Sunday, April 22, 2012

Andainya Rasulullah Masih Ada : Ingin Sekali Mendengar Gurauannya

ASSALAMMUALAIKUM!!! Kali ini aku nak berkong lagi satu lagi sifat Rasulullah SAW. Sifat yang akan anda semua baca adalah mengenai gurauannya. 

Dalam hidup kita ini perlu lah ada gurau senda. Baru meriah hidup. Tak ada lah serius sepanjang masa. Tapi, bergurau pun ada batasnya. Tak boleh berlebihan. Nanti hati orang akan sakit dengan gurauan kita yang melampau. Ok lah. Tak perlu cakap panjang-panjang. Di bawah ni ada 2 kisah tentang Gurauan Rasulullah. Enjoy Reading it!!!

**********

Abang yang ambil gambar ni tak pandai nak bergurau dengan aku. Haaa!!! Amik kau aku tak nak senyum.Biar buruk gambar ni. hehehe...

Kisah 1
Anas bin Malik r.a. berkata : "Suatu hari, Zahir - seorang lelaki kampung ( Badwi ), memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang. Baginda berkata kepada sahabat yang lain, 'Zahir ialah orang Badwi yang merupakan sebahagian daripada kita, dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.' Rasulullah s.a.w sendiri sangat menyenangi Zahir, walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

Suatu ketika, Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan. Baginda terus mendakap Zahir dari belakang. Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata, ' Siapa ini? Lepaskan aku!' Setelah itu, Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya itu ialah Rasulullah s.a.w. Dengan itu, Zahir membiarkannya agar dapat didakap terus oleh insan agung yang terpilih, Rasulullah s.a.w. Kemudian secara bergurau, Rasulullah berkata, 'Siapakah yang ingin membeli budak ini?'" ( Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad )


Hidup tanpa gurau. Macam nilah gayanya. Murung, Termenung. Tiada senyuman yang terukir.


Kisah 2
Hassan al-Basri berkata : "Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w sambil berkata, 'Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya boleh masuk syurga.' Baginda pun menjawab, 'Wahai Ummu! Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.' Mendengar hal itu, perempuan itu segera beredar sambil menangis.

Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya, 'Beritahu kepada Ummu itu behawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Allah berfirman : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh ), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. ( Surah al-Waqiah ayat 35-37 )'" ( Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabarani )

Dah habis baca kan? So, macam mana? Dah dapat cara bagaimana Rasulullah bergurau? Gurauan dia simple dan munasabah kan? Tak sakitkan mana-mana pihak pun. Jadi, contohilah cara gurauan Rasulullah. Tak skitkan hati orang lain, malah apa yang di guraukan adalah perkara yang seronok.

Lagipun kita kena ingat "lidah lebih tajam dari mata pedang". Faham dan renungilah kisah ini.

Sebelum tinggalkan blog ini klik SINI dan SINI serta SINI dulu.

Sumber : Majalah GenQ

5 comments:

  1. Yes, gurauan baginda yg prtamatu sgt mnunjukkn yg bginda mmg seorg yg sgt mesra. Kita klu nk brgurau mstilah tau btas umur, tau btas ckp smua.. Jgn smpai guris hti org lain..

    ReplyDelete
  2. sangat brsetuju... keka kurangkan dose bgurau ni... hehe...

    ReplyDelete
  3. Tiada siapa yang boleh dijadikan contoh sehebat Rasulullah.!

    ReplyDelete
  4. lagi sweet masa baginda bergurau dengan siti aisyah..

    semasa siti aisyah berusia 10 tahun baginda berlumba lari bersama dan siti aisyah menang " rasulullah hanya tersenyum"

    selepas siti aisyah meningkat dewasa, da badannya semakin berisi, mereka bermain lumba lari lagi..dan tika itu baginda pula menang ..maka baginda berkata " itulah balasan untuk orang yang telah menang masa usianya masih kecil".. siti aisyah terus ketawa.

    lebih kurang camtula~
    sweetnyerr~

    "Moga moga tak jumpa douchebag.".

    ReplyDelete
  5. muka idris mmg x bleh blah...huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...