Thursday, March 29, 2012

Respect Sama Lu!!!

Hari ini kelas Kimia Am II jam 10 pagi. Awal aku sampai. 9.45 dah duk kelas. 5 minit kemudian Dr Nadia pun sampai. Lecturer dari Canada.

Jam 10.05 dia mula berbicara. "Can we start now? We had late 5 minute."

Kawan aku pun cakap, " Baru 5 minit bukan lewat sangat pun".

Aku pula cakap pada kawan aku tu " Itulah bezanya orang Malaysia dengan orang Canada".

******



Nampak tak apa yang nak cuba aku sampaikan? Berdasarkan apa yang aku nak bagi tahu ni memang ada perbezaan dalam diri kita sebagai orang Malaysia dan orang Canada macam Dr Nadia ni.

Masa memang amat berharaga bagi dia. 5 minit pun dah dianggap lewat. Tapi macam mana dengan mentaliti masyarakat di Malaysia. Ramai yang tak reti nak menghargai masa. Tu sebabnya ramai yang susah nak berjaya. Di sebabkan gagal menghargai masa, macam macam perkara boleh terjadi.

Aku memang respect la sama Dr Nadia. Terbaik. Boleh buat aku tersedar yang masa begitu penting. Banyak peribahasa yang berkaitan dengan masa seperti Masa itu emas dan Masa Ibarat Pedang.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
 ( Surah Al-'Asr : 1-3)

Semoga ia menjadi pengajaran tentang kita mengenai hargai masa. Barulah istilah JANJI MELAYU tak keluar lagi. Menyampah bila dengar istilah tu.

Wednesday, March 28, 2012

Sweet 21

27 MAC 2012, genap usia aku ke 21. Ramai yang wish Happy Birthday dan mengharapkan yang terbaik yang aku boleh buat dalam mengecapi kehidupan dunia dan akhirat. Ucapan paling best ialah "kau dah mengundi untuk pilihan raya ke 13". Memang itu yang aku nak dari dulu.



Sambutan Hari Lahir memang aku tak mengharapkanlah dari orang disekeliling. Tapi, bila ada yang ingat hari lahir aku, aku masih menghargai mereka. Malam tadi aku dah kena jirus air satu baldi. Nasib baik air bersih. Kalau tak, mahu aku kena mandi lagi sekali malam malam buta ni.

Aku ni tak nak lah menyusahkan orang untuk buat persiapan apa-apa untuk aku sempena birthday ni. Takut tak terbalas pula.

Sepanjang semalam aku rasa tak aman je di dunia luar. Takut ada orang buat surprise yang entah apa-apa. Kalau boleh nak duduk bilik je. Sambutan yang setahun sekali ni datang kadang kala jadi manis buat aku apabila ramai yang ingat dan tahu birthday aku. Seronok pun ya juga. Memang tahap terharu lah. Untung air mata tak tertumpah bila baca ucapan-ucapan diorang ni kat facebook.

Bila umur dah bertambah ni memang lah dah makin tua. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku bernafas sehingga umur aku 21 tahun. Kita semua perlu beringat sebenarnya umur kita ni semakin pendek dan semakin dekat dengan kematian. Jadi kita semua perlu tingkatkan amal ibadah kita supaya kita akan menjadi penghuni di syurga. 

Aku juga perlu jadi matang. Lebih-lebih lagi dengan umur aku yang dah semakin meningkat ni. Kane fikir yang terbaik untuk kehidupan. Tak perlu lah sambil lewa dalam kehidupan ini. Walaupun kehidupan dunia ini sementara tapi kita perlu buat persediaan untuk kehidupan di akhirat sebab kehidupan di akhirat adalah kekal abadi.

Janganlah kita lupa akan mengingati Allah.

Thursday, March 22, 2012

Bila Result SPM Diumumkan!!!

Dah lama aku tinggalkan zaman SPM. Saat paling menakutkan ialah menghadapi peperiksaan SPM. Paling menakutkan pula ialah bila result SPM di umumkan.

