelompok gambar sebagai tatapan menarik buat anda berserta sedikit caption untuk memeriahkan lagi wajah blog ini.

Cerita bermula setelah kami sampai ke Pekan berhampiran kampung tersebut. Tak tahu pulak apekenama pekan tu. Kami semua diminta turun dari bas. Ingatkan dah sampai. Rupa-rupanya kena naik bas yang lain. Cis! Bertuah punya cerita!

Nak dijadikan cerita kami semua naik bas ini! Boleh muat 20 orang je. Tapi naiknya 50 orang.


Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Sungai Siputeh itu, suasana macam gini lah menemani bijik mata kami. Memang indah kan. Berbukit bukau. Terasa indah dan nyaman sekali.


Ni banner yang dapat aku snap. Sepanjang perjalanan aku bersepah-sepah banner macam ni bergantung-gantung kat tiang elektrik. Nampak bendera hijau kat belakang tu. Acara orang lain tapi di sambut dengan bendera lain. Meriah kau aku datang sini.


Macam pesta karnival. Air sirap, air oren, keropok, pisang goreng, donat. Semua ada jual. Bak kata mak aku, 'mak bapak je tak ada jual kat kedai'. Jadi, hargailah parents anda seadanya.


Cantik banner nak menyambut orang penting ni. Tak ada pulak banner untuk sambut aku datang. Hahak! Macam good good je kan aku ni.


Datang sana bukan setakat nak memandang muka beliau semata-mata. Tapi banyak peluang yang di beri. Macam booth kat sini, peluang kerjaya banyak di offer pada belia macam aku ni. Tapi, aku tak ambil peluang tu atas sebab sebab tertentu. Bajet vogue kan?

Paling aku kagum dengan satu booth ni adalah acara pemberian gody bag yang terkandung kipas lipas. Berebut-rebut golongan warga emas untuk mendapatkannya. Aku? Tentunya tidak. Sebabnya aku masih muda remaja. 


Sebenarnya inilah lawatan sambil belajar yang utamanya. Ke MID ( Medan Info Desa ) kat kampung tu. Memang gempak lah MID kat kampung ni. Kalah mak usu aku punya MID. Tak pe, belajar dari MID sini ye.


Bunga ni lah yang akan dipotong untuk majlis perasmian RTC tu. Lepas bunga tu tercabut, Beliau akan menyelak langsir merah tu. Nak cek apekebende ada kat dalam tu. Ada muka beliau kah, nama beliau kah. Gambar selepas kejadian tak dapat ku ambil.



Datang sini bawak perut yang super duper kosong je. So, aku buat lah seperti itu. Setelah majlis tamat ada makan makan. Aku apa lagi melantak lah sehabis mungkin. Yang kat atas ni, Kenduri durian. Aku yang tak minat durian ni pun melantak jugak. Habis sebijik aku dengan Bad melantak durian ni.

Ada jugak kenduri makan nasi. Ramai yang teramat. Akhirnya dapat jugak makan sehingga kenyang. Alhamdulillah. Jimat lagi duit aku. Huhu.


Kagum aku dengan durian ni. Kuning ni mengancan selera aku. Untuk pengetahuan, durian yang di sajikan dalam pesta durian ni adalah sebanyak 6000+++ biji. Memang kaw kaw lah banyaknya. Lazat sehingga menjilat jari.


Bukan setakat durian je. Mini taman bunga pun ada. Bunga ni bukan sebarang bunga. Bunga ni berasal dari daun getah. Memang unik lah. Teruja aku. Kalau aku ada isteri memang aku beli berjambak-jambak.


Antara barang souvenier yang berasal dari daun getah. Sihat-sihat daun getah ni. Aku dapat memborong dua penanda buku. Buat kenangan. 


Para mak cik - mak cik ni gigih nak buat bunga yang menarik ni. Aku pun join jugak duduk bersama mak cik - mak cik yang serba gigih ini. Aku pun berinterview mak cik ni. Tanya lah bermacam-macam. Tak lokek langsung mak cik ni. Aku tanya sepatah, dia akan jawab berpatah-patah. Memang kelas lah mak cik ni.


Dah berpenat lelah duk menyemak kat majlis tu. Masa untuk pulang kembali ke Hotel Flemington. Sesak badan aku ni. Sungguh ramai umat manusia yang berkunjung. Katanya +-6000 orang. Nampak tak bendera tu? Hijau. Ada bnyak lagi sebenarnya. Ni baru sikit.


Percaya tak kalau aku bagi tahu yang aku ambil gambar melalui atas bas. Cer tengok! Betapa ramainya umat manusia yang datang nak berjumpa beliau. Yang peliknya, hampir 80% adalah golongan tua. Golongan belia seperti aku ni kurang kelihatan. 

Semua umat manusia ini menunggu untuk naik bas yang aku tengah naik ni lah. Memang sesak lah. Sampai abang polis tu pun dah tak mampu nak buat apa apa. Yang mampu hanya bergaya di tengah orang ramai.

Sampai tengahari kat kampung tu. Lepas tu, apalagi kalau bukan balik ke Hotel Flemington. 2 jam perjalanan. Peh penat duduk dalam bas.

