Saturday, July 21, 2012

Visit To Taiping : Kampung Sungai Siputeh, Selama

...Assalammualaikum...

Haaaa!! Kali ni aku nak story mory sikit pasal agenda utama aku menghadiri ke Perak ni. Semasa Mak Usu aku tawarkan untuk ke Perak ni, aku tak tahu pun atas tujuan apa ke Perak ni. Katanya Lawatan sambil belajar.

So, tanpa berfikir panjang mahu pun pendek aku terus setuju dengan serta merta. Tak tertanya tempat apa yang bakal aku lawati. Aku cuba bayangkan tempat yang aku pergi tu menarik ala-ala dalam rancangan Jom Terokai Perak yang Maria Tengku Sabri duk promote kat TV3. Nampak kelas sikit.

Bila dah sampai sana baru tahu yang utamanya aku pergi pelancaran program RTC di Selama Perak. Kenalah mengadap Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama geng yang lain termasuk Menteri Besar Perak.

Hampir 2 jam perjalanan dari Hotel Flemington menuju ke Majlis tu. Apakan daya, itulah agenda utama ke sana. Terpaksa jualah aku pergi. Tapi, bila dapat pergi majlis macam ni manarik juga. Yang menariknya acara dalam majlis tu. Dapat tengok gelagat orang. Itu yang aku tak dapat kat mana-mana tu.

Jadi, tanpa membuang masa dengan bebelan ini, aku sajikan sekelompok gambar sebagai tatapan menarik buat anda berserta sedikit caption untuk memeriahkan lagi wajah blog ini.

Cerita bermula setelah kami sampai ke Pekan berhampiran kampung tersebut. Tak tahu pulak apekenama pekan tu. Kami semua diminta turun dari bas. Ingatkan dah sampai. Rupa-rupanya kena naik bas yang lain. Cis! Bertuah punya cerita!

Nak dijadikan cerita kami semua naik bas ini! Boleh muat 20 orang je. Tapi naiknya 50 orang.


Sepanjang perjalanan menuju ke Kampung Sungai Siputeh itu, suasana macam gini lah menemani bijik mata kami. Memang indah kan. Berbukit bukau. Terasa indah dan nyaman sekali.


Ni banner yang dapat aku snap. Sepanjang perjalanan aku bersepah-sepah banner macam ni bergantung-gantung kat tiang elektrik. Nampak bendera hijau kat belakang tu. Acara orang lain tapi di sambut dengan bendera lain. Meriah kau aku datang sini.


Macam pesta karnival. Air sirap, air oren, keropok, pisang goreng, donat. Semua ada jual. Bak kata mak aku, 'mak bapak je tak ada jual kat kedai'. Jadi, hargailah parents anda seadanya.


Cantik banner nak menyambut orang penting ni. Tak ada pulak banner untuk sambut aku datang. Hahak! Macam good good je kan aku ni.


Datang sana bukan setakat nak memandang muka beliau semata-mata. Tapi banyak peluang yang di beri. Macam booth kat sini, peluang kerjaya banyak di offer pada belia macam aku ni. Tapi, aku tak ambil peluang tu atas sebab sebab tertentu. Bajet vogue kan?

Paling aku kagum dengan satu booth ni adalah acara pemberian gody bag yang terkandung kipas lipas. Berebut-rebut golongan warga emas untuk mendapatkannya. Aku? Tentunya tidak. Sebabnya aku masih muda remaja. 


Sebenarnya inilah lawatan sambil belajar yang utamanya. Ke MID ( Medan Info Desa ) kat kampung tu. Memang gempak lah MID kat kampung ni. Kalah mak usu aku punya MID. Tak pe, belajar dari MID sini ye.


Bunga ni lah yang akan dipotong untuk majlis perasmian RTC tu. Lepas bunga tu tercabut, Beliau akan menyelak langsir merah tu. Nak cek apekebende ada kat dalam tu. Ada muka beliau kah, nama beliau kah. Gambar selepas kejadian tak dapat ku ambil.



Datang sini bawak perut yang super duper kosong je. So, aku buat lah seperti itu. Setelah majlis tamat ada makan makan. Aku apa lagi melantak lah sehabis mungkin. Yang kat atas ni, Kenduri durian. Aku yang tak minat durian ni pun melantak jugak. Habis sebijik aku dengan Bad melantak durian ni.