Tahun 2008 ialah tahun aku ambil SPM. Sekarang berjuang di UKM. SPM tinggalkan banyak kenangan. SPM adalah tiket untuk kita semua sambung belajar di mana dan macam mana kita nak belajar pada kemudian harinya.



Cerita pasal result SPM aku. Result aku tak lah semengah Nur Amalina, Nik Madihah yang boleh dapat berpuluh-puluh A. Sekadar syarat lulus je. Agak tergamam bila result yang aku dapat 3A2B4C1D. Where I can continue my study if my result like thus??? Time tu aku hanya fikir yang aku nak sambung pelajaran dalam Tingkatan 6 je. Masih setia pada aliran sains. Tak mau sastera!

Agak bertambah bengang lagi apabila ramai kawan-kawan seangkatan berjaya meloloskan diri ke Matrikulasi, UiTM dan Poloteknik. But me? Tak dapat apa-apa. 

Apa yang aku dapat masa tu ialah form 6 di SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI. Nasib baik yang di tawarkan aliran sains. Tapi, orang cakap form 6 ni susah. Aku ni pula berani nak mati ambil aliran sains. Hari pertama kelas, macam nak nangis. Belajar satu apa pun tak masuk. Tup-tup dapat assignment. Benci!

2 minggu aku bertahan. Aku keluar dari form 6 sebab aku dapat tawaran matrikulasi 2 tahun. Aku dapat di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Itu je yang mampu aku dapat hasil dari tiket SPM aku. Orang lain dapat matrik setahun. Tapi aku dapat 2 tahun. 

Belajar punya belajar dapat result matrik terus dapat masuk UKM. Syukur. Alhamdulillah.

Sekarang berjuang pula dalam UKM. Agak dan memang mencabar belajar di universiti ni.

Jangan terlalu kecewa. Peluang masih ada.

Tadi pagi adik aku yang kembar ambil result SPM. Aku tanya macam mana result? Dengan bangganya dia cakap adik dengan kakak tak dapat A pun tapi lulus. Adik dapat 2G kakak dapat 1G. Hampeh! G juga yang dia orang ni ambil.

Mak abah kata apa? Aku tanya lagi. Mak dengan abah dah faham kitaorang. Dah tak boleh buat pape dah.

Apa-apa lah kau adik kakak. Yang penting hidup kau tak menyusahkan orang lain. At least ko nak berkerja. Cari rezeki yang halal. Nasib baik kau tu perempuan. Kalau lelaki macam aku mahu kena pelangkung dapat result macam tu.

Apa-apa pun, aku akan menyokong apa yang baik untuk kau adik-adik aku. Tak kisah lah kau masuk ke tidak. Yang penting kau buat yang terbaik untuk hidup kau.

Setiap insan didunia ni berhak mengecapi kemewahan yang dia impikan. Apa yang dia perlu lakukan ialah usaha sehingga berjaya. Lagi satu apa yang kita buat mestilah yang halal sahaja. Ikut kebolehan diri. Pedulikan apa yang orang nak kata.

Chill!!! Jangan kecewa walau tak berjaya. Kita semua masih ada peluang. Mungkin bukan di sini tapi di tempat lain.

Monday, March 19, 2012

Lonely Sunday

Hari ni tiba-tiba nak luahkan sesuatu apa yang aku rasa sepanjang hari ini. Tak tahu lah sejak dua menjak ni lain macam je berlaku kat aku. Nak kata sedih tak pulak. Nak kata gembira pun tak jugak. Tapi, apa yang pasti, aku lebih suka menyendiri sekarang ni. Tak seperti biasa.

Aku jadi macam pendiam. Tak banyak berkata-kata. Selalunya aku lah orang yang paling kepoh sekali. Mungkin aku ni dah homesick sangat. Dah lama tak balik rumah. Mengikut perancangan bulan 4 ni baru nak balik rumah. Tak lama lagi tuh.