Entry akan datang aku akan cerita what I do after this. Ada lagi 2 tempat aku buat lawatan secara sendirian berhad bersama Bad ( cousin aku )

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433

...Assalamualaikum...

Sekarang dah masuk 1 Ramadhan. Bagi yang ternanti-nanti bulan yang mulia ini mesti gembira kan? Ye lah, di bulan ini lah kita dapat melipatgandakan amalan kita sama ada amalan wajib mahupun sunat. Banyak amalan yang kita boleh kumpul dalam bulan ramadhan ni kan?

Semua orang wish, jadi aku pun nak wish jugak lah. Nak jugak buat entry sambutan bulan Ramdhan ni. Almaklumlah, Ramadhan kan setahun sekali.

Jadi, kali ini aku nak share beberapa maklumat yang aku dapat dalam facebook. Dah lama aku kumpul maklumat ni. Yek yek je dah lama kan. Haha.

Tanpa membuang masa, aku share lah gambar-gambar yang penuh berilmu. Agar memberi manfaat kepada semua orang. Ye tak?


Amaca jawapan? Yes or No? Ramadhan dah masuk ni.




Tak sempat dah nak warming up sekarang ni. Esok dah mula berpuasa. So, kita teruskan je lah amalan ni. Semoga bermanfaat dan mendapat pahala.


Ingat friend kat facebook je kita boleh comfirm kan? Amalan di bulan ramadhan ni pun kita kena comfirm kan jugak tau sahabat-sahabat sekalian. Jangan buat tak endah je atau pun hanya bilang 'Not Now'


Antara perkara yang kita perlu tinggalkan dan perlu kita buat. Jadi, apalagi amalkanlah 'amar makruf nahi munkar'.


Lastly, aku kongsikan jugak ganjaran di bulan ramadhan ni. Ada 8 ganjaran. Banyak kan? Di bulan-bulan lain belum tentu ganjaran macam ni ada. Jadi, banyak kanlah amalan di bulan Ramadhan.

Jadi, dikesempatan ini aku nak wish selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding dengan tahun lepas. Jangan jadikan Ramdhan yang kita hadapi ini hanya untuk menahan lapar dan dahaga semata-mata. Sungguh merugikan. Tahu tak?

Dah 2 tahun aku berpuasa penuh di rumah. Dengan mesranya di samping keluarga tercinta. Bestkan dapat merasa makanan mak di hari bersahur dan berbuka di bulan Ramadhan ni. Berkat air tangan ibu.

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

Wednesday, July 18, 2012

Pembunuh Senyap "Stresss"

...Assalammualaikum...

Rasanya dah lama aku tak buat perkongsian rohani atau sebarang maklumat informatif dalam blog ni untuk korang. Jadi, di malam hari yang seram sejuk ini aku nak kongsikan maklumat yang aku dapat melalui Facebook yang selalu kita tatap tiap-tiap hari. Untuk kali ni tataplah blog ku ini buat seketika. Tak rugi pun. Malah dapat ilmu lagi. *cewah! puji blog sendiri.



Stress atau tekanan perasaan adalah penyakit popular pada zaman ini da pakar-pakar psikology dan Sains Psikologi berkerja keras untuk membasmi dan menangani masalah ini dari Sudut Kepakaran Sains. Langkah ini tidak mengambil kira hubung-kait diantara manusia dan Faktor Ketuhanan.

Akan tetapi, pencagahan yang paling mujarab sekali ialah Pendidikan rohani yang dimulakan seawal anak itu di dalam kandungan sehingga mereka itu dewasa. Kerana melalui Pendidikan Rohani yang berlandaskan ISLAM sahaja yang mampu untuk MENYEIMBANGKAN Keperluan Rohani dan Jasmani seseorang Manusia.

Dimana Amal-Amal ( dalam Rukun Islam ) yang dianjurkan dalam Islam itu sebenarnya adalah ALAT atau KAEDAH untuk MENGAWAL segala macam hormon yang mencorakkan Buruk dan Baiknya seseorang Manusia. Tetapi Perkara-perkara seperti ini dipandang sepi oleh ramai Manusia yang terutamanya orang-orang Islam itu sendiri.

Dimana mereka "sibuk" dan "bertelagah" sesama Islam dalam mencari sesuatu DALIL SHAHIH dari Hadith-Hadith Rasulullah S.A.W hingga "Banyak" perkara yang FARDHU diabaikan.

Dalam Surah Fussilat Ayat 44 pula terdapat Firman Allah : ( bermaksud ) "Katakanlah bagi mereka yang beriman, Al-Quran itu adalh Petunjuk dan Penawar bagi mereka yang beriman. Mereka yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan Al-Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka ini adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat yang jauh"

Dalam sebuah Hadith daripada Saidina Ali bin Abi Talib r.a disebut tentang Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sebaik-baik ubat itu adalh Al-Quran" - Hadith Riwayat at-Tarmizi

Kredit to or copy & paste from: Sang Saka Hijau

Setelah aku baca pasal ni tak sangka pulak 'Stress' ni boleh jadi pembunuh. Ingat rokok je boleh jadi pembunuh. Strees pun boleh jugak tau! Sekarang ni penyakit memang pelik-pelik. Kematian memang sukar diramal. Jadi, tingkatkanlah amalan jariah kita ni. Al-maklumlah, kita manalah tahu bila kita akan bertemu dengan ajal kita ni. Betul tak?

notaFO : nampaknya cuti yang berbaki sebulan lebih ni aku menghabiskan masa di rumah jugalah. Nak kerja, macam-macam masalah pula. Harap dapatlah duit raya lebih tahun ni.

