Sunday, October 28, 2012

Laksa Pujaan Keluarga

...Assalammualaikum...

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ataupun Hari Raya Aidiladha ni disambut sederhana oleh keluarga aku. Cara kami menyambutnya adalah dengan menyediakan juadah istimewa buat santapan pada hari raya. Barulah terasa serba sedikit hari raya tu. Betul tak???

Juadah yang betul-betul istimewa buat keluarga aku adalah LAKSA. Laksa ni adalah makanan tradisi dan kegemaran semua ahli keluarga aku. Setiap keluarga baru yang masuk dalam ahli keluarga aku mesti belajar makan laksa ni. Laksa ni bukan sepopular laksa johor ataupun penang walaupun keseluruhan keluarga aku adalah jati Johor.

Laksa yang duk aku kecohkan dalam entry kali ini adalah Laksa Tepung. Pelikkan? Menurut kisah datuk nenek moyang aku dulu, laksa yang menjadi kegemaran turun temurun ini adalah berasal dari terengganu. Ataupun di panggil Laksa Terengganu ataupun Kelantan . Selera pantai timur keluarga aku ni.Bagi kebanyakkan orang mesti pelik sebab aku orang Johor tapi pandai makan makanan Terengganu.

Ini adalah laksa turun temurun yang menjadi pujaan keluarga aku.


Hidangan laksa yang menjadi kegemaran keluarga di Aidiladha.

Bagi yang tak tahu, ni aku nak share serba sedikit tentang laksa yang menjadi kegemaran keluarga aku.

1. Mee Laksa : Sedapnya mee laksa ini adalah handmade dari nenek saudara aku. Mee laksa di uli dengan menggunakan tepung gandum dan air sahaja dan menjadi adunan seperti buat roti. Lepas tu, adunan tu di masukkan ke dalam acuan membuat mee yang dipanggil kebuk. Nak tunjukkan kebuk tu macam mana pun aku tak tahu. Tak ada gambarnya. Mee tersebut di rebus sehingga di yakini masak. Lepas tu boleh lah di angkat dan sedia untuk makan.

2. Kuah Laksa : Kuah ni menggunakan santan kelapa yang diperah. Fresh ok. Dari pokok lagi. Aku yang kait. Bab perah tu mak aku. Kuah tu di campur degan ikan selayang yang dah di asingkan tulang serta di kisar. Lepas tu, santan yang dicampur dengan ikan selayang yang dah dikisar tu hendaklah dipanaskan di atas dapur. Tak kan panaskan dalam peti sejuk pulak kan?

3. Ulam : Tak kisah lah ulam apa yang nak di letakkan. Macam mak aku hanya letak timun dengan kobis. Kalau nak letak petai pun boleh. Asal minat.

4. Sambal : Sambal yang digunakan ini adalah dengan menggunakan lada kering yang telah dikisar sehingga halus. Dalam sambal kisar tu mestilah ada bawang dan sebagainya.

5. Asam limau : Limau yang digunakan ialah limau yang selalu di buat sambal belacan. Lemon tak pernah lagi aku nampak orang guna. Kalau nak cuba boleh lah.

6. Belacan : Sebagai penambah perasa. Kalau aku memang suka letak banyak-banyak. Orang melayu jati lah katakan.

7. Garam : Ia diperlukan sebab dalam kuah semua tidak dimasukkan garam. Tapi, jika garam dah dimasukkan dalam kuah tu, garam ni pun tak lah diperlukan sangat. Tapi, bagi yang suka masin tu boleh lah letak sampai satu bungkus garam. Tapi, kalau kena darah tinggi tu sendiri kena ingatlah. Jangan lah salahkan aku pulak sebab ajar korang makan macam tu.

Cara Makan

Ambil pinggan. Lepas tu masukkan semua bahan diatas ke dalam pinggan. Setelah itu, ramaslah laksa dengan menggunakan tangan sehingga dia menjadi rata. Biar rasa masin, masam tu sebati. Kalau nak guna sudu pun boleh. Tapi, tradisi keluarga aku makan laksa ni dengan menggunakan tangan kanan. Terasa kepuasannya. Paling best bila kuah tu meleleh sampai ke siku. Lepas tu jilat. Tapi, cara gini agak selekeh lah.  Jangan fikir aku buat macam ni pulak. Aku tak buat pun. Masa kecik-kecik dulu adalah berlaku macam ni. Hehe. Lepas dah gaul tu, buka mulut dan masukkan laksa tersebut ke dalamnya. Sedapnya bukan ke main. Nikmatilah dengan penuh minat. Bukan paksaan.