Ada jugak kenduri makan nasi. Ramai yang teramat. Akhirnya dapat jugak makan sehingga kenyang. Alhamdulillah. Jimat lagi duit aku. Huhu.


Kagum aku dengan durian ni. Kuning ni mengancan selera aku. Untuk pengetahuan, durian yang di sajikan dalam pesta durian ni adalah sebanyak 6000+++ biji. Memang kaw kaw lah banyaknya. Lazat sehingga menjilat jari.


Bukan setakat durian je. Mini taman bunga pun ada. Bunga ni bukan sebarang bunga. Bunga ni berasal dari daun getah. Memang unik lah. Teruja aku. Kalau aku ada isteri memang aku beli berjambak-jambak.


Antara barang souvenier yang berasal dari daun getah. Sihat-sihat daun getah ni. Aku dapat memborong dua penanda buku. Buat kenangan. 


Para mak cik - mak cik ni gigih nak buat bunga yang menarik ni. Aku pun join jugak duduk bersama mak cik - mak cik yang serba gigih ini. Aku pun berinterview mak cik ni. Tanya lah bermacam-macam. Tak lokek langsung mak cik ni. Aku tanya sepatah, dia akan jawab berpatah-patah. Memang kelas lah mak cik ni.


Dah berpenat lelah duk menyemak kat majlis tu. Masa untuk pulang kembali ke Hotel Flemington. Sesak badan aku ni. Sungguh ramai umat manusia yang berkunjung. Katanya +-6000 orang. Nampak tak bendera tu? Hijau. Ada bnyak lagi sebenarnya. Ni baru sikit.


Percaya tak kalau aku bagi tahu yang aku ambil gambar melalui atas bas. Cer tengok! Betapa ramainya umat manusia yang datang nak berjumpa beliau. Yang peliknya, hampir 80% adalah golongan tua. Golongan belia seperti aku ni kurang kelihatan. 

Semua umat manusia ini menunggu untuk naik bas yang aku tengah naik ni lah. Memang sesak lah. Sampai abang polis tu pun dah tak mampu nak buat apa apa. Yang mampu hanya bergaya di tengah orang ramai.

Sampai tengahari kat kampung tu. Lepas tu, apalagi kalau bukan balik ke Hotel Flemington. 2 jam perjalanan. Peh penat duduk dalam bas.

Entry akan datang aku akan cerita what I do after this. Ada lagi 2 tempat aku buat lawatan secara sendirian berhad bersama Bad ( cousin aku )

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

12 comments:

  1. bestnye..ika xpenah pon pegi perak =.="

    ReplyDelete
  2. KAMI BLOGGERPERAK.COM mengalu-alukan entry seperti ini.. :) SALAM PERAK AMAN JAYA daripada cahayakeagungan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. cute la bas..
    warna biru tuuuu...

    ReplyDelete
  4. sila la kunjungi blog saya yer. terbaru adalah tips untuk kurangkan berat badan...

    www.tintaasyraf.com

    ReplyDelete
  5. Jenjalan adalah hobi yg paling best kan,,,cuma siap duit jelah,,hehehe,,

    p/s dtg sini balas kunjgn dan follow skali,,,tp kan,,nape ek,,awk ckp kata follow blog sy tp takde plak muka awk kt button tu?herrmmm

    ReplyDelete
  6. membalas kunjungan


    :: selama ni dekat jugak ngan kulim, kg en suami . akak kurang minat acara sebegini. heh cos majlis camni a bit lama ngan ucapan perasmian ::

    ReplyDelete
  7. hehe rasa seronok pula bila baca entry awak.. haaa.. raya ni insyaAllah saya balik Selama.. Aishhh tang durian tu yang cheq kalah.. nyumm2

    ReplyDelete
  8. Uits,best tu jenjalan..tapi kena save bajet lah..durian tu nampak sedappp sangat *tetiba teringin maw makan durian

    ReplyDelete
  9. kg aku ni.. arghhh rinduuu..

    ReplyDelete
  10. kg aku ni.. arghhh.. rindu..

    ReplyDelete
  11. sedang menulis rancangan tv mengenai selama perak....meraban..nak cari sejarahnya...tak banyak inbformasi.........tapi amat tertarik dengan loghat orang selama... nak kata kelantan tidak..patani tidak..perak tidak.....kedahpun tidak....kadang kadang tak faham

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...