Hari ini aku duduk di rumah sahaja. Tak pergi jalan mana-mana pun. Aku ambil inisiatif untuk menceritakan tentang Kisah Dulu Kala. Kali ini dengan edisi ke-2 setelah edisi Perdana tantang Permainan Tradisional. Wah!! Dah macam episod drama pulak kan.
Apa yang aku nak ceritakan pasal basikal ini? Banyak ceritanya pasal basikal dengan aku ni. Banyak kenangan dengan basikal yang aku lakarkan. Susah senang aku dengan basikal. Tapi, sekarang dia dah menjadi sejarah dalam kamus hidup aku. Tapi, teringin jugak lah nak basikal lagi. Nak bawak pergi riadah.
Macam ni lah lebih kurang basikal roda 3 aku. |
Basikal Pertama : Basikal Roda Tiga
Basikal ini aku dapat semasa umur aku 2 tahun. Ada gambar lama aku bersama basikal tersebut. Entah mana tersimpan aku tak tahu lah. Gambar bersama botol susu dimulut. Comel gitu. Sekarang? Lagilah. Basikal tu hanya di guna di dalam rumah. Kalau di bawa keluar rumah mahu kena bebel dengan mak.
Basikal silver aku lebih kurang macam ni lah bentuknya. |
Basikal Ke-2 : Basikal Tayar Mati
Yang ni dah upgrade sikit. Aku dapat semasa umur aku 5 tahun. Tayar tu memang cantik. Ada 3 colour. Merah Biru dengan Kuning. Tak pernah pancit. Tapi, berat sikit lah tayarnya. Pernah dulu kawan aku letak paku kat tayar basikal aku yang mati. Aku punya melalak bukan kemain. Ye la, takut tayar tu pancit.
Basikal tayar mati tu jugaklah aku bawak pergi ke sekolah sampai darjah 2. Orang lain basikal cantik-cantik. Tayar hitam. Tapi aku punya tayar warna warni. Kecik pulak tu basikal aku. Orang lain basikal besar.
Kalau basikal inilah yang aku bawak ke sekolah. Gempak giler. |
Basikal Ke-3 : Basikal Tayar Hidup
Basikal ini aku dapat dari atok aku. Besar basikal tu. Warna Silver. Macam baju Johan Arif Asha'ari aka Botak semasa ABPBH hari tu. Kelas kau warna basikal aku dulu.
Semasa bawak ke sekolah, bangga sikit aku. Basikal baru lah katakan. Time aku bawak ke sekolah semua orang puji basikal aku cantik. Tapi, hari pertama aku bawak ke sekolah, aku jatuh semasa bawak basikal. Melalak habis aku. Mak suruh cuti sebab aku jatuh. Tapi, aku nak jugak pergi sekolah. Semangat aku nak ke sekolah. Kalau korang macam mana?
Basikal silver ni aku bawak sehingga aku darjah 6. Lama kau. Lepas tu dah tak guna lagi basikal tu. Tersadai je.
nota FO : Basikal sebenar yang aku ceritakan bukan seperti gambar di atas. Ia hanya ilusi semata-mata. Basikal itu sekarang dah jadi besi buruk. Sedih. Dah jadi sejarah.
aku cuma ada satu basikal ja... tu poun mountain bike. hehe.. belajar2 terus guna 2 roda... masa aku skolah rendah la... dalam darjah 3... hehe.. warna merah.. bangga seih...
ReplyDeletegile leahh ! kat sini ayu dah lama tak bawak basikal ~~
ReplyDeletegile leahh ! kat sini ayu dah lama tak bawak basikal ~~
ReplyDeleteehh, tadi dah komen....mana komen tu pergiii ?
ReplyDeletei first time dapat bicycle pon masa umur 6 tahun.huhu
ReplyDeleteWakaka! Tiba2 tringt zman brbasikal dlu.. Kitorg buat lumba, smpai jtuh brdarah. Tp syok, buat lumba lg, wakaka! Sbb tu la smpai skrg fmily tkut sy pgang motor. Msti nk pecut je, haha!
ReplyDeletecute nya basikal yang last tu... kalau bawa ke sekolah, confirm kang balik rumah jalan kaki...huhuh
ReplyDeleteingt dlu pakai basikal y getah sume
ReplyDeletewane wani tu
malu kot g skola
mula2 naik basikal yg 4 tyr. yg 2 tyr kecik tu. bila dah bukak tyr kecik tu bangga giler haha
ReplyDeleteps: thx folo blog sy. salam kenal ;)