Friday, April 6, 2012

Perjalanan Bermula

Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang nun jauh bermain di mata

Ooooo... Balik kampung ( 3x )
Hati Girang......


Seronok bila sebut pasal balik. Tak tahu lah kenapa kali ni hati betul-betul berkobar nak balik rumah. Homesick lah agaknya. Kalau dulu tak kisah pula nak balik atau tak tapi kali ni hati betul-betul melonjak nak balik.

Macam dalam lagu Allahyarham Sudirman "perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hatiku melonjak sama". 7 jam perjalanan. Memang tak rasa penat. Sebab hati betul-betul nak balik rumah.


Inilah keadaan bilik aku semasa nak berkemas balik kampung. Bersepah kn?




Jam 7.30 pagi aku dah keluar bilik dari KKM UKM nak ke BTS. Dari BTS ke Kota Tinggi naik bas Jam 9 pagi. Actually boring jugak duduk je dalam bas. Menghilang kan kebosanan aku baca novel "Terasing". Habis pun aku baca buku Hilal Asyraf  ni. Lepas tu berangan. ( Apa yang aku angan kan adalah rahsia ). Pembaca sekelian tak perlu tahu.

Selamat tinggal KL. Nanti aku datang semula.

Sepanjang perjalanan inilah yang aku nampak. Kehijauan alam.





Perjalanan kali ini betul-betul menguji aku sebab handfon aku rosak. Tak dapat nak contact sesiapa. Aku baru cadang nak beli handfon baru, dah handfon ni rosak pula. Mengajuk lah tu. Tak pasal-pasal aku balik naik teksi. Sebab tak dapat nak contact bapak aku nak suruh ambil.


Handfon aku ni pula buat hal pula. Putih je skrin dia ni.

Dah nak sampai dah rumah aku ni. 5KM je lagi.





Pukul 2.30 petang baru sampai rumah. Terasa nikmat!!!



1 comment:

  1. wah ! selamat pon sampai rumah ! ayu tak balik pon ^^ duk je kat sarwak ^^

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...