Sunday, April 29, 2012

Tips Ke Matrikulasi : KMNS !!!

28 Mei 2012 adalah tarikh dimana kolej Matrikulasi menerima pelajar baru mereka. Sekarang ni dah ramai yang dah tahu Matrik mana yang diorang ni dapat. Tahniah kepada mereka yang dapat tawaran ke Matrikulasi!

Bila dah dapat tawaran tu, ramai lah yang mengatakan yang Matrik ni susah. Betul tak? Tak terkecuali jugak degan aku dulu. Sebagai bekas pelajar Matrik aku nak bagi sikit tips kat freshy ni. Mungkin korang semua tak tahu perihal hidup kat Matrik ni macam mana. Aku tak lah hebat sangat cuma aku nak bagi tahu apa yang aku telah alami.

Matrik ni tak susah kalau kita buat perkara seperti berikut.

1. Rajin : Perkara ni perlu. Kalau malas memang susah lah jawabnya. Rajin baca buku, rajin tanya guru. rajin buat tutorial, rajin bagun pagi, rajin belajar dan bermacam-macam jenis rajin la. Kalau keluar je perkataan MALAS memang susah lah nak cakap macam mana.

2. Laptop : Tak perlu lah bawak benda ni. Bukan perlu sangat pun. Tak ada assignment pun guna benda alah ni. Paling-paling pun guna buat main game, tengok movie. Line internet memang agak susah lah nak dapatkannya.

Rasa itu je kot yang korang kena buat masa study kat Matrik. Tak susah kan 2 perkara je yang korang kena ikut. Aku buat macam perkara kat atas tu lah. Alhamdulillah result aku membanggakan aku walaupun tak dapat 4 flat.

Nak cerita pasal sisitem pembelajaran aku tak tahu sangat sebab dia dah berubah. Dengar sekarang ada Program Satu Tahun ( PST ) dan Program Dua Tahun ( PDT ). Ada aliran sains dan akaun. Sains pulak ada 3 modul. Modul 1 ( Fizik, Kimia, Biology dan Math ), Modul 2 ( Fizik, Kimia, Math dan Komputer ) Modul 3 ( Biology, Kimia, Math dan Komputer ). Berbeza sikit dengan program aku masa tahun 2010/2011. Tapi, silibus tetap sama.




Sedikit suasana di Matrik.

1. Di Matrik ni ada orentasi seminggu. Penatnya jangan cakaplah. Semua orang nak marah time tu. Tapi, bersabarlah sebab pelajar dalam 2000. Memang ramai. Susah nak handle. Untuk permudahkan anda semua di nasihat bagi kerjasama kat pengurusan.

2. Pakaian. Tak macam budak sekolah lagi dah. Lelaki pakai kemeja lengan panjang, tie, seluar slack hitam dengan kasut kulit. Perempuan pakai baju kurung dan kasut kulit. Dah macam cikgu masa tu korang rasa. Tak payah nak berfesyen sangat kat Matrik ni. Tak da sapa nak tengok hang! Malah kena kutuk ada lah.

3. Kelas. Ada kuliah ada kelas tutorial. Dua-dua kena hadir. Sebab markah kehadiran pun dikira masuk exam. Kelas bermula dengan rasminya jam 8 pagi dan berakhir jam 5 petang. Lama tu. Tapi, jangan lah risau sebab kelas tak lah straight sampai ke petang tu. Ikut nasib jadual.

4. Makan. Tak payah risau nak masak bagai. Sebab kafe semua ada sediakan makanan yang korang selalu makan. Hanya datang, ambil, bayar dan makan. Tak susah kan kat Matrik. Basuh pingggan pun tak payah.

5. Study time. Bila-bila masa pun boleh. Asal korang study. Kat Matrik ni tak ada orang paksa pun nak study gaya lagu mana. Pandai-pandai lah buat sendiri. Kalau malas, tanggung lah sendiri apa akibatnya.

6. Barang elektrik. Iron, heater. Tak payah bawak. Ada disediakan. Kalau nak bawak juga, jangan bawak time mula-mula masuk. Nanti tak sempat nak guna pulak.

7. Bersukan. Petang-petang hari tu bila dah penat belajar boleh bersukan. Tak ada salahnya. Semua kelengkapan ada. Datang dan main sahaja. Sebelum maghrib pastikan ada di bilik. Takut ada momok pulak yang kacau.

