Saturday, March 17, 2012

Fenomena Kahwin Awal!!!!

Apsal aku nak update pasal kahwin ni? Ni tak ada lah cerita pasal kahwin je. Aku nak cerita yang aku baru je dengar Forum di Kolej Aminuddin Baki. Pada mulanya aku nak pergi sebab tajuk forum ni berkaitan dengan kajian Kursus Pembangunan Diri II aku. Aku nak mengkaji tentang Kahwin Muda ataupun Kahwin Ketika Belajar.

Apa bila aku berada disana banyak input yang aku dapat. Yang penting dapat sedarkan diri ini yang sentiasa khilaf dalam melakukan pelbagai perkara.



Antara perkara atau bait-bait kata yang aku masih ingat ialah :

1. Jangan tergesa mencari jodoh kerana jodoh itu ada untuk kita. Berdoalah untuk mendapat jodoh yang terbaik.

2. Nikah Khitbah dibolehkan sekiranya seorang itu takut berlakunya zina.

3. Sekiranya lelaki tersebut bernikah dengan seseorang perempuan maka dia wajib memberi nafkah.

4. Berkahwin muda lebih terjamin berbanding membiarkan pasangan tersebut bercouple.

5. Berdoalah kepada Allah jika kita minat pada seseorang tersebut.

6. Jodoh yang baik adalah untuk oprang yang baik. Begitulah yang sebaliknya.

Ini sahaja yang dapat aku ingat. Biasalah aku ni bukanlah bawa buku nota. Lagipun penel tersebut banyak bercerita sama ada mengenai pengalaman beliau mahupun pengalaman orang lain.

Setelah aku mendengar serba sedikit mengenai Forum ini baru aku tahu apa yang patut aku buat pada masa akan datang dalam mengatur cita-cita dan cinta. Mana manusia yang tak perlu bercinta dan mencintai. Begitu jugalah berlaku dan yang aku inginkan. Cuma belum masanya lagi.


4 comments:

  1. Sori bro..x dpt dtg. malas nak pakai po gi sana. haha

    ReplyDelete
  2. kahwin awal okay je tapi kalau smpai mnyusahkan family nak kena tanggung kos sara hidup better jangan la.. kesian kat parents.

    ReplyDelete
  3. Aip....ni umo bape neh????!!!!
    HAHHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  4. ramai yang berkahwin awal bertujuan mengelakkan zina katanya TAPI adakah kita sedar bahawa perkahwinan memerlukan tanggungjawab yang besar..ada juga yang kahwin lari tanpa restu ibu bapa sedangkan redha ALLAH terletak pada redha ibu bapa..Jadi apa yang bakal berlaku pada perkahwinan mereka?tidak bahagia bukan..btw baru follow sini =)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...