Semalam ada ARTS OF ISLAMIC FESTIVAL di Dataran Panggung Seni UKM anjuran Kolej Pendeta Za'ba. Rancangnya nak ke sana hanya untuk mengisi perut yang kosong. Tak tahu pulak ada pasangan Semanis Kurma ni ada untuk berkongsi ilmu yang dia ada.
Waktu yang sama ada jugak forum di Masjid UKM. Tak jauh dari Dataran Panggung Seni tu. 5 minit berjalan samapi lah. Yang di Masjid UKM tu pulak ada Forum : Jerat Noda Remaja. Ahli Panel Fatima Syarha, Imam muda Fakhrul dan Ustaz Luqman. Tajuk memang gempak lah. Tapi, aku tak berkesempatan nak kesana. Hanya di panggung seni je yang mampu.
credit : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Sweetkan pasangan ni. Siap main balas-balas pantun lagi semalam.
Di panggung seni apa kurang hebatnya. Aku tak sure lah apa tajuknya tapi dia ada cakap berkaitan Hati VS Nafsu. Antara info atau input yang aku dapat adalah :
Antara Lelaki dan Perempuan Jangan Buat '4P'
1. Pandangan
Apa yang aku ingat akan pesan pasangan ini adalah ketika bercakap antara lelaki dan perempuan ahruslah menundukkan pandangan. Tidak boleh perpandangan tepat pada mata. Kerana panahan mata boleh turun sampai ke hati. Tetapi, kita boleh bercakap memandang kebahagian telinganya.
2. Pegang
Antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, dah sah-sah berpegangan adalah Haram. Jadi jangan lah nak cuba melakukannya. Kerana dia adalah salah satu perkara bermulanya dosa yang lebih besar.
3. Peluk
Yang ini lagi dahsyat! Walaupun dah bertunang kita tak bolehlah buat sesuka hati dengan pasangan kita. Ia tetap juga Haram selagi belum bernikah.
4. Penzinaan
Bila kita tidak menjaga 3 perkara diatas perkara ke empat ini akan berlaku. Nauzubillah. Lagi bertambah dosa besarlah kita semua ni.
4 Racun Hati
1. Berlebihan dalam pandangan
Pandanglah hanya perkara yang baik. Jangan pendang perkara yang dosa terutama bahagian aurat.
2. Berlebihan dalam percakapan.
Bercakaplah dengan perkara yang baik. Jangan mengumpat dan mengata serta seumpamanya. Berzikir dan membaca al-Quran adalah lebih baik.
3. Berlebihan dalam makan
Makan jika lapar. Berhenti sebelum kenyang. Selalu dengar kalimah ni tapi tak ramai yang ikut *termasuklah aku. Jika kita berlebihan dalam makan, itu yang terjadinya mudah mengantuk. Bila dah mengantuk, kita akan tidur.
4. Berlebihan dalam pergaulan
Menjurus kepada anatara lelaki dan perempuan. Bergurau senda sehingga melanggar batas adalah dilarang dalam Islam. Tapi, itulah yang ramai orang buat. Berjumpa bila perlu. Tak salah berjumpa tapi kena ada batas. Tak boleh langgar.
Banyak sebenarnya input-input yang mereka bagi. Almaklumlah manusia biasa manalah nak ingat semuakan. Tersepak batu je hilang dah sikit. Ini jelah yang dapat aku kongsi.
Perkongsian yang pasangan ini bagi memang menarik. Memang happening. Banyak gurau senda. Aku pun duk tergelak dengar perkongsian mereka ini. Satu maklumat lagi, anak dia ada belajar di UKM. Tapi, aku tak kenal pun.
notaFO : Hari ini mereka ada di KKM. Ada seminar untuk mereka yang berumur 10-17 tahun. Ptutpun aku tak dijemput.
Sebelum tinggalkan blog ini sila klik di SINI. Terima Kasih.
woo. ingat 4p!
ReplyDeleteUntunglaaah dapat tengok live bro! Apapun, agk suka psangan ni. Syok je dgr diorg bg motivate.. Apapun, prkongsian psl hati VS nafsu ni mmg mnarik, trutama bab pndangan tu. Mudah2han sy yg slalu leka ni akn tringt pringatan ni..
ReplyDeletethanks... ap yg baik akan dikongsikan bersama...
ReplyDelete