Mungkin juga aku rasa macam ni sebab angka 21 dah semakin hampir. Cubalah teka apa yang aku maksudkan dengan angka 21 tu. Jadi, mungkin ini di sebabkan tindakbalas emosi aku agaknya dalam mematangkan diri aku ni. Kecelaruan emosi lah ni sedang berperang kat dalam diri ni.



Apa yang aku buat hari ini agak membosankan. Kesepian. Jarang aku berlaku macam ni. Bangun tidur pagi. Lepas subuh tidur balik. Pukul 10 baru bangun. Tak sihat langsung macam ni punya gaya hidup. Niat nak berubah tapi payah pula nak mengubah.

Pukul 2 pergi library. Buat lab report dengan partner lab chemistry. Bahaya buat kerja berdua dengan perempuan ni. Nasib baik dia bawa kawan. Duduk meja berlainan. Fitnah perempuan ni bahaya. Boleh mengundang padah. Maruah perempuan kena jaga. Kalau tak aku juga yang susah.

Selalunya aku makan lunch and dinner beramai-ramai. Kali ni aku seorang diri. Ajak kawan yang lain semua tak ada. Semua keluar pergi KL. Hidup dalam kebosanan. Tak ada orang untuk aku berbual macam selalu. Selalunya kalau aku seorang diri, aku tak kisah. Tapi, kali ni lain macam pula. Nak ada kawan untuk berbual. Tapi, hari ini aku hanya banyak berbual dengan partner lab aku je tadi kat library. Tu pun tak lama. Bahaya kalau lebih-lebih.


Nak kata aku ni tak cukup rehat pun tak juga. Pasal aku ni banyak tidur. Dah macam baby pun ada. Tidur lebih banyak daripada terjaga. Dah makin lembab otak ni. Macam mana nak hilangkan mengantuk pun aku tak tahu. Pantang duduk bilik asyik tidur je.

Memang betul, hari ini aku merasa Lonely Sunday. Tak ada yang begitu menarik berlaku kat aku. Kecelaruan perasaan dan emosi ni melanda bak ombak mengganas. Mujur masih dapat dikawal. Ingat ALLAH lebih baik. Segala yang berlaku semua atas kehendaknya.

my new cousin. Muhammad Rayyan Amsyar bin Mohd Firdaus.
Bulan 4 ni aku balik nak tengok baby ni.
Nota Kerusi Merah : baca buku "La Tahzan" baru naik motivasi.

Sunday, March 18, 2012

Bila Ben Ashaari Tanya Aku


Dah lama aku tinggalkan sekolah ni.
Sejak tahun 2008 aku dah tinggalkan zaman sekolah.
Tiba-tiba aku nampak segmen ni so aku join untuk mengimbau pengalaman aku semasa di sekolah dulu.

Banyak sebenarnya perkara yang membosankan ketika cuti sekolah dah berakhir dan esok pula sekolah bermula semula.
Antaranya ialah homework yang cikgu bagi tak siap-siap. Esok pula cikgu dah minta. Kelam kabut buat. Tak siap, esok tiru kawan. 

Kedua, tiap-tiap pagi akan dengar mak membebel. Kejutkan anak bangun tidur yang tak sedar-sedar diri. Walaupun tiap-tiap pagi mak asyik membebel, anak masih buat perkara yang sama. Kalau mak tu senyap je tak tahu lah apa yang akan jadi kat aku dengan adik-adik.

nota kerusi : dah lama tinggalkan sekolah, terasa rindu pula nak ke sana semula.

Saturday, March 17, 2012

Fenomena Kahwin Awal!!!!

Apsal aku nak update pasal kahwin ni? Ni tak ada lah cerita pasal kahwin je. Aku nak cerita yang aku baru je dengar Forum di Kolej Aminuddin Baki. Pada mulanya aku nak pergi sebab tajuk forum ni berkaitan dengan kajian Kursus Pembangunan Diri II aku. Aku nak mengkaji tentang Kahwin Muda ataupun Kahwin Ketika Belajar.

