Wangian. Memang tak terlepas dari hidupan seharian hidup kita. Sama ada bedak, perfume, sabun atau shampoo semuanya boleh buatkan badan kita wangi. Pelbagai jenama minyak wangi yang terdapat pasaran dunia sekarang. Tak terkira hinggakan. Kalau siapa sanggup kira bagi tahu kat aku bilangannya.
Dalam kita berwangi-wangian, tahukah korang ada sunnah Rasulullah yang boleh umat manusia ikuti. Setelah aku membacanya baru aku mengetahui. Jadi aku kongsikan hal ini kepada korang. Disini aku peroleh dari sumber yang di yakini. Aku nak kongsi kepada semua pembaca blog aku ni.
Pertama
Anas ibn Malik r.a. meriwayatkan : "Rasulullah SAW memiliki sebotol minyak wangi yang dengannya Rasulullah SAW mengharumkan diri".
( Riwayat at-Tarmizi, Abu Dawud dan Ibn Sa'd )
Kedua
Tsumamah ibn Addillah meriwayatkan : "Anas Ibn Malik tidak pernah menolak pemberian minyak wangi. Dia berkata, 'sungguh, Rasulullah S.A.W. tidak pernah menolak pemberian minyak wangi."
( Riwayat at-Tarmizi, al-Bukhari, Nasa'i dan Ahmad )
Ketiga
Ibn Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : "Ada tiga pemberian yang tidak boleh ditolak, iaitu bantal, minyak wangi dan susu."
( Riwayat at-Tarmizi, Abu Syaikh dan Baghawi ) - Hadis Hasan
Keempat
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Wangian bagi lelaki adalah wangian yang keras - aromanya keras dan warnanya tidak nampak. Sedangkan wangian bagi perempuan adalah wangian yang warnanya nampak dan aromanya tidak menyengat."
( Riwayat at-Tarmizi, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad )
Akhir kata, selamat beramal. Semoga apa yang aku beri ini dapat korang amalkan dalam kehidupan seharian. Aku nak tanya, korang pakai wangian apa? Share lah kat aku. huhu...
FO info : esok dah nak balik UKM. Sedih plak rasa. Bulan 7 baru dapat balik rumah ni semula.
Yes.. Itu adalah salah satu sunnah yg sgt baik dan jgk bntu diri kita dlm kekemasan diri.. Apapun, klu tak mmpu beli minyak wangi mahal2, ckuplah beli minyak wangi Attar.. Lima hinggit je sbotol..
ReplyDeleteMinyak wangi mampu menyerlahkan penampilan seseorang. Teruskan menulis.
ReplyDeletei guna minyak kasturi . harum baunya...lagipun utk aura :)
ReplyDeleteden pkai minyak attar jo tiap2 jumaat..hehehe
ReplyDeletekalau niat untuk ikut sunnah nabi mesti dpt pahala
ReplyDeletesy suke jenama dunhill.. hehe.. 4 my hubby lah.. hikhikhik.. pape pun saam kenal dr sy.. :)
ReplyDeletetanpa wangian, saya rasa tak selesa.. takut org lain tak senang bila dekat dgn saya.. =D
ReplyDeletePepatah inggeris ada menyebut 'A woman doesn't wear perfume has no future'- Coco Chanel. Sy sndiri rase bersetuju dgn dia. Sbb tu koleksi perfume sy sgt byk! bila keluar rumah mesti pakai minyak wangi. kdg2 dok dlm rumah pon pakai, wangi utk suami... :)
ReplyDeletesaya suka bau ketiak.
ReplyDeletewah best
ReplyDeletesuke mnyk wngi yg smooth je bau die
terima kasih berkongsi, baru tahu ni. hehe..
ReplyDeletelama dah tak pakai minyak wangi, slalu pakai deodorant aje .. huhu
selalu pakai perfume bodyshop je. amboii!
ReplyDeletesuka bau yg lembut je..x pki yg mahal pn huhu
ReplyDelete