Monday, July 9, 2012

Daftar Pemilih Pilihan Raya

...Assalamualaikum...

Pada 28 Jun 2012 aku telah ke Pejabat Pos Kota Tinggi. Bukan nak pos surat, hadiah ataupun kad raya. Apa aku buat? Huh! Dengan semangat waja dan patriotiknya *ada kaitan ke? aku mendaftar sebagai Pemilih Pilihan Raya Malaysia ke 13.

Semangat tak? Aku ingat dah tak sempat nak mendaftar. Masih sempat lagi. Kata mak aku rugi kalau tak mengundi. Aku pun tak tahu apa motif mak aku kata macam tu.

Sebagai rakyat Malaysia sejak aku lahir, aku perlu tunaikan tanggungjawab terhadap negara Malaysia yang tercinta. Aku nak pilih pemimpin siapa yang aku rasa patut. Siapa yang akan aku pilih? Ianya adalah rahsia. Hanya aku dan Allah mengetahui siapa yang akan aku undi. Huhu.

Tarikh Pilihan Raya pun tak diumumkan secara rasmi lagi. Jadi, bagi sesiapa yang belum mendaftar sebagai pengundi masih belum terlambat lagi nak mendaftar.


Borang yang kakak kat kaunter tu bagi selepas aku mendaftar. Sebagai bukti yang aku dah mendaftar sebagai pengundi.


Tak susah sebsnarnya nak mendaftar. Pergi je pejabat pos yang berhampiran. Tak payah pergi tempat yang jauh. Buang masa dan tenaga je. Lepas tu ambil nombor giliran. Bila sampai giliran korang pergilah kat kaunter tu. Tak payah mintak borang! Dia akan mintak IC korang. Dia isi segalanya. Lepas tu siap! Tak sampai 5 minit.

Jadi, tak ada alasan sibuk nak buat semua tu. Betul tak? Nak seribu daya, tak nak berdalih-dalih banyak.


Kepala borang pendaftaran pengundi.


Cuma aku tak tahu je ADUN dan PARLIMEN mana yang akan aku mengundi nanti. Mengikut alamat rumah aku ni. ADUN tempat aku adalah DUN PANTI yang sekarang ni di terajui oleh Y.B Dato' Haji Baderi bin Dasuki. Parlimen kawasan aku pulak ialah PARLIMEN TENGGARA ialah Datuk Halimah binti Mohd Sadique.


Gambar : Sumber
Adun Panti di kawasan aku. Pandai-pandai lah korang tengok nama dia tu.

Gambar : Sumber
Ni pulak Ahli Parlimen Tenggara. Tempat tinggal aku ni di bawah orang ni lah.
*pssssttt! jangan komen pasal gambar ni. Nanti tambah pulak dosa korang. hihi.



Ini bukan blog politik ye kawan-kawan. Ini sekadar perkongsian maklumat. Biar korang sendiri mengenali siapa ahli politik korang. 

Kepada yang belum mendaftar dan dah cukup 21 tahun tu cepat-cepatlah pergi daftar ye. Jangan terlambat. Tunaikan kewajipan anda terhadap negara.

notaFO : Dapat jemputan lawatan sambil belajar pergi Perak tapi belum comfirm. Harap-harap dapat lah. Dapat tambah ilmu di samping mengisi masa lapang di waktu cuti ini.

13 comments:

  1. aq tak daftar lagi!!! kalau suruh mak aku wakilkan boleh x????

    ReplyDelete
  2. aq tak daftar lagi!!! kalau suruh mak aku wakil kn boleh x????

    ReplyDelete
  3. lagi satu, bwk ic je kn??? cap jari ssegale bagai xyah kn??

    ReplyDelete
  4. khalid kadir : a'ah, bawak ic je... cop jari segala semua tak de... kalau bab wakil tu aq tak tahu plak lah sama ade boleh atau tak...

    ReplyDelete
  5. aku ingat masa aku daftar tahun lepas tak sempat dah. tengok-tengok sampai sekarang belum lagi pilihan raya.huhu

    ReplyDelete
  6. saya tak cukup unur lagi...lagi beberapa hari ja lagi baru nak masuk umo 20 tahun...hehehe

    ReplyDelete
  7. naniey : kira mcm tu lah... masih budak lg..

    ReplyDelete
  8. aduh terasa..
    haha
    umur my da cukup tp masi blum daftar lg laaa hehehe

    sempat lg kaa nk mendaftar ni?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...