8. Outing. Di Matrik ni korang tak perlu risau sebab setiap hujung minggu korang boleh keluar untuk bersuka ria kecuali tetiba keluar arahan anda tidak boleh keluar. Pakaian dia depend on Matrik tersebut. Ada suruh pakai formal. Ada yang suruh pakai biasa tapi sopan macam KMNS.

9. Perhimpunan. Sebulan sekali. Kalau di KMNS setiap rabu minggu pertama pada setiap bulan. Paham-pahamkan lah sendiri. Tak sama macam kat sekolah yang kena tiap-tiap minggu perhimpunan.

10. Kokurikulum. Mestilah ada. Macam-macam aktiviti ada. Bergantung pada Matrik tersebut. Ada hadiah. Dapat sijil. Yang penting dapat tinggal kenangan kat Matrik tu. Baru lah tak bosan duk belajar di Matik tu.

Seriously aku cakap kenangan belajar di Matrik memang cukup indah. Tak kisah lah dari Matrik mana pun ia tetap indah. Cikgu? Sporting habis. Tapi tak semua cikgu lah macam tu. Kawan-kawan? Memang tak semua skema. Ada juga kepala gila. Paling best dapat belajar memahami loghat dari negeri lain. Gelak ketawa tangis semua bersama. Umpama satu family. Kalau aku di bagi peluang, aku nak pergi semula kat Matrik aku tu.

Kepada yang dapat KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN, aku nak ucapkan tahniah!!! For your information. KMNS is the top 5 Matrik in Malaysia. Di sini aku nak bagi sedikit gambaran suasana di KMNS.


Dah sampai je di KMNS. Ini yang korang akan nampak dulu. Apa ini? Ini lah pagar yang berhampiran dengan pondok guard.


Surau KMNS. Tempat solat dan bermacam majlis keagamaan dilakukan disini. Tapi, solat Jumaat tidak dilakukan di sini. Kita guna masjid di luar KMNS. Anda perlu berjalan kaki menuju ke Masjid tersebut.


Lanskaps yang menarik. Berdekatan dengan pintu masuk KMNS.


Lanskap di hadapan Dewan Serbaguna KMNS. Yang bangunan kuning itu adalah unit. Ala macam bilik guru masa kat sekolah dulu tu. Kat sini lah korang boleh jumpa pensyarah. Nak tanya soalan dan apa-apa je.


Lanskap bersebelahan dengan Foyer. Masih berdekatan dengan pintu masuk KMNS.


Ini adalah foyer KMNS. Ini gambar lebih kurang 2 tahun lepas.





Deretan bangunan Makmal. 4 tingkat kesemuanya. Aras 1 dan 2 Makmal Kimia. Aras 3 Makmal Biology dan Aras 4 Makmal Fizik. Memang kena gagahkan diri untuk mendaki Makmal ini. Lif tidak disediakan.


Perpustakaan KMNS. Banyak buku. Tak payah beli pun tak apa. Boleh pinjam je kat sini. Ruangan study pun bersepah kat dalam tu. Aras 1 dan 2 adalah library. Aras 3 adalah Makmal Komputer.

Bagunan yang putih-putih itu adalah kolej kediaman. Agak tinggi lah bangunan ni. Ramai yang duk KMNS ni sihat-sihat. Banyak tangga kena daki. Lif memang totally tak ada di sini. Malam memang sejuk kat KMNS. Siang panas terik.


Di hadapan pintu masuk!




Astaka. Unik sikit sebab ada reka bentuk minang kabau. Tempat ni popular kerana acara sukan akan dibuat  di sini selain aktiviti pelajar pun ada buat kat sini. Tempat ni berangin sikit. Tu yang seronok.


Bangunan Makmal dari arah padang KMNS.


Dari kiri, adalah perpustakaan. Yang tengah dan kanan adalah bagunan Kuliah.




Ni bangunan asrama untuk perempuan. Yang ni dekat sikit kalau nak ke kelas. Tempat dia pun tak lah berbukit.


Bagunan kediaman Bestari. Asrama lelaki. Dekat dengan surau. Kalau tak ke surau memang kena ketuk ni.

 Banyak lagi bangunan yang aku tak tunjkuk dalam ni. Ada bangunan tutorial. Dewan kuliah baru, bangunan tutorial baru, kafe di setiap kolej kediaman, kedai, Cyber cafe. Bilik Dokumentari, Gelanggang sukan dan hutan kat KMNS pun ada. Boleh kalau nak masuk untuk junggle trekking.