Apa bila aku berada disana banyak input yang aku dapat. Yang penting dapat sedarkan diri ini yang sentiasa khilaf dalam melakukan pelbagai perkara.



Antara perkara atau bait-bait kata yang aku masih ingat ialah :

1. Jangan tergesa mencari jodoh kerana jodoh itu ada untuk kita. Berdoalah untuk mendapat jodoh yang terbaik.

2. Nikah Khitbah dibolehkan sekiranya seorang itu takut berlakunya zina.

3. Sekiranya lelaki tersebut bernikah dengan seseorang perempuan maka dia wajib memberi nafkah.

4. Berkahwin muda lebih terjamin berbanding membiarkan pasangan tersebut bercouple.

5. Berdoalah kepada Allah jika kita minat pada seseorang tersebut.

6. Jodoh yang baik adalah untuk oprang yang baik. Begitulah yang sebaliknya.

Ini sahaja yang dapat aku ingat. Biasalah aku ni bukanlah bawa buku nota. Lagipun penel tersebut banyak bercerita sama ada mengenai pengalaman beliau mahupun pengalaman orang lain.

Setelah aku mendengar serba sedikit mengenai Forum ini baru aku tahu apa yang patut aku buat pada masa akan datang dalam mengatur cita-cita dan cinta. Mana manusia yang tak perlu bercinta dan mencintai. Begitu jugalah berlaku dan yang aku inginkan. Cuma belum masanya lagi.


Thursday, March 15, 2012

Madah Cinta

SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang sentiasa menjadi GADIS SEMASA untukku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujur saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau sebenarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya hukum KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untuk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya..






Madah yang aku peroleh dan dengar dari siaran langsung AJL 26 pada Januari yang lepas.. Ni pun  baru aku dapat.. So, dapatlah aku share pada pembaca blog Kerusi Merah ini..

Wednesday, March 14, 2012

Al-Kisah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas UKM

Rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku menceritakan aktiviti aku dari 9 hingga 11 Mac yang lepas. Apa yang aku lakukan pada hari itu ialah aku terlibat dalam penganjuran Temasya Gemilang Kolej Keris Mas ( TG2KM ) yang merupakan hari keluarga bagi 2300 penghuni Kolej Keris Mas.



Aku yang di amanahkan untuk membawa tugas sebagai Timbalan Pengarah Unit Khas dan Penerbitan. Banyak program yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi menjayakan Temasya Gemilang ini.

Hari Pertama 09 Mac 2012 ( Jumaat )

Aktiviti hari Jumaat bermula dengan pembukaan gerai jualan yang menjual makanan seperti keropok dan aneka perisa air. Selain itu, jualan baju, tudung, jersi juga turut dibuka. Tidak ketinggalan buku terbitan karangkraf yang menjadi penaja turut di jual semasa hari kejadian.

Pada hari tersebut aku tidak ketinggalan untuk melaksanakan tugas iaitu membuat backdrop sempena Dialog Inspirasi Bersamamu Palestin. Kekreatifan aku terserlah semasa melakukan tuigas tersebut.

Pada malam tepat jam 9 malam, bermulalah Dialog Inspirasi Bersamamu Palestin. 3 ahli penel di jemput bersama seorang moderator. Tak ingat pula siapa meraka yang terlibat dalam dialog tersebut.



Malangnya pada malam pertama penganjuran Temasya Gemilang kali ini sungguh hambar. Penonton yang tidak ramai membuatkan ahli jawatankuasa kecewa dengan sambutan yang kami terima.

Pada masa yang sama, satu lagi Festival Sanjungan Satria ( FESSAT ) anjuran Kolej Tun Hussien Onn dilaksanakan. Membuatkan ia menjadi saingan penganjuran TG2KM kali ini.

Hari Kedua 10 Mac 2012 ( Sabtu )

Seawal pagi lebih banyak gerai jualan dan pameran telah dibuka antaranya seni tulisan khad dan dandanan rambut lelaki.



