Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Kali ini aku nak kongsi sedikit lagi cerita yang berlaku ke atas diri aku. Seperti tajuk di atas aku telah menghadiri Dinner Kolej Keris Mas di Dectar. Makan malam yang bertemakan Me, My self and Music.
So, pakaian pun kanalah macam ala-ala artis gitu. Aku pun tak lepaskan peluang pakai baju yang bertemakan music. Tema yang aku pakai tu, aku sendiri pun tak tahu. Aku main pakai baju asal boleh.
Yang ni adalah malam junior iitu bagi pelajar tahun 1 dan 2. Esoknya 21 April adalah malam senior, pelajar tahun 3 dan 4. Lagi gempak. Sebab artis SLEEQ datang. Yang Junior hanya I AM NEETA. Tak kenal pun.
Dibawah ni aku ada sertakan sebanyak 22 gambar sekitar dinner malam 20 April 2012.
Geng meja dinner aku C4. Sporting diorang ni. Tema music apa yang diorang pakai pun aku tak pandai nak describe. Korang describe lah sendiri.
Makanan yang terhidang serta susunan yang menarik membuatkan aku rasa lapar. Aroma lauk-pauk ni jangan cakap lah. Memang sedap.
Salah satu lauk yang tersedia. Amacam? Nampak sedap tak?
Cuba lihat hamba yang sorang tu. Senyum je. Pandang kamera hala ke dia. Senyum melebar. He Alee, from Thailand. Yang sebelah kiri tu tengah tengok buku program. Check bila time makan. Perut dah berbunyi.
Suasana pentas. Memang berwarna Warni. Memandangkan aku ni duduk agak terbelakang. So, orang yang buat persembahan kat atas pentas tu nampak kecik sangat.
Sempat pose. Yang kiri tu bawah fesyen Hafiz. Ala yang menang Juara Lagu Awan Nano tu. Tapi, kami semua ni tak menang Prince malam tu. Yang menang bawak fesyen K-Pop. Yang Princes plak pakai fesyen Balada. Memang kelas lah fesyen Prince dengan Princes tu. Yang lain memang cantik-cantik. Penuh bergaya.
Datang bukan setakat makan je. Persembahan pun ada. Yang kat atas tu persembahan ala-ala K-Pop. Memang gempak lah. Gambar ni aku ambil melalui skrin. Besar sikit orang ni boleh nampak.
Suasana dalam Dectar UKM.Biru Putih tema meja nya. Sejuk mata memandang.
Di luar Dectar. Yang kiri sekali tu Rio ( Indonesia ), Alee ( Thailand ), Halim, Faiz dan Faizul ( Malaysia ). Internasional kan kami ni. Tiada perbezaan antara kami. Semua manusia. Asal dari mana tida beza. Betul tak?
Sempat berposing kat pentas ni. Tak tahu nak panggil apa. Tapi, tempat ni ramai yang nak bergambar kat atas ni. Buat kenangan.
Susunan makanan yang penuh menyelerakan. Yang kat atas pinggan tu cenderamata. Ada nombor bertuah. Tapi, aku tak bertuah. 10 orang bartuah semuanya perempuan. Memang tak adil! Macam tak ada lelaki pulak dalam Dewan tu.
Persembahan pembukaan. Zapin yang terbaru aku dengar. Tradisional campur dengan music moden. Memang menarik. Tak cacat pun lagunya.
Masa untuk makan! Tengok tu semua muka gembira riang sebab dah dapat makan. Habis makanan tu. Siap mintak tambah. Buat muka tak malu.
Dalam tengah-tengah makan tu di iringi dengan persembahan. Persembahan kat atas itu adalah tarian kaum Tiong Hua. Menarik. Klasik kau.
Dalam bergembira ni jugak, penganjur ini tidak melupakan anak-anak yatim. Tak ingat pulak dari rimah anak yatim mana. Tapi, area Bangi. Kesian, kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim. Semoga jadi orang yang berguna ye. *tetiba emo.
3 nombor yang tak bertuah langsung.
Paduan 3 suara. Tapi ini bukan Jac, Ning dan Shila. Mereka ini adalah pelajar UKM juga. Persembahan mereka ni menarik sebab bawak persembahan dari filem OMBAK RINDU. Tak sedih tapi lawak.
Part paling best.
Hariz : Izzah! Izzah!
Izzah : Ye Encik Haris.
Haris : Awak pekak ke? Awak buat apa kat belakang tu?
Izzah : Tak En Hariz. Saya cuma main skate board kat belakang tadi.
Hariz : Main skateboard? Hey! Baik berterus-terang pada saya!
Izzah : Berterus terang apa En Haris?
Haris ; Kenapa awak tak bagi tahu saya yang awak ni mengandung?
Izzah : Saya tak mengandung En Hariz. Saya cuma keracunan makanan.
Hariz : Kenapa tak bagi tahu saya! Jom!
Ni lagi persembahan tarian. Memang rasa nak macam menari aku kat bawah ni.
Ni tarian dari kaum India. Ala-ala hindustan. Nak kata semua persembahan ada. Melayu, Cina dan India. Cuma tarian dari Sabah Sarawak je tak ada.
Keluar dewan bas tak ada. Apalah pakai lawa-lawa naik bas. Nak buat macam mana kan. Bukan VIP pun. Tapi, time balik tu bas tak ada. Jadi, ambil keputusan jalan kaki. Ha, amik kau. Belum sampai dah berpeluh. Ingat Dectar dengan KKM dekat ke? Setengah jam baru sampai.
Ni gambaran dalam Dectar. Tengok lah pakaian masing-masing. Melaram habis.
Sebelum tu tekan SINI dulu.
notaFO:gambar tak ikut susunan. Tapi, boleh lah nampak keseronokkannya.
awalnya dinner. kitorang dinner awal bulan 5 nanti huhu
ReplyDeleteawal lg senang... kesian kat ajk tu nti... lg pun kitorg 2 malam... yg ni malam junior.. esok malam senior...
ReplyDeletememang lauk tu nampak sodappp :0
ReplyDeletedinner er nie? gempak kot! jelez!
ReplyDelete"Jadi draftsman cita cita sejak azali.".
pheww , memang best ar , hehe , dapat makan mesti best , hehe :D
ReplyDeleteHoho nice entry n lawo gambo ko. Pakai camera apa?
ReplyDeletePergh.. Mcm best je. Untunglaaah dpt prgi majlis umum! Dh lama oh tak prgi majlis gathering dgn mmbers mcm ni. Slalunya knduri khwin je, ekekeke!
ReplyDeletedinner tema music ? neway my latest entry bout music gak.
ReplyDeletead dslr dan ad jgk yg digital...
ReplyDeletetooo dio, kpop pon ade
ReplyDeletekorang duduk kat satu tempat je..aku boleh merayau2 tengok dari semua angle..haha..malam senior lagi gempak.!
ReplyDeletealah!! nak sedapkan hati lah tu... duduk lg best dr buat kerja... kitorg lepas makan, balik!!!
ReplyDeletegempak habis ! tapi kalau persembahan sabah sarwak (bayu) mesti ngancam !
ReplyDelete