Wednesday, April 11, 2012

Beza Lelaki dan Perempuan : Bila Menangis

Hari ini aku tak ke mana-mana pun. Hanya duduk di rumah mengadap laptop dan blogwalking. Tak tahu nak buat apa lagi.

Dalam sambil mengadap laptop ni aku mendengar radio Sinar FM. Dengar online je. Itu je yang mampu.

Kali ini aku nak share satu fakta yang betul-betul menarik untuk dikongsi bersama korang semua. Fakta menegenai Perbezaan Lelaki dan Perempuan Bila Menangis. Menarik kan? Ada yang menyatakan yang air mata yang keluar dari biji mata kita ni akan menyucikan mata kita. Tak lah mata kita ni kering je kan?


Fakta Menarik
Lelaki : Dalam setahun lelaki mengambil masa sebanyak 2 hingga 3 minit sahaja menangis. Dalam setahun juga lelaki menangis sebanyak 7 kali.

Perempuan : Perempuan akan menangis sebanyak 64 kali setahun daan mengambil masa selama 7-10 minit setiap kali menangis.



Nampak tak perbezaan tangisan antara lelaki dan perempuan tu menangis. Kenapa agaknya perempuan ni lebih banyak kali menangis kan? Sebab apalah dia ni selalu menangis. Dah lah selalu menangis lepas tu lama pulak. Kalau di bagi seminggu menangis pun mesti perempuan ni sanggup untuk menangis. Betul tak?

Tapi, bagi pendapat aku nak menangis ni tak ada masalah. Nak menagis ni kenalah bersebab. Ye dak? Kalau nak menangis pasal kekasih ni macam tak patut pulak kan. Tak berguna nak menangis kerana di tinggalkan kekasih. Kalau menangis sampai keluar air mata darah pun tak akan kekasih tu kembali kat kita. Kalau dah kena tinggal tu, kena tinggal jugak lah. Masih ramai yang menanti lagi di luar sana. Pilih je yang mana satu.

Aku sarankan lebih baik kita menangis kerana dosa-dosa kita. Apa yang aku pernah belajar dahulu. Setitis air mata kita jatuh kerana mengingati dosa yang lalu, maka gugurlah satu dosa yang kita pernah buat dahulu. Menangis lah kerana ALLAH. Kerana Allah lah yang penentu segalanya. Allah sentiasa bersama kita. Kita berdoa dan menangis kerana dosa kita Insyaallah dia mendengar segala rintihan kita.

Jadi, dapat nampaklah apa tujuan kita menangis. Perkara apa yang patut kita sesali sehingga menyebabkan kita menangis. Fikir-fikirkanlah.

5 comments:

  1. sje nk tambah, klau laki nanges sorok2, lau ley xnk org tahu, hoho

    ReplyDelete
  2. khalid : macam ada pengalaman je... huhu... tp, mmg btl pun...

    ReplyDelete
  3. Lelaki nangis sorok-sorok ya...hihihi baru kutahu...

    ReplyDelete
  4. Prempuan ni hatinya lg sensitif.. Lg berkaca bro.. So mudah mnangis, heh.

    ReplyDelete
  5. saya menangis lebih dari itu kot..sebab tengok filem sedih pun nangis gak..hahaha..


    saya suka perenggan last itu,kata2 yang bisa buat saya mengimbau setiap dosa2 yang saya lakukan..huhuhu.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...