Acara lain yang turut berlangsung ialah explorace, derma darah dan pemeriksaan kesihatan, pertandingan Raja PES TG2KM, Pertandingan badminton, Ujibakat Pencarian Juru Hebah Nasyid FM dan Konsert Semarak Kebangkitan Palestin yang dihadiri oleh Devotes, Fareast dan Muadz.

Penganjuran hari kedua menampak kan sambutan yang lebih berbanding hari jumaat. Lebih-lebih lagi ketikaKonsert Semarak Kebangkitan Palestin. Memang gempak lah. 



Yang menariknya, selepas konsert ada ramah mesra bersama artis. Pengunjung boleh bergambar dan mendapatkan tandatangan artis. Aku? Tak lepaskan peluang. Walaupun aku tak pernah kenal dan tak pernah minat mereka tetap juga aku nak bergambar dengan mereka. Bukan senang nak jumpa meraka ni. Sekali jumpa, gunalah kesempatan yang ada.

Hari Ketiga 11 Mac 2012 ( Ahad )

Lebih banyak acara yang besar pada hari tersebut. Acara yang dilaksdanakan pada hari Ahad ialah Pencarian Ikon Siswi ( Akhir ), Forum Siswi : We are beautiful, Pertandingan Dekorasi Kek, Seminar bersama Karangkraf, Bicara Usahawan : 2 generasi 2 Revolusi, Konvoi dan Pemeran Superbike, Street Soccer 3vs3 dan Majlis penutupan TG2KM serta Konsert Penutupan tajaan Muzik FM dan Nasional FM.

Artis yang membuat persembahan semasa konsert penutup ialah Najwa Latif, Shiela Abdul, Yabang Khalifah, Daus dan Ali Terrarosa. Memang gempak lah konsert ni. Paling mendapat sambutan ialah artis dari Najwa Latif dan Ali Terrarosa. Najwa Latif  yang membuat persembahan di awal konsert pandai melayan peminat apabila menyanyi lagu hits Cinta Muka Buku bersama penonton. Memang gempaklah. 





Persembahan penutup pula ialah Ali Terrarosa. Memang rock!!! Lagu Sakinah, Sepi Rindu dan Bunga Angkasa. Penutup lagu bunga angkasa adalah atas permintaan ramai. Sekali dia nyanyi memang rock lah.

Rata-rata aku cakap hari yang terakhir dalam TG2KM ini memang best. I really  satisfied with all singer that perform that night even before that many person don't like that singer.

Perkara Tersirat dalam Penganjuran TG2KM.

Ini adalah apa yang aku nampak dan apa yang aku dengar sepanjang progran ini dilaksanakan.

1. Ada yang mempersoalkan tajaan yang pihak kami terima dari Tekun nasional sebanyak RM 25 ribu ada unsur politik. Sila Komen?

2. Penganjuran kali ini mempunyai saingan bersama Fessat anjuran Kolej Tun Hussien Onn dengan TG2KM anjuran Kolej Keris Mas.

3. Gerai jualan yang tidak banyak dan banyak gerai dan pameran terpaksa tutup awal di sebabkan kekurangan pengunjung.

4. Booth tulisan khad mendapat sambutan hangat apabila ramai yang menempah tulisan khad menjadi penanda buku.

5. Penganjuran kali ini banyak seminar dan ceramah membuatkan ramai yang tidak mahu berkunjung ke tapak TG2KM.

6. Pameran Ferrari terpaksa di batalkan pada saat-saat akhir dimana ini adalah acara yang diminati oleh kebanyakkan warga UKM.

7. Bnyak program yang dijadualkan pada hari sabtu banyak yang ditunda pada hari ahad. Hal ini telah membuat kan ramai orang keliru termasuk ajk penganjur dan pengunjung. 

8. Ada juga menyatakan publisiti dan iklan kurang. Ada antara meraka tidak mengetahui akan penganjuran TG2KM ini. Mungkin juga flyers yang disebar agak kelewatan.