Kalau korang semua nak tahu sehingga tahun 2011/2012 KMNS telah menghasilkan lebih kurang 15 ribu pelajar. Dan aku merasakan bilangan ini lagi banyak sebab pengambilan pertama sejak tahun 1999.

Sehingga sekarang KMNS telah mencapai berbagai anugerah. KMNS juga ada Persatuan Alumni dan Fan Page. Jika ada apa-apa pertanyaan boleh je tanya sesiapa di Fan page tersebut.

Ada juga Laman Web rasmi KMNS dan paling best ialah Blog KMNS. Banyak sebenarnya link dan laman web yang boleh korang cari. Tanya je pak cik GOOGLE. Mesti dia bagi.

Kalau ada pape boleh je nak tanya aku. 

notaFO : Selamat mendaftar ke masuk ke Matrik terutama bakal pelajar KMNS.

Sebelum tinggalkan blog ini minta tolong klik SINI. Daftar churpchurp supaya anda berupaya beroleh pendapatan sampingan.

40 comments:

  1. pehh. rindu la kot kat kmns ni! lorong senaling tu paling banyak nolstalgia! haha...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah bro.. Ok3, sy akn ingt smua ni klu insyaAllah msuk Matriks. Thanks utk smua pringatan ni! Laptop tu.. Ngeh3, nk jugak! Nk jugak! Hahaha! Tp gaya bro ckp, mcm takde la sy guna sgt nnti..

    ReplyDelete
  3. Lagi 5 hari saya bakal mendaftar di KMNS . Hopefully everything will be okay :)

    ReplyDelete
  4. Pergh..!! Kmns mmg terbaik argh! aku rindu gila kot.. dah berapa tahun sehh aku tinggalkan kmns.. aku masuk dulu batch 2008/2009.. port paling aku rindu dekat blok B1, bilik TV B3, dewan tingkat 1 kat B3, Ko-op, Astaka..

    ReplyDelete
  5. Matrik ade bagi elaun tak? berapa agaknya bagi sebulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semasa sy di matrik ketika tahun 2009 hingga 2011 elaun masih ada... rasanya elaun utk matrik ada lg... InsyaAllah... elaun ni ada sejak matrik ni ditubuhkan lagi... tak mungkin dgn mudah dia menghapuskan begitu je...

      elaun dapat kalau tak silap 1250 satu semester... bersamaan 250 satu bulan... cukup utk makan... yg penting jgn boros...

      Delete
  6. Assalamualaikum, nak tanya,

    1. Ada dress code untuk baju biasa ke? Ke pakai baju sukahati je? Kalau baju bergambar/corak boleh kan?

    2. Kasut wajib kasut kulit ke? Kalau kasut yg biasa tp bertutup boleh?

    Thanks in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam... nak jawab ni.
      1. Waktu kelas pakai baju formal. ala-ala gaya cikgu2 pakai kat sekolah (perempuan : pakai baju kurung lengkap, lelaki : baju kemeja lemngan panjang, dgn seluar slack)... kalau baju t-shirt biasa tu boleh bawak dan pakai diluar waktu kelas...

      2. Selalunya kasut kulit hitam lebih selamat... kalau kasut lain2, takut ada lec tak bg...

      Delete
  7. Ada lagi,

    1. Kat senarai barang yg kena bawak, ada tulis 'baju berkolar lengan panjang'. Untuk apa? n kalau x berkolar x boleh ke?

    2. Ada checking?

    Ok, tu je. Trimas. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan bg soalan 1 : tak pasti lah utk apa. tp, kalau dah ada dlm list kena ikut je lah... tp, dia tak cek pun pasal kolar baju... memandangkan yg anda tu perempuan haruslah pakai baju lengan panjang... berkolar tu dia tak nampak jika anda seorg yg bertudung... yg penting pakaian kena sopan dan tidak menjolok mata.. sb sia-sia je ada pensyarah yg sound dpn org ramai...

      untuk soalan 2 : checking tu ada bila ada ke s kecurian... tak pun time felo tu rajin sngt nak buat spotcek bilik ke bilik...

      Delete
  8. Kelas toturial tu macam mana ? :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelas tutorial itu adalah kelas membincangkan soalan-soalan bagi tajuk yg kita dah belajar dlm kuliah... dlm kelas tu jugak kita boleh tanya apa-apa soalan jika kita tak faham masa dlm kuliah...