Tahun ni beraya haji memang seronok sebab rumah aku menjadi tempat kunjugan saudara mara sebab adanya laksa. Habis laksa ni dikerjakan. 5 kilo laksa bersama 5 biji kelapa untuk kuah. Habis! 

Sebenarnya dah lama jugak aku dan keluarga aku tak makan makanan tradisi kami ni. Time perayaan dengan function je dapat melantak laksa ni.

Agak-agaknya, bilalah aku akan dapat melantak laksa ni lagi ek???

...Sekian, Wassalam...


...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : cuti tak macam cuti. Naik cuti ni kena exam. Masa cuti ni jugak ada assignment. Apalah makna cuti ni semua?

Thursday, October 11, 2012

Lawak, Tragis, Trauma Kerana Seekor Anjing Hitam


...Assalammualaikum...

Kali ini aku nak cerita pengalaman aku dan kami semua pada malam ini. Cerita santai yang boleh buat gelak-gelak dan jugak pengalaman aku yang aku rasa pertama kali aku rasai beramai-ramai.

Kisah bermula...

Malam 10 Oktober 2012, kami seramai 45 orang pelajar yang terdiri dari pelajar Bioteknologi Tumbuhan dan Mikrobiologi telah menghadap pensyarah wanita dari jam 8 hingga 10 malam. Sebabnya kelas tu adalah kelas gantian buat kursus Pengekspresan Gene.

Tingtong. Pukul 10 malam. Mata yang mengantuk mula mencerah dengan tetiba. Sebabnya kelas selama 2 jam dah pun berakhir. Jadi, dengan gembira rianya kami semua keluar dari dewan kuliah DKG129BB. Dengan harapan dapat balik ke kolej dengan riang gembiranya.

Tiba-tiba, aku terdengar sayup-sayup suara gadis-gadis menjerit. Aku pelik. Tapi, secara rialitinya mereka ni memang suka jerit-jerit. Masa tu, aku masih dalam dewan kuliah. Dengan pantas kilat seperti superman aku pun keluar dan menjengah. Dengan niat untuk menyelamatkan mereka. 

Dengan sekali jengahan, aku nampak gadis-gadis itu menjerit, terhimpit, tersepit di pintu. Riak muka mereka masa tu, takut, trauma, cuak, gelak, gembira. Pelikkan? Tapi itulah realitinya. Nampak gaya untuk melarikan diri. Aku tercengang. Bisu 1000 bahasa. Kenapa? Apa yang berlaku? Dengan pantasnya, aku pun turut lari. Ye! Untuk mengelakkan dari bahaya. Memang pantas lah aku lari, walaupun aku tak tahu apa benda yang mereka semua takutkan.

Ada ular ke? Kalau betul memang pantas dan tangkasnya diorang berlari macam tak cukup tanah. Aku pun lari sebabnya aku geli dengan ular ni.

Rupa-rupanya anjing hitam telah terlepas masuk dalam bangunan biologi. Ini kes tak jumpa jalan keluar lah tu. Tak pun nak berteduh dalam bangunan biologi. Ye lah, kan kat UKM hujan mencurah-curah. Memang pantaslah anjing tu masuk dalam bangunan tu.

Dalam keriuhan yang melanda, datanglah seorang hero yang gagah perkasa untuk menyelamatkan kami dari anjing hitam tu. Dengan kekuatan mental dan fizikalnya dia telah mengambil sebatang payung lalu mengejar dan mengetuk-ngetuk dengan menggunakan payung tu.

Kami pun bangga dapat hero yang baik hati untuk menyelamatkan kami dari anjing itu. Setelah hero tu kejar dan mengetuk-ngetuk menggunakan payung tu, hasilnya payung tu jadi patah riuk. Tapi, anjing tu masih tak melarikan diri akibat dari hasil ketukan itu.