9. Ada juga menyatakan penganjuran TG2KM kali ini terlalu singkat dan agak suram kerana banyak seminar dan ceramah.

10. Ada yang menyatakan anjuran kami ini adalah anjuran "syok sendiri". Pada aku, ada aku kisah. Yang penting kami yang terlibat dihadiahkan 4 jam kredit LC. Yahooo!!!

11. Penganjuran TG2KM ini melibatkan 350 orang ahli dimana ia adalah ajk paling ramai sepanjang penganjuran TG2KM selama 11 tahun.

12. Tema yang di angkat pada TG2KM kali ini ialah Belia Cemerlang Pendokong Aspirasi Negara.

13. Untuk pengetahuan semua, gimik penutup yang dirancanakan oleh unit kami tidak menjadi apa yang telah dirancang. Tapi, majlis terus berjalan.

Apa-apa pun desas desus mengenai TG2KM kali ini kami jadikan ia sebagai pengalaman dan pengajaran yang akan kami semua gunakan untuk penganjuran dimasa akan datang.

Agak-agak tema apa yang patut pula di angkat pada penganjuran TG2KM ke 12 sesi 2012/2013????

Tuesday, March 13, 2012

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri

Hari ini aku akan berkongsi sedikit maklumat yang aku perolehi dari laman facebook. Amat menarik untuk di kongsi. Harap dia bagi manfaat kepada semua yang membaca. Perkara yang aku nak kongsikan adalah seperti tajuk di atas.

1. Bila berdoa, tidak mendoakan orang lain.

2. Tidak membaca Al-Quran.

3. Tidak solat sunat Tahayatul Masjid bila masuk masjid.



4. Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada di perkuburan.

5. Apabila sampai ke suatu tempat, dia tidak solat Jumaat.

6. Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar.

7. Apabila bertemu dua orang, tidak bertanya nama.

8. Apabila di jemput kenduri, dia tidak datang.

9. Pemuda yang tidak mahu berkerja dan tidak mahu belajar.

10. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan.

Thursday, March 8, 2012

Dinner Di Bendang Bamboo!!!

Semalam sejarah buat aku dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UKM ( PSSCMUKM ) sebab dapat makan malam bersama Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama dan Presiden PSSCM. Tak semua orang dalam persatuan ini dapat makan malam bersama Tuan Guru Utama. Apatah lagi apabila kami dari PSSCMUKM mendapat jemputan Guru Utama untuk makan malam bersama beliau.



Berkumpul di perkarangan masjid UKM jam 6 petang. 6.30 petang bergerak ke Restoran Istana Bamboo, Ampang. Tak pernah makan lagi kat tempat tu. Dalam perjalanan hujan lebat melanda bumi Kuala Lumpur. Dengar cerita sampai banjir. Sampai di restoran tersebut jam 8.15 malam. Lama sangat perjalanan sebab jalan raya di banjiri dengan kereta. 

Kalau dah tinggal di Kuala Lumpur memang syaratlah jem berjam-jam kat atas jalan raya ni. Kalau tak bukan orang KL lah namanya.

Sesampai disana memang berkuyup lah. Sekitar suasana restoran yang buluh je keseluruhannya. Memang indah sebab jelas suasana desa. Tapi di sebabkan hujan rahmat ni. Basah pula menjadi syarat. Nak buat macam manakan?

Jam 9 Tuan Guru Utama sampai ke restoran tersebut. Acara dimulakan dengan ucapan Penyelia PSSCMUKM, Encik Zaini. Tapi orang kat PSSCMUKM panggil abang Zaini. Lepas tu ucapan Kak Hazrina. Ketua pengarah Karnival Waja Diri ke-5. Lepas tu bacaan doa makan oleh Ustaz Kahar.

Ni lah saat yang semua orang tunggu-tunggu. Makan! Kebuluran masing-masing. Lebih-lebih lagi suasana hujan menjadi latar suasana kami semalam. Memang mewah lah makan. Seafood sedap. Ayam pun sodap. Nasi wangi. Rasa macam beras mahal. Cepat je kenyang. Dengar cerita 1 kepala nasi dan lauk pauk yang di bayar RM 45. Dengan harga macam tu 3 hari aku punya belanja. No wonder aku tak nak lepaskan peluang makan macam ni.

