Friday, March 2, 2012

Tolong Respect Dia!!!

Hari Khamis kelas Kimia Am II pertama. Lecturer dari Kanada. First time ada lecturer international mengajar ni.

Dia ajar ni memang tak paham sikit lah pasal slank english dia ada sikit berbeza tapi masih boleh ikut lagi kuliah dia. Kena fokus dalam kuliah dia ni baru boleh paham.

Yang aku geram ni ada lah makhluk Allah ni mengajuk slank pensyarah ni. Bukan sekali. Banyak-banyak kali. Geram juga aku walaupun dia bukan ajuk aku. Tapi, hormatlah sikit pensyarah tu. Dia kan pensyarah kita. Kita datang kelas ni nak dapat ilmu. Kalau kau setakat datang kelas nak mengajuk cakap dia lebih baik tak payah datang. Ganggu orang lain nak belajar.



Ada sekali tu dia mengajuk terlalu kuat. Tiba-tiba je pensyarah tu berhenti bercakap. Pensyarah tu marah la agaknya sebab pelajar tak respect dia sebagai pensyarah. Tak tahu lah macam mana ilmu yang dia nak dapat dari pensyarah tu. Diterima atau tak. Apa pula lah pandangan pensyarah terhadap pelajar Malaysia ni? Entah-entah dia anggap pelajar Malaysia ni kurang ajar.

Pensyarah tu dah dapat title Doktor Professor. Siapa lah kau kan nak mengajuk slank dia. Teruk-teruk english dia pun dah belajar sampai PhD. Kau apa yang ada? Degree? Belum tentu kau pegang nanti.

Jadi belajarlah respect orang lain terutama guru yang mengajar kita. Macam mana orang nak respect kita kalau kita sendiri tak respect orang lain. Renung-renungkan lah.

p/s : Kalau aku dekat dengan budak tu, dah lama aku sound dia. Kalau tak aku cili kan mulut dia tu.

5 comments:

  1. Sikap jakun budak tu. tp best jgk dgr kuliah dia. huhu

    ReplyDelete
  2. Sabar, biasalah tu......manusia ini kan ada macam-macam....apa2 pun semoga berjaya dalam pelajara.....

    ReplyDelete
  3. pergi je kentut kat muka budak tu...
    muahaha....

    Tak tahu hormat orang.

    ReplyDelete
  4. nilah dia..anak malaysia kita....
    yg kononnya pandai sgt....

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...