Nak tahu sebab apa? Sebabnya Hero itu mengetuk lantai bukan anjing!!! Patutlah anjing tu tak lari. Baru nak kagum. Terus tak jadi. Anjing tak lari, payung pulak yang patah. Kesian pemilik payung yang patah tu. Dah lah trauma dengan anjing, payung pulak patah riuk. Bertambah-tambah trauma.

Dalam keriuhan semasa melarikan diri tadi, macam-macam barang tercicir. Selipar tercabutlah, payung tercicirlah. Tak pasal-pasal keluarlah gelaran Cinderella Pukul 10. Sebabnya selipar gadis tu telah tercicir umpama cinderella melarikan diri dari putera raja. Tapi, yang ini cinderella ni melarikan diri dari anjing hitam.

Memang lawak kisah kami beramai-ramai. Paling best tu, dengan pensyarah pun berlari-lari dan sama-sama tersepit dan terhimpit. Masa tu, aku nampak dah macam rusuhan melanda.

Akhirnya, kami balik ke kolej dengan perasaan bercampur baur. Takut. Trauma. Geli hati ( sebab perkara yang tak pernah buat pun boleh terjadi, sebagai contoh ada budah perempuan sanggup nak panjat pintui grill besi ).

Inilah yang menjadi kenangan di UKM buat kami semua.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : Sampai sekarang aku duk tergelak sebab geli hati punya pasal.

Sunday, October 7, 2012

Wedding : Zanariah & Zack ( Double Z Couple )

...Assalammualaikum...

6 Oktober 2012 adalah permulaan bagi kehidupan Zanariah dan Zack sebagai suami isteri. Tahniah! Majlis hanya di si dengan pernikahan yang ringkas dan dihadiri oleh kaum keluarga dan jiran terdekat untuk memeriahkan majlis pernikahan ini.

Tapi, aku tak dapat menghadiri majlis ini. Aku tak dapat nak balik ke Johor pada hari tersebut di sebabkan hal-hal yang tak dapat di elakkan.

Majlis ini hanya pernikahan semata-mata tiada persandingan yang khusus untuk tatapan orang ramai. Pelamin ada cuma untuk bergambar supaya majlis tu tak lah terlalu hambar dan suram. Pelamin yang simple but nice.


Cantik pelaminnya. Hijau dan Putih. Bukan melambangkan mana-mana politik tau. Simple but nice. Sejuk je mata memandang.


Pelamin dah tunjuk. Mana pulak pasangan yang dah di ijabkabulkan ni? Ni dia.


Sweet tak pengantin ni. Berseri-seri je muka memasing. Seri pengantin lah katakan. Baju pun putih dan hijau.

Majlis pernikahan ini dilangungkan di Felda Tenggaroh iaitu tempat kediaman penganting perempuan iaitu kak Nana ( sepupu aku ). Tak ingat pulak tenggaroh berapa. Banyak sangat. Suami dia berasal dari Negeri Sembilan. Kalau tak silap aku dari Rembau.

Oh ya lupa! Majlis persandingan tau makan besar untuk pasangan ini akan di adakan pada bulan Mac 2013. Kenapa lama sangat! Sebab nak persandingan ni bersama adik Kak Nana. Jimat perbelanjaan dan meriah majlis tu nanti.

Ucapan aku : Walaupun aku tak hadir, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kak Nana dan Abang Zack. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Semoga bahtera rumah tangga yang dilayari dilimpahi dengan cahaya kebahagian. Kepada Abang Zack, welcome to our family.

...Sekian, Wassalam...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...

notaFO : Gambar adalah hasil curian dari pesbok Kak Nana.

Thursday, October 4, 2012

Menu Istimewa dari Kafe Mukmin


...Assalammualaikum...

Dah lama tak tulis entry. Kali ini sebagai perkongsian ilmu. Ilmu yang aku terjumpa sendiri dan dia adalah benar sama sekali. Bolehlah sama-sama kita amalkan.

Jom layan!




Harap dapat memberi manfaat kepada anda semua.

...Sekian, Terima Kasih...

...Terima Kasih, kerana IKHLASkan Hati anda membaca entry ini. Lain kali kunjunglah lagi...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...