Hasil dari santapan kami.


Suasana dalam restoran.

Gedik time di depan kemera.



Dah abis makan, ada sedikit kata dari Guru Utama dengan memberi sedikit kata semangat dan ucapan terima kasih atas usaha kami dalam menjayakan KWD yang lepas. After that ada pencapaian sijil dengan cenderamata. Lastly tayangan VIDEOkhas semasa KWD. 

Nasib baik terselit juga gambar aku. Walaupun tak banyak. At least ada lah jugak. Kalau tak kecewa aku sebagai AJK Logistik dan Teknikal. 

Sebelum balik sakan bergalak dengan sesi photography. Banyak gambar lagi DI SINI.

Jam 12 baru balik. Sampai bilik tidur sepuasnya.

Lain kali ada peluang macam ni memang aku tak nak lepaskan.

Sunday, March 4, 2012

Bola Ke Longkang!!! Argh!!!

Di sabtu yang indah ini, tak ada aktiviti yang menerik jika aku terus berada di Kolej Keris Mas tercinta. Dalam waktu yang sama sebahagian kawan H3P7 KMNS 2010/2011. Seronok bila sekali sekala dapat berjumpa. Yang dapat datang 5 orang je. 3 orang dari UKM, 1 dari UTEM dan seorang lagi dari UMP. Apsal entah kawan-kawan aku dari UPM tiba-tiba tak dapat nak join. Semua pula tu. Padahal kawan-kawan aku ramai dari sana. Dah orang tak sudi nak buat macam mana kan??

Perjumpaan reunion kecil ini di adakan di Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Satu jam setengah perjalanan aku ke sana. Perjumpaan kami dimulakan dengan mencari tempat makan. Memang ramai lah time tengahari ni orang makan. Kena tunggu org keluar dulu. Lastly makan kat KFC je. Tak ada tempat lain dah.

Aktiviti kami pada mulanya nak tonton wayang. Tapi berubah apabila tempat bermain bowling. Aku ni pulak first time main boling. Agak menguji aku. Aku ni dah la bukan atlit sukan nak main-main benda alah ni.


antara geng reunion.


Kawan aku kata baling je. Ke longkang pun puas jugak. Selama ni aku main game bowling yang ada dalam phone je. Tapi. kali ni main live sekali.

Sekali aku baling. Jatuh 3 pin. Gembira bukan kemain lagi. 5 balingan pertama pin tu jatuh walaupun tak semua. Tapi, akhir-akhir balingan, bola itu menjadi mangsa kepada longkang. Arrrrrggggghhhh!!!! Apa yang dah berlaku ni? Markah aku tak banyak.

Apa pun inilah pengalaman aku yang pertama aku main bowling walaupun bola banyak ke longkang. Akan datang kalau ada peluang lagi, aku tak akan lepaskan permainan ini. 

Kalau aku tahu main bowling ni best, dari dulu lagi aku dah main. Dulu aku segan nak main sebab malu kalau aku baling bola tu asyik jadi sasaran longkang je. 



Cer teka yang mana satu aku punya.

colourful ball


ahli reunion.
Untuk lihat gambar klik SINI .

nota kerusi : lagi ramai lagi best. Persaingan main bowling bertambah sengit.


Friday, March 2, 2012

Tolong Respect Dia!!!

Hari Khamis kelas Kimia Am II pertama. Lecturer dari Kanada. First time ada lecturer international mengajar ni.

Dia ajar ni memang tak paham sikit lah pasal slank english dia ada sikit berbeza tapi masih boleh ikut lagi kuliah dia. Kena fokus dalam kuliah dia ni baru boleh paham.

Yang aku geram ni ada lah makhluk Allah ni mengajuk slank pensyarah ni. Bukan sekali. Banyak-banyak kali. Geram juga aku walaupun dia bukan ajuk aku. Tapi, hormatlah sikit pensyarah tu. Dia kan pensyarah kita. Kita datang kelas ni nak dapat ilmu. Kalau kau setakat datang kelas nak mengajuk cakap dia lebih baik tak payah datang. Ganggu orang lain nak belajar.