      Delete
  9. Salam,sy akan mndftar di kmns 27mei ni..nak tanya..baju lelaki kemeja lengan pnjang kan..kena plain ke?kalau ada jalur atau kotak2 boleh x?hehe tolonglaa jawab takut nnt salah beli :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib perlu plain dan berlengan panjang... paling penting masa orentasi memang kena baju plain... tak boleh berjalur2 ataupun brkotak-kotak... tp, baju jalur atau kotak-kotak boleh pakai selepas habis orentasi... tp, kena ingt ada pensyarah tak suka kita pakai baju yg bercorak... kena ikut law pemakaian di matrik... paling selamat beli je baju plain berlengan panjang... lengan pendek mmg tak boleh utk kemeja...

      harap membantu, kalau ada pape boleh tanya... paling cepat pergi kat fb...

      Delete
  10. slalonye klo urusn balik tuk tiket tu nk minx tlg spe belikan??sy ni org jauh drp perak merantau ke negeri sembilan ni..#first time~! -_-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya jawatankuasa perwakilan pelajar ada sediakan bas untuk balik ke kampung pd cuti2 tertentu... selain tu, pengangkutan bas semua boleh didptkan di TERMINAL ONE SEREMBAN... kat situ, mcm2 pengangkutan ada ke pelbagai destinasi....

      nak ke seremban kena naik bas dr pekan kuala pilah... perjalanan lebih kurang sejam setengah... bergantung pd keadaan semasa... tambang bas dr kuala pilah ke seremban RM5 je... lebih kurang mcm tu lah...

      Delete
  11. salam,nak tanya..utk lelaki,kemeja lengan panjang kena light colour je ke ?kalau brown boleh?brown x laa light sgt tp x la dark sgt..pihak matrik ni corncern sgt ke pasal colour baju ni,matrik lain ok je boleh pakai colour gelap..hehe :)risau pulak nnt aku sorang je lain colour haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sebab knp ada rule mcm tu... ikut je dulu rule tu... kita tak boleh ikut matrik lain... lain matrik lain caranya...

      Delete
  12. asrama dia mcm mana eh?kedudukan katil semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masuk baru tahu lah... satu bilik 4 org...

      Delete
  13. cadar yg dipakai warna apa ya? putih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tahun saya, cadarnya warna biru... itu pun dah 3 tahun yg lepas... thn ni saya tak tahu...

      Delete
  14. cadar pakai warna ap ya? putih?

    ReplyDelete
  15. Dh pnah dtg sini. Kkak blajar sini dluu. Hehee

    ReplyDelete
  16. Boleh bawa iron dan water boiler tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak tu boleh tp blm tentu dpt digunakan... lg pun kat sana iron dgn boiler dah disediakn...

      Delete
    2. Mcm mana kalau kasut hitam bertutup tpi tumit tnggi?

      Delete
    3. tak pernah nmpk lg student pakai tumet tinggi... tp, rasanya tak payahlah pakai tumit tinggi... buat penat kaki je sb KMNS berbukit2...

      Delete
  17. nak tanye.. kat dalam hostel tu kan.. each student ad meja sndri ke ap?? or mmg xd meja lngsung dlam bilik tuu? pastu mmg hostel perempuan ngan lelaki pun satu bilik 4 orang ke ap??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm bilik ada 4 org... tak lebih... setiap org dlm bilik tu akan dpt 1 set tempat tidur, meja, kerusi dan almari... dlm bilik tu pun ada penyidai baju...

      Delete
  18. kak, sya dapat matrik kat melaka. sya minat engineering. sya dapat modul 1 , rasa nak tukar ke modul 2. ttp org kata modul 1 lbh senang dapat first choice masa apply upu. betol ke ni? kak pernah dengar rumour ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nk ckp kat kak mane ni? tak pasti pulak pasal tu senang masuk U ke mcm mana... tp, semua tu bergntung pd rezeki... percaya pd rezeki sb semua tu dr ALLAH...

      Delete
  19. Wah! Dah banyak berubah matriks ni. Saya adalah batch pertama yg belajar di sini tahun 1988.

    ReplyDelete
  20. boleh isap rokok x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Larangan hisap rokok tu tetap ade... pepandai lah nk hidup dgn rokok bila sampai kat sana nti...

      Delete
  21. owh laptop mmg x guna sgt kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun... assignment kat sana semua tulis tgn je...

      Delete
  22. orientasi selalu pakai baju apa?

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...