Sunday, July 15, 2012

Visit To Taiping : Hotel Flemington

...Assalammualaikum...

Entry ke-2 tentang lawatan aku ke Taiping. Seperti apa yang aku janji pada entry yang lepas, aku nak cerita pulak pasal hotel yang aku guna untuk merehatkan kesengalan badan ini secara percuma selama 2 hari 2 malam.

Seronok kan dapat tinggal hotel secara percuma? Kau ada?

Bestnya kat hotel ni banyak kemudahan di tawarkan kepada semua para penginap dari pelancong macam aku ni. Memang best. Bertambah best hotel ni memang strategik. Strategik sebab banyak tempat menarik kat Taiping berhampiran dengan Hotel Flemington ni.

Aku dapat bilik ni bersama sepupu aku. Bad nama dia. Buat kepala gila-gila bersama.

Jom lihat gambar yang best di sekitar Hotel Flemington ni. Check it out!!!


Ini adalah batu bersurat hotel ni yang terdapat di luar Hotel ni. Cantik, Menarik Tertarik, Kau memang Da Bomb! *buat gaya Ruffedge nyanyi. Gemerlapan cahaya menyinari batu tersebut.


Pemandangan bangunan hotel di siang hari. Berkaca-kaca dinding Hotel ni.


Di malam hari. Cahaya gemerlapan di bangunan Hotel. Bertambah gah hotel ni di malam hari. Teruja aku seketika waktu.



Pertama kali sampai Hotel ni. Ini lah tangga pertama yang perlu di daki. Perempuan di kaunter tu lah yang patut di jumpa untuk check in bilik hotel ni.


Ruang kaki 5 di dalam bagunan hotel tu. Kiri kanan bilik. Entah ada orang pun tak tahu lah.


Katil yang empuk, yang bisa menenggelamkan anda bila baring di atasnya. Bila kau tidur mesti tak bangun-bangun. Terlalu empuk sehingga enak di kunyah.


Ingat tak ada TV kat hotel ni. Ada jugak TV. Dapat tengok drama kegemaran aku, AMEERA dengan WARIS. Tak lah kempunan aku ketinggalan episod drama tu.


Ruang bilik air. Siap ada berus gigi plak tu. Nak ikutkan cerita nya, semua barang kat dalam ni ada cop HOTEL FLEMINGTON. Nampak kelas kau hotel ni.


Pemandangan melalui tingkap kaca yang penuh hikmat melalui bilik aku. Yang berbukit bukau tu adalah Bukit Larut. Saujana mata memandang!


Breakfast di pagi yang pertama. Pagi ni tak ada selera. Tapi telan lah jugak sebab makanan pun di sponsor. Rugi plak kalau tak makan kan?


Menu sarapan pagi di hari kedua. Masa ni dah nak balik. Hadap lah banyak-banyak makanan kat hotel tu. Ni makanan desert selepas aku melantak makan mee goreng. Ikutkan hawa nafsu makan ni, nak je aku makan banyak-banyak. Kalau boleh nak tapau buat bekalan dalam bas. Huhu.


Siap posing seketika ketika makan. Jurukamera adalah cousin aku. Bertapa enaknya makanan di hotel ni.

Gambar menceritakan segalanya. Tapi, apa yang aku tepek ni tak lah keseluruhan di sekitar hotel. Al-maklumlah tak sempat. Banyak lagi kemudahan hotel yang aku tak dapat di lihat dengan naked eyes aku ni.

Kemudahan lain yanga ada kat hotel ini seperti swimming pool, ada sky bar, kafe. Kalau nak buat majlis kahwin-kahwin atau apa-apa function pun boleh. Banyak dewan-dewan kat dalam hotel ni. Tempah je yang mana suka. Ada duit semua jalan.

Pasal bintang hotel ni tak pulak aku tahu. Sebab tak ada tulis pun. Tapi, hotel ni memang tip top lah kat Taiping ni. Hotel ni memang strategik dari tempat menarik yang lain kat Taiping ni. 

Dah banyak membebel kan? Tapi harga atau pakej kat Hotel ni tak pulak aku cerita. Nah setepek lagi gambar. Tengok lah puas-puas.


Beliakkan biji mata anda untuk lihat pakej yang ada kat hotel ni.

Rasanya setakat ni aku nak cerita pasal hotel. Panjang lebar aku bagi ni. Harap bermanfaat. Entry seterusnya, aku nak cerita apa aktiviti atau misi utama yang sebenar datang ke Taiping ni.

notaFO : petang ni nak mohon kerja kat tempat lama. Semoga dapat. Nak mengisi masa lapang sehingga bulan 9 ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...