27 MAC 2012, genap usia aku ke 21. Ramai yang wish Happy Birthday dan mengharapkan yang terbaik yang aku boleh buat dalam mengecapi kehidupan dunia dan akhirat. Ucapan paling best ialah "kau dah mengundi untuk pilihan raya ke 13". Memang itu yang aku nak dari dulu.
Sambutan Hari Lahir memang aku tak mengharapkanlah dari orang disekeliling. Tapi, bila ada yang ingat hari lahir aku, aku masih menghargai mereka. Malam tadi aku dah kena jirus air satu baldi. Nasib baik air bersih. Kalau tak, mahu aku kena mandi lagi sekali malam malam buta ni.
Aku ni tak nak lah menyusahkan orang untuk buat persiapan apa-apa untuk aku sempena birthday ni. Takut tak terbalas pula.
Sepanjang semalam aku rasa tak aman je di dunia luar. Takut ada orang buat surprise yang entah apa-apa. Kalau boleh nak duduk bilik je. Sambutan yang setahun sekali ni datang kadang kala jadi manis buat aku apabila ramai yang ingat dan tahu birthday aku. Seronok pun ya juga. Memang tahap terharu lah. Untung air mata tak tertumpah bila baca ucapan-ucapan diorang ni kat facebook.
Bila umur dah bertambah ni memang lah dah makin tua. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku bernafas sehingga umur aku 21 tahun. Kita semua perlu beringat sebenarnya umur kita ni semakin pendek dan semakin dekat dengan kematian. Jadi kita semua perlu tingkatkan amal ibadah kita supaya kita akan menjadi penghuni di syurga.
Aku juga perlu jadi matang. Lebih-lebih lagi dengan umur aku yang dah semakin meningkat ni. Kane fikir yang terbaik untuk kehidupan. Tak perlu lah sambil lewa dalam kehidupan ini. Walaupun kehidupan dunia ini sementara tapi kita perlu buat persediaan untuk kehidupan di akhirat sebab kehidupan di akhirat adalah kekal abadi.
Janganlah kita lupa akan mengingati Allah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.