Ada sekali tu dia mengajuk terlalu kuat. Tiba-tiba je pensyarah tu berhenti bercakap. Pensyarah tu marah la agaknya sebab pelajar tak respect dia sebagai pensyarah. Tak tahu lah macam mana ilmu yang dia nak dapat dari pensyarah tu. Diterima atau tak. Apa pula lah pandangan pensyarah terhadap pelajar Malaysia ni? Entah-entah dia anggap pelajar Malaysia ni kurang ajar.

Pensyarah tu dah dapat title Doktor Professor. Siapa lah kau kan nak mengajuk slank dia. Teruk-teruk english dia pun dah belajar sampai PhD. Kau apa yang ada? Degree? Belum tentu kau pegang nanti.

Jadi belajarlah respect orang lain terutama guru yang mengajar kita. Macam mana orang nak respect kita kalau kita sendiri tak respect orang lain. Renung-renungkan lah.

p/s : Kalau aku dekat dengan budak tu, dah lama aku sound dia. Kalau tak aku cili kan mulut dia tu.

UKM Bergelita 2 jam


1 Mac 2012 jam 9.20 malam, aku berada di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Dan Teknologi untuk meeting Post Mortem Karnival Waja Diri ke 5. Dengan semangatnya aku dan ahli yang lain menghadiri mesyuarat tersebut dengan secara tiba-tiba kegelapan menutupi mata kami. 

Apsal gelap ni. Black out ke? Apa yang berlaku? Menggelabah semua bukak lampu kat dalam phone. Dengan tergesanya juga kami keluar menuju ke Dewan Anuar Mahmud ( DAM ) untuk mengetahui adakah tempat kami sahaja yang bergelap. Agak pelik juga lah sebab kolej Kediaman yang berhampiran turut bergelap.

Secara tiba-tiba kami nampak asap berkepul-kepul berwarna gelap. PANIK! Ada kebakaran!!!! Arah asap dari Kolej Ibrahim Yaakob ( KIY ). Biar betul kolej tu ada kebakaran. Boleh tergempar ni. Siasat punya siasat macam Detective Conan rupanya ada kebakaran nun jauh di bangi tapi perkara sebenar tak tahu lagi. 

Hebat betul asap tu sampai ke UKM boleh nampak. Mesti hebat sangat kebakaran tu. Hitam legam asap tu. Semua aktiviti di UKM tergendala. Tapi nak buat macam mana kan. Kita hanya merancang hanya ALLAH yang menentukan. 

Pukul 11.00 baru elektrik ada semula. Lepas elektrik ada semula WiFi tak boleh disambung. Tak dapat nak tengok status mereka yang mengatakan elektrik tak ada.

inilah keadaan nya tempat kebakaran tu.

Tup-tup pagi ni baru tahu punca kenapa semalam black out.

Kebakaran telah berlaku di substesen Pencawang Masuk Utama ( PMU ) TNB di Syeksen 15 semalam berhampiran Kilang Nippo-Denso dan Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Sumber Tenaga Nasional Berhad ( TNB ) memberitahu, kebakaran tersebut akibat transformer 132kV/33kV tiba-tiba meletop lalu mencetuskan kebakaran yang mengakibatkan kira-kira 10,000 penduduk Bandar Baru Bangi dan Putrajaya terpaksa bergelap hampir dua jam.



Malam tadi macam-macam isu kata kilang terbakarlah apa lah. Pagi ini baru tahu apa penca kami semua bergelap semalam. Kalau kebakaran ini berlaku kat UKM tak tahu lah nak kata apa. Menakutkan!

p/s : Ingat blackout sampai hari ini. Dapat cuti kelas dengan secara tiba-tiba. Tapi, macam mana lah orang yang buat assignment tapi tak sempat save. Merana gila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...