...Assalammualaikum...
Cerita ni berlaku seharian dalam hari Khamis 5 Julai 2012. Baru hari ini terluah untuk menulis apa yang berlaku pada hari tersebut.
Bangun awal pagi buta aku bangun dengan pantas untuk menduduki ujian undang-undang. Kalau aku lulus aku akan dapat Lesen L. Berdebar. Berdegup kencang jantung ni nak menjawab soalan tu. Walaupun orang lain kata soalan tu senang aku tetap nervous.
Setengah jam aku jawab. Tak lama pun. Bila result keluar aku memperoleh 42/50. Aku rasa macam nak menjerit je dalam bilik tu. Tapi, rasional sikit. Kalau aku jerit karang nanti orang kata aku gila pulak.
Aku hanya mampu senyum melebar sampai ke telinga je. Haha. Seronok tak terkata. Lepas ni nak belajar memandu pulak. Sabtu depan baru dapat masuk kelas tu.
Petang tu pulak aku menonton wayang. Sejarah pertama dalam hidup aku, aku tengok hari pertama tayangan filem tersebut. Nak tahu filem apa? Filem 8 Jam. Memang dari dulu lagi aku nak tengok filem ni. Ada perkara yang tertarik jiwa dan raga aku untuk aku ke wayang untuk tengok Filem ni. Dah lama sebenarnya aku tak tengok wayang.
Filem lakonan Shaheizy Sam dengan Yana Shamsudin kali ini memang ada kelainan. Aku boleh katakan filem ni bergenre Cinta Thriller. Sebabnya filem ni banyak aksi disamping kisah cinta 2 insan antara lelaki dan perempuan.
Sebelum ni aku terfikir kenapa tajuk filem ni 8 Jam? Lepas aku tengok baru aku paham kenapa 8 Jam. Plot yang digarap dengan menarik dan memudahkan untuk para penonton untuk memahaminya. Awal cerita ni dah ada adegan lawan-lawan. Tak lama nak tunggu dia lawan-lawan. Filem ni buat kita tertunggu-tunggu apa yang akan berlaku sehingga ke akhir cerita ni.
Satu jam setengah aku panaskan kerusi panggung wayang duduk kat dalam tu. Dengan itu aku memberi 8/10 bintang untuk filem ni.
Nah! Ambik! Ni setakat trailer je yang dapat aku bagi. Nak full movie pergi lah kat panggung terdekat. Filem ni best sangat! Tak rugi menonton kat wayang.
Nah! Ambik! Ni setakat trailer je yang dapat aku bagi. Nak full movie pergi lah kat panggung terdekat. Filem ni best sangat! Tak rugi menonton kat wayang.
notaFO : cuti dua bulan ni amatlah bosan duduk di rumah. Nak travel kewangan tak mengizinkan. mmm..
tahniah....!!!!
ReplyDeletelepas ni hebat ar dia drive.. eh2.. lesen memandu ker??
ReplyDeletetahniah sebab dah lulus...cita 8 jam tu best ka?
ReplyDeleteTahniah dah lulus dengan jayanya.Tunggu lesen P la pulak. Goodluckkkkk!
ReplyDeleteSeronoklah dia bercuti sakan 2 bulan,boleh puasa kat rumah je.Huuu kita jugak buat shortsem
oraitla tu kalau dah lulus. good luck...
ReplyDelete8/10..kene tengok ni
ReplyDeletetapi skang ni pun cuti
dan takda duit hehe
kita jarang sgt2 tengok muvie ni..
ReplyDeletedpt lesen nanti leh la bawak laju2 hehehe ;)
Wah!!! Lps ni aku tidak memandu keseorangan...
ReplyDeletewahh ~ best nya dpt bljr driving .. kita ni nak bljar n amik lesen pon blom dpt2 lg . untung laa . hehe :)
ReplyDeleteCongratz!
ReplyDeletemcm best je. mesti tgk nih :D
ReplyDeletebtw, hati2 menandu bila dah dpt lesen. ingatlah orang tersayang. whoa!
jyeahhhh!
ReplyDeleteselamat mengambil lesen memandu..
wish me luck utk test JPJ ari selasa depan taw..
psstt.. cerita ni blom tgk lg.. huhu. blum ada masa utk tgk sb bz keja :(
Review kami : Filem 8 Jam
ReplyDelete