Hari ini aku berjalan dengan menaiki kereta ke Mersing Johor. Buat apa kat situ? Actually nak teman mak aku ke pejabat KWSP Mersing untuk letak penama. Siapa penama? Biarlah Rahsia.... *ala-ala Dato' Siti sikit.
Perjalanan ke sana mengambil masa selama hampir 2 jam. Itupun ikut kelajuan kereta abah aku lah. Kalau ikutkan kelajuan kereta korang agaknya 1 jam atau 1 jam setengah dah boleh sampai. Jarak bandar Kota Tinggi ke bandar Mersing ni lebih kurang 80 KM.
Sepanjang perjalanan dari Mersing ke Kota Tinggi korang semua jangan terkejut sebab tiada penghuni yang mengiringi anda semua. Yang mengiringi anda semua adalah Encik Sawit. Kenapa banyak Encik Sawit? Sebabnya Mersing dan Kota Tinggi ni banyak pulak Felda, Felcra dan seangkatan dengannya. So, kalau nak nampak makhluk yang bernama manusia tu agak susah sikit lah.
Ni lah mercu tanda yang ada kat Mersing. Di Kota Tinggi tak ada macam ni. |
Nasihat kepada korang sekiranya nak ke Mersing melalui jalan Kota Tinggi janganlah nak jalan malam-malam. Banyak peristiwa yang berlaku. Korang sendiri faham-faham je lah kalau hutan Encik Sawit je sepanjang jalan tersebut.
Di tengah-tengah jalan raya di Mersing. |
Tak ada yang istimewa sangat apa yang nak aku ceritakan ni. Setelah aku pandang dengan dua biji mata dengan jujurnya aku bagi tahu yang bandar Mersing ni agak lambat dari seggi pembangunan yang pesat seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Tapi yang menariknya di Mersing ni ialah terlalu banyak resort yang terletak di tepi pantai.
Sepanjang perjalanan nak ke pantai Air papan tu terbentang luas sawah padi. Tapi, sawah padi yang aku nampak tu dah kena potong. Dah musim menuai agaknya. Suasana bertambah cantik apabila aku nampak rumah banglo di tengah-tengah sawah.
Suasana Pantai Air Papan. Di tengah laut tu ada pulau. Apa ke nama pulau tu pun aku tak tahu. |
Aku tak melepaskan peluang untuk ke pantai Mersing ni. Memang bersih dan cantik. Resort dia memang suasana kampung. Aku hanya ke Pantai Air Papan. Resort pun ada kat situ tapi lupa pulak apa nama resortnya. Itulah terlalu asyik lihat keindahan pantai ciptaan Ilahi. Subhanallah.
Sebelum balik ambil lah kesempatan untuk memborong keropok yang dibuat sendiri oleh orang Mersing ni. Tak tahu lah berapa banyak mak aku borong. Agaknya adalah sampai 30 - 50 inggit. Paling best kita boleh nampak yang semua pembuatan nye kat situ. Apa nama tempat tu pun aku tak ingat.
Proses penjemuran keropok kering. Memang menarik lah. |
Pukul 4 aku dah sampai kat rumah. Terisi jugak masa cuti aku ni.
p/s : aku tak dapat nak ambil gambar sebab bateri kamera kong. Ni pun gambar aku cilok dari blog lain.
Wahhh,bestnya :D
ReplyDeleteMersing? Hmm.. Nmpak gaya bngunan dia mcm slow. Ala, tp standard la kalau tak dpt lawan KL. Kta ibu kota kan.. Skadar nk santai2, rehat2kn minda ok la kat tepi pantai tu..
ReplyDeleteamboi sakan jalan2 ye. nanti nak g mersing bwk saya jalan2 ye
ReplyDeleteMersing??
ReplyDeleteuhuk..uhuk..
tak de la mundur sangat..
mat/minah salleh ramai..
challet pun banyak..
ptg2 sonok cari kerang,kepah dan macam2 khazanah laut..
owh ye..nanti datang lagi yer...14& 15(er..esok ngan lusa...ppsstt...Mawi datang..ada festival Mersing.)
Nak makan sate??
ke Teluk Iskandar...
situ sate dia best!!!
hihihihi....
owh ye..kat tempat kopok tu namanya..Tanjung...aka...Mersing Kanan..
ReplyDeletekat area2 tu pun ada gak warung yang hidang lempeng nyior...ppeerrghh..sedap!!
wah3 , best ar tu dapat jalan2 , hehe ,
ReplyDeletesaya dah 2 tahun duduk johor ni,tapi tak sampai2 mersing lagi..hihi..
ReplyDeleteteringin nak pegi la setelah membaca entri ini :)
saya follow sini :)
memang susah nak laa nk lwn kl or jb...muehehe...tp tunggu jela..inysaAllah mersing laguna akan dibina..harap2 ia menjadi betol2..haha..naek name malaysia nti..mhahaha
ReplyDelete