Tuesday, April 24, 2012

Buat Pilihan Amat Menyusahkan

Dalam hidup kita memang tak lari dari membuat sebarang pilihan. Pilihan yang kita hadapi mungkin kadang-kala amat menyulitkan. Sehingga sampai suatu tahap boleh menganggu urusan seharian hidup kita sebagai manusia.

Sebagai manusia aku sendiri mengalami situasi yang sama. Dua pilihan. Kedua-duanya adalah baik. Akan tetapi untuk lebih terbaik kita perlu memilih hanya satu. Tidak boleh keduanya. Sebagai manusia yang normal sukar bagi kita untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Begitu juga aku.

Pilihan yang aku hadapi ini memang sukar untuk aku buat keputusan. Tetapi dalam islam kita ada dua cara supaya pilihan yang kita buat adalah yang terbaik.

Pertama. Meminta pendapat orang lain. Tidak kisah lah kepada sesiapa pun kita nak minta pendapat siapa sama ada keluarga, kawan, guru atau sebagainya. Tetapi, orang yang kita minta pendapat itu adalah orang yang benar-benar kita boleh percaya. Bukan orang yang akan menambahkan beban fikiran kita lagi.

Kedua. Solat Sunat Istikharah. Perbuatan ini memang amat tepat jika kita mahukan pilihan kita sebaiknya. Mendapat petunjuk Allah adalah lebih baik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap sesuatu perkara berlaku kepada hambanya.


Tak tahu nak pilih yang mana satu. Semua comel. Nak ambil semua tak mampu.

Semoga pilihan yang sedang aku alami ini dapat dipermudahkan oleh Allah. Aku juga manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan sama ada besar atau kecik, secara sedar atau tak. Yang penting aku perlu buat yang terbaik untuk hidup aku.


Sebelum tinggalkan blog ini klik SITU , SANA dan SINI. Terima kasih!

notaFO : kecelaruan pemikiran melanda kepala otak. Exam midsem paper berderet-deret. Minta maaflah kepada sesiapa yang terasa kerana aku tak dapat nak bagi komitmen yang banyak dalam satu masa.

11 comments:

  1. hehehe...moga dgn mengamalkn dua cara 2..en. faizul akan dpt membuat keputusan yang sebaiknya..insyaAllah.. ^-^v

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. Smua tu adalh lbih baik.. Pergh, mana dpt pulak arnab ni? Comel gila.. Berlonggok2 pulak tu!

    ReplyDelete
  3. mmg terpaksa lepaskan satu dan buat pilihan yg terbaik ok..

    ReplyDelete
  4. pilih semua....pastu buat pilihan yg terbaik...

    ReplyDelete
  5. buat pilihan mngikut hati, akal dan fikiran, kalau semua sudah gunakan . mintak petunjuk dr Allah dengan buat solat sunat istiharah

    ReplyDelete
  6. harap dapat buat pilihan yang terbaik, doakan saya juga. :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana sudi meluahkan perasaan anda di sini. Lain kali luah la lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...